|
RIANZ PARADISE VOL.98 - Yang Sebenarnya-EDDIE&NADHIYA
[Copy link]
|
|
tapi kalau nak baca sambungannya kn masuk board sana ya... |
|
|
|
|
|
|
|
“Kringgggggg!!!!
Aku celapak turun dari katil dua tingkat itu, hampir-hampir terbabas ke cermin tingkap. Tuala nipis berbelang hijau putih yang tersidai laju aku capai menuju ke bilik mandi.
“Kalau jam tu boleh menangis, dah kering air mata berbunyi dari tadi, berjam-jam” leteran emak sudah lali di telingaku bagaikan alunan biola Allahyarham seniman Hamzah Dolmat.
Mengapalah aku susah sangat nak bangun pagi? Subuhpun masih kena piat. Aku memarahi diriku sendiri. Sudahlah temuduga itu amat aku tunggu-tunggu sejak sekian lama menjadi kerani cabuk cum despatch rider cum peon, dengan gaji campur elaun tak sampaipun seribu sebulan. Sudah ada Diploma di dalam bidang Pengangkutan sejak tiga tahun lalu, nasib belum berpihak kepadaku. Pekerjaan yang ditawarkan amat tidak memuaskan. Lain yang aku belajar lain pula kerjanya. Buang masa sungguh, tiga tahun lebih aku berusaha dengan gigih untuk lulus dengan baik.
Mula mendapat pekerjaan sebaik sahaja menerima segulung diploma namun pekerjaan lain yang aku pohon, jawatan lain pula yang ditawarkan. Di syarikat pengangkutan lori terkenal aku hanya ditawarkan menjadi mat despatch, hantar bil dan statement ke premis pelanggan-pelanggan syarikat kami. Di syarikat perkapalan sekarang pula menjadi kerani untuk mengecop borang LC dan bermacam-macam borang lagi dan berulang-alik ke pejabat Kastam Di Raja. Kalau aku free aku disuruh membancuh air untuk salesman yang membawa pulang pendapatan saban bulan melebihi tujuh ribu termasuk komisen. Rata-rata mereka bergaya dengan Honda Civic, Nissan Murano dan lain-lain kereta jenama luar negara tapi nak belanja teh aispun berkira. Ceh!
Langkah drastik yang ku ambil ialah melanjutkan pelajaran di kolej swasta dalam bidang Sains Kesetiausahaan. Mungkin tidak pelik kalau aku seorang perempuan tapi memang agak luar biasa kerana aku adalah lelaki normal, tiada sedikitpun perawakan wanita yang ada padaku baik dari segi fizikal, cara berjalan apatah lagi bercakap, mental jangan dikiralah, seratus peratus lelaki. Kalau sudah terlalu banyak pekerjaan yang dulunya milik lelaki kini dipelopori oleh wanita, aku mahu menebalikkannya.
“Kerja apa tu Haris?” tanya emak yang menolak nasi lemak daun pisang berbungkus kepadaku. cepat-cepat aku simpan surat panggilan temuduga itu.
“Kerja best punya, jaga bos”
“Hah? Jaga bos?” emak merenungku.
“Bodyguardkah? Kau yang nak jaga boskah atau bos nak kena jaga kau?” mak menyindir. Aku suap mulutku sambil berfikir-fikir tentang cara untuk menipu emak. Tipu sunat nampaknya. Kalau aku katakan jawatan setiausaha wajiblah emak kunci pintu rumah itu awal-awal lagi. Jangan haraplah dapat pergi temuduga itu. Emak mana yang rela anak lelaki jadi setiausaha, bukan setiausaha politik tapi setiausaha dalam istilah yang sebenar. Mak tentu membayangkan aku berjalan terkedek-kedek dengan tangan berkepak. Ngeri, mahunya emak pengsan berbelas kali. Demi mencari rezeki yang halal kali ini aku tak mahu pandang ke belakang lagi.
“Tengok oranglah, jawatan ni bawah sikt dari manager, atas banyak dari kerani” selamba aku mereka cerita.
“Janji halal, janji dapat tampung belanja kamu, mak ni tak apa, boleh ikhtiar sendiri. Kumpul duit cukup, boleh mak minang Pura bagi kat engkau” Pura, Pura, Pura…nama itulah yang sentiasa bermain di bibir emak.
“Apa? Pura, orang lain tak adakah mak?” moodku pagi itu mula sedikit tersasar. Terbayang wajah Pura dengan gigi depan yang nala besarnya. Tak faham aku mengapalah mak berkenan sangat dengan gadis itu. Melambak anak dara di sekitar taman perumahan itu, Pura juga yang dipilih untukku.
