CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

CINTA LUARBIASA (YANG ARIF YANG WANGI). (U)

  [Copy link]
Post time 19-3-2011 03:38 PM | Show all posts
nak mkn nasik bukhara sekali,bole tak datin?...

tu jer ker..? fizz u dah ok ker?...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-3-2011 03:38 PM | Show all posts
harap n3 ni menghilangkan tekanan korang....
kalau tak hilang jugak, terpaksalah aku yang buat tekan tubi...mengasah kekuatan jari jemariku untuk menaip lebih banyak....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2011 03:43 PM | Show all posts
Reply 541# hotskirt

sakit blkg aku ka?
okay dah skit...thanks.
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2011 03:45 PM | Show all posts
harap n3 ni menghilangkan tekanan korang....
kalau tak hilang jugak, terpaksalah aku yang buat ...
fizziany Post at 19-3-2011 14:38



ilang skit tekanan....

but SILA BUAT TEKAN TUBI....
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2011 06:04 PM | Show all posts
tq fizziiiiiiiiiii.....
arif tu x sedar lg perasaan dia pada jasmin...
tp dah bnyk perlakuan jasmin yg wat dia terpukau n terpana
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2011 07:36 PM | Show all posts
tengkiu fizzy..tp nk lg volehhhh?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-3-2011 08:30 PM | Show all posts
harap n3 ni menghilangkan tekanan korang....
kalau tak hilang jugak, terpaksalah aku yang buat ...
fizziany Post at 19-3-2011 15:38
sungguh!! hilang sikit ni....lama-lama tertekan pulokkk
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2011 08:50 PM | Show all posts
sungguh!! hilang sikit ni....lama-lama tertekan pulokkk
cmf_blingblings Post at 19-3-2011 20:30



    Suka dgn ayat kak Bling ni....ha ha
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-3-2011 09:28 PM | Show all posts
Lepas jasmin dpt I.c bolehla dia request spm result dia..
Reply

Use magic Report

Post time 19-3-2011 09:45 PM | Show all posts
wow .... ada sambungan
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2011 10:49 PM | Show all posts
cuti2 ni..aku sambung skit lagi ah.....
kasi hilang terus semua tekanan....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2011 10:50 PM | Show all posts
“Masuk” laung Arif sebaik pintu pejabatnya diketuk dari luar. Dia  yang sedang bercekak pinggang merenung beberapa fail dilantai menoleh ke muka pintu. Wardah muncul dari balik pintu dengan sebuah fail.

“Encik Arif panggil saya?” soal Wardah. Arif mengangguk.

“Fail supplier kat Sabah tu dah jumpa?” soal Arif. Sejak pagi tadi, selesai bertemu papanya di bilik Datuk Muhaiyeen, dia tak henti2 mencari fail tersebut.

“Yang ni ke?” soal Wardah sambil menyerahkan fail berwarna kelabu kepada Arif. Pantas Arif mencapai lalu kembali duduk di kerusinya. Wardah turut duduk. Arif meneliti setiap mukasurat di dalam fail tersebut.

“Kat mana awak jumpa fail ni? “ soal Arif. Seingatnya, dahulu dia memerintahkan agar Agnes menyimpan fail tersebut di dalam cabinet biliknya.

“Kat bilik cabinet…” balas Wardah merujuk kepada bilik yang menyimpan semua dokumen2 penting syarikat. Arif menjungkit keningnya seraya memandang Wardah.

“Saya nak you check balik semua fail supplier. Bawak masuk bilik ni..” kata Arif. Wardah mengangguk lalu bangun. Langkah sudah diatur mahu meninggalkan bilik itu. Namun, langkahnya mati sejenak.

“Encik Arif nak saya book tiket ke Sabah?” soal Wardah. Segera Arif teringatkan arahan papanya yang mahukan dia dan Wardah ke Sabah, melawat tapak kilang baru yang berhampiran gudang mereka di sana.

“Oh, Yalah! Saya hampir terlupa. Asyik cari fail ni tadi…You book dululah…” kata Arif. Wardah angguk faham. Langkah diatur kembali menuju ke pintu.  Arif menggeleng2 dengan sikapnya yang terlupa perkara yang paling penting. Mujurlah Wardah mengingatkannya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2011 10:51 PM | Show all posts
Ketukan di pintu biliknya jelas kedengaran di telinga Jasmin. Dia yang baru saja mahu melelapkan mata, bangun. Selimut dibuang dari badan. Rambutnya disanggul lalu perlahan2 dia membuka pintu bilik. Siapa pula yang mengetuk pintu jauh2 malam begini…

Wajah Arif tercegat dimuka pintu biliknya. Jasmin memandang jam di dinding biliknya. Kemudian memandang Arif yang tersenyum di depannya.

