CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Magika

[Tempatan] BN-Gerakan menang di Teluk Intan (Pengundi Melayu tolak Dyana)

[Copy link]
Post time 1-6-2014 02:48 PM | Show all posts
Ape akan jadi pada Dyana tersayang skrg?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2014 02:51 PM | Show all posts
Magika posted on 1-6-2014 10:25 AM
tweet 17,  26 May

makin kukuh la kedudukan raja bomoh skrg
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2014 02:56 PM | Show all posts
gila.. dah dekat 3 tahun aku tak masuk sini, rupanya spam darsita masih ada lagi?
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2014 03:05 PM | Show all posts


menunggu janji BN di Teluk Intan.
BN - parti kuat menjanji bila perlu undi
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2014 03:07 PM | Show all posts
Aku tak follow sangat Dyana ni.

Oooo...memang dia cakap besar sebab yakin menang ek?

Tak elok la cakap camtu; sombong.

Apapun permulaan yang ok apa bagi dia.

Banyak gak undi dia dapat.

Takpe...PRU-14 cuba lagi.

Mudah-mudahan berubah penampilan...@Acong mesti suka


Perak memang susah sikit bagi PR.

Sama cam Ganu.

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2014 03:44 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 1-6-2014 12:17 PM
selamat datang ke dunia realiti politik Malaysia munchkin..

Cer Dyana DAP menang...dah 100 pa ...

biasalah tu uncle. nak tanya pun tak leh. gigil gigil orang mai datang marah
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-6-2014 03:59 PM | Show all posts
munchkin posted on 1-6-2014 03:44 PM
biasalah tu uncle. nak tanya pun tak leh. gigil gigil orang mai datang marah

yelah..biasalah tu...yg gigil2 mai datang marah2 pun ada....yg buat2 macam simpan marah2 pun ada...macam2..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2014 04:01 PM From the mobile phone | Show all posts
DTECCONAN posted on 31-5-2014 07:14 PM
Kalau bn menang, aku masuk umno

BN menang...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2014 04:05 PM | Show all posts
Dyana kecewa, Guan Eng akui undi Cina merosot

TELUK INTAN 31 Mei - Calon DAP bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd. Daud kecewa atas kegagalannya mempertahankan kerusi Parlimen berkenaan yang disandang parti itu.

Walau bagaimanapun, menurut Dyana Sofya perjuangan beliau masih belum selesai dan akan terus bersama rakyat di kawasan Parlimen itu.

"Saya kecewa kerana tidak dapat mempertahankan kerusi Teluk Intan tetapi tetap akan berada di sini untuk rakyat dan berharap semua dapat bersama saya untuk meneruskan perjuangan yang belum selesai.

"Kita hadapi kesemua jentera Barisan Nasional (BN) dan hanya tewas dengan lebih kurang 200 undi sahaja," katanya sambil menahan sebak ketika berucap di hadapan kira-kira 200 penyokong DAP di bilik gerakan parti itu, di sini hari ini.

Yang turut hadir Penasihat DAP, Lim Kit Siang; Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng dan Pengerusi DAP negeri, Nga Kor Ming.

Dyana Sofya memperoleh 19,919 undi, tewas kepada calon BN, Datuk Mah Siew Keong (20,157 undi) dengan majoriti 238 undi.

Dalam pada itu, Guan Eng berkata, DAP menerima kekalahan parti itu kepada Siew Keong buat masa ini.

Katanya, parti itu akan membuat analisis terlebih dahulu dan mengemukakan bantahan sekiranya mendapati wujud faktor yang meragukan.

"Kami ada banyak masa. Biar kami buat analisis terlebih dahulu sebelum mengemukakan apa-apa bantahan," katanya.

Selain itu, Guan Eng yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang mengakui wujud penurunan pola pengundian kaum Cina terhadap parti itu.

