CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dammerung

Kes-Kes Paranormal Dammerung Volume III (Kemaskini 13 April 2021)

  [Copy link]
Post time 5-10-2020 10:56 PM From the mobile phone | Show all posts
razfira0707 replied at 30-9-2020 11:35 AM
bro dam ade cite baru ke.. dah menggigil ni lol ala2 addicted

haha.. Mat gian
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2020 08:39 PM From the mobile phone | Show all posts
Cerita dammerung best giler
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2020 09:26 AM | Show all posts
So citer dkt thread ni mmg dari koleksi audio @dammerung ke?

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-10-2020 05:43 PM | Show all posts
Bahagian III: Gangguan Nenek Kebayan

Kejadian berlaku pada suatu pagi, hujung tahun 1993 ketika Wani berusia 15 tahun. Pada waktu itu dia dijangkiti demam dan masuk hari kedua berbalut dalam selimut depan TV sambil menonton siaran usaha menyelamat mangsa tragedi Highland Tower.

Deruman hujan lebat menimpa atap zink begitu membingitkan dan Wani terpaksa bersusah payah meninggikan suara TV kerana bersendirian di rumah. Ayah sebelum matahari naik lagi sudah keluar bekerja sebagai pemandu bas kilang manakala ibu menjadi operator pengeluaran di kilang yang sama. Abang sulung berada di UIA dan kakak yang bekerja sebagai guru tadika sudah pun keluar sebelum Wani bangun tidur.

Wani berubah posisi dari berbaring di tilam atas lantai ke sofa rotan di dinding sebelah tingkap. Dia menyandar belakang kepala ke gerigil tingkap, supaya udara di luar sedikit sebanyak dapat menyejukkan kepala. Bosan dengan rancangan TV, Wani dengan malas melempar pandangan ke sekeliling rumah melihat tingkap-tingkap yang terbuka, sambil bersiul-siul.

Di kala berpaling ke dapur, Wani ternampak kelibat melintas di tingkap.

"Acik Nah?" tanya Wani. Kedudukan rumah dan jiran tetangga agak rapat dan adalah biasa jiran-jiran melewati koridor belakang rumah untuk ke kedai memandangkan depan rumah adalah jalan besar dan sering dilalui kenderaan berat. Selalunya mereka akan menyahut dan bertanya sekira ada yang mahu dikirim, tetapi jiran tadi tak pula membalas. Mungkin tak dengar agaknya dengan bising hujan bercampur suara TV kuat.

Dia menunggu jiran untuk muncul di tingkap ruang makan, dengan harapan dapat minta tolong belikan jeruk mangga di kedai Wahab, tapi tak muncul-muncul pula.

Rambut Wani disentap dan kepala terlekat di gerigil. Dia menjerit sekuat hati sambil cuba melepaskan diri dan tatkala meronta, Wani nampak bayangan nenek bermata buntang dengan senyuman lebar di skrin TV. Nenek itu betul-betul di sebelah Wani dan hanya dipisahkan gerigil tingkap.

Hampir hilang suara menjerit baru lah rambut dilepaskan. Wani terjelepok ke lantai dan mengheret tubuh lemahnya ke bilik tidur utama. Bilik mak ayah yang sentiasa ditutup tingkap untuk melindungi barang-barang berharga dari dicuri menjadi tempat perlindungan Wani. Sebaik mengunci pintu, dia melompat atas katil sambil berselubung dalam selimut.

Suara TV terhenti secara tiba-tiba menandakan ia telah dimatikan. Ini membuatkan tangisan Wani bertambah kuat kerana dia tahu orang gila itu sudah berada di ruang tamu. Kemudian terdengar dentuman demi dentuman. Tingkap rumah ditutup satu persatu dan meredamkan kebisingan di luar rumah.

"Laparrr...Laparrr...Laparrr" suara garau kedengaran jelas. Dinding papan lapis bilik dicakar-cakar dari luar dan ini berterusan hampir setengah jam.

Hujan semakin reda dan tiada lagi bunyi-bunyian. Wani memberanikan diri mendekati pintu dan meninjau dari lubang kunci. Dia nekad untuk bertempiaran lari keluar untuk meminta tolong.

Alangkah terkejut apabila Wani melihat makhluk berupa wanita tua berkedut seribu sedang terlompat-lompat menari di muka pintu rumah. Dia yakin itu adalah 'makhluk' kerana tak ada manusia berfizikal sedemikian. Makhluk itu mempunyai sepasang mata terjegil sebesar bola tenis dengan hidung panjang. Mulut berlumuran darah dan lebar menampakkan gigi tirus tajam. Badan pendek dan tangan panjang hingga ke lutut dengan kuku tajam menghiasi jari-jemari. Apa membuatkan Wani yakin itu bukan manusia adalah pemecah rumah misteri itu memiliki beberapa pasang buah dada seperti kucing dan tanpa seurat benang.

