|
ABPBH 2008: 22 finalis bertemu di Batu Pahat
Oleh Zul Husni Abdul Hamid
[email protected]
ANTARA finalis yang bertemu peminat di Batu Pahat. Dari kiri, Stacy, Nubhan, Faizal Tahir, Scha, Aznil Nawawi, Mawi dan Saiful Apek.
Catat sejarah sebagai siri jelajah promosi ABPBH 2008 paling ramai selebriti
DETIK kemuncak semakin mendekati, bahang kehangatan acara hiburan berprestij, Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH 2008) kian terasa dan siri promosi juga terus mendapat sambutan hebat finalis serta pembaca Berita Harian.
Berbaki dua lokasi untuk dijelajahi sebelum kemuncak acara berlabuh di Arena Of Stars, Genting Highlands pada 12 April depan, namun ABPBH 2008 berjaya mengumpul kelompok peminat yang setia mengikuti perkembangannya.
Empat lokasi dijelajahi sebelum ini iaitu Village Mall, Sungai Petani, Kedah; Kompleks Pusat Bandar Pasir Gudang, Johor; Mydin Mall, Kuala Terengganu dan Kuantan Parade, Pahang menunjukkan sambutan hebat pembaca di luar jangkaan.
Justeru, siri promosi terakhir di luar Lembah Klang di Batu Pahat Mall, Johor, Sabtu dan Ahad ini membariskan himpunan 22 finalis dan selebriti dijangka menghangatkan lagi acara yang dinanti pencinta dunia hiburan.
Pengurus Promosi dan Pemasaran, Persatuan Akademi Industri Muzik Malaysia (PAIMM), Mas Ayie Mas Omar berkata, siri promosi ABPBH 2008 di Batu Pahat Mall melakar sejarah tersendiri apabila berjaya menarik nama besar industri hiburan untuk turut sama menghangatkan acara.
Nama seperti Mawi, Stacy, Aznil Nawawi, Faizal Tahir, Saiful Apek, Vanidah Imran, Kenchana Dewi, Estranged serta pasangan, Scha dan Fahrin Ahmad diyakini mampu mengundang tarikan peminat untuk turut serta memeriahkan siri promosi ABPBH 2008.
揃uat pertama kali, siri promosi ABPBH 2008 di luar Kuala Lumpur berjaya menarik penyertaan begitu ramai finalis untuk turut sama menjayakannya sekali gus membuktikan betapa acara berprestij ini mempunyai pengaruh besar kepada penggiat industri hiburan.
揔ehadiran nama besar ini secara tidak langsung membuktikan penghargaan dan tanda terima kasih mereka kepada peminat yang setia menyokong perjuangan seterusnya meletakkan mereka pada kedudukan selesa.
揃erdasarkan penyertaan nama besar ini, kami percaya siri promosi terakhir di luar Lembah Klang ini akan menjanjikan kepuasan kepada peminat untuk mendekati bintang kesayangan mereka, |
|