|
ANAK CIKGU ZUL (SAMBUNGAN)... TAMAT 31/5/11
[Copy link]
|
|
Pintu bilik di ketuk perlahan. Petugas rest house tadi memegang kunci
“ Ha… dah jumpa kunci. Kita boleh buka pintu” Amir bergegas keluar membontoti nya. Pintu bilik Datuk Azmi di kuak perlahan. Keadaan dalam bilik itu tak ubah seperti di negara di landa garuda. Kaca pecah bersepah di lantai, pakaian terhumban di sana sini. Datuk Azmi berdiri lesu di satu sudut. Muka nya penuh kesan calar. Datin Elly macam harimau jadian yang sedang menunggu untuk menerkam mangsa. Tangan kirinya memegang sekeping gelas pecah. Jarinya di tuding ke arah Amir.
“ You jangan masuk campur! Korang adik beradik semua sama, tikam aku dari belakang. Pergi balik rumah kampung bini kau yang kaki santau tu..” Amir mengundur setapak. Datin Elly nampak kurang stabil. Nak kena panggil polis sebelum dia bertindak ganas.
“ Apa yang aku tak buat untuk keluarga Puan Sri Sabihah? I sanggup give up my career. Kalau tak I dah jadi model terkenal sekarang ni.” Sudah sah Kak Elly dah tak betul, desis hati Amir. Setahu aku Kak Elly cuma pernah jadi model poster kempen “ Gunakan Kenderaan Awam” masa tahun 80an dulu. Tingginya pun cuma 5 kaki 2 inci, tak layak nak memperaga busana di catwalk.
Datin Elly berpaling semula pada suaminya.
“Apa lagi yang kurang dengan I? I pergi saloon setiap hari. Botox, filler , vitamin C, liposuction semua I buat supaya I nampak muda dan cantik. Tak cukup lagi? Apa yang ada kat cousin I tu yang I tak ada? Dia ada tuuuut, I pun ada. Dia ada teeettt, I pun ada. “ sambil menunjuk ke bahagian bahagian sulit di tubuhnya. Di ikuti dengan carutan yang kalau di tulis akan membuat moderator memeotong kredit di Forum Cari.
“ Sudahlah Elly. Malu orang dengar. “ Datuk Azmi bersuara . Dia memandang Amir , mencari simpati. Amir membalas dengan pandangan kosong
“ Malu? I dah tak kisah. I lagi malu dapat laki merenyam macam you. Gatal nak kahwin lain. Dengan sepupu yang I anggap macam adik I sendiri pula tu” Datin Elly mula menangis. Namun sesiapa pun tak berani mendekati nya waima memujuknya. Ada kepingan kaca di tangan dia... takut wo. |
|
|
|
|
|
|
|
Sebaik kereta Ellisya di parkir, mereka bertiga bergegas masuk ke rest house. Di perkarangan Rumah rehat itu ada ambulans dan kereta polis. Jantung Dahlia berdegup pantas.
“Apa dah jadi? “ Serentak mereka bersuara
Sampai di lobi, mereka di hampiri oleh kakitangan rest house. “ Cik.. tak boleh naik atas.”
“ Apa jadi di atas? Kenapa ada polis dengan ambulans” tanya Dahlia. Tiba tiba tubuhnya di paut. Dia terkebil kebil melihat Nia Aurora memakai tudung. Tapi gadis itu tetap cantik dan bergaya. Cuma mekap yang di sememehkan dengan airmata membuat matanya kelihatan macam beruang panda.
“ Nia! Apa you buat di sini?” Setahunya Nia tidak datang ke majlis kahwin tadi. Kenapa dia berada di KK?
Nia menekap tisu ke mata. “ Panjang ceritanya. Nanti I cerita. Nasib I malang. I takut. Kak Elly tengah mengamuk.”
“ Huh? Apasal dia mengamuk? Mana dia sekarang? You nampak Amir tak?“
Sejenak kemudian soalan Dahlia di jawab. Datin Elly di bawa turun oleh doktor dan pekerja hospital. Tangan kirinya berbalut. Mulutnya tak berhenti mencarut dan memaki semua ahli keluarga Puan Sri Sabihah. Nak menanah telinga mendengar. Datuk Azmi dan Amir menyusul di belakang dengan beberapa orang pegawai polis. Percikan darah kelihatan di pakaian mereka.
Dahlia mendekati Amir “ Abang, are you okay?” Langkah Amir terhenti.
“ Kenapa Lia datang? Saja degil. Abang dah suruh duduk rumah.” Nadanya yang keras membuat Dahlia terkedu.
