|
selamat ari raya Smiley..... nanti sambung ek citer yang superb nih! |
|
|
|
|
|
|
|
pas raya jgn lupa letak n3 k... |
|
|
|
|
|
|
|
SELAMAT HARI RAYA
MAAF ZAHIR BATIN
|
|
|
|
|
|
|
|
547# sang_arjuna
Selamat Hari Raya Smiley... ingatkan ada n3...hehehehe.... tak sabar ni..... lum abis raya lagi ke?
Jaza dah masuk kerja dah ni..... tgh tunggu mana2 umah masukkan n3 je ni....
-->MOD napa si pengacau tu (ainum) boleh masuk sini lak? ban je terus... sibuk je nak masuk umah org... |
|
|
|
|
|
|
|
Alaaa, takdek n3 lagik ke, tak sabo nihhh |
|
|
|
|
|
|
|
dah naik cuti raya nie...
tapi x de n3 pun... |
|
|
|
|
|
|
|
assalamualaikum semua
seronok beraya?
Hani cuti lagi, Nazrin jer ada
.................................................................................................................................
Nazrin menekan loceng pintu rumah Dr Mirzan tepat pukul 8.30 malam. Menyedari yang dia terlambat untuk jemputan makan malam bersama member member ketat zaman sekolah, otaknya ligat mencari alasan. Walhal, dia tertidur.
Isteri Dr Mirzan, Huda mengintai di sebalik daun pintu. Sebaik terpandang kelibat Nazrin, senyuman tenang terukir di wajah wanita yang bertudung dan berjubah biru gelap itu. Pintu di buka luas. Bunyi bingit perbualan rakan rakan sekolah di susuli teriakan anak anak kecil menyapa telinga Nazrin.
“ Assalamualaikum. Apa khabar, Huda? Semua orang dah sampai kah?”
“ A’ah. Derang dah lama sampai. Masuklah Nazrin” pelawa Huda
Nazrin meninjau ruang tamu rumah teres dua tingkat itu. Cuma ada dua tiga orang kanak kanak dan pengasuh mereka sedang menonton TV. Dr Mirzan bergegas ke arahnya.
“ Apasal kau lambat? Makanan dah nak habis. Nasib baik Huda masak lebih. Kalau tak putih mata lah kau. “
“ Apa menunya? Bau bukan main sedap lagi” Puji Nazrin bila aroma makanan mencecah hidungnya. Perutnya yang sememangnya kosong berkeriut minta di isi.
Kehandalan Huda di dapur tak dapat di pertikaikan. Kalau Huda tukar profesion dan menjadi chef, pasti Chef Wan, Chef Ismail dan macam macam chef susah cari makan. Begitu hebatnya Huda.
“ I buat beriani gam. Lauk ayam dan kuzi kambing. Acar pun ada.” kata Huda sambil mengusap kepala anak kecil yang tiba tiba memeluk kakinya. Anak sulungnya merengek minta di dukung.
“ Umi letih, sayang. Abang, tolong dukung Nuha. I tak larat. Mana nak angkat perut I lagi” selorohnya. Isteri tercinta Dr Mirzan itu seorang yang cekap dan serba boleh. Pandai masak, pandai menjahit, pandai buat dan jaga anak. Lima tahun usia perkahwinan, anak dah nak masuk tiga orang. Betul betul superwoman. Bertuah Dr Mirzan. Walaupun perkahwinan di atur keluarga tapi mereka benar benar bahagia.
“Anak Abah ni…. Dah besar pun nak dukung lagi?” Dr Mirzan mengendong anaknya Nuha yang berusia empat tahun. Si comel tersengih girang bila dapat apa yang di hajati. Nazrin mencuit pipinya yang tembam. Bila lah turn aku pula nak jadi suami dan bapa, detik hatinya. Indahnya suasana kekeluargaan dan kasih sayang yang terjalin.
Dr Mirzan meletakkan tangan ke bahu Nazrin sebelum berbisik “ Jin, tunggu jap. I need to tell you something. Fifi ada sini”. Baik aku bagi warning kat Nazrin. Biar dia sediakan peluru berpandu atau setidak tidaknya , pakai jaket kalis peluru.
Langkah Nazrin yang menonong ke arah ruang makan terus terhenti.
“Kenapa makcik tu menyibuk kat sini? Dulu dia juga yang kata kita orang ni tak ada class. Tak macam gang baru dia. “
“ Aku tak jemput dia. Ben terserempak dengan dia kat Ikea tadi. Bila dia dapat tahu Ben nak ke rumah aku, dia nak ikut sekali. Ben pun serba salah tapi nak buat macam mana? Kau tahulah Fifi tu, pakai redah jer. Kau okay , tak?” Ada cuak dalam nada Dr Mirzan.
