|
KPH VILLA - 102 - Kelab Peminat Hafiz no 1!! Single terbaru Hafiz Sinar Cinta &a
[Copy link]
|
|
Goodluck Hafiz malam ni. Kalau tak menang vokal @persembahan terbaik, up kan lagu Matahari menjadi top 3..Kalau jadi juara lgai best..
|
|
|
|
|
|
|
|
Ahad, 18 Januari 2015 @ 9:19 AM
Hip hop lawan pop
Oleh Zul Husni Abdul Hamid
Debaran semakin terasa dan malam ini, satu lagi sejarah bakal dilakar menerusi acara berprestij, Anugerah Juara Lagu Ke-29 (AJL29).
Menobatkan karya muzik terbaik sepanjang tahun 2014, AJL29 menyaksikan 12 lagu bersaing merebut gelaran tertinggi yang menjadi igauan komposer dan penulis lirik tanah air, anugerah Juara Lagu.
Bertemakan Gema Dalam Muzik, Stadium Putra, Bukit Jalil menyaksikan pentas AJL29 kembali kepada asas dan inti pati sesebuah karya yang mengangkat instrumen muzik sebagai dasar terpenting dalam penghasilan bunyi. Gabungan bunyi yang terhasil itu mencetuskan gema yang bakal menyemarakkan lagi AJL29.
Melewati laluan berliku sebelum melangkah ke pentas berprestij, 12 karya yang bertanding memiliki kekuatan tersendiri yang memberi kelebihan untuk berdiri kukuh di pentas AJL29. Hampir tiga dekad penganjuran, AJL29 sedang berdepan cabaran getir dalam mencari keseimbangan antara kualiti dan populariti tanpa mengorbankan objektif sebenar penganjuran.
Aliran muzik semasa
Integriti AJL29, bagaimanapun diperkukuhkan menerusi profil lagu yang memiliki kekuatan tersendiri, sekali gus menjadi refleksi kepada aliran muzik semasa. Berbanding tahun terdahulu yang menyaksikan karya ringan dan santai mendominasi pencalonan, AJL29 mempertaruhkan sebahagian besar komposisi berat untuk menunjangi prestij pertandingan yang menuju kematangan itu.
Kepelbagaian genre menerusi karya yang diilhamkan komposer berpengalaman menterjemahkan evolusi AJL29 yang sedang meniti transisi yang signifikan. Kemunculan penulis muda berbakat besar yang berani dan kreatif dalam meneruskan legasi muzik membuktikan industri tidak pernah ketandusan idea baharu yang berdaya saing, tanpa mengetepikan asas utama iaitu muzik Melayu.
Kukuhkan profil
Kecuali Ajai, Tam (Spider) dan Edry Abdul Halim yang sudah sebati dengan pentas AJL, nama seperti Yuna, Shila Amzah, SonaOne dan Sam Bunkface semakin agresif dalam memperkukuhkan profil masing-masing sebagai komposer. Tidak lagi bergantung kepada karya orang lain, AJL29 melihat nama ini semakin ghairah mencabar diri untuk menggalas dua peranan serentak.
Percubaan mereka tidak tersasar, malah kredibiliti masing-masing dalam arena penciptaan lagu semakin diakui apabila karya yang dihasilkan berjaya membolosi pelbagai acara muzik berprestij. Pencalonan itu secara tidak langsung menjadi pemangkin kepada pemuzik berbakat besar ini untuk terus menghasilkan karya hebat.
Keampuhan komposisi mereka turut diakui apabila meraih kepercayaan daripada nama besar dan popular untuk berkolaborasi dalam mengetengahkan karya yang dihasilkan. Kepercayaan itu membantu melonjakkan posisi mereka menuju ke tahap lebih tinggi.
Karya hebat
AJL29 menyaksikan Sam Bunkface mempertaruhkan karya penuhnya menerusi Rentak Laguku yang dinyanyikan bersama Amy Search, manakala Shila Amzah meletakkan harapan tinggi terhadap karya terbaharunya, Masih Aku Cinta.
