CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Kelipkertas

Gila p*rn – Kisah jin huru-harakan hidup aku (Angkut la saka tu...)

  [Copy link]
Post time 22-12-2015 09:52 AM From the mobile phone | Show all posts
Kelipkertas replied at 21-12-2015 05:42 PM
Kelmarin aku pergi rumah Yong. Tetengah maghrib buta, anak sulung dia si Amani mengamuk2 nak bunuh s ...

Got to do something kk psl amani ni.
Abng long akak sama kes mcm ni..dari sekolah rendah lagi dah baran x tentu psl..tiap kali mengamuk habis dihempuknya brg, ditumbuk almari pintu bilik segala..dh besa baru tau ada bende mendamping..huhu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2015 12:14 PM | Show all posts
vernirra replied at 21-12-2015 01:47 PM
utk hadam ayat saudari ni sy memerlukan seminggu mendalam sungguh belum pernah lg ayat cam ni sy d ...

Orang yg panggil "SAUDARI" ni yg jenis perempuan..

Pak Cik ni jantan

Tak dak org pakai sedari...panggil Pak Cik sja noo..


Hang ni pun jantankan..hari tu ada buka Thred tolong2 anak dara..last2 terminat & terr ingin nak me"madu" kan orang rumah?

amacam sekarang?

Dah terlaksanakah hajat di hati?
Reply

Use magic Report

Post time 23-12-2015 11:07 AM | Show all posts
Kelipkertas replied at 11-12-2015 06:04 AM
Citer pasal angau dan mood swing.

Sepanjang aku berubat dan jumpa ramai perawat ni, manjang aku a ...

weh bila aku baca psl ni tetiba aku rajin nak comment... actually aku nk cerita psl diri aku... aku x tau benda ni sbnrnya normal ke tak....

dari aku kecik.. sekolah menengah cam tu... bila ada org suka kat aku, aku jd takut sangat ngan org tu... takut yg mmg betul2 takut smpi aku boleh lari.... aku tak tau kenapa aku nak rs takut sangat....

aku ada admire kat sorg ni... kira dkt 9-11 bln gak r... angau jer... tiba2 bila budak ni bgtau yg dia suka kat aku automatik aku jd benci kat dia.... benci sgt2... rs x suka...

kenapa eh??? smpi sekarang penyakit tu ada.... n tu salah satu sbb aku x kawen2 lg...  

ada apa2 ke ngan aku????
Reply

Use magic Report

Post time 25-12-2015 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Assalamualaikum.
Saya amat memohon bantua dari kawan2 kat sini.
Ada x kawan2 kenal mana2 perawat yang boleh rawat non-Muslim?
Urgent sangat2.

Terima kasih.
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2015 07:33 PM | Show all posts
waalaikumusalam

rasa2nya tak salah boleh je berubat dgn pengamal perubatan islam
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2015 11:52 AM From the mobile phone | Show all posts
best betul..motivated lg.tp lebih pade kesian ngan sedih pun ade bace.tak memasal 'ter' register cari.my ni.trimas sis for this good story
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 28-12-2015 11:45 AM | Show all posts
canadensis replied at 22-12-2015 04:14 AM
Orang yg panggil "SAUDARI" ni yg jenis perempuan..

Pak Cik ni jantan

Pak cik ,

Hajat di hati ingin ber engine dua tp apa kan daya panjang ceritanya...sorry la pak cik bru landed ni..

try bg pendapat sekilo dua nak jadikan buah fikiran .. misi da brubah dan transforms pak cik selaras dgn konsep 1Malaysia .

pakcik pnya memory not bad la kes 1888 pn still ingt ..mesti pak cik ni keja engineer kan..tgk muka pn da tau hensemboy..hehe.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2015 07:29 PM | Show all posts
WawaRaRa replied at 23-12-2015 11:07 AM
weh bila aku baca psl ni tetiba aku rajin nak comment... actually aku nk cerita psl diri aku... ak ...

Memang sebijik sama ngan aku. Aku pun dulu senaaaaaaaaaaang sangat admire kat orang. Ngan pempuan sekali aku admire nak buat kakak angkat. Tapi bila orang tu mula bagi perhatian kat aku, aku pulak betukar geli-geleman kat dia.

