|
Dapatkan Novel-Novel Terbaru Alaf 21 keluaran MEI 2012 ini eksklusif hanya di PESTA BUKU ANTARABANGSA 2012, PWTC di Dewan Tun Dr Ismail.
Novel-novel ini akan dijual minggu hadapan dengan potongan harga kecuali novel RAMLEE AWANG MURSHID - SUNAN MUSAFIR. Buat pengetahuan semua, hanya keluaran khas HARDCOVER SUNAN MUSAFIR akan dijual di PWTC nanti dengan harga istimewa - RM33 sahaja. |
|
|
|
|
|
|
|
anis ayuni ada |
|
|
|
|
|
|
|
adeh, ada anis ayuni dgn emma maizura...
dah la bajet terhad ni |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 544# kaypo
Alaf21 masih boleh tahan lagi, di bawah paras 25
publisher lain ada yang melepasi 30... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 547# chit_ana
menarikkk...mmg jiwa tgh kacau pn...lgpn nak tau gak hasil penulisan attokz... |
|
|
|
|
|
|
|
yeye karya attokz dah keluar..
boleh usha kt kedai buku... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 549# mijot
Aku segan.
Karya tak seberapa.
Tolong kritik dengan membina. Jangan membenam.
Nanti aku merajuk!
hehehe! |
|
|
|
|
|
|
|
NOVEL ALAF 21 JUN
Tajuk: Benci! Benci! Benci!
Penulis: Ayu Emelda.
Sinopsis:
“Benci! Benci! Benci! Kalau Zarif datang merisik sepuluh kali pun jawapannya tetap sama.
Tak suka! Tak nak! Tak mahu!” ~ Qisya Ammara.
Tetapi Zarif Amri juga yang jadi suami. Takdir mengatasi segalanya. Hubungan mereka terpateri dengan ijab dan kabul. Bukan kerana dipaksa, bukan disuruh dan bukan juga atas desakan sesiapa...Qisya sendiri yang rela.
Baru semalam bergelar isteri, angannya untuk mengecap bahagia hancur berderai. Menyesal! Sayang, segalanya sudah terlambat. Cinta yang cuma suam-suam kuku semakin haru-biru. Cemburu dan dendam meranapkan segalanya. Setiap kali rasa kasih hadir, ada sahaja yang jadi penghalang. Nama Akim bagaikan satu badi untuk mereka berdua merasai kebahagiaan. Kesannya, jasad dan jiwa Qisya cukup terdera dan terseksa.
Saat berputus asa dengan cinta, Zarif mula sedar bahawa isterinya tidak bersalah. Namun, mampukah sekeping hati yang sudah hancur lebur mengenal erti cinta lagi? Dia akan berjuang untuk memiliki cinta Qisya yang hilang tatkala dirinya kian dibenci |
|
|
|
|
|
|
|
NOVEL ALAF 21 JUN....
Tajuk: Atin, Jom Kahwin!
Penulis: Iffa Zalia
Sinopsis:
Ini adalah kisah dua hati yang tidak pernah serasi. Kisah dua jiwa yang tidak pernah bersatu. Bayangkan sahaja bagaimana, ‘harimau jadian’ yang habitatnya di Garisan Khatulistiwa bertemu dengan ‘penguin’ di kutub selatan? Natijahnya, wujud perang dunia ketiga di mana medan tempur tanpa senjata memporak-perandakan hidup mereka. Masing-masing dengan kepala dan karakter yang tersendiri.
Prinsip Fendi : Kutuk-mengutuk dan marah-marah itu cara dia mengurat dan mengeratkan ikatan dengan Fatin yang dirasakan tidaklah secantik mana, cuma gadis itu comel di pandangan mata.
Prinsip Fatin : Hidup mesti sempoi, relaks dan selamba tetapi dalam percintaan, dia memerlukan seorang lelaki romantis dan bertanggungjawab.
Zahirnya, Fendi dan Fatin memang tidak ‘ngam’ tetapi batin mereka sudah bersatu dalam diam. Namun, kehadiran Tengku Khalid sebagai pesaing membuatkan Fendi tidak keruan. Dia harus melamar Fatin, tetapi bagaimana caranya? Gadis itu memang sukar untuk didekati.