“Hui, bukan main lawa budak Pura tu, dia khatam Quran dengan mak dua kali, sejuk tengok budak tu. Mak diapun kawan mak. Jangan tengok pada rupa aja Harris oi” wajah emak bercahaya dan berseri kalau menyebut nama anak gadis itu. Semakin lama aku dengar emak bercerita, semakin berdengung pula telingaku. Ingat senang agaknya nak bela anak orang, belanja kahwin lagi, sewa rumah lagi, kenduri lagi, kereta ke motor. Lagi lima tahunpun belum tentu aku dapat kumpul sebegitu banyak wang untuk bergelar suami orang. Alamat tualah si Pura kalau nak menunggu aku.
“Banyak ke gajinya Haris?”
“Mak ni, bukan kerja gomen, dah tulis siap-siap jumlah gaji dalam paper, ini swastalah, ikut suka dia oranglah nak bagi berapa” mulutku makin sesak mana nak layan mak, mana nak kunyah nasi lemak.
“Susahlah macam tu, kalau dibaginya kamu lima ratus sebulan, aduh kesian kamu, macam dulu tu”
“Tak kot, insyaallah, mak dah baca doa untuk Haris?” mak tersenyum dan mengangguk.
“Mak dah melempar, insyaallah kali ini rezeki kamu, pergilah nak”
“Kurafat!” aku menegur.
“Siapa suruh percaya!” bahuku ditepuk-tepuk beberapa kali.
“Insyallah, kali ni anak mak mesti dapat” aku senyum, doa seorang ibu itu selalu sampai kepadaNya.
Aku buka kembali fail plastik di tangan, resume, salinan semua surat-surat penting, sijil dan diploma. IC dan surat beranakpun aku bawa, manalah tahu kalau-kalau perlu. Aku perhatikan surat panggilan temuduga itu, tertulis di dalam bahasa Inggeris. Nama syarikat juga seperti syarikat antarabangsa. Kecut perut, tapi inilah peluangku. Aku harus berani, umur sudah mencecah dua puluh lima, kerja masih tak tentu ke benda. Empat tahun aku berhempas pulas di UITM mengambil Diploma In Transportation, dua tahun aku ambil kursus Kesetiausahaan tanpa pengetahuan sesiapa di kolej swasta. Siang aku bekerja kerani mengecop borang, malamnya aku pergi kelas. Sindiran dari sesiapa jua bagiku hanya nyamuk-nyamuk aedes yang selalu aku bunuh dengan Ridsect. Kepada emak aku katakan yang aku mengambil kursus perakaunan. Kesian mak nanti tak pasal-pasal kena sindir dek jiran yang kuat mengumpat. |
|
|
|
|
|
|
|
Dari rumah aku di Bandar Tun Razak, Cheras nak ke Pusat Bandar memang boleh tahan jauhnya. Awal-awal lagi aku sudah membersihkan motor Kristar Modennas yang ku beli dua tahun lepas. Tali leher itu aku letakkan baik-baik di dalam fail plastik agar tidak berlipat. Gel rambut sudah aku masukkan ke dalam tempat simpan barangan, untuk standby nanti. Pewangi badan jenama Avon yang selalu emak order dari Pura sudah aku sembur berlambak ke seluruh badan. Handphone jenama Nokia model paling cekai itu aku masukkan ke dalam saku seluar. Pukul lapan pagi aku sudah melangkah keluar dengan doa ikhlas dari emak.
Abah sudah lama keluar menarik, driver teksi harus keluar seawal pukul enam setengah kalau mahu rezeki lebat. Dengan duit dari titik peluh abah itulah aku dibesarkan bersama tiga orang lagi adik beradikku. Aku anak nombor dua tapi aku harapan emak kerana aku anak lelaki yang paling tua. Kakakku Hamidar sudah bekerja dan kini berada dia daerah Juru, utara tanah air, mengajar. Adikku dua orang, Hamisa dan Hafizan. Misa masih di universiti Malaya, Azan pula masih bersekolah di Sekolah Sains Alam Shah, Cheras.
Tanggungjawab ayah sudah terlalu berat, kak Midar pula sudah terlalu lama berkorban.
Aku simpati kepada kakak sulung kami itu. Sepatutnya dia sudah memikirkan dirinya sendiri, berumah tangga, namun kekangan kewangan pasti menghimpitnya. Aku pula masih belum bernasib baik, namun aku tak pernah berputus asa. Rezeki itu akan datang juga kalau kita berusaha.
Sampai saja di bangunan Wisma UOA itu aku naik kecut pula. Aku letakkan motorsikalku agak jauh di tempat parking di bawah pokok berhampiran. Teruk betul, letak bawah pokokpun nak pau duit aku dua ringgit. Aduh, bayangkanlah kalau aku bekerja di situ, entah berapa duit parking sebulan. Belum lagi duit minyak, setakat tujuh lapan ratus gaji, memang ikat perutlah aku setiap bulan.
