CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: TJ2

CINTA INI BUKAN UNTUK SESAAT (U)

[Copy link]
 Author| Post time 19-4-2013 01:12 PM | Show all posts
iwimz posted on 19-4-2013 12:27 PM
nak buat speku skit....
hehehe.....
adam adalah adik beradik dzarif tetapi dah meninggal

cantik tapi ....

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-4-2013 01:12 PM | Show all posts
alaa posted on 19-4-2013 12:39 PM
Tenkiu TJ... am happy ade entries baru. ur story ni antara beberapa cerita yg iols follow. seronok b ...

tq sbb sudi baca
nah munga
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-4-2013 01:13 PM | Show all posts
sellie003 posted on 19-4-2013 12:11 PM
....nasihat pom ya gak...nasihat dlm geram...


muuaah kaka sellie...
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2013 01:18 PM | Show all posts
lagik lah dik ! panjang-panjang ..
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2013 02:51 PM | Show all posts
TJ2 posted on 19-4-2013 01:13 PM
muuaah kaka sellie...

Syayang awak juga....
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2013 03:00 PM | Show all posts
tq tj....aduhaiiii benar ke adam dah meninggal dunia...sedihnyaaaaaaaaaa....jgn la gitu...nk delia ngan adam jugak...tautkan kasih mereka...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-4-2013 03:06 PM | Show all posts
waiting next episode TJ....
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2013 03:40 PM | Show all posts
best best..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2013 03:44 PM | Show all posts
TJ2 posted on 19-4-2013 01:12 PM
cantik tapi ....

Kalu muleh...tapi tuh jgn lama sgt ya... tepek n3 sepost pom jadilah ya my dear....
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2013 02:44 PM | Show all posts
Uish...mcm dah nak habis je cita ni????
Reply

Use magic Report

Post time 20-4-2013 05:10 PM | Show all posts
Nak del dgn adam.....

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2013 09:05 AM | Show all posts
Kalau Adam masih hidup, and Del ditakdirkan dgn Adam, kesian lah kat Ameer. Adam tu dulu nak balik malaysia kenapa taknak bawak del skali. haaa.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2013 09:26 AM | Show all posts
Salam TJ2 dan semua peminat siri ini

Thank you TJ2 for the sambungan and menanti seterusnya.

"Tapi dia seakan tidak mampu untuk memberitahu Delia hal yang sebenarnya. Lebih-lebih lagi bila dia lihat Delia sudah mampu untuk tertawa gembira bersama Dani dan Dania. Mungkin lebih baik dia berdiam diri. Lagipun orang yang dicari pasti tidak akan kembali lagi."

Di atas itu adalah sebahagian dari cerita yang di tulis dan akhir sekali "Lagipun org yang dicari pasti tidak akan kembali lagi"

Apakah ayat itu sudah cukup untuk memastikan bahawa Adam yang pernah menjadi suami Delia dahulu sudah meninggal dunia. Cuma persoalannya skrg spt apa yang Alaa tanyakan...kenapa semasa pulang ke Malaysia Adam tidak membawa Dell sekali ataupun Adam tidak memberitahu keluarganya tentang Dell?

Nampaknya kenalah tunggu sambungan dari TJ2...

Good Monday dear readers and pleasant week ahead... Last edited by sanaa1 on 22-4-2013 09:29 AM

Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2013 09:56 AM | Show all posts
sanaa1 posted on 22-4-2013 09:26 AM
Salam TJ2 dan semua peminat siri ini

Thank you TJ2 for the sambungan and menanti seterusnya.

kannnnnnnnn....berdebar2 jek rasa bila baca statement tuh....adakah adam sudah tiada.... huhuhuhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2013 10:22 AM | Show all posts
alaa posted on 22-4-2013 09:05 AM
Kalau Adam masih hidup, and Del ditakdirkan dgn Adam, kesian lah kat Ameer. Adam tu dulu nak balik m ...

kan time exam...
delia ada paper lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2013 10:45 AM | Show all posts

Bab28


“Nak ke mana, beb?”

Ameer yang sedang menyarung stokin angkat muka. Mahu melihat siapa yang sibuk-sibuk bertanya.

