|
[Negeri Sembilan]
RUMAH BORAK SELATAN: YOU ARE WHAT YOU ARE
[Copy link]
|
|
tari replied at 10-9-2024 10:15 AM
kt rumah lama hang ada tulis
ada org suka mengStresskan diri sendiri
Bkn org mengstresskan diri.. ni org mengstresskan iols.. iols tak kaco deme pun..
Bak kata pepatah.. kalau berdiri berdiam diri sekalipun, ada jahh dog nak menyalak |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
James Earl Jones meninggal dunia
KUALA LUMPUR: Bintang legenda yang popular menerusi suara ikoniknya di sebalik watak Darth Vader dalam Star Wars, James Earl Jones dilaporkan meninggal dunia pada usia 93 tahun, semalam.
Bermula menjayakan karya Shakespeare dan August Wilson, suara Jones paling diingati menerusi filem blockbuster, Star Wars dan Mufasa dalam filem klasik Disney, The Lion King.
Siapa sangka, Jones seorang kanak-kanak gagap pernah memenangi tiga trofi di Anugerah Tony, Anugerah Emmy (dua), Anugerah Grammy (satu) dan satu anugerah pencapaian seumur hidup dalam Anugerah Akademi (Oscar).
Pada 1971, Jones menjadi pelakon berkulit hitam kedua dicalonkan di Anugerah Akademi menerusi kategori Pelakon Terbaik selepas Sidney Poitier.
Semua anugerah itu bukan suatu yang mudah untuk dimenangi kerana Jones yang dilahirkan di Mississippi, Amerika Syarikat pada 17 Januari 1931 bukan seperti kanak-kanak lain.
Masalah gagap dihidapi menyebabkannya hampir tidak boleh bercakap.
"Gagap itu menyakitkan. Di sekolah, saya cuba membaca pelajaran dan kanak-kanak di belakang ketawa sehingga ada yang terbaring di lantai," kata Jones kepada Daily Mail pada 2010.
Pengalaman mendeklamasikan puisi sendiri atas dorongan guru bahasa Inggeris bagi membantunya mengawal suara digunakan untuk mengatasi ketakutan bagi menjayakan watak Darth Vader.
"Dia mencipta dengan sedikit dialog, lantas dikenali salah seorang penjahat terhebat yang pernah hidup," kata pencipta Star Wars, George Lucas pada 2015 pada majlis penghormatan Jones di New York.
Diakui peranannya paling dikenali adalah watak yang mana Jones tidak pernah muncul dalam skrin. Lucas akhirnya memilih antara Jones dan legenda filem Orson Welles untuk watak itu.
"Lucas fikir mahukan suara lebih gelap. Jadi, mengupah seorang lelaki yang dilahirkan di Mississippi, dibesarkan di Michigan yang gagap dan itulah suara saya," kata Jones kepada Institut Filem Amerika pada 2009.
Pada mulanya, Jones tidak mahu namanya didedahkan kerana merasakan suaranya hanyalah sebahagian kesan khas filem, tetapi akhirnya akur dan terus menyumbangkan suara untuk pelbagai watak dalam filem, siri televisyen dan permainan video.
Pada usia 90-an, Jones berundur sebagai pelakon suara. Tetapi, beliau menandatangani kontrak bagi rakaman suara bersama syarikat yang bekerja dengan Lucasfilm untuk memelihara dan menghasilkan projek pada masa hadapan.
Menurut Vanity Fair, teknologi itu digunakan dalam siri mini Disney+ iaitu Obi-Wan Kenobi pada 2022.
Jones berpindah ke Michigan pada usia lima tahun dan dibesarkan oleh datuk serta nenek sebelah ibunya.
Pada mulanya, beliau mahu menjadi seorang doktor. Walaupun beralih ke jurusan drama dan lulus dari Universiti Michigan, Jones pada mulanya tidak berfikir berkecimpung dalam dunia lakonan.
"Walaupun mula belajar mengenai lakonan, saya terfikir untuk menjadi askar dan idea menjadi seorang pelakon tidak terlintas sehinggalah perkhidmatan hampir selesai," kata Jones kepada televisyen awam, PBS pada 1998.
Selepas selesai pengajiannya di universiti, Jones berkhidmat dalam Tentera Amerika Syarikat kemudiannya berpindah ke New York untuk mencuba nasib dalam bidang lakonan.
Beliau bekerja sebagai penjaga bangunan pada waktu malam untuk menampung kehidupan.
