Post Last Edit by pinklollipop at 5-4-2011 00:57

Family Dangau Semarak Nurkasih sering menghabiskan masa bersama-sama utk pergi holiday, tak kiralah di dalam mahupun di luar negara. Paling kami ingat, tahun 2010...Kami berlima pergi bercuti ke Jepun. Hal ini kerana anak-anak ummi dan walid sudah besar semuanya terutamanya adik. Kalau dulu kami ke luar negara...adik sering buat hal sebab dia kecik lagi. Sejak dari tu, ummi dan walid hanya bawak kami jalan-jalan di dalam negara saja. Sob3...


Kami sekeluarga pergo ke Jepun masa musim salji 2010 selama 8 hari 6 malam. Bercuti di Jepun merupakan satu pengalaman yang sangat indah, rasa macam tak nak balik Malaysia je! Haha... Tapi apakan daya, betul pepatah Melayu mengatakan...
"Hujan emas di negara orang, hujan batu di negara sendiri".
Apa-apapun Malaysia negara tumpahnya darahku! I lebiyu Malaysia...muah!
Antara negeri-negeri di Jepun yang kami lawati ialah Osaka, Kanagawa, Shizuoka, Kyoto, dan Tokyo.
Tempat paling BEST yang kami pergi ialah:
1) Universal Studios Japan, Osaka. 2) Disney Resort (Land), Tokyo. 3) Fujiyama (Kaki gunung Fuji je yang kami sampai! Hahaha...) 4) Hakone, Owakudani... Dapat melihat telur hitam! Tak percaya? Tengok gambar kat bawah nih...

* Orang Jepun percaya...Sesiapa yang malam telur hitam ni sebiji dapat memanjangkan hayat mereka selama 7 tahun... Tapi sekali makan...boleh makan 3 biji je maksimum! Sebab ada kesan sampingan kepada kesihatan kita kalau makan banyak-banyak! Telur hitam tu direbus dalam air kolam panas yg mengandungi kandungan sulfur yang banyak dari gunung berapi.
5) Makan manisan Jepun yang bernama mochi dan ice cream teh hijau! WAH! Mochi sangat sedap! tapi ice cream teh hijau atau nama Jepunnya matcha...Sangat pahit! Iyek!
a) b) 
a) Ice cream hitam: perisa seseme, Ice cream teh hijau + kacang merah, ice cream teh hijau + ice cream vanilla. b) Mochi = sejenis kuih tradisional Jepun yg diperbuat dari kacang tanah hijau/merah/hitam.

^^ Pakcik beca di Kyoto ^^
Tak banyak yg kami pergi sebabnya hujan lebat masa tu...Al-maklum, salji baru nak turun, maka hujan lebat membasahi bumi sebelum salji turun.
Walid tersenyum lebar bergambar berlatar-belakangkan salji!
Kak long bergaya sakan lepas makan malam! 
Candid pose dari ummi tersayang!
Adik yang pose tak hengat donia! Hahaha....  
Sekian sahaja laporan unit berita Dangau Semarak Nurkasih dari NTV (Nihon Terebi = "日テレ") yang bersiaran di Tokyo, Jepun...Kini kembali ke bilik berita Board Borak, Cari.com.my.  

- [img]http://dl2.glitter-graphics.net/pub/291/291262x7ulnovtqh.gif[/img]
Copy the Code
- [img]http://dl3.glitter-graphics.net/pub/1256/1256883ait0xs1cuy.gif[/img]
Copy the Code
|