|
Reply #560 tin's post
mak Jan pon kau layan gak... ingat tak awek nama idora? resign dah. Dok ESPN skrg.. btw nanti kao jumpa ler ada sorang awek baru ofis wa.. kak yong asal perak.. hobi kaler pink dan pakai skirt.. x bley cerita lebey, karang jazim hilang akal.. kao tengok sendiri ler! |
|
|
|
|
|
|
|
Amerika Syarikat Timbang Projek Pembinaan Pusat Latihan Tempur
IPOH, 23 Okt (Bernama) -- Amerika Syarikat masih menimbang cadangan membiayai pembinaan sebuah pusat latihan tempur jarak dekat bagi melatih anggota polis Marin di Tanjung Pelepas, Johor.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Mustafa Abdullah berkata, kerajaan negara itu melalui Pasukan Petugas Bersama Antara Agensi AS (JIATF) pada tahun lalu telah membantu PDRM membina sebuah pusat latihan tempur jarak dekat bernilai lebih RM2 juta untuk pasukan Komando 69 di Ulu Kinta di sini.
Beliau berkata negara tersebut juga bersetuju memberi bantuan kewangan sebanyak RM940,000 untuk projek menaik taraf lapang sasar bagi melatih anggota Unit Simpanan Persekutuan di Pulau Pinang.
"Hari ini, kita gembira apabila Kompleks Tempur Jarak Dekat untuk melatih anggota Komando 69 di Ulu Kinta siap dibina dan diserahkan kepada kita manakala projek menaik taraf lapang sasar di Pulau Pinang mula dilaksanakan bulan depan," katanya berucap pada majlis Serah Terima Kompleks Latihan Tempur Jarak Dekat Komando 69 di Ulu Kinta di sini hari ini.
"Selepas dua projek ini, PDRM telah memohon sekali lagi bantuan daripada JIATF untuk membiayai pembinaan sebuah pusat latihan tempur jarak dekat bagi anggota polis Marin di Tanjung Pelepas," katanya.
Kompleks latihan tempur jarak dekat pertama untuk PDRM yang sudah siap dibina itu diserahkan kepada Mustafa oleh Pegawai Perhubungan Kedutaan Amerika Syarikat di Kuala Lumpur, David Shear.
Majlis penyerahan itu disaksikan Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri, Datuk Mohd Johari Baharom.
Mustafa berkata cadangan pembinaan pusat latihan tempur jarak dekat di Tanjung Pelepas masih dalam perbincangan dengan JIATF.
Katanya, sekiranya projek ini diluluskan, ia mampu meningkatkan taraf kecekapan anggota polis Marin dalam tugas menangani masalah jenayah di perairan negara.
Mengenai Kompleks Tempur Jarak Dekat Komando 69 di Ulu Kinta, beliau berkata, bangunan berharga lebih RM2 juta diperbuat daripada getah dan besi bersalut itu dibina menggantikan bangunan kayu yang sudah digunakan oleh unit elit tersebut untuk menjalankan latihan sejak 1996 hingga tahun lepas.
"Kompleks latihan ini menyediakan kemudahan lebih canggih dan dilengkapi dengan sistem komputer dan akan digunakan sebagai pusat latihan bagi 500 anggota Komando 69 dan 500 anggota Unit Tindakan Khas (UTK)," katanya.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Sistem C4I Diperluas Ke Seluruh Negara
PULAU PINANG, 23 Okt (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan menambah baik sistem dikenali C4I melibatkan urusan mengarah, mengawal, komunikasi, koordinasi dan informasi yang terdapat pada kereta perondanya dan memperluaskannya ke seluruh negara.
Timbalan Ketua Polis Negara Tan Sri Mohd Najib Abdul Aziz berkata sistem itu yang telah mula diguna pakai di kawasan Lembah Klang akan diperluaskan ke Pulau Pinang dan Johor dalam tempoh satu hingga dua tahun lagi.