“Baru balik kerjakah? Lambatnya..” jam sudah menunjukkan pukul 11.30 malam.

“Hmm…kena dera dengan papa..dia suruh cari list supplier. Itu yang lewat sikit..” kata Arif yang masih berdiri diluar pintu bilik Jasmin.

“Nak apa ketuk pintu malam2 ni?”  sesekali Jasmin mengintai bilik Datin Zaharah dan Datuk Muhaiyeen yang terletak dihujung ruang. Sunyi sepi bilik itu dilihat dari luar.

“Esok abang ke Sabah tau. Abang bagitau sekarang sebab esok pagi2 abang dah kena keluar. Jas ada driving class kan esok?” soal Arif. Jasmin angguk. Jadual hariannya yang ketat dengan pelbagai kelas sudah bermula.

“Bila balik?” soal Jasmin.

“Seminggu kat sana kot..” kata Arif. Jasmin angguk. Arif memandang Jasmin. Jasmin turut memandang Arif didepannya. Masing2 terdiam. Serba salah pula Arif dibuatnya. Seperti hilang bicara pula tiba2 bila memandang wajah Jasmin.

“Okaylah. Abang masuk bilik dulu..” cepat2 Arif beredar. Jasmin terus sahaja menutup daun pintu bilik.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2011 10:53 PM | Show all posts
Hari pertama berada di Kolombong  Sabah,  Arif bermesyarat dengan pembekal bahan mentah. Isu penurunan harga bahan mentah menjadi isu. Pihak pembekal nampaknya begitu keberatan mengikut permintaan syarikatnya. Dua jam bermesyuarat, masih belum ada kata putus.

“Come onlah Encik Arif. This is public listed company. I’m sure you all can afford to that price,” Mr.Ling  seakan mengeluh dengan penawaran penurunan harga bekalan. Arif senyum. Memanglah syarikatnya merupakan public listed company, tetapi syarikat pembekal itu juga sudah berurusan dengan syarikatnya hampir 10 tahun. Selaku peniaga, memaksimumkan keuntungan dengan meminimumkan kos pengeluaran adalah matlamatnya.

“We’re not asking for the price markdown to make you loose. Instead we had offered you more business growth by adding more orders to your company Mr. Ling,” ujar Arif. Dia juga tidak ingin syarikat yang berurus niaga dengannya mengalami sebarang kerugian.  

Mr. Ling tersengih sambil menggeleng2. Dia termenung sejenak berfikir tentang tawaran dari Arif. Sebenarnya, dengan mengurangkan harga bahan mentah dengan penambahan permintaan langsung tidak merugikannya bahkan akan membawa untung kepada syarikatnya. Tetapi, jika penambahan permintaan bekalan mentah tanpa pengurangan harga akan menjadikannya lebih kaya raya….

Lengan Arif terasa dicuit. Arif mengerling kearah sekeping nota yang disorongkan oleh Wardah ke lengannya. Arif membaca nota tersebut. Wardah disebelahnya dikerling. Tersenyum gadis itu bila dia memandang.

‘Encik Arif, kalau Mr.Ling tak nak kurangkan harga bekelan bahan mentah, kita offer pada syarikat lain saja. I know a company that sell the same equipment as they are which can provide us better price’

Begitu maksud nota dari Wardah. Arif mengukir senyum. Mr.Ling dipandangnya. Mr. Ling sudah lama berurus niaga dengan papa. Arif juga tidak berhasrat untuk menukar tender kepada syarikat lain di saat syarikatnya membuat keuntungan. Tapi, jika alasan ini diguna untuk menggertak Mr. Ling…mungkin boleh pakai kot….Arif tersenyum lagi.

“Mr.Ling…” panggil Arif. Wardah di sebelahnya tersenyum simpul.

“If you’re not agree to the price, then I think I should open the tender to other company as well. .” kata Arif sekadar menggertak. Mr. Ling ternganga memandang Arif. Dia memandang rakan kongsinya, Mr. Keat.

“Okayla..Okayla…I do agree. But, the quotation I’ll forward to you tomorrow aa..before your staff submit the billing,” kata Mr. Ling. Arif tersenyum. Wardah disebelah dikerling lagi. Wardah senyum.

