CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

ANDAINYA KAU JADI MILIKKU ( rating U) - SAMBUNGAN ( SUDAH TAMAT)

   Close [Copy link]
Post time 30-7-2010 04:37 PM | Show all posts
yg org pompuan tak suka tu la yg org lelaki suka...hehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2010 04:44 PM | Show all posts
Reply 561# ainahakimi

Tapi Yem tak suka.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 05:21 PM | Show all posts
junaaaaa...........

nak lagiiiii..............nak lagiiiiiii.............
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 08:25 PM | Show all posts
sis mana ilang
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 08:54 PM | Show all posts
penuh benang ni dgn ketidakpuasan hati terhadap izlyn si ulat bulu
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 09:36 PM | Show all posts
kesian budak izlyn 2 korang kutuk.biasalah budak baru nak knal dunia 2.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-7-2010 09:50 PM | Show all posts
akak smiley...

tlg create sorg co-hero kasi ngan izlyn....
xder la dia nk menggatal dgn adham...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 10:15 PM | Show all posts
malam ni x scence sofea gediks ehh
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2010 10:51 PM | Show all posts
apa kata last minit Yem bwk Lala skali gi JB..
mesti terkebil2 si Izlyn ni kalu dia tau Lala tu bini Yem
barulah hilang kegatalan dia kot!
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 10:53 PM | Show all posts
gadis2 zaman sekarang kalau dah minat kat lelaki tak kira dah lelaki tu suami orang ke tunang orang  ...
ainahakimi Post at 30-7-2010 14:10


betul tu aina. tp betul ke suami orang tu poket penuh?
penuh hutang yg ramai....penuh poket kadang2 (ikut stail p ramlee)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2010 10:53 PM | Show all posts
Reply 567# midar

nak bagi Dr Norman kat dia
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 11:02 PM | Show all posts
Reply  midar

nak bagi Dr Norman kat dia
sang_arjuna Post at 30-7-2010 22:53



boleh gk tu.
tp mana n3.............
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2010 11:02 PM | Show all posts
Post Last Edit by sang_arjuna at 30-7-2010 23:07

malam ni izlyn tengah mengatur strategi nak perangkap adham
jadi kita cerita psl org lain pula
.............................................................................................
Datuk Fuad mengajak sahabat karib merangkap besannya Haji Azmi ke gazebo di laman rumah. Adham juga turut serta. Mereka baru pulang dari  masjid sesudah majlis tahlil yang di anjurkan keluarga jiran. Sejak Datuk Fuad dan Datin Ainul kembali dari menunaikan umrah, mereka sekeluarga dan kadangkala teman rapat berkumpul untuk solat Maghrib dan tahlil setiap malam Jumaat. Kali ini majlis tahlil di adakan di masjid berdekatan dan anak anak yatim dan mereka yang tidak berkemampuan turut di jemput.

Najlah dan Datin Ainul menyusul kemudian dengan kopi dan pencuci mulut. Najlah meletakkan satu mangkuk berisi buah mata kucing dan satu lagi mangkuk bubur kacang. Piring dan mangkuk kecil di agih agihkan.

“ Lala tak boleh minum kopi.” Tegur ibunya bila Najlah menghulurkan tangan untuk mengambil cawan. Tak aci lah. Buat kopi bau harum semerbak , tayang depan orang pula.

“ Sabar lah. Lepas bersalin nanti boleh minum puas puas. Bukan lama sangat lagi pun.” Pujuk Adham bila Najlah menunjukkan wajah cemberut. Aku kena jaga hati bini aku ni. Lagipun aku perlu pertolongannya. Najlah tak tahu dilemma yang aku hadapi.

“ Bila Lala nak bersalin?” tanya Haji Azmi. Dia juga cukup teruja bila mendapat tahu Najlah mengandung. Ada juga zuriat aku. Dapat juga aku gelaran Datuk walaupun bukan Sultan yang bagi. Kalau di harapkan Iskandar, tinggal mimpi sajalah.