Tiba tiba Datin Elly melepaskan diri dari doktor yang memegangnya dan meluru kea rah Dahlia. Belum sempat Dahlia mengelak , pipinya di tampar. Tubuhnya di tolak keras hingga hampir terjatuh jika tidak di tahan oleh Nia.
“ ADUHHH!!” Amir pantas bertindak. Dia menghadang Dahlia dari serangan Datin Elly. Pukulan seterusnya hinggap di dada Amir. Dahlia menggosok pipinya yang pijar.
“ Betina sial. Ini semua kamu punya pasal. Kalau kau tak gatal mengorat Amir dulu, dia dah kahwin dengan Nia. Sekarang tengok apa jadi? Perempuan bangsat! Patutlah kau dengan Nia rapat sekarang. Sama sama sundal!” Melopong mulut Dahlia mendengar tuduhan Datin Elly yang tidak di fahami hujung pangkal. Nia pula menangis tersedu sedu sambil meminta ampun pada kakak sepupunya.
Doktor dan jururawat menghampiri Datin Elly dan mencucuk jarum mengandungi tranqulizer ke tangannya. Tubuh Datin Elly terus longlai.
…………………………………………………………………….. |
|
|
|
|
|
|
|
Di ikuti dengan carutan yang kalau di tulis akan membuat moderator memeotong kredit di Forum Cari. |
|
|
|
|
|
|
|
sambung lagi smiley....panjang lagi ke cerita ini..... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by sang_arjuna at 29-4-2011 08:14
Dahlia tidak dapat melelapkan mata walau jam sudah menunjukkan pukul 1 pagi. Matanya terpaku ke siling. Amir sedang nyenyak di sisi. Suaminya kepenatan. Datuk Azmi dan Amir mendapat rawatan pesakit luar untuk luka luka kecil. Oleh kerana hospital KK tidak mempunyai unit Psikiatri mereka terpaksa menghantar Datin Elly ke Ipoh. Semuanya tidak berakhir di situ. Mereka juga terpaksa memberi kenyataan pada polis.
Siapa sangka Nia dan Datuk Azmi bercinta? Kasihan Datin Elly. Wanita mana boleh terima kalau suami ingin berkahwin lagi? Dengan sepupu sendiri pula tu. Kasihan betul nasib kaum wanita. Macam mana kalau aku terpaksa berkongsi kasih? Sanggupkah aku? Dahlia menjeling tubuh Amir yang terlentang di salut T shirt dan seluar boxer. Sejak di rest house, Amir tidak bercakap dengannya. Marah sangat lah tu. Silap aku juga tak mendengar kata. Pertama kali di sisih oleh suami, hatinya rasa sayu. Macam mana letih pun Amir bila pulang ke rumah, dia tak pernah lupa mengucap kata kata cinta sebelum tidur. Tangannya sentiasa melingkari tubuh Dahlia. Tapi tidak kali ini. Bantal peluk memisahkan mereka. Airmata Dahlia gugur ke pipi. Dia memalingkan tubuh dan menekup mulut agar tidak mengganggu Amir.
“ Lia, kenapa ni?” Suara Amir yang sexy bila bangun tidur membuat Dahlia tersentak. Ingatkan dah jauh belayar. Dia segera mengesat mata .
“ Tak ada apa. Tidur lah “ bisik Dahlia. Amir menolak bantal peluk ke tepi dan mendekatkan tubuhnya. Nafas Amir mencecah leher Dahlia. Haba dari tubuh Amir memanaskan malam yang sejuk. Pipinya di elus.
“Why are you crying? Mimpi kena culik?”
“ Abang marah kat Lia. Sedih lah. Sudahlah tak nak cakap, letak bantal besar kat tengah tengah.” Amir menahan tawa.
“ Memang Abang marah. Sebab Lia degil. Orang kata tak boleh ikut, nak juga pergi. Apa yang Lia dapat? Penampar sulung Kak Elly.”
“ S..Sorry. “ Memang salah aku. Kepochi sangat , dapat habuannya.
“ Lia sekarang dah lain, dah tak percayakan Abang. Lia dah pandai berahsia dengan Abang ya?” Tubuh Dahlia di palingkan agar mereka bertentangan. Dahlia memakai tank top dan seluar tidur satin. Aduhai kenapa lah bini aku sexy sangat.. Nak marah pun susah.
“ Bila pula Lia berahsia? Lia tak pernah ada rahsia” Dahlia memandang tepat ke mata suaminya. Tubuh Amir yang sasa dan bau sabun mandi amat menggoda tapi orang tak sudi , aku malu nak mulakan.
“ Abang tahu Lia ada orang baru dalam hidup Lia.”
