CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: brown93

[BEST + ULTRA SERAM ]Misteri Riviera II Apartment

[Copy link]
Post time 10-10-2013 08:55 PM | Show all posts
Yang ni aku baru teringat satu kisah...

Bende ni kebiasaan terjadi pada bebudak lelaki...unit die yang mengadap swimming pool...ade 2 bilik tak silap aku tingkap die akan menghadap ke koridor..so akan nampak la orang berjalan2...aku rase korang ingat kot..

ader satu time sorang budak nie study mengadap tingkap yang terbukak die sorang jer kot kat bilik time tue...tiba2 ade satu bende macam buat bunyi "suwit2" tue...ingat member panggil dari luar...bile pandang jer..pontianak tengah tersengeh..memang jelas dan dekat nak mampus kot...ape lagi tutup langsir lari keluar dari bilik tue...tutup pintu..demam gak la member...bawak balik kampung berubat naikkan semangat..housemate semua taktau cite..bile die balik jer baru die cite...haha

End of my story...itulah sedikit sebanyak kenangan dan cerita aku di Riveira...sedih jugak bila aku tgk Riveira nie dah tak diuruskan lagi..aku harap ader pemaju yang sudi menaik taraf Riveira 2 nie..maklumla harga rumah skang mahal kan...pasal hantu nie aku rase mane2 tempat pun ader..tapi kalau tempat tue diuruskan dengan baik..aku rase no hal kot...aku rase la...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2013 10:59 AM | Show all posts
sayangnya kawasan cantik..bangunan cantik....tapi tak berpenghuni...'penghuni' adalah.....pemaju tak de ke nak jual balik and refurbish or rebranded?
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 02:27 PM From the mobile phone | Show all posts
taji2906 posted on 5-11-2012 07:56 AM
semalam aku baru tanya ipar aku pasal sekolah tu... dia kata budak yg punca tu sekolah lagi tapi sel ...

hahaha..padan muka
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 02:38 PM | Show all posts
marco_shay posted on 10-10-2013 08:41 PM
Assalamualaikum...

Cite nie tade seram sangat...tapi terjadi pun kat unit riveira..haizzz, macam2 ...

ooo so scary
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2013 03:15 PM From the mobile phone | Show all posts
SakuraMiyagi posted on 2-4-2013 04:10 PM
Aku mula berjalan ke lift. Angin mlm lembut bertiup. Sejuk.Seram. rasa meremang tengkuk tiba2...:fun ...

hadoiii...dgn bubu skali rasa dupdap2 baca cite nih..iskkk
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2013 09:30 AM | Show all posts
Oh... dah ada update. ?... thank you untuk yg bercerita....bekas2 residents riverra 2 ni mgkin dh berumur 30thn ..
X blh terbayang rumah yg pernah tinggl dulu dh jd haunted house...
Cerita le lg... please
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-10-2013 04:10 PM | Show all posts
tak dak update terkini ke??
Reply

Use magic Report

Post time 13-10-2013 06:32 PM | Show all posts
fuh terbaiklah... mmg yang baca pun berpeluh-peluh..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-10-2013 08:07 PM From the mobile phone | Show all posts
marco_shay posted on 10-10-2013 08:55 PM
Yang ni aku baru teringat satu kisah...

Bende ni kebiasaan terjadi pada bebudak lelaki...unit die ...

Gggggggggghhghh..gigil kot bc...
Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 02:35 PM | Show all posts
Komrade posted on 13-10-2013 06:10 PM
tak dak update terkini ke??

ni ha cuba baca surfinv punya update kat blog dia..

http://theothersclan.blogspot.com.au/2013/07/the-others-kembara-hostel-tinggal.html

tengok gambar pun dah seram..

patut la lama senyap surfinv.. tengok kat pesbuk theothersclan sampai injured bagai..
semoga cepat sembuh ye team theothersclan.. Last edited by cloudy_83 on 14-10-2013 04:55 PM

Reply

Use magic Report

Post time 14-10-2013 09:59 PM | Show all posts
betui la tgk gambaq pun dah seram..
Reply

Use magic Report

Post time 17-10-2013 09:59 PM | Show all posts
surfinv posted on 25-9-2013 02:02 AM
ada yg mmg scary citernya tak sangka plak...

btw ada sesapa volunteer nak ikut kami ke riviera?

Bro surfinv, aku nak join adventure ko tak kira siang atau malam...

