Post Last Edit by haninuha at 28-4-2012 15:59
takde update video lagi ke? asyik2 laa komentar dari yg tak pergi sana. andaian sana, kalau sini...t ...
madeinborneo Post at 28-4-2012 03:38 PM
video takde.... yg ni je ada... sumber malaysiakini... jap g aku pon nak p melawat kawasan... nak tolong pak polisi cabut dawai kawat...
3:29pm Majlis Peguam - Selepas arahan untuk bersurai dikeluarkan, tembakan meriam air dan gas pemedih mata dilepaskan ke atas orang ramai di luar bangunan Majlis Peguam di Lebuh Pasar Besar. 3.24pm Masjid Jamek - Di hadapan stesen LRT orang ramai enggan berganjak dan melaungkan "BERSIH" walaupun gas pemedih mata dilepaskan ke arah mereka. Mereka berundur setiap kali gas pemedih mata ditembak, tetapi kembali semula selepas itu. 3.20pm: Dataran Merdeka - kawat duri di Lebuh Pasar Besar dialih oleh orang ramai. Mereka kemudian mengalihkan penghalang plastik.Kira-kira 30 anggota polis yang bersenjatakan cota, perisai dan topeng gas bergerak membentuk benteng.
Peserta dan polis kini bersemuka tanpa apa-apa di antara mereka. Ada yang bergambar manakala yang lain duduk di atas jalan menghadap polis. Komander polis bagi kawasan tersebut duduk di atas trak polis dengan pembesar suara tetapi belum mengeluarkan sebarang arahan. 3.15pm - Lagi gas pemedih mata di tembak di kawasan Coliseum di Jalan TAR. 3.13pm - Sebahagian peserta berundur ke jalan Pudu ekoran tembakan gas pemedih mata. 3.10am Masjid Jamek - lebih banyak gas pemedih mata dilepaskan berhampiran stesen LRT Masjid Jamek. Difahamkan beberapa peserta yang cuba melanggar larangan memasuki Dataran Merdeka, telah ditangkap. 3.08pm Polis terpaksa lepas gas pemedih mata apabila peserta cuba rempuh halangan, demikian menurut tweet polis. |