"Sistem yang diguna pakai sejak tahun 2003 itu akan diperluaskan ke dua negeri pertama itu, sebelum diselaraskan ke seluruh negara," katanya kepada pemberita di Pangkalan Marin Batu Uban di sini hari ini selepas mengadakan lawatan perpisahan sempena persaraannya.
Melalui sistem itu, semua kereta peronda polis dilengkapi dengan sebuah komputer riba yang dapat memudahkan anggota bertugas mengesan rekod sesebuah kenderaan.
"Sistem C4I ini juga berupaya menunjukkan secara tepat, cepat dan terperinci lokasi berhubung sesuatu kejadian jenayah dan seumpamanya di seluruh negara," kata Najib.
Katanya anggota polis juga akan dibekalkan dengan peralatan pembantu peribadi digital (PDA) untuk membolehkan mereka bertindak atau sampai ke lokasi dengan lebih pantas apabila menerima panggilan kecemasan. |
|
|
|
|
|
|
|
AS tuh semangat je nak hulur duit
-aneep- |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #565 aneep's post
Yang kita ni sengkek sangat ker untuk beberapa juta ringgit. Have some god damn pride ler. |
|
|
|
|
|
|
|
Malaysia Mahu Bangunkan Satelit Komunikasi Sendiri
Daripada Abdul Rahman Ahmad
MOSCOW, 23 Okt (Bernama) -- Malaysia akan membina satelit komunikasinya sendiri untuk digunakan oleh kerajaan bagi mendorong pembangunan yang berterusan dalam bidang sosioekonomi dan meningkatkan sistem pertahanan negara.
Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Seri Dr Jamaludin Jarjis berkata walaupun negara sudah mempunyai satelit komunikasi milik swasta iaitu (Measat), namun satu satelit komunikasi yang dibina dan dimiliki kerajaan diperlukan dalam kerancakan dunia mengejar "pengembaraan" bidang angkasa.
Katanya Malaysia mempunyai kepakaran untuk membina satelit oleh jurutera tempatan yang bertugas di Astronautic Technology (M) Sdn.Bhd.(ATSB).
"Satelit yang dibina sebelum ini adalah berkaitan penderiaan jarak jauh (remote sensing). Kini kita perlu membina satelit komunikasi sendiri. Saya akan membawa perkara ini ke Kabinet," katanya kepada media Malaysia di sini.
Cadangan pembinaan satelit komunikasi adalah bersesuaian dengan kejayaan Malaysia menghantar Dr Sheikh Muszaphar Shukor Sheikh Mustapha ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) 10 Okt lepas.
Katanya cadangan itu tepat pada masanya ketika Russia menawarkan bantuan membina satelit itu yang diumumkan sendiri oleh Presiden Agensi Angkasa Lepas Russia (Roskosmos), Anatoly Perminov, semasa bertemu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Najib berada di sini untuk menyaksikan pendaratan angkasawan negara 21 Okt lepas.
Jamaludin berkata kos untuk membina satelit komunikasi akan menggunakan peruntukan yang telah diluluskan oleh Kabinet bagi membina lima satelit penderiaan jarak jauh.
"Saya akan mendapatkan kelulusan Kabinet untuk memindahkan peruntukan membina satelit penderiaan jarak jauh itu untuk kegunaan pembinaan sebuah satelit komunikasi itu," katanya.
Katanya, pihaknya juga akan berbincang bersama Kementerian Pertahanan dan Polis Diraja Malaysia supaya satelit komunikasi itu nanti dapat dimanfaatkan bersama oleh pasukan keselamatan negara.
Ditanya sama ada Malaysia akan hanya bekerjasama dengan Russia dalam pembinaan satelit komunikasi, beliau menjelaskan bahawa kerjasama dengan negara-negara lain yang mempunyai kepakaran berhubung satelit akan turut dijalin.
Mengenai Dr Sheikh Muszaphar Shukor, beliau berkata satu majlis keraian akan diadakan di Kuala Lumpur bagi menyambut kepulangannya bulan depan.
Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi telah bersetuju untuk menerima kunjungan Dr Sheikh Muszaphar Shukor di Seri Perdana, Putrajaya, sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #567 standupper's post
this kind of news I like....budget utk 5 remote sensing satellite....mau cover satu dunia ka? or maybe also round the clock sensing....bagus..bagus...keep it up... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #567 standupper's post
this kind of news I like....budget utk 5 remote sensing satellite....mau cover satu dunia ka? or maybe also round the clock sensing....bagus..bagus...keep it up... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #567 standupper's post
this kind of news I like....budget utk 5 remote sensing satellite....mau cover satu dunia ka? or maybe also round the clock sensing....bagus..bagus...keep it up... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #539 kuihkoci's post
hoi koci... apa citer panas hero kita dengan chef gedik yg ko bukak? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #571 riccckyyy's post
|
|
|
|
|
|
|
Reply #572 kuihkoci's post
this one is going to flame up yg sissy friend razhar gedik real hot..... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #573 riccckyyy's post
serve him right...... |
|
|
|
|
|
|
|
Mantapkan operasi: Polis cadang tambah bilangan helikopter
KUALA LUMPUR 24 Okt. - Polis Diraja Malaysia (PDRM) bercadang untuk menambah bilangan helikopternya bagi memantapkan tugas dalam pencegahan jenayah dan menjaga keselamatan negara.
Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan berkata, ketika ini, PDRM mempunyai 10 helikopter yang dibeli sejak 1990.
Beliau percaya penggunaan lebih banyak helikopter mampu memudahkan lagi usaha pencegahan jenayah.
揗emang ada cadangan untuk menambah lagi (bilangan helikopter), jadi kita pun telah mendapatkan peruntukan dari kerajaan.
揔alau boleh setiap negeri mempunyai dua helikopter, |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #576 jazim's post
Minggu nie rasanya sejarah hitam bagi polis.. kalau korang kira.. sepanjang minggu nie LAPAN anggota polis kena tembak dengan penjenayah, 2 anggota kena tembak di Jalan Ipoh, 2 plak di Seremban dan termasuk 3 anggota terkorban dan sorang tercedera dalam kejadian di Sg Buloh malam nie! banyaknya senjata haram dalam negara! :@
Btw Itu NGO tadak ker bising2 penjenayah plak tgh trigger happy?
[ Last edited by standupper at 25-10-2007 11:53 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by standupper at 25-10-2007 11:46 PM
Minggu nie rasanya sejarah hitam bagi polis.. kalau korang kira.. sepanjang minggu nie LAPAN anggota polis kena tembak dengan penjenayah, 2 anggota kena tembak di Jalan Ipoh, 2 plak di Seremban d ...
Assalamualaikum semuer,
TAKZIAH kpd yg terkorban.
Bertia terbaru kat TB3, 3 anggota Polis mati di tembak semasa Operasi Benteras Dadah Antarabangsa.
Sownag Cip Inspektor dan 2 lain lain pangkat.
Sowang yg cedera parah ialah Cip Inspektor gak.
Deme nie TAK PAKAI BULLET PROOF VEST ker semasa buat operasi bahaya mcm nie??
Or Penjenayah nie pakai ANTI AMOUR BULLET ker??
Sebab laporan mengatakan deme kena tembak kat DADA !!!
Siasatan perlu di buat mengenai kelengkapan terhadap anggota polis yg melakukan operasi yg bahaya ini.
Wsalam
|
|
|
|
|
|
|
|
Reply #578 niceghost2005's post
Bullet proof pakcik? Sekitar 1980an masa saya sekolah dulu ada ahli politik mana ntah cadangkan polis jgn bawak pistol takut melambangkan imej agresif! Saya percaya ramai yg sokong penggunaan bullet proot tu tapi camana dgn puak2 tertentu yg rasa ia satu pembaziran?
Mungkinkah juga pakaian seragam polis masa bertugas perlu ibuat mengikut corak pakaian no 5 ATM tetapi masih mengekalkan warna biru gelap sekarang? |
|
|
|
|
|
|
|
takziah kepada keluarga anggota polis yang terkorban. |
|
|
|
|
|
|
| |
|