Last edited by coway_daddy on 18-10-2013 05:57 PM

Reply

Use magic Report

Post time 18-10-2013 04:24 PM | Show all posts
SakuraMiyagi posted on 20-3-2013 04:23 PM
Tiba2 aku dgr pintu bilikku diketuk bertalu2.. suara kak lindan budak2 bilik dia memanggil2 namaku b ...

so scary
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2013 10:33 PM | Show all posts
marco_shay posted on 10-10-2013 08:41 PM
Assalamualaikum...

Cite nie tade seram sangat...tapi terjadi pun kat unit riveira..haizzz, macam2 ...

diorang bakar dak benda salut kain kuning tu?

Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2013 11:21 PM | Show all posts
cloudy_83 posted on 14-10-2013 02:35 PM
ni ha cuba baca surfinv punya update kat blog dia..

http://theothersclan.blogspot.com.au/2013/0 ...

fuhh... memang tgk gamba pun seram
Reply

Use magic Report

Post time 22-10-2013 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Salam semua warga cari..

Saya nak berkongsi pengalaman lawatan saya ke lokasi  ini. Saya berempat terpanggil utk ke lokasi ini pada 12 oct 2013 yg lepas.

Kami tiba di lokasi lebih kurang jam 1.30. Permulaannya kami menyangkakan pintu pagar di bahagian belakang berkunci kerana pagarnya tertutup rapi. So kami decide utk ke pintu sebelah depan tetapi malangnya dengan pondok guard skali di tutup oleh zink penghadang dan tiada cara lain untuk kami masuk melainkan dgn memanjat tembok yg sedia ada.

Kami mengambil masa dlm 10 minit berpusing2 menggunakan kereta mengelilingi kawasan bangunan yg di lihat dari luar sememangnya agak menyeramkan. Saya mengambil beberapa keping gambar kawasan sekeliling sambil memandu dan berhenti semula di pagar belakang ( bertentang dgn bus stop dan jalan besar).

Tiba di pagar besar, rakan saya cuba untuk masuk melalui tembok tetapi seorang lagi rakan mengatakan pagar tersebut tidak berkunci. " lagi senang la nak masuk" kata seorang lagi rakan kami. Saya masih lagi sibuk mengambil gambar kawasan sekeliling dgn menggunakan dslr.

Selepas habis rokok sebatang kami decide utk memasuki kawasan apartment tersebut. Dengan hanya berbekalkan sebiji camera dslr dan 4 biji hp ( sebiji seorang) . Sebelum masuk seorang rakan kami yg pakar tentang ilmu perubatan islam telah memulakan langkahnya dgn menutup kami dgn menggunakan ayat2 Al Quran supaya kami tidak di ekori atau mahkluk2 tersebut tidak boleh memasuki kami. ( saya gelarnya A)

Selepas kami dipagar kami memasuki kawasan tersebut dgn beberapa pantang larang antaranya yg paling penting mulut jgn terlalu cabul dan sentiasa berzikir. Saya masih lagi mengambil gambar sekeliling dan tiba2 si A memanggil saya, " bang, snap kat sini.. jap lagi saya soh snap abg snap ye,.." berselang 10 saat .. " ok bang, SNAP.." dengan kadar segera saya menekan shutter kamera lalu terpancul la FLASH dari kamera dan si A berkata.. "cantek bang, Alhamdulillah sempat pun dpt.." saya dgn tidak semena mena bertanya.. " apa benda yg dapat.."? Dgn kadar selamba si A menjawab " PUNTIANAK".. dan pesannya jgn riview terus gambar di situ, nanti balik baru tgk.. so saya pun akur..

Seterusnya kami menaiki tangga menuju ke kawasan kolam renang di tengah tengah apartment. Sampai di kawasan kolam saya teruskan tugas mengambil gambar di kawasan sekeliling dan tiba2 si A berbisik di telinga saya sambil berkata " bang, kat kiri saya ni ada budak perempuan yg tengah kelam kabut ke hulu ke hilir." Saya dengan pantas mengahalakan dslr ke arah yg di tunjukkan tetapi kamera saya gagal berfungsi..

Setelah ditenangkan, kami pun bergerak ke arah kanan bangunan dan dengan tiba2 kami terdengar kekekan suara perempuan seperti menggelakkan kami, bukan saya shj yg mendengar tetapi kesemua kami mendengarnya dan si A bersuara " dengar x suara gelak tawa tu" dgn tiba2 bulu tengkuk serta bulu roma kami tegak terpacak seperti duri..

Kami teruskan menuju ke arah lif di bahagian kanan bangunan ( jika dari pintu belakang, kalau dari pondok guard belah kanan ) dan si A terlihat kelibat perempuan memasuki lubang pintu lif dan meminta saya mengambil gambar di kawasan tersebut. Sekali lagi dslr saya gagal berfungsi dgn baik walaupun shutter sudah saya lock, sekai lagi saya memeriksa keadaan kamera saya dan tidak ada apa2 masalah.

