Post Last Edit by alahai at 18-6-2011 21:28
huhuhu..sedihnya saya membaca kisah ini macit
habis dua kotak tisu Kleenex saya in ...
RedDevils Post at 18-6-2011 21:14 ![](http://eforum2.cari.com.my/images/common/back.gif)
ni ucapan bapa fazley tu....gigih macit gugel![](static/image/smiley/default/titter.gif)
enator Datuk Yaakob Mohamad menyampaikan
ucapan yang antara kata-katanya menyentuh sekali hati anaknya Dr Fazley dan isteri,Azrene
Soraya Abdul Aziz pada majlis persandingan mereka di Dewan Merdeka Pusat Dagangan Dunia Putra Rabu malam.
Lebih 1,000 termasuk menteri terdiri dari Datuk Seri Syed Hamid Albar,Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad,Datuk Bernard Dompok ,sebilangan ahli Dewan Rakyat dan ahli Dewan Negara, pimpinan politik,pegawai kerajan dan orang korprat hadir di majlis itu. Dr Fazley dan Azrene yang telah bernikah di Masjid Saidina Abu Bakar di Bukit Damansara 7 November lalu kelihatan menitiskan air mata
mendengar ucapan itu pada penghujung majlis.
Azrene ialah anak kepada isteri Timbalan Perdana Menteri,Datin Seri Rosmah Mansor dari perkahwinan pertamanya. Yaakob dalam ucapan itu antara lain berkata , “Dan percayalah kata bapa hari ini, Allah maha berkuasa, walaupun kita sebagai manusia hanya kita boleh merancang segala strategi namun Allah juga mempunyai perancanganNya yang tersendiri untuk menentukan segala
ketentuan.
"Percayalah anakku berdua, biar terpaksa mengharungi rebut, taufan, petir, ombak dan badai, walaupun punyai penuh dengan kemungkaran manusia yang bertuankan iblis dan syaitan.
"Namun hadapilah pancaroba tersebut dengan berlandaskan Al-Quran,Insyaallah, bapa dan ibu yakin dengan memiliki ilmu Al-Quran di dada segala dugaan dunia dan akhirat dapat dihadapi bersama.
" ada puteri Azrene Soraya, bapa, ibu dan seluruh keluarga sungguh-sungguh terharu di atas sifat kemuliaan, sifat keikhlasan, sifat yang mempunyai cirri-ciri seorang puteri yang solehah yang ada pada diri Azrene, Insyaallah, yakinlah, percayalah, kehadirian Azrene
dalam keluarga ibu, bapa sekeluarga akan memberi seribu cahaya dan seribu makna dan yakinlah bahawa Allah yang maha berkuasa yang menentukan seglanya.
"Untuk makluman para hadirin sekelian, saya sekeluarga tidak mengerti kenapa pertemuan Dr Fazley dengan Azrene Soraya kira-kira setahun setengah yang lalu di London (sewaktu konsert Siti Nurhaliza di Royal Albert Hall)
walaupun pertemuan tersebut hanya satu jam tetapi Allah telah memberi taufik dan hidayah kepada kedua insan ini untuk menyambut seruan ketentuan Allah untuk mendirikan rumahtangga. "
"Terima kasih kerana sudi datang dan merestui majlis ini…" kata Yaakob yang juga Setiausaha Kerja Barisan Nasional
kepada
Agendadaily ketika ditemui di pintu masuk Dewan Merdeka setelah hampir sejam berdiri melayani hadirin yang berangkat pulang selepas selesai majlis persandingan itu .
Ditanya tentang perasaan dan kehadiran di majlis tersebut, beliau berkata,”
semuanya selamat, semua OK dan kehadiran ramai".
Dr Fazley,selain seorang artis merupakan seorang Naib Presiden serta Pengarah Eksekutif Putrade Management dan Putraworld Trade Centre Property (PWTC) Kuala Lumpur dan Azrene pula seorang peguam.
Mereka bertemu di London pada 1 April 2005 telah membawa bibit cinta dan hingga melangkah kejinjang pelamin.
Mas kahwin bernilai RM80 manakala hantaran berjumlah RM37,393.13 . -7/12/2006
|