Suara garau seakan bauran tangisan dan ketawa, berputar-putar mendepa tangan panjangnya. Walaupun tubuh mengigil ketakutan pada masa yang sama Wani juga terpesona. Susah nak terangkan apa dirasa pada waktu itu kerana seolah-olah dia nak alihkan mata dari lubang kunci.

Wani terkenang sambutan Hari Raya tahun itu. Dia ada menyakat sepupu-sepupu kecil bermain 'Nenek Si Bongkok Tiga' dan entah macam mana terkeluar cerita Nenek Kebayan. Wani dengan angkuh berkata 'Biar Nenek Kebayan datang, aku lempang dia' kemudian ketawa kuat-kuat. Suara kecil di hati kuat mengatakan makhluk di rumah adalah Nenek Kebayan.

Tarian terhenti. Mata buntang merenung pintu bilik tidur, seperti tahu Wani berada di sebaliknya. Pantas Nenek Kebayan meluru ke lubang pintu sehingga Wani terpelanting ke belakang dek hentaman kuat di pintu.

Panik, Wani merentap sejadah-sejadah dan telekung ibu lalu membalut tubuh. Sedang terketar-ketar membaca surah Al-Fatihah, hampir pengsan dia melihat rambut putih muncul dari atas dinding dan perlahan mengurai turun ke lantai.

Hilai tawa mula 'bergerak' ke atas, hingga muncul kepala meliuk di atas bukaan atas dinding. Wani sekali lagi menjerit sekuat hati sampai nak tercabut anak tekak melihat kepala Nenek Kebayan tergantung secara terbalik di atas dinding bilik.

Mungkin tindakbalas 'fight or flight', tindakan reflek Wani membuatkan dia menerjah keluar pintu bilik dan berlari meredah hujan ke rumah jiran. Dipendekkan cerita, lebih kurang dua jam selepas itu, terdapat sebuah kereta polis dan ambulan di hadapan rumah Wani. Orang ramai yang bersesak untuk mengetahui apa terjadi juga menambah kepada kemeriahan kawasan perumahan kos rendah di pinggir ibukota itu.

Di ruang tamu, atas tilam depan TV terdapat dua bangkai ular hitam tidak berkepala. Terdapat darah di sepanjang dinding bilik tidur utama dan di lantai, bangkai ular tidak berkepala berlingkaran.

Angah tiba dulu dirumah sebelum orang tua Wani. Polis ambil laporan tapi tak banyak boleh dilakukan kerana tiada kehilangan barang. Ambulan juga sekadar membuat pemeriksaan kesihatan dan memberi bekalan ubat demam.

Selepas Asar, Wani menceritakan apa yang terjadi. Nama Rauf Medan disebut-sebut oleh beberapa jiran. Difahamkan lelaki bernama 'Rauf Medan' ini dikatakan pengamal ilmu mistik. Jiran mereka ini sering dilihat membawa pulang dua tiga ekor ayam hidup setiap hari dan khabar angin mengatakan ia adalah makanan kepada belaannya.

Bercerita tentang Rauf Medan, jiran terdekat beliau menyatakan sudah sebulan lebih tak nampak batang hidung. Timbul rasa risau di kalangan mereka kerana Rauf Medan ini sebatang kara. Lupa semua tentang kejadian menimpa Wani, malah ayahnya sendiri terlebih semangat nak jenguk rumah Rauf Medan.

Dari cerita ayah Wani, dia bersama kaum lelaki lain pergi ke rumah Rauf Medan terletak di hujung deret rumah. Berkali-kali salam diberi, tiada jawapan. Mula-mula di luar pagar, kemudian masuk berkumpul depan pintu rumah. Bau tengik menyengat hidung masing-masing dan ada menyatakan itu seperti bau terbakar.

Risau akan terdapat kebakaran dalam rumah Rauf Medan (dan melarat ke rumah lain kerana semua rumah adalah separuh kayu separuh papan), pintu dipecahkan. Bahang berserta bau bangkai membuatkan mereka semua terbatuk. Ayah Wani masuk dulu dan dalam kegelapan dia ternampak bayang-bayang kepala menjengah dari sebalik dinding muka pintu bilik. Kepala itu pantas bersembunyi sebaik diterangi lampu suluh.

Suis lampu dipetik tetapi tidak menyala. Bekalan elektrik telah dipotong, mungkin kerana sudah beberapa bulan tertunggak. Berbekalkan lampu suluh mereka menuju ke bilik tidur dan semakin dekat, makin kuat bau bangkai.