Fatin seorang yang ‘happy go lucky’ meskipun jadi buruan gengster ah long. Idea nakalnya muncul. Lelaki mana yang sanggup beri wang hantaran yang paling tinggi maka itulah suaminya. Maka wujudlah kaunter buka harga! Jadi, antara Tengku Khalid dan Fendi, siapa yang menjadi pilihan si penguin kutub selatan itu? |
|
|
|
|
|
|
|
NOVEL ALAF 21 BULAN JUN...
Tajuk: Rasa Paling Indah.
Penulis: Durrah Fatiha.
Sinopsis:
Sopan santun, lemah lembut, tinggi pengetahuan agama, rapat dengan keluarga dan tidak suka berkawan dengan lelaki. Inilah kombinasi lima ciri-ciri utama yang menjadi paksi pada keperibadian Amani.
Kedatangan Amani ke sebuah majlis perkahwinan bersama ibu bapanya telah menguntumkan senyuman dua jejaka. Dirinya menjadi halwa mata kepada Isyraf dan Thaqif. Mereka berdua tidak menyangka setelah jarang bertemu, gadis yang dulunya berpenampilan biasa-biasa sahaja, kini cukup memikat. Masing-masing datang ‘mempromosikan’ diri kepada orang tua Amani.
Salah seorang daripada mereka memang sudah menjadi pujaan Amani sejak sekolah menengah lagi. Namun, yang seorang lagi hanya membuatkan dia menyampah. Serba-serbi menyakitkan hati.
Dua pemuda itu bertekad mencari jalan untuk berhubung dengan Amani. Kerana bimbang ada insan lain yang akan ‘potong line’, Thaqif menghantar utusan untuk meminang Amani. Selang sehari, datang pula wakil meminang daripada Isyraf.
Sudahnya, Amani yang kebingungan. Siapa yang mahu dipilih? Yang nyata, hanya seorang calon yang akan gembira sakan. |
|
|
|
|
|
|
|
NOVEL ALAF 21 JUN...
Tajuk: Bait-Bait Kasih.
Penulis: Sasya Zainal.
Sinopsis:
Tanpa diduga dari teman sepejabat, perasaan Nellysha dan David bertukar menjadi cinta. Namun, agama menjadi penghalang. David tersepit antara keluarga dan kasih. Keluarga dia sayang, Nellysha dia kasih. ‘Oh, hati. Tolonglah aku untuk membuat keputusan.’
Dalam diam-diam, David mula mempelajari agama Islam. Rasa kasih pada agama ini mula muncul di hati. Tapi tegakah dia melukai hati mama dan papa yang membesarkannya bagai menatang minyak yang penuh? Ditelan mati emak, diluah mati bapak.
Apabila Tan Zhou Jeng, papa David mendapat tahu yang anaknya sedang mempelajari agama Islam, kata dua diberikan kepada lelaki itu. Akhirnya, David mengambil keputusan untuk melangkah keluar dari rumah orang tuanya.
Tindakan David membuatkan Nellysha berasa serba salah. Dia mengambil keputusan untuk mengundur diri. Namun, ada sesuatu yang menghalang. Dapatkah dia dan David bersatu, sedangkan di hadapan mereka pelbagai halangan menanti? |
|
|
|
|
|
|
|
takutnya aku tgk rupa modelnya...
adeh baru dulu puji cover novel alaf dah cun skrg ni, la ni dah semakin hampeh lah dgn model over pose sebagai cover...sama ar cover cinta abc-emma maizura, kalau boleh rasa nak jer aku tutup jer part gambar modelnya... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 555# mijot
Sokong!! Sokong!!!
Pasni kena beli wrappers plak
Nk tutup cover yg x cantik tu... |
|
|
|
|
|
|
|
Wah!!!
Ader ayu emelda + durrah fatiha...
Kena tunggu pesta buku selangor ujung bln ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply mijot
Sokong!! Sokong!!!
Pasni kena beli wrappers plak
Nk tutup cover yg x cantik tu...
midar Post at 3-6-2012 17:21
betul betul betul...skrg ni pikir 2345678.....kali... bile nak beli skrg ni...menyakitkan mata...pada org alaf yg kat sini...pls take note...tolong ler tukor semula cover model model hidup tu...tak lawa pun.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 558# kaypo
suka cover novel yang dilukis,
lebih cantik dan sejuk mata memandang... |
|
|
|
|
|
|
|
yup setuju....x minat cover mcm nie. terus potong mood nak beli |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|