Nak masuk ke bangunan itupun satu hal, kena bagi I/C, kena daftar kepada pengawal yang bertugas, siap mereka menelefon ke pejabat itu pula. Masuk ke bankpun tak sesusah itu. Dengan satu pas sementara yang tergantung di dada aku melangkah mencari lif ke syarikat itu. Enam lif semuanya, mana satu harus aku ambil? Aku tercari-cari, jam sudah hampir ke pukul sembilan.
“Excuse me Miss, er, how to go to this office?” aku bertanya kepada seorang wanita tinggi lampai berbangsa Cina. Aduh! Cantik sungguh, putih melepak bagaikan telur dikupas kulitnya. Harrris, Harris! pantang kalau tengok perempuan cantik cepat saja nak berangan. Sempat lagi mengutuk diri sendiri.
“Which one?” aku terpinga seketika bagaikan baru terjaga dari sebuah mimpi kilat.
“This one, Way 2 Asia” aku tunjukkan kepala surat itu kepadanya. Mataku sesekali mencuri pandang wajahnya, Melayu ke Cina? Lawa sungguh!
“Oh! Level nineteen, this way, I am going to seventeen floor, we use the same lift”
“Thank you” aku perhatikannya atas bawah. Memang kurang sopan sebenarnya tapi naluri itu tidak dapat aku kekang. Bagaikan berada di sebelah seorang ratu cantik pula. Skirtnya biru tua ketat, kasut tinggi gelap dan blaus putih bersimpul di bahagian dada.
“See you next time” ramahnya dia, sambil keluar dari lif di tingkat tujuh belas itu.
“Ya, thank you Miss, see you…aaahh” jawabku sedikit gementar. Dia tak berpalingpun.
Menunggu lif terbuka di tingkat sembilan belas dadaku berdebar, lututku sedikit bergetar. Syarikat apa pula ni? Mataku meliar saja.
Sebaik saja pintu lif terbuka aku mula membaca surah alfatihah, diikuti ayat-ayat lazim yang lainnya termasuk Alamtarokaifafa a’larob.Masih teringat pesan emak untuk membaca ayat itu bila terserempak dengan anjing. Anjing mana yang ada di dalam bangunan serba moden itu? Penyakit gemuruh sudah menjangkiti seluruh badan, mungkin juga kini sudah sampai ke gigiku. Aku tak tahu apa relevannya ayat itu dengan temuduga yang akan ku hadapi tapi tak salah agaknya.
Dari satu pintu dan papan tanda syarikat yang aku lalui hinggalah aku terpandangkan nama syarikat itu. Pintu kacanya berkunci, bagaimana nak masuk? Mataku tercari-cari punat dan butang. Ada seperti kotak kecil berdekatan pintu. Aku tekan. Tiada apa yang berlaku. Aku tekan lagi hingga aku terdengar suara orang yang menyapa dari alat itu.
“Hello” sapaku dengan suara dari hujung kerongkong.
“Yes?” apa yang harus aku katakan pada wanita ini?
“Er, hi I come for interview” entahkah betul grammer itu, lantaklah. Kata bos tempat aku bekerja, broken Englishpun tak mengapa, janji cakap orang putih, memang orang kagum.
“You name is?”
“Mohamad Harris”
“Press the white button” terdengar satu suara wanita. Aku tekan dan terasa ada bunyi di pintu itu. Aku pusingkan tombol itu dan lega, terbuka. Punyalah banyaknya sekuriti.
Dengan langkah kanan aku melangkah, tali leher aku betulkan. Rambut aku pastinya sudah tercacak kemas. Mataku meliar melihat pejabat yang begitu ramai pekerjanya. Masing-masing di depan komputer, entah apa yang begitu menarik sangat di atas skrin itu.
“Hello, cari siapa?” tanya seorang wanita dengan baju tebal membaluti tubuhnya. Sejuk sungguh pejabat itu, bagaikan hospital.
“Saya ada interview”
“Oh! Pukul berapa?” tanyanya.
“Pukul sepuluh” jawabku tanpa melihat jam di tanganku. Dia merenung jamnya beberapa kali.
“Baru pukul sembilan setengah, er, awak tunggu dalam meeting room sekejap, saya panggilkan HR manager” aku ikut saja wanita itu. Dia memasangkan lampu dan mempersilakan aku duduk.
Tak lama kemudian ada seseorang yang menghampiri bilik itu. Agak berumur orangnya.
“Oh, you are Mohamed Harris?”