Hal yang sama juga dilihat menerusi percubaan SonaOne yang bekerjasama dengan Joe Flizzow untuk melahirkan Apa Khabar, manakala Hazama mencurahkan ideanya bersama Omar K dan Mike Chan dalam menghasilkan Malaikat.
Tanpa kehadirannya kerana terikat komitmen di Amerika Syarikat (AS), Yuna masih belum tercicir dalam barisan finalis edisi terbaharu AJL. Mempertaruhkan Lelaki, cetusan ideanya bersama AG Coco, penyanyi itu bagaimanapun, meletakkan kepercayaan kepada Najwa Mahiaddin untuk melunaskan tanggungjawab itu di pentas.
Ia bukan sesuatu yang baharu buat Yuna kerana dua tahun lalu, beliau pernah menyerahkan amanah besar kepada Aizat untuk
menyampaikan lagu ciptaannya, Terukir Di Bintang di pentas AJL27. Pemilihan Yuna tidak tersasar apabila Aizat melaksanakan tanggungjawab itu dengan baik hingga Terukir Di Bintang muncul sebagai Juara Lagu untuk AJL27.
Saingan Apa Khabar, Di Pintu Syurga
Ketika ini, pelbagai teka-teki sedang menyelubungi pemerhati industri muzik mengenai lagu yang bakal dinobatkan sebagai Juara Lagu AJL29, sekali gus membawa pulang wang tunai RM50,000.
Dua tahun sebelum ini, lagu balada menguasai pentas AJL menerusi kemenangan Terukir Di Bintang ciptaan sepenuhnya Yuna pada AJL27, manakala pada AJL28 tuah berpihak kepada lagu ciptaan LY dan Baiduri, Bahagiamu Deritaku yang dinyanyikan Hafiz.
Seandainya AJL29 masih meneruskan aliran yang sama, lagu ciptaan Tam (Spider) manakala lirik, Iman Imran, Di Pintu Syurga yang dinyanyikan penyanyi bersuara gemersik, Dayang Nurfaizah dilihat ramai memiliki potensi besar untuk dijulang sebagai pemenang.
Komposisi yang digarap kemas dengan penyampaian penyanyi kelahiran Kuching, Sarawak yang penuh penghayatan itu mampu menjulang Di Pintu Syurga ke mercu kejayaan. Lagu latar kepada drama rantaian popular, Ariana Rose siaran TV3 itu membekas impak yang bukan sedikit, malah ia kekal bertahan sebagai antara komposisi yang masih mendapat putaran tinggi di stesen radio.
Keselesaan Di Pintu Syurga bakal dicabar Apa Khabar, ciptaan bersama SonaOne dan Joe Flizzow yang memberi cabaran kepada dua nama ini untuk mengangkat kredibiliti irama rap di pentas berprestij. Tahun lalu, Kalau Aku Kaya ciptaan Omar K dan Audi Mok nyanyian bersama Altimet dan Awi Rafael mengejutkan ramai apabila diumumkan sebagai pemenang ketiga, tidak mustahil rap akan memperkukuhkan posisinya dalam AJL29.
Apa Khabar dilihat memiliki kelebihan untuk mengungguli AJL29 berdasarkan kredibiliti irama rap yang sedang menguasai industri hiburan tempatan ketika ini. Ia bukan omongan kosong kerana karya SonaOne, No More sebelum diangkat sebagai Lagu Terbaik, Anugerah Industri Muzik (AIM) Ke-21, baru-baru ini.

Pengiktirafan lain bukan jaminan
Turut memiliki potensi untuk membolosi kedudukan tiga teratas adalah Matahari ciptaan komposer berpengalaman, Ajai. Dibawakan Hafiz yang pernah menjulang trofi Vokal Terbaik, secara tidak langsung memberi sedikit kelebihan kepada Matahari untuk memungut markah bonus pada kemuncak persembahan.