“ Lambat lagi lah Papa. Lebih kurang lima bulan lagi” Najlah menyuap bubur kacang dengan penuh berselera.

“ Oh.. kalau begitu sempatlah baby ni dapat nenek baru” Pengumuman Haji Azmi membuat semua terlopong. Betul ke telinga aku ni? Masing masing bertanya.

“ You mean… kau nak kahwin lagi satu kah Azmi?” Datuk Fuad meletakkan cawan tanpa meneguk kopinya. Matanya terbuka luas tanpa perlu kafein.

“ Papa nak kahwin lagi? Dengan siapa?” Najlah dan Adham bersuara serentak.

“ Macam mana dengan Noraini?” soal Datin Ainul. Dia gerun membayangkan wajah Noraini yang masih di tahan di Wad Psikiatrik di Hospital Universiti.  Bagaimana reaksinya  kalau tahu dia akan di madu?

Haji Azmi mengambil nafas “ Aku dah lama fikirkan soal ini, Fuad.  Dr Ravi yang merawat Noraini kata  penyakit mentalnya susah di ubati. Risiko dia bertindak ganas sangat tinggi. Ada sekali dia mencederakan pesakit di sebelah katilnya. Dr Ravi meminta kebenaran untuk menghantarnya ke Hospital Bahagia. Di sana ada kemudahan untuk pesakit mental yang tahap merbahaya seperti Noraini. I boleh ceraikan dia atas alasan dia sudah tak mampu menjalan tanggungjawab sebagai seorang isteri. Tapi I tak sampai hati.  ”

Adham menyembunyikan senyum. Padan muka ibu tiri aku tu. Akhinrnya kena masuk Tanjung Rambutan. Itulah balasan yang setimpal untuk segala perbuatannya terhadap ibu ku. Sesungguhnya Allah maha kaya.

“ Papa nak kahwin dengan siapa? Bila nak kenalkan mak tiri baru? Hebat betul Papa. Kahwin sampai tiga kali.”

Najlah menjeling. Ohh… hebat konon. Janganlah Adham ikut jejak Papa, doa Najlah. Dia risau bila teringat peribahasa bapa borek anak rintik.

“ Jangan terkejut Yem. Yem memang dah kenal dia. Papa nak kahwin dengan Kak Siah. Dia sudah lama jaga Papa, dia tahu apa Papa suka, apa Papa boleh makan. Umur dah senja macam ni, Papa bukan nak bercinta lagi macam orang muda, takkan nak cari isteri yang muda dan cantik. Cukuplah kalau Papa ada teman berbual dan sanggup jaga makan minum Papa. Kalau Papa sakit pun, tak payah lah nak susahkan adik beradik.” Panjang lebar Haji Azmi memberi penjelasan agar tidak di salah ertikan. Aku bukan orang tua gatal.

Datuk Fuad mengangguk. “ Baguslah tu. Lagipun tak manis you dengan Siah duduk serumah kalau tak ada ikatan yang sah. Walaupun dia pembantu rumah tapi tetap bukan muhrim. Masa dulu Noraini ada, lain cerita.”

Datin Ainul cuma senyum.  Siah, walaupun berasal dari kampung dan tak bersekolah tinggi, tapi jauh lebih baik dari Noraini. Orangnya sederhana tapi sopan dan penyayang. Dia lah calun yang paling sesuai untuk Hj Azmi.

“Yem? Macam mana?” Hj Azmi memandang anaknya yang membisu dari tadi.

“ Yem okay je. As long as you are happy , Yem setuju. Kak Siah pun baik orangnya. Iskandar dah tahu?”