Dakwanya, kemerosotan itu berlaku kerana ramai pengundi luar tidak pulang ke Teluk Intan.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... rosot#ixzz33NAGa3be
© Utusan Melayu (M) Bhd

P/s;- Ya..Dynasti Lim sepatutnya buat analisa...2 penggal perintah Teluk Intan...apa hangpa buat?..goyang telor, berak cangkung saja ka?..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2014 04:14 PM | Show all posts


dunggu banyak nick suker tul amik petikan Utusan tepek di forum.
Saper hendak caya pada Utusan ??????

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2014 04:27 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 1-6-2014 12:25 PM
Emak Dyana tak keluar rumah sebulan ni kot..

yg buat gelak besar tu..mati2 anak cakap emaknya b ...

komen kak yammy, kami di ipoh dah kenei benor dah kak yammy ni siapa, jenis opportunist.. moga teguran YB khusairi ni dpt sedarkan kak yammy...


Khusairi Talib

posted to‎   Yammy Samat6 hours ago


Sabarlah kak Yammy Samat. Yang kalah bukan Dyana, tapi DAP. Rakyat dah muak dengan kempen rasis DAP. Lagipun teraju DAP tu tak berubah2, Lim Kit Siang dari dulu hingga sekarang.



Last edited by oni313 on 1-6-2014 04:28 PM

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2014 04:30 PM | Show all posts
oni313 posted on 1-6-2014 04:27 PM
komen kak yammy, kami di ipoh dah kenei benor dah kak yammy ni siapa, jenis opportunist.. moga teg ...

Mmmmmmmmm....manusia tak ada pendirian hidup macam yammy ni...memang macam tu...malunya jauh sekali lah..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2014 04:38 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 1-6-2014 03:59 PM
yelah..biasalah tu...yg gigil2 mai datang marah2 pun ada....yg buat2 macam simpan marah2 pun ada.. ...

simpan marah tu takpe gak. ni mai datang attack posting orang. siap exclamation mark lagi tu.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2014 04:40 PM | Show all posts
munchkin posted on 1-6-2014 04:38 PM simpan marah tu takpe gak. ni mai datang attack posting orang. siap exclamation mark lagi tu.

org macam tu..salah eja pun dia berduyun2 datang attack tawww..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2014 04:43 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 1-6-2014 04:40 PM
org macam tu..salah eja pun dia berduyun2 datang attack tawww..

asyik lah nak stress je pasal politik. ngerti/paham/understand???!!!! tu dia punya exclamation mark

koser sangat tau.
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2014 04:46 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 1-6-2014 04:30 PM
Mmmmmmmmm....manusia tak ada pendirian hidup macam yammy ni...memang macam tu...malunya jauh sekal ...

anyway, page FB malaysiakini dah makin takde isu, MKini stat gali balik cerita lama utk hangatkan balik suasana benci rakyat...

since karpal singh dah takde, DAP now slowly menjadi lemah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-6-2014 04:52 PM | Show all posts
Org PR cakap mamat ni gila..

Haha..org yg dikatakan gila pun boleh tanya...DAP boleh menang ka?..org gila pun tahu DAP akan kalah..

Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2014 05:05 PM | Show all posts
Dyana anggap perjuangan belum selesai
WARTAWAN SINAR HARIAN
31 Mei 2014
Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services
7
Dyana Sofya Dyana Sofya
< 1 / 1 >
TELUK INTAN - Walaupun gagal membawa DAP mempertahankan kerusi Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud menganggap perjuangannya di Parlimen Teluk Intan masih belum selesai terutama misi menghapuskan politik perkauman.

“Terutama yang memerlukan (penduduk Teluk Intan) saya, jangan kecewa... Setia bersama saya dan teruskan perjuangan yang belum selesai,” katanya.

Dyana Sofya yang berpakaian baju kurung turut sebak ketika berucap di hadapan kira-kira 200 orang penyokongnya.

Sementara itu, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, pihaknya menerima secara terbuka akan kekalahan calon parti DAP di PRK Teluk Intan dan mengakui kemenangan calon BN, Datuk Mah Siew Keong.

Katanya, buat masa ini pihaknya akan mengambil masa untuk ambil tindakan termasuk buat analisis kekalahan calon DAP dan lain-lain tindakan susulan.

