“Aliff memang sengaja tak datang ke hari tu Shaz?” ungkit puan Rogayah semasa mereka anak beranak sedang menonton televisyen. Encik Tarmizi pula keluar untuk menguruskan klinik mereka. Shazrina tersentak dengan pertanyaan mamanya kerana sampai ke hari ini dia mengambil jalan mendiamkan diri tentang tragedi pertunangan tak jadi antara dia dan Aliff.
“hmmm....” balas Shazrina sambil mengangguk.. dia sebolehnya tak nak berbincang perkara ini... biarlah semua ini berlalu. Memang dia salahkan Aliff yang tergamak memalukan dia dan keluarga namun tidak dinafikan semua itu berlaku kerana Farah. kalau Farah tidak memandai-mandai menyebarkan cerita yang tidak betul tentang dirinya, pasti Aliff tidak akan berdendam dengannya.
“Shaz dah lama tahu pasal ni?” soal puan Rogayah yang mula tidak puas hati. Kenapa anaknya tegar menyembunyikan perkara penting ini dari pengetahuan dia dan suami?
“hmmm....”angguk Shazrina lagi..
“kenapa Shaz tak beritahu mama dan papa? Shaz nak lindung lagi ke jantan macam tu?”tuduh puan Rogayah dengan wajah yang sudah tegang. dia marahkan anaknya yang merahsiakan perkara ini darinya dan dia juga bengang dengan Aliff yang sanggup permainkan anak gadisnya.
“benda dah lepas mama... kalau Shaz cakap pon tak ada apa yang berubah.” Dalih Shazrina tenang. Sememangnya dia menyembunyikan hal ini kerana masih mahu melindungi maruah Aliff. Baginya Aliff memang bersalah tapi bukan seratus peratus. Lagi pon, dia malas mahu mengungkit semua ini. apa yang dia dapat? dosa mengumpat campur sakit hati.. perasaan malu tak hilang jugak.
“tak kisahlah benda dah lepas ke apa ke... tapi mama dan papa kena tahu jugak pasal apa jantan tu tak datang masa majlis bertunang kamu berdua.. kenapa dia tak datang hari tu?” tegas puan Rogayah lagi. matanya menyorot kearah Shazrina yang mengubah kedudukan supaya lebih selesa. Cerita yang terpapar pada dada televisyen langsung tidak menarik perhatian dua beranak ini.
“dah la mama... kita tak payah cakap pasal ni.” pujuk Shazrina. Dia cukup malas dan tidak berminat untuk mengulas kejadian yang berlaku hampir sebulan yang lepas. Biarlah semua tu jadi pengajaran untuknya.. lagi pon apa yang diorang boleh buat? Mahu pergi menyerang Aliff sekeluarga? Lagi menambah malu ada la kalau buat macam tu.
“Shaz dah kenapa asyik nak defend Aliff tu? Aliff tu dah malukan kita, dia dah hancurkan hati Shaz... kenapa Shaz masih nak memihak pada dia?” keras suara puan Rogayah yang tidak puas hati dengan jawapan dari anaknya yang seolah-olah tidak mengambil serius dengan masalah mereka.
“habis tu mama nak Shaz buat apa? Pergi serang dia? upah orang suruh bunuh atau belasah dia pasal dah malukan kita? Atau pergi buat report polis? Kalau kita bincang perkara ni sampai ke tahun depan pon semuanya tak akan berubah mama..semua tu tak akan kembali kepada keadaan asalnya.” Jelas Shazrina demi menegakkan pendapatnya. Puan Rogayah merengus kasar mendengar jawapan dari anaknya.
“mama tak adalah suruh buat semua tu tetapi Shaz kenalah cakap kat mama tentang semua ni.. Shaz anak mama dan mama tak suka kalau ada orang yang senang-senang nak main-mainkan anak mama... sebagai ibu, mama perlu tahu juga apa yang berlaku terhadap diri Shaz..lagi pon, perkara ni bukan Shaz sahaja yang terlibat, mama dan papa juga turut sama terkena dengan perangai tak semenggah Aliff tu.”
“Shaz malaslah nak fikir semua ni mama.. lagi pon semua ni berlaku pasal ada salah faham antara Aliff dan Shaz.. anggap je la Shaz dengan dia tak ada jodoh.. nak buat macam mana...”
“kot ye pon salah faham takkan sampai nak malukan kita sekeluarga... mama tak kisahla kalau Shaz nak back up ke apa ke Aliff tu.. yang mama tahu lepas ni jangan harap mama akan terima Aliff jadi menantu mama... orang lelaki macam tu memang tak layak nak jadi suami. Jadi Shaz jangan pandai-pandai nak terima dia balik kalau dia datang merayu.. ingat tu!” arah puan Rogayah.. Shazrina mengangguk kepalanya tanda faham dengan arahan mamanya. Kalau tak disuruh pon memang itu yang akan dibuat.. siapa nak lelaki macam tu.. belum apa-apa dah jatuhkan hukuman sesuka hati dia je.. nasib baik mereka belum berkahwin.. kalau tak dah dapat status J agaknya aku nih.
Last edited by misssakura on 18-1-2013 10:03 AM
|