Sulit diramalkan potensi Sesal Separuh Nyawa ciptaan komposer baharu, Alfie Alwi dan Aidil, manakala lirik diilhamkan bersama Shah Shamshiri dan Alyah. Meskipun menjulang trofi Lagu Pop Terbaik, AIM21, kejayaan itu belum memberi jaminan untuk lagu itu membolosi kedudukan selesa.
Sejarah AJL pernah menyaksikan kehampaan Misha Omar yang mempertaruhkan lagu ciptaan Azmeer dan lirik, Allahyarham Loloq menerusi Cinta Adam & Hawa pada AJL24. Dijulang sebagai Lagu Pop Terbaik, AIM16, semua itu tidak memberi kelebihan kepada lagu itu apabila pulang kosong selepas tewas kepada lagu Pergi, ciptaan Pete Teo dan lirik, Amran Omar yang dinyanyikan Aizat.
http://www.bharian.com.my/node/29963
|
|
|
|
|
|
|
|
Giliran Persembahan AJL 29:
* Malaikat (Omar K/Mike Chan/Hazama The Penglipurlara)
* Percayalah (Aiman/Mohd Atlas/Indah Ruhaila)
* Sesal Separuh Nyawa (Alfie Alwi&Aidil/Shah Shamshiri&Alyah/Alyah)
* Gadis Jelebu (DJ Fuzz/ Waris/Datuk Hattan
* Romancinta (Edry Abd Halim/ Edry Abdul Halim/Mojo)
* Rentak Lagu (Sam Bunkface/Sam Bunkface/ Bunkface&Amy Search)
* Matahari (Ajai/Transformer Melayu/Hafiz Suip).
* Gilalah (Omar K/ Mike Chan/Stacy)
* Di Pintu Syurga (Tam/Iman Imran/Dayang Nurfaizah)
* Apa Khabar (SonaOne&Joe Flizzow/Joe Flizzow/SonaOne&Joe Flizzow)
* Lelaki (Yuna/AG Koko/Najwa Mahiaddin bersama The Palauans)
* Masih Aku Cinta (Shila Amzah) |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by blackberry90 at 18-1-2015 12:35 PM
AJL29: Balada atau hip hop?
Oleh Amirul Haswendy Ashari
[email protected]
Kurang dari 24 jam, Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29) menjadi pentas anugerah ‘paling panas’ buat komposer, penulis lirik dan penyanyi tempatan untuk merebut gelaran juara.
Bersiaran secara langsung dari Stadium Putra, Bukit Jalil jam 9 malam ini, 12 lagu terbaik layak ke AJL29. Antara 12 ini, Gilalah (Stacy), Gadis Jolobu (Datuk Hattan & Waris), Malaikat (Hazama), Romancinta (Mojo), Apa Khabar (Joe Flizzow), Lelaki (Najwa Mahiaddin), Matahari (Hafiz Suip), Di Pintu Syurga (Dayang Nurfaizah), Rentak Laguku (Bunkface & Amy Search), Sesal Separuh Nyawa (Alyah) dan Percayalah (Indah Ruhaila), lagu manakah bakal dinobatkan juara?
Apakah lagu balada masih mampu mengungguli pentas AJL mengulangi sejarah tahun lalu dengan kejayaan Bahagiamu Deritaku ciptaan LY Baiduri? Malah, genre ini turut mendominasi pencalonan 12 lagu bertanding.
Atau mungkinkah tahun ini juara milik lagu hip hop yang kini dilihat mula mendominasi muzik tanah air?
SELEBRITI membuat pilihan empat lagu yang dilihat mempunyai harapan besar untuk menang tahun ini kerana kekuatan melodi, lirik dan vokal penyanyinya.
Walau apapun ramalan dibuat, keputusan tetap terletak pada juri profesional yang dilantik malam ini. Segala-galanya terletak pada kreativiti pengkarya untuk memberi persembahan terbaik dan kepuasan dalam lagu masing-masing.
Kepada pembaca SELEBRITI Metro Ahad yang menonton AJL29 malam ini, jangan lupa memuat naik status dan foto kreatif di laman sosial Instagram serta Twitter masing-masing dengan memasukkan hashtag (#AJL29) sebagai tanda sokongan serta berpeluang memenangi hadiah menarik!