Ko cubalah gi berubat jugak. Mungkin bukan gangguan, mungkin ya. Tapi sure ko nak kawen kan? Aku pun. Haha.... so.... jomlah buat sesuatu kasi betul sket kepala kita neh...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 28-12-2015 07:32 PM | Show all posts
PurpleRuby replied at 25-12-2015 07:20 AM
Assalamualaikum.
Saya amat memohon bantua dari kawan2 kat sini.
Ada x kawan2 kenal mana2 perawat y ...

Waalaikumsalam, kat DS pun selalu je nampak non-muslim gi sana... Cuba la gi hari Ahad petang jumpa Ust Saad (ni 1st time aku kasinama betul K)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2015 07:33 PM | Show all posts
Abjad_Hakiki replied at 27-12-2015 11:52 AM
best betul..motivated lg.tp lebih pade kesian ngan sedih pun ade bace.tak memasal 'ter' register car ...

Tima kasih ^^

Kalau rasa motivated jangan lupa share ngan kengkawan ko yer. Kot dorg ada masalah yang serupa dapat gak ko saham pahala menolong diorang
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-12-2015 07:46 PM | Show all posts
Dua minggu je aku tahan pakai broadband a.k.a private line. Pastu aku terjebak balik masuk website2 pop corn. Hanya kerana curiosity terhadap satu perkataan yang aku terjumpa dalam CARI neh. Hahah. Tak, bukan salah CARI. Salah aku yang tak cukup kuat benteng pertahanan hati.

Nampak tak bahayanya SATU PERKATAAN terhadap orang2 sakit cam aku ni?

Maka dengan bangganya aku lipat sim kad tu lalu kubaling keluar tingkap. Bye2 70 ingget.

Susahnya aku nak bebas dari ketagihan. Tak rela balik ke situ. Berpusing2 dalam lubang yang sama Nampaknya aku memang tak layak nak guna smartfon yang internetnya 24/7 dalam tangan, tanpa pengetahuan sesiapa kecuali aku ngan Allah.

Moga Allah pelihara korang.

Aku masih hutang citer Yun. Sori tak sempat update.

Cuti empat hari yang lepas aku pergi berubat straight 4 hari. Start anew. Jumpa cemacam perawat yang belum pernah aku jumpa sebelum ni. Ada yang baik, ada yang ganas. Ada yang kerumun aku cam tikus makmal. Ada yang tinggalkan lebam besar kat tangan aku. Kononnya picit nak keluarkan jin. Tapi hakikatnya nyawa aku yang nak terlantun keluar.

Tolong la bertimbang rasa wahai perawat sekelian. Sian aku neh. Aku ni kecik je. Kang sana sini lebam cemana aku nak claim hantaran tinggi2. Hahaha

Tetiba perawat yang last tanya, "Sejak bila nenek tua ni ikut awak?"

Nenek tua mana?
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 11:37 PM From the mobile phone | Show all posts
Kelipkertas replied at 28-12-2015 07:32 PM
Waalaikumsalam, kat DS pun selalu je nampak non-muslim gi sana... Cuba la gi hari Ahad petang jump ...

Oo boleh ek?
Sy cuba cari kat sarawak.
Sy betul2 tgh buntu nak rawat mak sy yg sy syak dah kena buatan adik ayah sy. Sy revert. Mak sy ni non-Muslim. Macam2 hal jd.
Tq ya.
Reply

Use magic Report

Post time 28-12-2015 11:38 PM From the mobile phone | Show all posts
zachsham replied at 26-12-2015 07:33 PM
waalaikumusalam

rasa2nya tak salah boleh je berubat dgn pengamal perubatan islam

Ok. Makseh ya.
Senang hati sy.
Reply

Use magic Report

Post time 29-12-2015 02:34 AM | Show all posts
kesian dekat tt... sabo la yer.. teruskan usaha andaaa
Reply

Use magic Report

Post time 30-12-2015 03:15 PM | Show all posts
TT..
be strong gurl..
jangan cepat mengalah..
siapa lagi nak tolong diri TT melainkan TT sndiri..

Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2016 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Kelipkertas replied at 28-12-2015 07:46 PM
Dua minggu je aku tahan pakai broadband a.k.a private line. Pastu aku terjebak balik masuk website2  ...