“Pergi lepak kejap dengan budak-budak. Diorang buat makan-makan sikit dekat Red Box.” Jawab Ameer sebelum kembali tunduk mencapai kasut.

“Kan ummi dah pesan jangan pergi mana-mana. Kau tu tengah darah manis. Takut jadi apa-apa. Lagi pun esok pagi kan kau nak nikah. Kang lambat bangun pulak.”

“Kau ni macam mak neneklah. Membebel tak sudah.” Dengus Ameer kuat. Orang nak pergi release tension je kot!

“Akujust risau…”

“Tak payah nak risau. Aku bukan budak kecik lagi!”

Ameer selamba bangun dan berlalu. Dzariff hanya mampu menggeleng bila kereta Ameer menderum kuat meninggalkan pekarangan rumah. Degil!

Seingatnya sebelum ini hubungan dia dengan Ameer berlangsung dengan lancar tanpa sebarang masalah.  Cuma terasa agak pelik kebelakangan ini. Ameer seakan menjauhkan diri dan hanya bercakap bila dirasakan perlu. Namun Dzariff tidak pernah ambil kisah.

Padanya mungkin kesibukan buatkan hubungan mereka sedikit renggang. Dia sendiri asyik berulang alik ke Sydney dan Ameer pula terpaksa menguruskan hal-hal di Malaysia. Secara tidak langsung buatkan mereka semakin jarang bertemu.

Dzariff melangkah ke pili air. Getah dicapai dan dihala pada kereta yang sedang penuh dengan buih-buih sabun. Esok nak guna kereta ni. Jadi biarlah handsome sikit! Desis hatinya.

Esok pagi pihak lelaki akan bergerak dari sini dan Delia menanti di rumah Tan Sri Rashdan. Kerana Delia tidak punyai sesiapa, ayah long menawarkan diri untuk mewakili Delia. Manakala Ameer disuruh ke rumah Tan Sri Rashad untuk bersiap-siap. Takkan nak letak serumah pulak? Kan tak manis.

Air dipancut kuat pada Toyota Alphard hitam milik ayah untuk menghilangkan buih sabun yang ada. Hari ini boleh dikira hari dalam sejarah kerana dia tiba-tiba rajin untuk membasuh kereta. Kalau bukan terdesak, jangan harap dia nak buat! Nak ke car wash dirasakan sudah terlalu lewat! Ayah pun satu, bagi arahan malam-malam!

Last edited by TJ2 on 22-4-2013 11:03 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-4-2013 10:47 AM | Show all posts

“Macam tak percaya je Along serajin ni.”


Entah bila Dzara muncul dan duduk melangut di buaian. Punya leka basuh kereta sampai apa pun dia tak perasan. Bahaya ni! Kalau kena rompak pun confirm dia tak sedar!

“Bila adik duduk situ?” Tanya Dzariff sambil menutup pili air. Kemudian dia berlalu ke arah cabinet kayu yang tersusun cantik di tepi pintu. Kabinet dibuka dan sehelai tuala good morning diambil.Tanpa memandang Dzara, dia kembali ke Toyota Alphard dan mengesat kereta itu sehingga kering.

“Dari tadi lagi. Along je yang tak perasan.” Jawab Dzara. Bestnya berbuai malam-malam. Sejuk. “Long Ameer pergi mana, along?”

Ketiadaan kereta Ameer buatkan Dzara menyedari kehilangan lelaki itu. Dzariff yang sedang mengelap kereta mengeluh halus. Malas betul dia nak bersoal jawab berkenaan Ameer.

“Keluar berfoya-foya…”

“Along biar betul?”

Dzariff senyum sinis. Kalau betul katanya sebentar tadi, mau kecoh satu keluarga mereka. Masakan tidak esok nak nikah, malam ini masih boleh bersukaria!

“Along!” Jerit Dzara kuat. Dzariff yang meleka sebentar tadi terpinga-pinga. “Betul ke Long Ameer pergi berfoya-foya?”

“Takdelah. Dia pergi makan dengan geng-geng dia.”