“ Papa dah cuba call dia tapi tak dapat. Mungkin dia tengah travel. Tapi Papa dah hantar SMS dengan email. Rasanya dia tak ada halangan” Iskandar peka dengan keadaan ibunya. Tentu dia redha dengan keputusan bapanya untuk berkahwin lagi. Lagipun dia jauh beribu batu dan sudah besar panjang. Mereka semua terdiam seketika bila nama Iskandar di sebut. Entah apa jadi pada nya. Sudah berubah atau masih lagi seperti dulu. Wallahualam.

“Papa dah propose kat Kak Siah?” Adham memecah keheningan

“ Kenapa? You nak ajar Papa you macam mana nak propose kah? Siap tipu orang konon nak pergi tengok rumah klien sebab nak buat swimming pool. Entah apa apalah” Najlah mengingatkan semula peristiwa bersejarah mereka berdua.

“ But it worked. Tengok lah hasilnya. Terror kan Yem?” Adham menepuk perut Najlah yang duduk di sebelah. Tawa dari ketiga ibubapa meletus sekaligus membuat Najlah menyikunya. Riaknya suami aku ni!

“ Papa dah tua, tak pandai nak romantic. Lagipun Siah dan keluarga dia pun dah setuju. Papa ingat nak kahwin dua minggu lagi. Bukan nak buat besar besaran pun, cuma nikah di masjid dan kenduri di rumah untuk keluarga dan jiran. Siah pun segan kalau ajak ramai sangat orang. Maklumlah… sama sama kategori veteran.” Hj Azmi tersenyum simpul sambil membetulkan sila.

“  Lala dengan Mak boleh tolong dia pilih pakaian pengantin. Papa bagi hantaran masa nikah nanti? ” Najlah tiba tiba teruja. Menantu jadi wedding planner untuk mak dan pak mertua.  Pecah rekod ni…

“ Thanks Lala. Papa ingat nak bagi maskahwin dengan cincin saja masa nikah. Tak payahlah nak susah susah. Tapi kalau nak bawa Mak Siah pilih baju untuk di pakai masa kenduri nanti, Papa okay saja. Janji jangan glamer sangat. Nanti Papa tak kenal pula isteri Papa” Hj Azmi berlelucon. Jelas nampak sinar bahagia di matanya. Sudah lama dia kesunyian.

Tak lama kemudian Hj Azmi meminta diri. Datuk Fuad bersaing menuju ke keretanya. Kedua sahabat itu berbincang sebentar sebelum kereta Hyundai Sonata Hj Azmi berlalu pergi.
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 11:06 PM | Show all posts
Reply 562# anieaina


    kira yem ni kategori jejaka malaya
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 11:07 PM | Show all posts
oh! org pertama baca n3 ni...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2010 11:11 PM | Show all posts
“Lala, you  dah fikir kah  pasal apa yang I tanya tadi?” Adham bertanya sambil mengekori Najlah ke dalam rumah. Tangannya melingkari pinggang isterinya yang masih ramping.

“ You mean, kalau I nak ikut you pergi JB besok? ” Hai Adham ni tak faham faham kah. Orang banyak kerja. Lagipun setakat pergi pagi balik petang. Buat penat badan saja.

“ A’ah. Jomlah ikut. Apa kata kita pergi Singapore lepas I habis meeting. We can spend the weekend there and do some shopping. You juga yang cakap barang baby kat sana lagi cantik” pujuk Adham. Sejujurnya dia rasa cuak dengan Izlyn. Lebih lagi bila Shahrul mengacah yang kampung Izlyn dekat border Siam. Perempuan psycho boleh buat apa saja.

Najlah menolak pintu bilik. Mereka berdua akan bermalam di situ memandangkan Adham kena ke airport awal pagi. Dia menanggalkan tudung dan abaya hitam yang di pakai atas jeans dan tshirt.

“  Bukan I tak nak pergi tapi the timing is wrong. I baru habis job di PJ Hilton. I kena masuk ofis tengok kalau ada anything outstanding yang I kena buat. Kita pergi Singapore minggu depan. Okay sayang?” Najlah membuka butang baju Melayu suaminya. Nafas Adham panas menyapa dahinya. Mata mereka bertembung dalam pautan penuh kasih. Namun Najlah dapat merasakan ada sesuatu yang mengganggu Adham.