“Yes, ma, madam” belum lagi temuduga aku sudah gagap. Ya Allah, tolonglah hambaMu yang lemah ini. Mengapalah aku suka gugup! Agaknya inilah kekuranganku. |
|
|
|
|
|
|
|
cerita ni ada dua thread ...rumah satu dah tutup..link dia kat sini, kalau sesiapa nak membaca masuk ja...
http://mforum.cari.com.my/viewth ... &extra=page%3D2
thread ke dua, sambungannya belum ada lagi...
daddy erika masuk hospital kat Pg...kn denggi, hari ni dah balik umah |
|
|
|
|
|
|
|
ada cerita baru...thanks blings...
Harris ek..nasib tak Harriz.. |
|
|
|
|
|
|
|
ada cerita baru...thanks blings...
Harris ek..nasib tak Harriz..
kn64 Post at 4-12-2010 01:31
welcome k.ngah...asyik teringat aja kat harriz lg sorang tu |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum semua; seronok dapat jumpa at last rianz jeddah akak Aniza |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum,
Apa khabar sumer? rasanya ramai yg heran tiba2 jer akak menghilang. actually due to my long time sleeping disorder, one morning akak kene hypo stroke . masih recovering walo dah stsrt working a month ago. belum start drive masuk kl masih pakai drebar lagi.sweet dah balik ke?masa cuti panjang hari tu, nak menaip punya la slow, la ni ok sket. ok guyz miss uolls a lot. Happy New Year 2011. 2010 is not so lucky year for me indeed mujur akak sempat sambut my birthday yesterday . bye. |
|
|
|
|
|
|
|
selamat tahun baru untuk rianzs,semoga thn 2011 memberi rahmat pada kita semua,salam. |
|
|
|
|
|
|
|
selamat tahun baru rianz yg dirindui...aku ingat kat korg semua. bukan lupa kat umah ni. tp skrg lagi selalu contact rianz kat fb jek..hehe. anyway semoga semuanya sihat sejahtera di 2011 ni k.... |
|
|
|
|
|
|
|
Assalamualaikum....
Rindu nya kt smua... internet rumah problem dekat sebulan lebih... ni pon pakai broadband yg tak berapa broad kekdahnya....
K.Blings)) enjoy reading ur latest nukilan.. will read more bila internet dah tak semput.. BTW congrats Erika.. w/pon lambat 2 bulan..
K.Ngah)) bila nak mai KL??? lama tak dating
K.Sweet)) Alhamdulillah akak selamat mengerjakan ibadah haji.. teringat k.Aniza tu.. mcamana buleh jumpa? memang dah plan ke??
K.Vee))) besar betul dugaan akak.. hope u're getting better..
Fahima)) slamat tahun baru.. bila nak tukar status jadik Pengantin Baru???? jgn tunang lama-2.. hehehhe
Seema)) slamat tahun baru...
Sy doakan kesejahteraan adik-2 , kakak-2 sekeluarga.. semoga tahun ni kita diberikan kebasejahteraan dan kesihatan yg baik... |
|
|
|
|
|
|
|
takut hang punya pasal panjang rupanya post ku... |
|
|
|
|
|
|
|
takut hang punya pasal panjang rupanya post ku...
CT dah bersalin blom yek??? FB pon lama tak jejak |
|
|
|
|
|
|
|
SEDANG BEKERJA... NGANTUK MOOD SO LAYAN cd.. TUPTUP KUAR LAGU eNDLESS lOVE..... TERUS TERKENANG RIANZ DAN ABANG-ADIK TU.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 571# ameeras
haah dah janji nak jumpa bila akak melawat adik kat jeddah |
|
|
|
|
|
|
|
Reply ameeras
haah dah janji nak jumpa bila akak melawat adik kat jeddah
sweetmm Post at 10-1-2011 20:43
Semalam tgk AJL nampak nama Datuk Hj Ramli MS, teringat kat sweet tetiba....adakah pergi Haji bershama-shama...lama sungguh tak intai di sini...nampak muka abang dalam metro bbrp hari yg lalu, rasa rindu sgt.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 576# cmf_blingblings
wahhh... kalau k.sweet gi Mekah bershama-shama dgn 'bapak'nya... tak lama lagi jadik Datin la K.Sweet kita... hehehhe... ya amponnnnn K.S..... |
|
|
|
|
|
|
|
salam..kak sweet..tahniah dah bergelar hajah yek..alhamdulillah |
|
|
|
|
|
|
|
Woooit bapak pi sana naik rolls royce akak naik perodua jer; tak kan korang tak tanya bapak dia tu pergi saing mak pah kan keh3 |
|
|
|
|
|
|
|
Woooit bapak pi sana naik rolls royce akak naik perodua jer; tak kan korang tak tanya bapak dia tu p ...
sweetmm Post at 13-1-2011 00:22
tak palah naik unta ke kuda ke janji dah sampai...alhamdulillah...dengan Datuk Pah?? no please say no!! |
|
|
|
|
|
|
| |
|