Jones akhirnya menjayakan persembahan Broadway pertama pada 1958 menerusi Sunrise at Campobello di Teater Cort. Pada 2022, ia dinamakan semula sebagai Teater James Earl Jones.
Penampilan pertama Jones sebagai Leftenan Zogg dalam filem Dr Strangelove pada 1964. - AGENSI
https://www.bharian.com.my/hibur ... nes-meninggal-dunia
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|

Pemilik suara ikonik di sebalik watak Darth Vader dalam Star Wars, James Earl Jones meninggal dunia pada usia 93 tahun, semalam. - Foto AGENSI |
|
|
|
|
|
|
|
Suami bukan kenamaan, Jue Aziz nafi rahsiakan perkahwinan
KUALA LUMPUR: Pelakon Jue Aziz, 40, menafikan merahsiakan majlis pernikahan dengan lelaki pilihannya, Ridwan Hussien, 34, pada 18 Ogos lalu.
Jue atau nama sebenarnya, Zuliana Abdul Aziz berkata, majlis pernikahannya itu terpaksa dibuat lebih awal dalam tempoh singkat untuk memenuhi permintaan ibunya, Nor Asmah yang kurang sihat.
"Saya tiada niat untuk rahsiakan majlis pernikahan kerana ia juga berlangsung secara ringkas di masjid dan dihadiri keluarga terdekat.
"Saya bersyukur majlis pernikahan berjalan lancar dan segala urusan berkaitan dipermudahkan Allah.
"Selepas majlis akad nikah, kami buat majlis bersanding secara ringkas di villa berhampiran, sekali gus membawa ahli keluarga bercuti," katanya kepada Harian Metro.
Mengenai Ridwan, kata Jue, suaminya itu memenuhi kriteria dicari iaitu rajin bekerja dan sentiasa memberi sokongan kepada bisnes dan karier seni diceburinya.
Kami sudah kenal lama selepas saya bercerai pada 2018. Suami hanya orang biasa dan bekerja dengan abangnya.
"Saya juga buat pendedahan ini kerana mahu betulkan persepsi orang bahawa bakal suami saya adalah golongan berada dan kenamaan.
"Anak sangat gembira saya berkahwin semula dan dapat bapa baharu," katanya.
Ditanya majlis resepsi, Jue berkata, dia merancang mengadakan majlis persandingan dengan mengundang rakan media dan selebriti, tahun depan.
"Insya-Allah, saya akan mengundang media untuk membuat liputan pada majlis persandingan nanti.
"Buat masa ini, saya sibuk buat 'live' produk dalam media sosial.
"Kami juga baru sempat pra bulan madu di Kuala Terengganu, baru-baru ini.
"Soal anak, jika ada rezeki, kami rancang untuk mendapat seorang cahaya mata perempuan untuk melengkapkan kehidupan rumah tangga," katanya.
Terdahulu, Jue berkongsi video majlis pernikahannya yang berlangsung di Masjid Abu Al-Darda, Nilai, Negeri Sembilan di laman Instagram miliknya.
Untuk info, Jue mendirikan rumah tangga pada 2014 bersama pemuzik dari Indonesia, Bayu Parman, namun bercerai pada 2019.
Mereka tidak dikurniakan cahaya mata dan memiliki seorang anak angkat, Darwish Naufal, 12. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|

Jue Aziz melangsungkan perkahwinan dengan dengan lelaki pilihannya, Ridwan Hussien di Masjid Abu Al-Darda, Nilai pada 18 Ogos lalu. |
|
|
|
|
|
|
|
Angeline positif, tiada 'job' selepas berhijab

KUALA LUMPUR: Pelakon Ardini Angeline Tan sudah lama tidak menerima tawaran berlakon selepas berhijab.
Bagaimanapun, Angeline bersikap positif dan menganggap rezeki dalam bidang lakonan masih belum tiba.
"Tawaran berlakon memang tiada langsung sejak bertudung hampir setahun lalu.
"Kalau ada pun setakat watak sampingan dalam drama Perang Nasi Dagang.
"Itupun sebab pengarahnya mahu saya berlakon bersama suami. Kalau nak kata tawaran secara peribadi memang sudah lama tiada," katanya ditemui pada majlis pelancaran dan sidang media program Angeline Tanya Abang Jawab di Wangsa Maju, di sini, hari ini.
Majlis pelancaran disempurnakan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Nai'im Mokhtar.