Di tilam tidak berkatil atas lantai, terdapat sekujur tubuh kejung. Semua beristighfar melihat mayat Rauf Medan hitam legam dan dalam proses mereput. Perut arwah Rauf Medan terbuka tetapi tak terburai. Isinya kosong dan dipenuhi ulat bangkai. Ayah Wani masih tidak bersuara tentang penampakan tadi kerana dia sendiri tak yakin akan kebenaran apa dilihatnya.

Di lantai dapur penuh dengan bangkai-bangkai ayam. Sebuah meja terdapat banyak botol-botol kaca minuman. Ada mangkuk kemenyan, keris dan limau-limau nipis yang telah kering, pendek kata perkakas untuk menurun. Ayah Wani rasa tak sedap hati dan cadang supaya beredar untuk memaklumkan kepada pihak berkuasa.

Kejadian ini menggemparkan masyarakat setempat sehingga lupa tentang tragedi Highland Tower. Orang bercerita hampir setahun dan ada menyatakan Rauf Medan dibunuh belaan kerana lama tak bagi makan dan ada mendakwa ternampak kelibat Nenek Kebayan mengejar ular dalam hujan. Ibu pula menyalahkan Wani kerana bersiul-siul. Dah lah demam, seorang diri pula dan bersiul itu memang panggil syaitan masuk ke rumah. Ini apa dibasuh oleh jiran-jiran kepada ibu.

Sejak dari itu, setiap kali ada family gathering, pasti Wani diminta untuk menceritakan pengalaman bertemu Nenek Kebayan. Sekarang, dia hanya tersenyum mengenang kejadian hampir 30 tahun dahulu. Namun begitu ada sesuatu yang agak menghantui Wani. Ahli agama yang diminta 'memagar' kawasan rumah menyatakan semua 'belaan' dalam botol di dapur telah pun disimpan di tempat selamat...

...kecuali satu botol terbuka dan penghuninya tak ditemui. Jauh disudut hati, Wani tahu itu sangkar Nenek Kebayan tersebut kerana sehingga kini dia selalu rasa seperti diperhatikan.


Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2020 06:03 PM From the mobile phone | Show all posts
tgerak ati nk bukak forum. sekali ada cte baru. power la damm. tq.

aku share cte2 ko kat group fb. ramai peminat ko kat sana. dorang krim salam.
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2020 09:40 AM From the mobile phone | Show all posts
tq dammerung ada cerita baru
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2020 03:41 PM | Show all posts
TQ Dammmm best sgt.. lama tak bukak thread ni
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2020 03:45 PM | Show all posts
wow x nampak update 12 Oktober.. ingat 12 Ogos lagi.. sebab tarikh sma.. TQ bRO!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2020 09:46 AM | Show all posts
yay ada cerita baru~!
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2020 11:09 AM | Show all posts
kasba replied at 8-10-2020 09:26 AM
So citer dkt thread ni mmg dari koleksi audio @dammerung ke?

Yesss.. Tapi ni volume II.. sbb thread asal dah penuh buku dah
Reply

Use magic Report

Post time 15-10-2020 02:43 PM | Show all posts
dammerung replied at 12-10-2020 05:43 PM
Bahagian III: Gangguan Nenek Kebayan

Kejadian berlaku pada suatu pagi, hujung tahun 1993 ketika W ...

Adehh..Nenek tu terlepas pulak.. Takde ke yg sudi menangkap..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 12:49 PM | Show all posts
Yubaba la tu..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 08:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Alahai..nenek kebayan tu bebas la plak..
Reply

Use magic Report

Post time 16-10-2020 08:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Ada citer baru... tq Dammerung
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2020 03:09 PM From the mobile phone | Show all posts
Terima kasih dam....adoi seram betul...tegak bulu roma aku..
Reply

Use magic Report

Post time 19-10-2020 03:57 PM | Show all posts
TQ BAMDAM!!!

mek lebiu ketat2!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-10-2020 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
tq bro damm sbb update citer baru
semoga dipermudahkan segala urusan bro!
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2020 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
kenapa satu botol tu jah terbuka tak dipagar yach? terlepas tak sempat ditangkap ke?
Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2020 01:54 PM From the mobile phone | Show all posts
Alaaa, encik Dam, nk update baru.
Reply

Use magic Report

Post time 7-11-2020 10:37 AM | Show all posts
assalamualaikum bang dam


finally bc smpi hbs kisah nenek kebayan
best2

klu dpt dibuat mcm filem pendek cerita2 dam ni mesti best
mcm kt youtube nu

anyway, look forward for more



Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 12:17 AM GMT+8 , Processed in 0.057310 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list