“Ada kemungkinan akan mencabar keputusan PRK tapi kita akan buat satu persatu dalam masa terdekat.

“Kemerosotan pola pengundi kaum cina pada PRK kali ini punca dikenal pasti termasuk penurunan jumlah pengundi luar.

Penasihat DAP, Lim Kit Siang pula berpendapat pencalonan Dyana Sofya membawa satu perubahan zaman politik di Malaysia.

“Dengan pencalonan Dyana Sofya kita boleh memulakan satu tahap baharu dalam politik, tetapi mungkin memerlukan sedikit masa ke arah itu,” katanya.

p/s:- Dyana..perjuangan ko akan selesai meranapkan bangsa melayu dan islam dalam DAP tu sekiranya ko minta bertanding kat Dynasti Lim tu dikawasan majoriti 80% kaum Cina macam kat Bukit Bintang tu..aku boleh kompomkan ko akan menang disana dan tamatlah perjuangan ko yg belum selesai tu..
Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2014 05:08 PM | Show all posts
Anak_Nogori posted on 1-6-2014 04:05 PM
Dyana kecewa, Guan Eng akui undi Cina merosot

TELUK INTAN 31 Mei - Calon DAP bagi Pilihan Raya Ke ...

LGE cakap tak guna otak, apasal tak cakap jumlah keseluruhan cina yg mengundi merosot?


Reply

Use magic Report

Post time 1-6-2014 05:08 PM | Show all posts
KJ: BN berjaya ‘overturn’ majoriti undi
RAZIATUL HANUM A. RAJAK
1 Jun 2014
Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services
0
Khairy Jamaluddin Khairy Jamaluddin
< 1 / 1 >
SHAH ALAM – Kemenangan Presiden Gerakan, Datuk Mah Siew Keong dalam PRK Teluk Intan malam tadi dilihat sebagai kejayaan BN ‘overturn’ majoriti undi yang diperoleh calon DAP dalam PRU13 lalu.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar menyifatkan pengundi di Teluk Intan telah membuat keputusan yang terbaik dalam pemilihan semalam.

“Syukur, alhamdulillah satu kemenangan yang bermakna bagi BN. Walaupun majoriti kemenangan hanya 238 undi, perlu diingat bahawa BN telah berjaya 'overturn' majoriti 7 ribu lebih yang diperoleh calon DAP pada PRU yang lepas,” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

"Saya yakin Ahli Parlimen Teluk Intan yang baharu itu akan memberi komitmen sepenuhnya kepada rakyat Teluk Intan ekoran peribadinya yang rajin dan merendah diri.

“Saya kenali (Datuk) Mah Siew Keong sejak beliau menjadi Ketua Pemuda Gerakan dan saya rasa pengundi Teluk Intan telah membuat keputusan yang terbaik pada hari ini. Beliau adalah seorang yang rajin, bijak dan merendah diri.

“Sudah pasti beliau akan memberi komitmen yang sepenuhnya kepada rakyat Teluk Intan.Tahniah kepada beliau dan seluruh jentera BN yang telah berkempen siang malam demi kemenangan ini,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mengingatkan penyokong-penyokong BN agar tidak sombong mahupun melakukan ‘troll’ terhadap orang lain atas kemenangan itu.

“Kepada penyokong-penyokong BN, sambutlah kemenangan ini dengan penuh kesyukuran. Tak perlu kita riak, sombong dan ‘troll’ orang lain tak fasal-pasal.

“Ingat pada firman ALLAH SWT daripada surah Al-Imran yang bermaksud: Katakanlah: ‘Wahai Tuhan Yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki’.

“Kemenangan hari ini, siapa tahu apa akan berlaku esok. Bersyukur, kekal rendah diri, berbakti kepada rakyat,” katanya.

Semalam, Siew Keong menewaskan calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daun dengan majoriti 238 undi.

Siew Keong memperoleh 20,157 undi manakala Dyana Sofya mendapat 19,919 undi.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 03:53 AM GMT+8 , Processed in 0.110978 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list