CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

HANI..... OH HANI ..!

 Close [Copy link]
Post time 29-9-2009 04:26 PM | Show all posts
akhirnya dah ada n3....

bagus Abg Nazrin Hani tu.... jujur dan setia.
Kalu Hani tau ni naik skit saham Nazrin tu....
Smiley ni mmg tau saat2 bahagia ni dia munculkan
si pengacau tu.... nak bagi konflik ... bagi skit-skit je tau.... sian kami
yg tgh bahagia dgn Hani n Nazrin ni....

Next ..... bila  scene cik abe tu gi ambik hani dari umah kawan dia nnti.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-9-2009 04:32 PM | Show all posts
tnksss.... tuan umah
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2009 09:58 PM | Show all posts
bila ada n3  lg ni?.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2009 02:35 PM | Show all posts
watak fifi muncul kembali...huhuhu...jgn la dia jadi pengacau hubungan nazrin dgn hani...

nk lagi...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2009 09:27 PM | Show all posts
Sudah tiga minggu Hani menjalani latihan praktikal. Segalanya berjalan lancar setakat ini walaupun hatinya agak gusar mula mula dahulu.  Tahu kah aku macam mana nak buat kerja pejabat? Boleh kah aku menyesuaikan diri dengan staf lain? Garang kah boss aku? Bermacam soalan bermain di kepala sampai senak perut di buatnya. Tapi alhamdulillah , semuanya beres. So far, so good. Jabatan Kewangan dan Perakaunan Persada Construction yang kini menjadi rumah kedua nya ada 7 pekerja di ketuai Ketua Pegawai Kewangan atau CFO syarikat, Encik Nor Mustakim Mustafa. Staf di situ peramah, mudah bagi Hani menyesuaikan diri. Cuma satu petua bekerja di sini; mesti rajin bertanya. Kalau segan, tak ada siapa yang nak tolong.

Tugas Hani membantu Cik Suzailin yang mengendali projek khas iaitu menyenarai pendek syarikat kecil yang akan di beli oleh Persada Construction untuk mengembangkan sayap ke Pantai Timur Malaysia. Tapi ada ketikanya kudratnya di perlukan juga oleh pegawai lain.  Walaupun  terasa penat tapi dia tak kisah. Setiap pekerja di situ mesti ada semangat kerjasama, pesan Encik Mustakim. Sambil menyemak report bajet bulanan, Hani tersengih. Macam lagu Wonderpets pula… Yang penting kerjasama. Minggu depan Dr Mirzan akan datang untuk sesi pemantauan pertama. Harap harap semuanya okay.

Lamunan Hani terhenti bila henfonnya berdering. Laci meja di tarik pantas. Nama Izzah tercatit di skrin. Sejak mula internship nya di Telekom, jarang sekali Izzah menghubunginya. Apa hal pula makcik ni tiba tiba cari aku?

Izzah terus bersuara tanpa membalas salam.
“ Hani, kau tau tak aku jumpa siapa? “

Belum sempat Hani menjawab, Izzah meneruskan perkhabaran. Suaranya tercungap cungap. Excited bebenor

“ Aku jumpa Encik Nazrin. Tengah lunch dengan seorang perempuan cantik.”

Jantung Hani meluncur pantas. Siapa gerangan perempuan dengan Nazrin? Alaa… mesti dia ramai kawan perempuan. Apa nak di hairankan? Namun hatinya terguris. Nazrin tak cakap pun nak turun KL.

“ Kau kat mana?” kendur suara Hani

“ Kat Midvalley. Aku dengan Dina nak lunch kat sini, tiba tiba ternampak Encik Nazrin tengah pakto kat Nando’s”

“ Oh. Kau tak suruh dia belanja kau dengan Dina” Hani cuba sedaya upaya menyembunyi rasa serabut.

“ Ishh… kau ni. Takkan aku nak kacau dia tengah dating. Eh, Hani, kau tau tak? Muka awek dia tu macam muka kau. Cuma makcik tu lagi glamour”

Henfon Hani hampir terlucut dari genggaman. Siapa lagi yang muka macam aku kalau bukan Fifi? Tak sangka Nazrin masih berhubung dengannya. Betul kata orang, cinta pertama tak mungkin di lupakan. Apinya tak pernah padam, bila bila masa boleh membara semula.

“ Kenapa kau diam?  Macam boring saja dengar cerita aku” terjah Izzah.