“Then, okayla. We should end the meeting. It’s lunch already!”  kata Arif seraya menutup failnya.  Mr. Ling dan Mr. Keat turut bangun.

“Let’s lunch together Encik Arif. Kali ni, I belanja..” ajak Mr.Keat. Hendak tak hendak, demi menjaga hubungan perniagaan, Arif mengajak Wardah turut bersama mereka makan tengahari.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2011 10:54 PM | Show all posts
“Betul ke you ada kenal mana2 company yang supply barang company See Kuat tu?” soal Arif di dalam kereta. Kereta milik syarikat yang memang diperuntukkan di Sabah meluncur laju dari restoran menuju ke hotel penginapan mereka. Pulang saja dari makan tengahari, Arif berkira2 mahu menghantar Wardah pulang terus.

“Mmm..betul..” angguk Wardah.

“I thought you’re kidding..” kata Arif pula.

“Kat mana you kenal company tu?” tambah Arif lagi. Wardah disebelah dikerling sepintas lalu.

“My sister works there,” jawab Wardah. Patutlah…Arif menyimpul senyum.

“So I hantar you balik dulu,” kata Arif lagi. Matanya liar memandang papan tanda jalan, bimbang terlepas simpang.

“Encik Arif nak kemana?” soal Wardah.

“I’m going to our warehouse in Kolombong first,” balas Arif.

“Saya nak ikut!” ujar Wardah pantas. Arif memandang Wardah. Nak pergi gudang dengan skirt pendek inikah? Mahu terjojol mata semua pekerja2 Bangladesh di sana.

“Tak payahlah. Lagipun, you tak pakai safety shoes,” kata Arif menegah.

“I’m sure they provide extra safety shoes for visitor there, right,” tukas Wardah. Arif  terdiam. Susah juga bercakap dengan orang pandai ni…Aku patut selidik balik resume dia ni….gumam Arif di dalam hati.

“Okayla…” Arif akhirnya mengalah. Kereta dipandu menuju ke kawasan perindustrian.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-3-2011 10:55 PM | Show all posts
Akhirnya Arif dan Wardah sampai juga ke gudang syarikat disambut oleh Ketua Pengurus Logistics yang bertugas di cawangan itu.  Dari luar, Arif berpuas hati dengan keadaan gudang. Kemas dan bersih. Tak tahulah kalau hari lain. Pekerja2 juga sudah  bijak pandai sekarang. Kalau tahu bos besar nak datang, masa tulah semua habuk dilap dan semua barang disusun teratur.

Tapi, cuba kalau bos besar datang mengejut, mahu semua barang lintang pukang! Arif memang sengaja memberitahu Ketua Pengurus akan kedatangannya hari ini.

Sekurang2nya, beliau dapat membuat sedikit persiapan untuk menerima kunjungannya. Jika diterjahnya saja, bimbang jika tercalar imej pengurusannya pula.

Mereka melewati kawasan gudang yang luas satu persatu sambil diberi penerangan oleh Ketua Pengurus. Arif hanya mengangguk, namun sesekali memberi komen. Tanpa disedari, Wardah sudah tertinggal dibelakang. Wardah yang asyik memerhati deretan pallet menghampiri deretan pallet tersebut. Susunan pallet yang dikira sudah buruk  disentuh.

Brraammm!!! Bunyi runtuhan pallet setinggi 5 kaki jelas kuat kedengaran. Lantas Arif, Ketua Pengurus Logistics dan pembantunya menoleh ke belakang. Baru tersedar akan Wardah yang tertinggal dibelakang mereka.

“Wardah!!!” Arif berteriak lalu mereka semua meluru  kearah Wardah yang sudah ditimpa runtuhan pallet tersebut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-3-2011 12:48 AM | Show all posts
Harap sangat jasmin dpt sambung belajar, pergi overseas lagi
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2011 09:53 AM | Show all posts
NOOOO!!!!!!!!!!!!
Sian Wardah
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2011 10:00 AM | Show all posts
wardah cedera teruk..pastu arif rasa bersalah...terus arif ajak kawen sbb nk bertanggungjawab
amacam speku aku
mau meroyan semua geng2 jasmin nih
Reply

Use magic Report

Post time 20-3-2011 01:35 PM | Show all posts
speku suy ... arif kawin dengan wardah dan jasmin
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

9-1-2025 12:06 AM GMT+8 , Processed in 0.076327 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list