Shazrina terintai-intai pintu masuk bilik guru yang tertutup rapat. Nafasnya dilepaskan perlahan apabila tiada sesiapa yang menjengah masuk. Meja Aqil masih lagi kosong menandakan jejaka itu mempunyai kelas pada waktu ini. Cepat-cepat Shazrina mencapai semua pekakas untuk digunakan ketika kelas yang bakal berlangsung lagi 30 minit lalu dikumpulkan setempat.
“kau kenapa tergopoh-gapah semacam je aku tengok? Kejar masa ke? Rasanya kelas kau pukul 9 kan.” Tegur Mimi yang berada dimejanya. Meja Shazrina dan Mimi tidak jauh, hanya sebelah menyebelah sahaja. Shazrina cepat-cepat mara kearah Mimi dan menekup mulut wanita itu supaya tidak bercakap terlalu kuat. Takut sikapnya yang aneh diketahui umum.
“kau kenapa?” soal Mimi lagi sambil menepis tangan Shazrina yang melekap pada mulutnya. Sesak nafas aku!
“shuhhh...”Shazrina membuat isyarat jari ke mulut... dia tidak mahu Mimi kecoh-kecoh tentang kehadirannya saat ini. Mimi mengerutkan dahinya.. pelik dengan sikap Shazrina yang misteri.
“kenapa?” bisik Mimi perlahan pada cuping telinga Shazrina yang berada disebalik tudung yang dipakai.
“nanti aku citer kat kau...”
“kau nak pergi mana sekarang?”desis Mimi lagi.
“aku nak masuk makmal kimia.. nak bertapa kat sana... apa-apa hal kau pergi jumpa aku kat sanalah. Tak pon mesej je.” Ujar Shazrina lagi sambil mengambil segala keperluannya untuk dibawa ke makmal kimia.
“okey okey... jangan lupa citer kat aku nanti.. dah pergi sekarang.” Arah Mimi perlahan. Shazrina mengangguk dan bergerak pantas untuk ke makmal Kimia.
“bukk...” Shazrina terlanggar seseorang ketika dirinya sedang kalut melarikan diri daripada terserempak dengan Aqil. Barang-barang yang digunakan untuk mengajar terjatuh menghempap lantai.
“sorry cikgu.................” kata-kata Shazrina tergantung apabila wajah Aqil terbentang pada penglihatannya. Gluppp! Air liur ditelan laju. Degupan jantung Shazrina menjadi semakin pantas.
“cikgu Aqil....” sambung Shazrina dengan senyuman terpaksa... aduiii apesal aku mesti langgar mamat ni...
“Shaz nak kemana kelam kabut sangat ni?” soal Aqil sambil membantu mengutip buku-buku yang bertaburan dilantai.
“erm..erm saya nak ke toilet...” tergagap-gagap Shazrina menipu. Takkan dia mahu memberitahu sarang persembunyiannya. Aqil memandang aneh dengan jawapan yang terpancul dari mulut Shazrina.
“pergi toilet bawak buku ni semua?” Tanya Aliff bagaikan tidak percaya. Matanya memandang wajah Shazrina yang kelihatan kalut semacam.
“tak... ermm maksud saya on the way nak pergi kelas tapi nak singgah toilet dulu..” jawab Shazrina tanpa memandang wajah Aqil yang sedang membantu mengutip barang-barangnya. Dirinya teramat malu lagi segan untuk menatap wajah Aqil.
“nah...” Aqil memberi buku-buku yang dikutip sebentar tadi. Shazrina mengambil tanpa banyak songeh.
“terima kasih cikgu... saya pergi dululah..” minta Shazrina dan mahu cepat-cepat beredar meninggalkan Aqil yang masih lagi terpacak di tempat pelanggaran mereka.
“Shaz....” panggil Aqil perlahan.. langkah Shazrina yang tergesa-gesa mahu meninggalkan Aqil terhenti. Aqil meluru menghampiri Shazrina yang tidak memalingkan wajah kearahnya.
“saya minta maaf...” ucap Aqil tenang. Dipandang wajah Shazrina yang kini berada didepannya.
“kenapa?”
“saya tahu luahan perasaan saya semalam buat awak jadi macam ni... saya tak patut buat Shaz terkejut sampai takut-takut nak jumpa saya sekarang. Tetapi percayalah apa yang saya cakap semalam datangnya dari hati yang betul-betul ikhlas. Saya tak main-main apabila melibatkan perasaan.” Luah Aqil lembut. Shazrina diam tak berkutik malah wajahnya langsung tidak diangkat untuk membalas pandang wajah cikgu Aqil. Malu dan segan itu sahaja yang bertakhta dihatinya saat ini.
“jadi Shaz tak payahlah nak mengelak daripada saya... walau apa pon kita tetap mengajar disekolah yang sama.. kalau hari ni kita tak terserempak esok lusa pasti akan terserempak juga. Jadi tak payahlah Shaz nak larikan diri.. pasal perasaan saya tu, saya tak akan paksa Shaz terima saya sekarang tetapi saya akan terus berusaha untuk dapatkan cinta daripada Shaz...” jelas Aqil lagi. Shazrina mendongak untuk memandang wajah Aqil yang tersengih kearahnya.
“saya minta maaf cikgu tapi saya terpaksa menolak perasaan cikgu tu.. saya tak bersedia lagi untuk mencari cinta baru. Saya harap cikgu faham.” Jawab Shazrina akhirnya.
“saya akan usahakan sampai suatu hari nanti Shaz sudi terima cinta saya... dan buat masa ni kita berkawan macam biasa je. Boleh?” minta Aqil pula.
“ cikgu... tak payah la tunggu saya.. saya tak nak bagi cikgu harapan palsu. Saya betul-betul tak ada hati nak bercinta semula sekarang ni.” Shazrina kurang senang apabila melihat Aqil tetap berkeras dengan keputusannya. Dia sendiri tidak pasti bila lagi hatinya akan terbuka untuk bercinta lagi sedangkan perasaan cinta terhadap Aliff belum pon berjaya dilupuskan.
“it’s okey Shaz... kalau nakkan sesuatu mesti kena ada pengorbanankan... Shaz tak payah nak berat-berat kan kepala fikir pasal perkara ni.. sekarang apa Shaz perlu buat ialah layan saya macam biasa.. buat macam Shaz tak pernah dengar pon luahan dari hati saya.. boleh?”
“hmmm.....baiklah.” Shazrina menyatakan persetujuannya walaupun jauh disudut hatinya tidak mahu melakukan semua ini. tapi apa boleh buat, Aqil tetap berkeras dan dia tiada hak untuk melarang Aqil dari membuat semua itu. Lagi pon Aqil bukanlah meminta dia untuk menerima cintanya... jadi dia tidak perlu terlalu pening kepala dengan memikirkan perkara ini.
Last edited by misssakura on 21-1-2013 10:13 AM
|