Ditanya sama ada pernah meminta tawaran berlakon daripada mana-mana produksi, pemegang watak Lucy dalam sitkom popular, Pi Mai Pi Mai Tang Tu itu akui, agak keberkatan untuk berbuat demikian, selain enggan bersikap pentingkan diri sendiri.
"Saya rasa semua orang kenal dan faham saya. Selama 30 tahun dalam bidang, saya tak pernah minta 'job' pada sesiapa.
"Dengan suami sendiri pun saya tidak pernah minta. Kalau ada tawaran yang sesuai, pasti mereka panggil saya.
"Saya selalu fikir kawan-kawan lain pun nak hidup. Jadi, kita semua perlu percaya pada rezeki yang ditetapkan oleh Allah." ungkapnya.
Isteri kepada pelakon, pelawak dan pengarah Sabri Yunus itu turut meluahkan rasa syukur kerana diberi tawaran lain untuk mengisi masa lapangnya.
"Kalau tanya secara peribadi, saya nak sangat berlakon dan saya sejenis yang tak boleh duduk diam.
"Mula-mula saya rasa tak biasa duduk rumah. Lama-lama saya anggap mungkin ini masa yang sesuai untuk saya belajar dan mendalami ilmu agama.
"Julai lalu saya sepatutnya pergi kursus agama, tetapi saya tak dapat hadri ada tawaran stesen televisyen untuk menjayakan program," luahnya.
Program berkonsepkan soal jawab agama terbitan TV AlHijrah itu akan memulakan siarannya pada 18 September ini.
https://www.bharian.com.my/hibur ... ob-selepas-berhijab |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|

Selama 30 tahun bergelar anak seni, Angeline tidak pernah meminta-minta ‘job’ walaupun dengan suaminya, Sabri Yunus yang juga pengarah. - NSTP/Ahmad Ukasyah |
|
|
|
|
|
|
|
DFP buka peluang artis pelapis tonjolkan bakat
KUALA LUMPUR: Pentas berprestij, Dewan Filharmonik Petronas (DFP) terus membuka peluang kepada bakat baharu menerusi penganjuran fasa kedua Konsert Generasi DFP yang bakal diadakan pada 25 September ini.
Masih mengekalkan konsep kepelbagaian genre muzik, konsert fasa kedua ini menampilkan tiga penyanyi solo, Amrita soon, Dekwa Cuwa, Ruebben Chelvan dan dua band, Saiko-Rama dan Cherry On Top (COT).
Mengakui berpuas hati dengan persembahan fasa pertama pada 24 Julai lalu, Ketua Jabatan Perniagaan dan Pengurusan Hubungan Strategik DFP, Effendy Khalid menaruh keyakinan konsert kedua itu juga mampu untuk mengecapi kejayaan sama berdasarkan bakat dan kualiti yang ditunjukkan mereka.
"Bagi saya, untuk kategori artis pelapis yang bakal mewarnai industri, setiap mereka miliki kualiti tersendiri.
"Mereka ada usaha dalam mempersembahkan karya, keluarkan video dan album sendiri.
"Generasi baharu ini sangat bersungguh-sungguh dalam berkarya dan setiap mereka punya identiti tersendiri dalam muzik dimainkan," katanya pada sidang media Konsert Generasi DFP di DFP, di ibu negara, baru-baru ini.
Mengenai inisiatif membuka pintu kepada bakat baharu beraksi di pentas berprestij, Effendy berkata, selain mahu meraikan pelbagai golongan dalam bidang muzik, DFP juga mahu mencari pelapis kepada penggiat seni yang sedia ada.
"Ketika perbincangan menganjurkan konsert ini, objektif kami memang nak naikkan bakat baharu.
"Dulu orang kata DFP hanya nak undang penyanyi gred A, tapi sekarang kami nak buka kepada semua.
"Biasalah benda baharu, jadi kena buat secara berterusan supaya orang boleh terima. Macam program Akademi Fantasia (AF) dahulu.
"DFP akan sentiasa beri peluang kepada penggiat seni baharu supaya tiada kata-kata artis sama sahaja buat persembahan di DFP," ujarnya.
Sejak dibuka pada Mac lalu, DFP menerima 100 penyertaan dan hanya 15 sahaja terpilih untuk menjayakan siri konsert itu.
"Untuk setiap persembahan, mereka akan menyanyikan empat lagu dan kalau boleh biarlah kesemua lagu ciptaan sendiri," kata Effendy lagi.
Bagi kumpulan COT, peluang menjayakan konsert itu seperti bulan jatuh ke riba buat mereka.
"Masa kami mohon menyertai program ini, COT masih dalam proses rakaman album.