Dzara kelihatan terangguk-angguk. Matanya asyik merenung Dzariff yang dari tadi tak sudah-sudah membersihkan kereta ayah. Rajin macam ada udang di sebalik batu je! Hehehe

Seketika kemudian Dzara teringat cerita mama sebentar tadi. Dia ketap bibir menahan rasa. Kasihan along! Mesti along sedih sangat. Perempuan yang along cinta bakal berkahwin dengan orang lain. Lagi parah orang tu adalah sepupu sendiri. Jadi, sampai bila-bila pun along tetap akan bertemu Delia.

Dahlah dari dulu along tak pernah ada makwe. Ni baru nak berputik dah kena caras dengan Long Ameer! Dzara hela nafas. Pelik! Muka along sikit punya handsome tapi satu awek pun tak sangkut! Rasanya masa sekolah dulu ramai je perempuan minat along. Cuma along yang tak layan. Kalau ada pun cuma Kak Qaseh yang pernah rapat dengan along. Namun apakah status hubungan mereka sehingga kini Dzara tidak pasti.

Lepas Kak Qaseh meninggal along bertahun-tahun sendiri hinggakan mama risau. Takut along ni gay!
Melompat along bila mama tanya. Berkali-kali along beristihfar. Berkali-kali juga along menyakinkan mama dia adalah lelaki tulen. Straight ye bukan adik-adik! Cuma dia belum jumpa perempuan yang dicari.

Last edited by TJ2 on 22-4-2013 11:00 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2013 10:48 AM | Show all posts

Dzara senyum. Lucu juga bila teringatkan mama boleh berfikir hingga ke tahap itu. Malah setiap kali dia pulang bercuti, mama akan bercerita tentang along yang begitu dan begini. Sampai muak nak dengar.


“Along…meh la duduk sini dengan adik.”

Lelaki yang sedang mencuci tangan itu menoleh.

“Kenapa?”

“Saja nak borak dengan along.”

Dzariff angguk sebelum menghilang. Mungkin pergi menyimpan peralatan yang digunakan untuk mencuci kereta tadi. Seketika lelaki itu muncul kembali. Malah sudah bertukar baju. Walau hanya mengenakan t shirt putih berkolar bulat dan seluar pendek separas lutut, Dzariff tetap nampak menarik.

Dzariff akhirnya mengambil tempat di sisi Dzara. Mug yang berisi air coklat panas diserah pada adiknya yang sedang menuntut di UiTM Shah Alam pada tahun ketiga itu. Mug beralih tangan dan Dzara tersenyum. Macam tau-tau je orang tengah haus!

“Thanks, along.”

Segaris senyum muncul. Tanpa kata Dzariff dan Dzara sama-sama bawa mug ke bibir dan menghirup perlahan air coklat kegemaran mereka. Pergh! Sedap gila!

“Adik nak borak apa dengan along?”

Wajah lelaki berkulit cerah di sisi direnung lama. Dzara telan liur cuba untuk mencari ayat yang sesuai untuk memulakan kata. Dia yakin Dzariff terluka kerana jelas ada sinar kekecewaan di mata satu-satunya lagi abang yang dia ada.

“Along ok?”

Dahi Dzariff kelihatan berkerut. Mungkin kurang mengerti dengan pertanyaan adiknya itu.

“Apa punya soalan ni, adik? Tak faham along.”

“Mama dah cerita pasal along dengan kak Delia…”

Laju kepala Dzariff berpaling menghadap Dzara. Mereka berbalas pandang sebelum Dzariff mengeluh dan berpaling kembali menghadap taman bunga mini mama yang terhias cantik.

Last edited by TJ2 on 22-4-2013 10:57 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2013 10:49 AM | Show all posts

“Semua benda mama nak cerita dekat adik, kan?”


“Kalau tak dengan adik…dengan siapa lagi mama nak bercerita? Ayah? Huh! Tak membantu. Buat penat ada la.”

Mereka dua beradik tertawa. Ayah memang selalu malas untuk masuk campur hal anak-anak.Apa pun mama cakap, ayah akan buat tak reti. Paling kuat ayah cakap biarlah diorang. Kan dah besar!