“ Eh… tak. Tak adalah. Okay apa kalau Encik Nazrin ada makwe. Baguslah.” Entah apa aku merapu ni, Hani mengurut kepala nya.

Terdengar dengusan Izzah. “ Apa yang bagusnya? Tak sesuailah perempuan tu dengan dia. Mekap tebal, rambut karat.”

“ Dah taste dia macam tu. Apa kena mengena dengan kita? Eh, tak payahlah cerita pasal Encik Nazrin tu. Macam mana kerja kau kat Telekom? Best tak?” Lagi lama aku dengar cerita Nazrin dengan Fifi lagi pedih rasanya. Nasib baik aku tak canang kat satu dunia yang aku tunang Nazrin. Buat malu saja. Selama ni aku cuma sandaran sebab muka aku iras Fifi. Dah dapat yang original, yang ciplak ni di buang. Sebak di dada Hani tak dapat di bendung. Bila bila mata saja airmatanya akan luruh.

“ Boleh lah. Staf Telekom ada yang okay, ada yang sombong. Tempat kau macam mana?”

“ Setakat ni tak ada problem. Seronok juga. Izzah, aku ada kerja sikit. Nanti aku call lagi, ya. “ Hani mengakhiri perbualan dengan segera. Bimbang Izzah dapat tangkap perubahaan suaranya. Pecah tembelang aku nanti. Nafas di hela panjang. Beginikah  rasa kecewa bila putus cinta?  Kenapa aku boleh jatuh cinta dengan mamat sengal tu. Hampehhh!
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2009 09:32 PM | Show all posts
isyyyy, ni nak marah ni, baru rasa respek kat nazrin tak layan si fifi tuh, yg dia kuor ngan minah tu buat hape
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-9-2009 10:40 PM | Show all posts
ehh nazrin keluar lg dgn fifi?????
fifi paksa nazrin kot.....
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2009 11:36 PM | Show all posts
alaaa..apasal sikit je n3 ari nie...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2009 03:16 AM | Show all posts
ni mesti fifi yg paksa...klu xslp ms nazrin anta fifi blk nazrin tolak pelawaan fifi n kata len kali..so ni mesti si fifi tageh janji..nyampah tol fifi ni :@
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 08:33 AM | Show all posts
sabar hani.. sabar.... mesti fifi punya helah tu nak jumpa nazrin.... awat pendek sgt n3 kali ni smiley.... kasi panjang sikit...hehheheh...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 10:34 AM | Show all posts
bencinya..xsuka la kat fifi..
pengacau..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 01:08 PM | Show all posts
bikin sakit hati la....napa mamat tu layan fifi lagi......cepat la sambung....x sbr.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 02:20 PM | Show all posts
hani dah jeles.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 03:58 PM | Show all posts
hua ape nazrin nyh..
jgn la layan si fifi tue....
nak n3 lagi...sikit sangat
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 05:38 PM | Show all posts
smiley!!! cikitnya entry ari ni... pas tu crucial moments pulak tu
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 09:59 PM | Show all posts
nak lagii..deman rindu ni tak ckup lagi ubtnya...
benci tul la ngan fifi tu..tak malu...pompuan materialistic..
nazrin pun segal melayan lagi...wat pe...
smiley pasni bg hani terserempak ngan nazrin n fifi..biar hani balas balik
apa yg nazrin dah wat.. biar dia plak cemburu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2009 10:22 AM | Show all posts
best nyer dh ade n3....:pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2009 11:05 AM | Show all posts
good job smiley.... wat konflik dan badai n Hani merajuk... puas le si Nazrin nak memujuk....
apa niat Nazrin kuar makan dgn Fifi tu?... mungkin mereka terserempak kot... positif thingking ok...
Hani dah akui (dlm ati) dia jatuh cinta dgn mamat sengal tu... tapi biarlah pengakuan tu di depan Nazrin...
kenapa saat dia tgh menyulam kasih Nazrin buat hal lak.... go smiley go... lagi lagi n3 konflik..ya....hehehehe...
biar ada asam garam skit dlm rencah hidup Hani.... baru best... nak kejar n3... next..next..next...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2009 12:30 PM | Show all posts



cian hani......


cepat la sambung..

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2009 12:32 PM | Show all posts
selamat hari raya sang arjuna...

selamat hari raya semua...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 11:47 PM GMT+8 , Processed in 0.077727 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list