"Sekarang album kami sudah dilancarkan. Memandangkan DFP adalah pentas berprestij, jadi kami harap ia mejadi platform untuk tonjolkan bakat," kata COT.
Turut menjadikan pentas DFP sebagai batu loncatan untuk memperkembangkan kerjaya seninya adalah jejaka berketurunan India, Ruebben.
"Saya ada EP dan akan menyanyikan lagu dicipta sendiri. Sejujurnya, saya seronok dan pada masa sama, gementar.
"Persembahan ini menjadi batu loncatan untuk saya lebih dikenali. Sekurang-kurangnya orang tahu yang saya pernah buat persembahan di pentas sebesar ini," kata jurutera muda ini.
https://www.bharian.com.my/hibur ... pis-tonjolkan-bakat |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Isteri Daim mohon kembalikan pasport secara kekal, bantahan pendakwa didengar Mahkamah Rayuan November depan

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan hari ini menetapkan 28 November depan untuk mendengar bantahan awal pihak pendakwaan terhadap permohonan Toh Puan Na'imah Abdul Khalid untuk mendapatkan kembali pasport antarabangsanya secara kekal.
Panel tiga hakim diketuai Datuk Ahmad Zaidi Ibrahim turut bersetuju untuk mendengar merit rayuan dikemukakan isteri bekas Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin itu jika mahkamah menolak bantahan awal berkenaan.
"Sekiranya mahkamah tidak bersetuju dengan bantahan pihak responden, maka mahkamah akan mendengar merit rayuan oleh perayu," menurut panel hakim.
Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Wan Shaharuddin Wan Ladin mewakili responden, iaitu Suruhanjaya PencegahanRasuah Malaysia (SPRM), manakala peguam, Nizamuddin Hamid mewakili Na'imah.
Januari lalu, Na'imah, 67, didakwa di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur atas pertuduhan gagal mematuhi notis mengisytiharkan hartanya, termasuk Menara Ilham serta beberapa aset lain di sekitar Kuala Lumpur dan Pulau Pinang.
Hakim Azura Alwi kemudian membenarkan Na'imah diikat jamin RM250,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan beliau menyerahkan pasport kepada mahkamah.
Nai'imah didakwa mengikut Seksyen 36(2) Akta SPRM 2009 yang membawa hukuman maksimum penjara lima tahun atau denda RM100,000 jika sabit kesalahan.
Pada Mac lalu, Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Bache menolak permohonan Na'imah selaku pemohon bagi menyemak semula perintah Mahkamah Sesyen yang menahan pasportnya selepas didakwa gagal mengisytiharkan harta.
Ketika itu, mahkamah bersetuju dengan hujahan pendakwa bahawa tidak ada jaminan pemohon melarikan diri jika pasport tidak ditahan di mahkamah.
https://www.bharian.com.my/berit ... l-bantahan-pendakwa |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Pencemaran bau, tiga sekolah laksana PdPR hari ini
JOHOR BAHRU: Tiga sekolah di kawasan Kampung Maju Jaya di Jalan Seelong-Senai di sini, melaksanakan proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), hari ini, susulan pencemaran bau yang berlaku semalam.
Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin, berkata tiga sekolah terbabit adalah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Maju Jaya dan dua sekolah swasta iaitu Sekolah Rendah Islam Hidayah dan Sekolah Menengah Islam Hidayah.
Beliau berkata, tempoh pelaksanaan PdPR itu akan bergantung kepada situasi dan laporan semasa.
"SK Kampung Maju Jaya membabitkan 974 murid dan 64 guru Sekolah Rendah Islam Hidayah dengan 1,232 murid serta 92 guru, manakala Sekolah Menengah Islam Hidayah mempunyai 807 pelajar dan 75 guru.
"Setakat ini, tiga sekolah ini akan melaksanakan PdPR pada hari ini saja, bergantung kepada situasi dan laporan semasa," katanya ketika dihubungi.
Pada 3 September lalu, pencemaran bau dilaporkan berlaku di beberapa kawasan perumahan sekitar Sungai Pandan menjejaskan penduduk Kampung Melayu Pandan, Mount Austin, Taman Daya dan Taman Istimewa.
Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Johor mengesan kehadiran gas ammonia pada paras tinggi yang melebihi tahap normal, di sekitar kawasan Sungai Pandan di Kampung Melayu Pandan.