Lagu: Di Pintu Syurga
Penyanyi: Dayang Nurfaizah
Komposer: Tam Spider
Lirik: Iman Imran
Kejayaan lagu Di Pintu Syurga meniti di bibir peminat kerana populariti drama bersiri Ariana Rose. Namun, apakah populariti sudah cukup untuk menjadikan lagu ini juara AJL29?
SELEBRITI percaya kekuatan lagu berentak balada ini bukan saja terletak di segi populariti, sebaliknya pada susunan muziknya yang memiliki perkiraan matematik yang menarik serta lirik puitis yang seiring dengan muzik.
Malah, setiap bait lirik dan lagu boleh dianggap memiliki perkaitan, sekali gus memberi ruang jelas kepada penilai untuk me ngenal pasti Di Pintu Syurga mempunyai kredibiliti juara.
Ditambah pula keupayaan vokal Dayang yang memukau pada setiap persembahan live. Dayang memiliki ‘weight’ vokal ‘husky’ serta nada rendah yang stabil.
Dayang pernah mencatat kejayaan di AJL pada 2001 menerusi lagu Balada, Seandainya Masih Ada Cinta dan satu lagi menerusi lagu Lagu Irama & Etnik Kreatif, Erti Hidup pada 2004.
Cuma, Di Pintu Syurga mempunyai sedikit isu yang tidak terlalu ketara, terutama pada pe ngulangan melodi pada beberapa karakter bridge ke korus sehingga menghilangkan sedikit elemen kejutan yang sepatutnya ada dalam lagu terbaik.
Mujur kemampuan Dayang melakukan akrobatik vokal menjadikan penyanyi dan lagu itu antara terhebat di liganya tersendiri.
Lagu: Apa Khabar
Penyanyi: Joe Flizzow feat SonaOne
Komposer: SonaOne
Lirik: Joe Flizzow
Genre rap melalui lagu Apa Khabar adalah sesuatu yang jujur lahir dari Joe Flizzow dan Sona One. Kekuatan lagu ini terletak pada lirik garapan Joe yang menjurus ke arah kerinduannya pada sahabatnya, Malique.
Malah, kejujuran berpuisi secara rap oleh Joe menjadikan Apa Khabar satu karya yang dekat dengan dirinya.
Susunan muziknya yang mempunyai beberapa loop serta suntikan lebih moden dan kedengaran universal menjadikan Apa Khabar ada nilai besar di pasaran dunia.
Dek kejujuran dan nilai diperlihatkan dalam lagu ini, tidak mustahil Apa Khabar mampu mendapat kedudukan tersendiri di AJL29 malam ini.
Malah, bukan sesuatu yang mengejutkan seandainya Joe dan SonaOne memberi persembahan hebat dan seiring dengan peredaran zaman, ditambah pula dengan susunan muzik lebih besar, Apa Khabar bakal bergelar juara.
Lagu: Sesal Separuh Nyawa
Penyanyi: Alyah
Komposer: Alfie Tiga & Aidil
Lirik: Alyah & Shah Shamsiri
Kekuatan lagu Sesal Separuh Nyawa terletak pada liriknya yang puitis dan susunan muzik unik yang bermain dengan elemen waltz diiringi alat muzik bertali (string).
Malah, perkiraan matematik dalam lagu untuk Sesal Separuh Nyawa juga membuatkan ia kedengaran menarik dan senang dihadam.
Sesal Separuh Nyawa juga mempunyai ‘hook’ sendiri pada beberapa bahagian lagu, terutama pada peringkat korus yang melodinya turut melekat di dalam jiwa pendengar.
Pun begitu, lagu ini memerlukan vokal mantap dan Alyah mempunyai keupayaan itu dek pengalaman luas dalam beberapa siri AJL lalu. Pada AJL27, Alyah membawakan lagu Kisah Hati.
Tidak mustahil lagu ini mendapat tempat tiga teratas, termasuk Persembahan Terbaik, jika tuah berpihak pada Alyah.