Setelah itu kami bergerak menuju ke bangunan utama di tengah, dalam perjalanan kami si A ada menunjukkan reaksi yg agak pelik sambil menunjukkan ke arah sebuah bilik yg dipenuhi dgn makhluk tersebut. Mulutnya tidak terkata tetapi memberi isyarat kepada saya utk mengambil gambar. Selepas 4 atau 5 kali shutter di tekan hanya 2 kali yg berjaya tetapi sejurus ketikan shutter ke 5 tiba2 kami terdengar bunyi air mengalir keluar dari paip yg tidak tau dari mana puncanya dan semakin deras.

Kami meneruskan perjalanan kami tanpa menghiraukan bunyi air tersebut menuju ke bangunan tengah dan skrg kami menghadap ke kawasan kolam dan membelakangkan lif di tengah. Dengan tiba2 bunyi air yg mengalir deras tadi terhenti dan sejurus itu juga ada 1 bunyi dentuman yg sangat kuat betul2 di tengah2 kawasan kolam renang dan secara spontan si A bersuara " haaa.. ada excident" dan meminta saya mengambil gambar secepat yg boleh.

Hanya sekeping shj yg saya dpt snap lalu kami di arah oleh si A untuk beredar dgn kadar segera kerana kami telah di kepung oleh pelbagai makhluk, tanpa segan silu kami bergerak dgn pantas tetapi tngan saya masih cuba mengambil gambar. Sepanjang perjalan kami keluar dari tengah2 bangunan tersebut tiada apa yg saya dapat snap dari kamera kerana langsung tidak berfungsi.

Sampai sahaja di kawasan air paip yg kami dgr mengalir kuat tadi tiba2 bunyi yg lebih dasyat lagi kami dengar dari tadi, ianya bunyi seperti paip air yg tiba2 pecah dan memancutkan air yg banyak tetapi setitik air pun tidak kelihatan. Dengan langkah yg agak laju tetapi berhati2 kami kembali semula ke kawasan pintu masuk belakang.

Bersambung...

# nak tanya kawan2 mcm mana nak upload gambar..???

Last edited by spadelens on 22-10-2013 10:54 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-10-2013 12:27 AM | Show all posts
spadelens posted on 22-10-2013 10:52 PM
Salam semua warga cari..

Saya nak berkongsi pengalaman lawatan saya ke lokasi  ini. Saya berempat ...

Mcm mana nak upload pic? Upload dulu kat mana2 imagehosting page.copy and paste url pic tu kat sini
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 01:02 AM From the mobile phone | Show all posts
Event: Sightseeing @ Riviera II

Venue: Riviera II Apartment Cheras

Date/Day: 29-30/10/2013/Tuesday/Wednesday

Time: 0230AM - 0500AM

Brainstorming: 0530AM - 0800AM

Participant: RV Point @ Stop City Cafe Jln. TAR off Jalan Sultan Ismail KL (Nearby Maju Junction & Tune Hotel @ 2200Hrs)

(Pada yg nk join dtg je ke RV Point Kami Akan Tunggu Disana, Just Say 'Riviera II' so semua detail akan diambil disana)

P/S: Pastikan Diri Bersih Pada Waktu Tersebut Guys & Girls... TQVM & SEE YOU ALL RIGHT THERE!!! Last edited by Shazliey on 29-10-2013 06:42 PM

Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 08:10 AM | Show all posts
spadelens posted on 22-10-2013 10:52 PM
Salam semua warga cari..

Saya nak berkongsi pengalaman lawatan saya ke lokasi  ini. Saya berempat ...

upload kat image hosting dulu. pegi http://www.imgur.com

pastu tekad upload. browse ke usb storage yg ada gambar, CRTL + A (select semua gambar), pastu click 'open'. Semua gambar akan mula uploaded ke imgur. bila dah habis upload, awak boleh select gambar (klik kat gambar), pastu kat kotak tepi ada Forum Codes (dia start dengan [img]), copy kesemua URL tu, paste kat sini. buat utk kesemua gambar yg awak upload ya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2013 10:47 AM | Show all posts
spadelens posted on 22-10-2013 10:52 PM
Salam semua warga cari..

Saya nak berkongsi pengalaman lawatan saya ke lokasi  ini. Saya berempat ...

mak aiii....seramnyer
memang segala suku sakat hantu dh menetap kt riviera ni kot

x sabo nk tgok gmbo

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2026 12:35 AM GMT+8 , Processed in 2.829118 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list