“So…along ok tak ni? Esok diorang dah nak nikah.” Dzara kembali bertanya bila keduanya sudah berhenti tertawa.

“Ok…”

Itu kata di mulut. Hakikatnya hati sudah koyak rabak menampung rasa kecewa yang tak terhingga. Betapa sakit hatinya cuma Tuhan yang tahu. Rasa seolah separuh jiwanya direnggut pergi bila Delia mengatakan Ameer adalah pilihan yang terbaik.

Suatu masa dulu, dia pernah mengalami rasa yang sama saat kehilangan Qaseh. Lebih menyakitkan dia turut kehilangan seorang lagi yang dia sayangi di waktu yang sama. Berbulan lama-lama dia cuba untuk melupakan semua yang berlaku.

“Kalau along sedih, along ceritalah dengan adik. Mungkin adik tak boleh nak tolong tapi sekurang-kurangnya kurang sikit beban along. Along tu suka sangat simpan semuanya dalam hati.”

Dzariff senyum. Bahu Dzara dirangkul erat. Bukan dia saja-saja suka simpan dalam hati tapi dia ada janji yang perlu dipegang. Ada amanah yang perlu dipikul. Semuanya tidak semudah yang disangka.

Dalam pada dia cuba untuk menunaikan janji, tanpa sedar dia terjebak dengan perasaan sendiri. Rasa itu hadir tanpa diundang. Lalu membawa dia kembali ke lembah kedukaan. Aduh! Andai tahu ini yang bakal berlaku pasti sedaya upaya dia cuba untuk tepis rasa yang berbunga.

“Thanks adik tapi along ok.” Dzariff senyum memandang Dzara. “Tengok ni…kan along masih mampu tersenyum.”

“Senyum dibuat-buat memang semua orang boleh.” Gumam Dzara. Entah kenapa payah benar alongnya ini untuk berkongsi rasa. Macam kena bayar pula kalau bercerita!

Last edited by TJ2 on 22-4-2013 10:55 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-4-2013 10:51 AM | Show all posts
“Habis tu takkan adik nak suruh along menangis berguling-guling dekat lantai?”

“Takde la…”

“Adik…along percayakan Qada’ dan Qadar. Kalau ada jodoh along, ada la. Cuma cepat atau lambat.” Dzariff dilihat menghela nafas. “Pasal Kak Azreen…ye along memang sangat kecewa. Sakit dada ni bila tau dia pilih Long Ameer. Tapi, takkan along nak meraung pula. Mungkin silap along juga. Tak pernah mampu nak berterus terang!”

“Along tak pernah cakap dengan Kak Delia ke pasal perasaan along?” Tanya Dzara terkejut. Muka sikit punya macho!Takkan nak confess dekat cinta hati pun malu kot?

Dzariff geleng. Tapi dia yakin Delia tahu apa yang dia rasa. Dia pasti Delia merasai aura cinta yang dia ada.

“Kenapa tak cakap along suka Kak Delia?”

“Tak sempat. Long Ameer lagi dulu.”

Bertindak dengan cara yang dirasakannya agak kotor dalam percaturan untuk memiliki sekeping hati. Bantu dan kemudian minta balasan! Entahlah. Yang pasti dia sudah tidak mampu melakukan apa-apa. Lagipun Delia memang sudah 100 peratus memilih Ameer.

Ameer juga dilihat seperti amat menyayangi Delia. Jadi mungkin tidak salah jika dia lepaskan Delia pada lelaki sebegitu. Lelaki yang pasti tidak mensia-siakan hidup Delia dan anak-anak.

Ah! Mungkin janji yang pernah termetrai suatu masa dulu tidak akan tertunai. Bukan lupa atau melupakan tapi dia tak mampu. Semuanya di luar jangkauan tangan. Namun sekurang-kurangnya dia tidak berasa terlalu bersalah kerana dia pasti apa yang terjadi adalah takdir Allah yang Maha Indah dan mungkin lelaki itu memang yang terbaik…


****************************

Last edited by TJ2 on 22-4-2013 11:03 AM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-12-2024 01:45 PM GMT+8 , Processed in 0.081873 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list