Lagu: Matahari
Penyanyi: Hafiz
Komposer: Ajai
Lirik: Ajai 
Kekuatan dan kemantapan vokal Hafiz tidak boleh disangkal lagi dek beberapa siri kejayaannya di AJL lalu. Tiga tahun berturut-turut Hafiz menang Persembahan Vokal Terbaik (Noktah Cinta, Awan Nano, Kuakui) dan tahun lalu Persembahan Terbaik untuk Bahagiamu Deritaku).
Malah, lagu yang dialun penyanyi ini turut mendapat tempat dalam kalangan peminat dan juri pertandingan.
Tidak mustahil Hafiz mampu membawa kembali kegemilangan kejayaan lalu seandainya dia memberi kejutan berbeza. Cuma, Hafiz kena berhati-hati tatkala memberi kejutan kerana bimbang ia basi dan mudah diramal.
Matahari juga lagu yang kuat dari segi susunan muziknya dan berani, terutama untuk memberi kelainan dalam sesebuah persembahan berskala besar seperti AJL.
SELEBRITI turut meramalkan lagu Matahari mampu meraih kejayaan besar malam ini selain Vokal Terbaik dan tiga tempat teratas dalam AJL29.
http://www.hmetro.com.my/node/24474
|
|
|
|
|
|
|
|
jueeden all d best for tonite ・・・
Qu Puteh barulah Puteh. All the best utk malam ni. Kami semua akan support lu dari belakang bro. We believe in you. #mataharibangunlah #AJL29 #QuPuteh 1h
 |
|
|
|
|
|
|
|
selamatabdulkasim cuba klu lagu matahari ni penyanyi baru yg nyanyi mmg xkemana la jwbnya sbb bkn best pn lagu ni...hafiz nyanyi pn ttp xbest jgk tp sbb jenama hafiz! tv3 kompem bg hafiz menang...aku pn xphm??? @tv3malaysia 6h
julianinaiqbalabby @selamatabdulkasim kau cakap bagus sikit ok..kau pekak ke? Tak dapat nilai suara yang bagus ke tidak?kalau misal suara hafiz tak bagus kenapa dia selalu dapat anugerah vokal terbaik..tak pun kau jeles suara kau tak macam dia tak boleh nyanyi vokal macam dia....memang dah rezeki hafiz lah kasihnye kau @selamatabdulkasim 6h
jeles ke?... 
http://websta.me/n/selamatabdulkasim
|
|
|
|
|
|
|
|
Drama sangat TV3 
|
|
|
|
|
|
|
|
officialhafizfc Kepada @hafizsuip dan insan2 yang
berada di belakang tabir bersama Hafiz untuk AJL29 kali ini, kami doakan anda semua dapat buat yang terbaik.
Kami iringi dengan doa agar anda semua "Do your best beat the rest".
Dengan izin Allah.
#Repost @anok_tupa
・・・
Semoga segalanya berjalan lancar Insyaa Allah malam ini Di AJL29. Doa2kan yang terbaik. Amin.
#hafizsuip #hafizfc #hafizatwork #officialhafizfc #matahari #astrotalent #MalaysianSinger #tandasayang #AJL29 8h
 |
|
|
|
|
|
|
|
Iols sudah agak menjangka Hafiz x menang apa-apa tahun nih. Apa pun tahniah Hafiz sebab dah buat yg terbaik  |
|
|
|
|
|
|
|
Uwaaa I guess matahari is not strong enough !
Mbak belukuk si dia tu....larikkkkkkkk!
|
|
|
|
|
|
|
|
Khennn bile ballads menang dikatanya AJL bosan dan disalahnya ketua juri Azmeer. Sampai nak boikot.
Bila hip hop menang pula disalahnya barisan para juri. Padahal sbenarnya meroyan sbb x dpt byk kredit di thread teka pemenang AJL 
Iols hanya mampu senyum sinis jah baca komentar deols 
|
|
|
|
|
|
|
|
Iols rasa Hafiz mcm lagi layak jadi juri AJL daripada FT bolehhh 
|
|
|
|
|
|
|
| |
|