“What’s up? You nampak macam risau saja. Sebab Papa nak kahwin kah?”  Adham menggeleng. Kedua belah tangan Najlah di genggam kuat.

“ Lala , you sayang I tak?” Nadanya serius.  

“ Of course. Kenapa ni?” Najlah nanar.

“ Boleh tak you jangan degil. Kali ini I guna kuasa veto sebagai suami. You kena ikut I besok.”

Najlah tersenyum “ Oh… I tahu. You takut  dengan Izlyn Sofia. Apa lah you ni. She is just a kid. Kalau perempuan lawa dan sexy macam Liza tu you boleh handle, takkan you tak boleh handle Izlyn. Anyway, I think you are overeacting. Dia admire you, that’s all.”

Adham mengetap rahang.  Bengang dengan reaksi Najlah yang selamba dek. Betulkah bini aku sayang kat aku? Sikit pun dia tak cemburu. Aku pantang tengok dia dengan Dr Norman. Rasa nak lesing  Tapi dulu dengan Miriam dan Liza bukan main mengamuk lagi. Entah entah Izlyn Sofia dah pukau Najlah. Adham resah memikirkan kebarangkaliannya.

“ Lala you dah seminggu tak ada di ofis. You tak tengok perangai dia yang macam drama queen. Everybody thinks she is wacko. I tahu nak handle perempuan macam Liza tapi I takut dengan orang psycho macam Izlyn. I tak nak dia pergi cerita kat Datuk yang I cuba rogol dia di JB” Suara Adham bergetar menahan marah. Dia merebahkan diri di katil.

Najlah ke bilik air untuk membersihkan diri.  Betul juga kata Adham. Aku dah lama tak dengar khabar dari ofis. Tasha yang selalu jadi informer aku pun tengah asyik masyuk bercinta dengan tunang nya. Macam mana kalau Izlyn lakukan sesuatu di luar jangkaan. Aku juga yang gigit jari nanti kalau Adham ikut jejak langkah bapa nya.  

Najlah terus baring di sebelah Adham. Rambut Adham di usap.

“ Okay, I’m sorry. I ikut you besok. I don’t want to lose my hot and handsome husband”

“ Ulang lagi sekali” Adham menarik kepala Najlah ke dadanya.

“ I ikut you besok”

“ Bukan itu. Yang selepas tu”  

“ Entah , tak ingat dah apa I cakap… hehehe… jangan” Najlah ketawa mengekek di geletek Adham. “ Janganlah, kasihan baby”

“ Alolololo… kasihan baby Papa. Mama ni degil. Tak nak ngaku yang Papa ni hot and handsome” Perut Najlah di usap lembut

“Lala, you tahu kan yang I sayang sangat kat you. You are everything to me ”  bisik Adham. “ Walau apa pun terjadi, you kena percaya yang you seorang saja di hati I. My one and only true love.”

“ I love you too.  “ Najlah membiarkan dirinya hanyut dalam pelukan Adham. Bau sabun mandi Lifebuoy bercampur kopi membuatnya terbuai buai. “ Tidurlah Yem. Esok awal pagi lagi kena bangun”

“ Okay sayang. Good nite ” Adham memadam lampu dan menarik selimut sebelum mengucup bibir mungil isterinya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-7-2010 11:11 PM | Show all posts
Arjuna, thanks for the entry
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-7-2010 11:18 PM | Show all posts
Reply 577# mertua
u r welkam
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 11:18 PM | Show all posts
thanks smiley...
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2010 11:20 PM | Show all posts
Reply 576# sang_arjuna


    arjuna....hujung2 minggu ni n3 bagi banyak2 ya!!!

    apa pun dah ada dua n3 tu....tq
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 11:56 PM GMT+8 , Processed in 0.090362 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list