Assalamualaikum.SR tahun baru..kk xde sambungan lagi ke tahun baru nie..baru jumpa mod nie..3 hari baru khtatam  baca..ahehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 3-2-2016 09:50 PM | Show all posts
Edited by Kelipkertas at 4-2-2016 02:59 AM

Assalamualaikum WBT

Selamat tahun baru sumer . Walaupun tak berapa baru lagi sebab dah sebulan berlalu. Tima kasih @BONDAFAD sudi bertamu . Harapnya ade la benda baik yang dapat dikutip dari sini.

Tengkiu Pash dan encik ikan emas @Arian Putra.

KK baca balik catatan taun lepas. Sniri tulis sniri tak paham. Cemana readers bleh paham pun xtau la. Banyak reply yg KK xreply. Ada komen @Mokcun dan sape lagi yang awal2. Mintak maaf banyak2. Tahapa yang rushing sangat xtau la. Mesti some readers ingat KK sombong. Soriiiii........

Azam taun baru takmo pakai aku2 dah. Sebab dah xtau mana satu 'aku' diri sniri dan mana satu 'aku' mende lain. Yang dia pun sibuk nak jadi 'aku' jugak. Pening KK

Some readers annoyed dengan citer berjela2 sampai beberapa post. Kalini KK try pendekkan ea. Some readers takleh nak hadam citer orang kerasukan dalam sedar. Ketahuilah yang penulisnya pun sama cam korang takleh nak hadam tapi terpaksa gak hadap. So kalau korang rasa takleh nak layan citer ni tinggalkan je la KK cakap sorang2. I redha. Heheh. Attention seeker benor bunyinya. Btw masih harap dapat sharing2 bantu kamoo2 yang sekapal denganku.

1. MAULIDURRASUL KAT DARUSSYIFA'

Tak, takde sambutan Maulid kat situ. Cuma KK manfaatkan cuti tu gi berubat. Lepas break agak lama masa Disember tu, dan sokongan2 korang kat sini, KK dapat kekuatan balik nak gi berubat. Tapi sebab bajet cam telebih 'kuat' sangat, KK sampai doa kat Allah, kali ni kalau sakit pun sakitlah. KK tanggung. Asalkan sihat.

Amekaw sekali Allah bagi betul2. Straight Allah bagi perawat yang brutal. Yang 1st pagi maulid Khamis tu ngan ust Joe (cam biasa, nama tipu). Asalnya berubat ngan ust lain pun. Tapi bila KK dah meracau2, ust tu panggil ust Joe ni suh handle. Dengar suara baik jer. Tapi sekejap2 dia kasi penampar kat muka sebab KK (@ sesiapa je la kat dalam ni) gi maki dia. Last2 KK gi sound ust, 'tak baik la pukul perempuan. Nabi tak bagi.'

Dalam hati KK masa tu fikir, 'apa la, pagi maulid Nabi ni gi langgar sunnah Nabi.' Kalau KK bebetul sedar masa tu memang ust Joe dah kene sekolah.

Btw, memanglah KK dah jadi separuh jin. Tapi KK still perempuan meh. Sakit tau kene tepek ngan tangan laki yang kasar tu. Readers yang lelaki jangan pukul2 muka bini korang ea. Luluh hati tau. Cubit2 sayang takpe.

Hari Jumaat esoknya, Krismas. Gi berubat lagi. Dapat ngan ust Razak yang berjanggut putih panjang. Sebelum rawat KK, dia rawat sorang bangla ni. Yang tak seronoknya ust ni rawat orang sambil tersengih2 cam tak serius. Tah dia memang murah senyuman ke apa tak tau la kan. Nasib KK la pastu dapat ngan dia. Ust Razak tak bape nak baca ruqyah pun. Dia tekan belakang tapak tangan KK, area antara telunjuk dan ibu jari tu.

Bila KK cakap sakit, ust fikir sakit sebab situ ada jin. Dia picit kuat lagi. KK cakap sakit lagi. Lagi kuat dia bagi. Ya Allah sakitnyaaaaaaaaaa! Sampai KK dah takde suara nak cakap. Sampai darah naik ke muka sebab tahan sakit. KK memang bukan jenis menjerit2 kalau sakit. Tahan je la diam2 selagi nyawa masih melekat.

Sambil tu ust Razak tersengih2. Ko paham tak, orang sengih tengok ko sakit? what the...
Ke, muka dia memang camtu hah? Jenis nampak gigi je manjang? Tah la.

Sesi rawatan hari tu 'dia' tak keluar langsung. Bak kata @redha, orang kerasukan ni kalau nak bagi sedar, sakitkan badan dia. Memang ya KK sedar sepenuhnya sebab sangatlah sakit.