Pencemaran bau itu kemudian dilaporkan berlaku di kawasan Taman Perindustrian Tropika, Ulu Tiram dan JAS mendapati sisa kimia buangan yang dikesan di kawasan itu sama dengan sisa kimia buangan di kawasan perindustrian Tiong Nam yang menyebabkan pencemaran bau di Kampung Melayu Pandan.
Semalam, pencemaran bau mengancam penduduk sekitar Kampung Maju Jaya di Jalan Seelong-Senai, Taman Perling dan Bandar Baru Uda pula.
Seramai 21 murid SK Kampung Maju Jaya dilaporkan mengalami gejala ringan termasuk loya akibat terdedah dengan pencemaran bau yang berlaku di kawasan perkampungan itu.
https://www.bharian.com.my/berit ... ksana-pdpr-hari-ini |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Beberapa daerah di 6 negeri alami ribut petir, hujan
KUALA LUMPUR: Beberapa daerah di enam negeri termasuk Putrajaya dijangka berdepan ribut petir dan hujan lebat hari ini.
Berdasarkan maklumat dikeluarkan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia), selain Putrajaya, amaran ribut petir dan hujan lebat turut diramal melanda keseluruhan Perlis, serta beberapa daerah di Kedah, Perak, Selangor dan Sabah.
"Di Kedah, ribut petir dan hujan lebat dijangka melanda Langkawi serta Kubang Pasu; Perak (Manjung, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak, Batang Padang dan Mualim).
"Lima daerah di Selangor ialah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat dan Sepang serta Pedalaman (Nabawan) dan Tawau (Tawau, Kunak dan Semporna) di Sabah," katanya di platform X.
Menurut METMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 milimeter per jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," katanya.
Orang ramai dinasihati sentiasa merujuk laman web www.met.gov.my dan media sosial rasmi METMalaysia serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat yang terkini dan sahih.
https://www.bharian.com.my/berit ... i-ribut-petir-hujan |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Blogger terkenal, Raja Petra Kamarudin meninggal dunia di Manchester, United Kingdom (UK) pada Isnin.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Teresa Kok (kanan) ditemani peguam Syahredzan Johan (tengah) melambai ke arah petugas media sebaik tiba di Bukit Aman, di sini, pagi Selasa. - Gambar Astro AWANI/ SHAHIR OMAR |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Cikgu Sabrina kembali bertugas selepas cuti pertengahan penggal

ALOR GAJAH: Guru kematian anak di sebuah taman asuhan kanak-kanak (taska) di Taman Kelemak Utama, Jumaat lalu akan kembali bertugas selepas cuti sekolah pertengahan penggal kedua ini.
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek, berkata Sabrina Hakiem Zaini, 39, sangat komited untuk melaksanakan tugasnya di sebalik ujian ditempuhi ketika ini.
"(Sabrina akan kembali bertugas) selepas cuti September inilah (cuti sekolah pertengahan penggal kedua dari 13 hingga 21 September).
"Jadi beliau buat keputusan untuk meneruskan (kerjaya sebagai guru).
Nampak beliau masih mempunyai semangat yang kuat dalam pendidikan dan menjadi guru yang sangat komited," katanya ketika menziarahi Sabrina dan keluarganya di Taman Kelemak Utama di sini, hari ini.
Beliau berkata, Kementerian Pendidikan akan memberi segala sokongan dan bantuan diperlukan guru itu termasuklah persediaan untuk beliau kembali bertugas nanti.
"Kita beri tumpuan dulu dari segi psikososial dan mungkin juga persiapan untuk beliau kembali mengajar sebab sebelum ini beliau cuti mengajar agak lama," katanya.
Media melaporkan seorang bayi meninggal dunia selepas dibawa ke Hospital Alor Gajah dalam keadaan tidak sedarkan diri dengan mulut berdarah dan muka kebiru-biruan.
Susulan itu, polis menahan seorang wanita berusia 34 tahun yang sudah berkahwin dan mempunyai tiga cahaya mata di taska berkenaan pada 3.30 petang pada Jumaat lalu bagi membantu siasatan.
Bapa bayi itu Mejar Mohd Fikry Amri Abd Halim, 39, memaklumkan anaknya Muhammad Al Fateh Amri baru lima hari dihantar ke taska berkenaan.
Lebih menyayat hati Mohd Fikry Amri dan Sabrina sudah menunggu 13 tahun untuk mendapatkan cahaya mata.
https://www.bharian.com.my/berit ... pertengahan-penggal |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Tiga sekolah di Kempas laksana PDPR akibat pencemaran bauSiti Nur Aqilla Omar
10/09/2024 10:30 MYT
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|