“ Mana ada? Sumpah tak. Lia ada abang saja. You are the only one.” Dia merangkul leher Amir dan menyembam mukanya ke dada.
“ Tipu. Abang dah tahu.”
“ Jangan percaya cakap orang. Lia tak pernah curang. Abang saja nak cari alasan nak tinggalkan Lia sebab abang dah jumpa Sarah” Bibit tangis terdengar. Amir terus merangkul nya.
“ Nauzubillah. Ke situ pula dia. I have no such intention lah sayang. Trust me.”
“ Habis tu, kenapa kata Lia ada rahsia lah. Ada orang baru lah” Dahlia mencebik
“ You still don’t get it. Biology lesson dah banyak pun tak faham lagi” Amir mengusap perut Dahlia sambil tersenyum penuh makna. “You have made me the happiest guy. Syukur Alhamdulillah. Abang tak sabar nak jadi bapa”
“ Aaaa… macam mana Abang tahu? Lia tak bagi tahu sesiapa pun. “ Mata Dahlia terbuntang. Hamba Allah mana yang bagi tahu Amir? Takkan Dr Halim? Dia kenal pun tidak.
“ Isteri sendiri, mestilah abang perasan kalau ada perubahan. "
“ Tapi perut Lia belum besar lagi. Badan Lia dah besar kah?”
“ Besar in all the right places. Nice. ” Matanya di paku ke dada Dahlia. “ You sangat sexy lah. Muka berseri seri. Mana boleh Abang tak perasan. Masa di Mekah lagi Abang dah syak.”
“ Betul kah? Lia tak perasan apa pun. Semalam Lia pergi jumpa doktor sebab sakit perut. Dia buat urine test. Lia terkejut bila dengar Lia pregnant.” Senyuman memekar di bibirnya.
“ Kenapa tak bagi tahu Abang? Nak keep it a secret konon. Nakal ya.” Hidung Dahlia di tarik.
“ Bukan tak nak cakap tapi nak cari masa sesuai. Lia kena pergi jumpa gynaecologist untuk buat check up. Dr Halim tu tak ada equipment nak scan. “
“ Abang tak suka orang lain tengok bini abang. "
" Alaa.. doktor pakar perempuan kan ada. Lia pun tak nak pergi doktor lelaki. Malu weii" Biarpun semua doktor adalah professional dalam bidang mereka tapi aku tak sanggup. Biar lah orang kata aku jumud.
"Biar abang saja jadi gynae Lia. Sekarang kita buat check up.“ Amir melurut kan tali tanktop Dahlia.
“ Check up apa macam tu?” Dahlia menggeliat geli bila Amir mengucup lehernya.
“ Ini check up professional punya. Bukan semua orang boleh buat”
“ Huk eleh. Gatal!” Namun di biarkan segala tindak Amir. Matanya di pejam.
“ Tak nak kah?” Amir menopang dagu.
“ Naaaak..” Dahlia merengek manja. “ Tapi takut apa apa jadi kat baby.”
“ Its okay. I’ll be gentle sayang. Tak affect the baby pun. Mati lah abang kalau kena puasa 9 bulan.” |
|
|
|
|
|
|
|
sambung lagi ....... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 564# qimi08
dah tak panjang dah |
|
|
|
|
|
|
|
sampai sini jer utk minggu ni
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply 568# sang_arjuna
Okeh klu ada post lagi ek....nak gi bercuti kemana pulak kali ini |
|
|
|
|
|
|
|
agk2 nyew kalo datin elly jd gla..tok mi tue kwin x ngan nia?? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 569# qimi08
nak gi tgk Prince William kawin
tp tgk depan TV jer |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 570# lantakola
mesti kawin... lagi senang sbb ada excuse bini gila |
|
|
|
|
|
|
|
ish! suami beralih kasih nielah yg takut... |
|
|
|
|
|
|
|
ok gak Tok Mi ngan Nia...kami restu walaupun Elly tak restu.. |
|
|
|
|
|
|
|
cian lia xpsl2 dpn hadiah dr elly... |
|
|
|
|
|
|
|
konon2 nk jd penyisat x pasal2 dpt penampr sulung si elly
oww tok mi nk khwin dgn nia rupanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
perisik amatur...
siap kena penampar sulung lagi |
|
|
|
|
|
|
|
nia aurora ngan tok mi? Patutle dia tak pandang C.A...Tak de langsung usaha nak rampas drp dahlia. |
|
|
|
|
|
|
|
nk lagi kak juna... x cukup... |
|
|
|
|
|
|
|
smiley....cpt sambung...
apa jadi kat datin elly....
kena register kat tg rambutan ke?? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|