Hari sabtu kene masuk ICU. Ada satu bilik kat DS bangi tu dipanggil ICU. Bilik ni ada katil besar. KK xtau style perawat2 sabtu ni, kalau kes kerasukan diorang akan rawat dalam ICU. So nasib KK la haritu. Time ruqyah tetiba KK gi baling pouch bag kat ust. Mendapat la.

Apa yang seterusnya berlaku dalam ICU, tak dapat la citer. Malu KK nak ingat dan silap aribulan korang bleh salah faham plak kat perawat2 nih.

Lepas 3 hari dapat sakit, KK rasa lesu sangat badan. Rasa tak mampu nak gi DS lagi tapi semangat masih berkobar2. KK doa sangat minta Allah bagi perawat yang baik skit ahad ni. KK tak larat dah. Alhamdulillah hari Ahad dapat baca ruqyah dengan ust Faris.

Masa hari ahad ni, tangan KK yang kene tekan tu dah keluar lebam besar sampai kene tegur ngan Ust Faris. Dia terkejut bila KK cakap itu perawat DS yang buat. Dia cam tak caye sebab Tuan Guru Harun Din larang keras perawat sakitkan pesakit. Masa baca ngan Ust Faris ni dia tidokan jin. Tengok KK meracau2 takmo berenti, ust cucuk dahi KK ngan telunjuk pastu dia bacakan doa tido. Bukan doa tido biasa tu, tapi doa tido dalam buku ruqyah. Tetiba kepala KK berat dan rasa nak tido sangat. Terus terlentok ikut jari dia. Bila habis sesi rawatan tu pun, walaupun sedar, tapi kepala KK rasa berat. Mata susah nak bukak. Lutut pun lembik takleh berdiri sampai kene papah gi bilik rehat.

Esoknya KK buat research kat blog2 perawat. Baru tau rupanya itu teknik tidokan jin. Ngan KK skali nak tido. Mujarab sungguh doa tido tu. Kalau sesiapa susah tido malam boleh baca doa tu.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 10:01 PM From the mobile phone | Show all posts
Kelipkertas replied at 3-2-2016 09:50 PM
Assalamualaikum WBT

Selamat tahun baru sumer . Walaupun tak berapa baru lagi sebab da ...

Walaupn dlm keadaan skrg x brapa in nak baca kisah2 mistik ni, tapi akak terbukak jg cerita kk..alhmdllah kk dh kembali! Makin semangat akak nak berubat.

Next dating mcm nak minta jah ustaz tu bacakan doa tido yg kk cerita tuh..bia akak pengsan spnjg rawatan..buka2 mata tau2 sume dah setel...umpama kene operate gitu...kene bius lepas tu tak sedar apa dah..takdelah masa rawatan tu jadi macam orang bodo takleh buat apa bila natang tu take over body kita..huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-2-2016 10:18 PM | Show all posts
Amboi2 akak.... dating eh. Hehehe. Comeback ni sebab nak bagi sokongan kat akak la. Fighting!

Tak pasti la sume perawat tau ke teknik ni... sebab sesetengah perawat ni develope ilmu dan skill diorang dengan berguru kat tempat lain plak. Yang pastinya ngan guru yang betul la kan. Sebab dah 6 bulan berubat baru satu ni jumpa ust yang tidokan jin.

Tapi sekali tu je jadi kak. Lepas2 tu ust Faris buat dah tak jadi. Bukan ape, si budak ni yang dah degil takmo tido. Yang 1st haritu sebab tak tau kot. Bila dah tau pandai la dia ngelak.
Reply

Use magic Report

Post time 3-2-2016 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Kelipkertas replied at 3-2-2016 10:18 PM
Amboi2 akak.... dating eh. Hehehe. Comeback ni sebab nak bagi sokongan kat akak la. Fighting! {:spot ...

KK sy cadangkn KK try produk yg dibuat dr daun bidara,cthnya gel mandian dan pati bidara...it seems jin2 ni x suka dgn daun bidara ni..sy memula skeptikal gak ya ke ada effek produk2 ni...tp lps dah cuba alhamdulillah byk la tanda2 yg jin tu x selesa dan lain2 effect  
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-7-2024 12:03 AM GMT+8 , Processed in 0.136096 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list