Nazrin menjungkit bahu. “ No hal lah. Takkan aku nak elak dia selama lamanya. Malaysia ni bukan besar sangat. ” Langkah nya di teruskan ke meja makan. Gasaklah si Fifi tu. Nasi beriani lagi menerujakan.
“ Hoi , Jin… awat lambat sangat?” Tanya Shauki
“ Ingatkan hang tak mai. Kami dah perabih dah nasi beriani. Huda masak punyalah sedap” Ben, lelaki berdarah Cina campur Siam menunjukkan ibu jarinya.
“ Hang makin hensem nampak. Seri orang bertunang lah tu” usik Azlin, tunang Shauki
Riuh rendah suara masing masing menggiat Nazrin. Aizul, Ben, Shauki, Azlin, Fifi, Mirzan dan dia satu geng dari zaman sekolah menengah. Setiap kali berjumpa mesti macam pasar borong. Semua bercakap serentak, entah siapa yang jadi tukang dengar.
“ Hangpa ni semua bukan nak bagi salam, terus serang aku” Relaks saja Nazrin mengambil tempat duduk di kerusi yang masih kosong, berhadapan dengan Fifi. Mata mereka bersabung dan masing masing senyum terpaksa. Sejak putus tunang hampir dua tahun dulu, ini kali pertama mereka bersua muka. Suasana menjadi hening sejenak. Kawan kawan lain memerhati reaksi Nazrin dengan saspen.
“ Hi Fifi. How are you?” tegur Nazrin
“ I sihat. Thanks” jawab Fifi pendek seraya melarikan tumpuan nya pada anak Aizul yang sedang mengendeng minta di suap.
Hembusan nafas lega berdesis dari penonton adegan sebabak. Tanpa lengah Nazrin terus menceduk makanan di dalam bekas Corningware .Tak di nafikan, Fifi tetap jelita. Rambutnya yang berwarna cokelat keperangan ( hasil dari pewarna Loreal) di biar melepasi bahu. Wajah yang di rias dengan kosmetik berjenama menyerlah kecantikan asli yang dimilikinya. Tak hairanlah ramai yang tergila gilakannya sejak zaman dia masih bergelar pelajar lagi. Namun cuma wajah Hani yang tersemat di mata hati Nazrin. Wajah ayu dan suci. Kalau Hani pandai bergaya macam Fifi tentu kecantikan mereka setanding. Tapi aku tak suka… aku tetap nak Hani aku yang polos dan tak dicemari. Rindunya aku kat dia.
“ Eh, apa yang kau dok mengelamun tu. Makanlah cepat. Lepas ni Huda nak serve dessert pula” Macam tak makan sehari suntuk si Ben.
“ Takkan hang malu pasal duduk depan Fifi kot” Mak engkau… celupar sungguh si Azlin.
“ Kenapa pula aku nak malu? Fifi dah jadi bini orang, aku tunang orang. Kan, Fifi?” Soalan Nazrin di biarkan tanpa jawapan. Cuma muka Fifi berubah riak. Namun Nazrin sudah tak pandang kiri kanan depan belakang, beriani gam terus di terkam.
Selesai menikmati cream caramel dan buah buahan yang di hidangkan sebagai pencuci mulut, perbualan mula berkisar pada hal jodoh dan pasangan.
“ Jin, bila hang nak introduce tunang hang kat kami?” Tanya Azlin. Ekor matanya di kerling ke arah Fifi yang pura pura membelek handphone. Berlakun baik punyaa.
“ Nantilah. Sepatutnya dia ikut aku ke homestay mak aku di Ulu Langat tapi aku kena bentang kertas kerja di UM. Terpaksa cancel plan. Dia balik rumah kawan dia kat Ipoh. Lain kali lah aku introduce dia kat korang.”
“ Tak sangka. Hang bercinta dengan student sendiri. Ni lah kes harapkan pagar,pagar makan padi. Apa punya lecturer lah” Riuh tawa menyambut komen Shauki. Cuma Fifi seorang yang senyum tawar. Dari tadi dia lebih banyak menjadi pendengar pasif dari menyumbang bicara. Sedikit sebanyak dia mesti terasa, mereka ni kawan yang pernah di “ lupakan” dulu. Sekarang dia yang terhegeh hegeh nak kembali bersama geng lama walaupun pedih telinga dengan sindiran mereka.
“ Korang ni nak kena. Aku bertunang dengan Hani sebelum aku kerja kat UDR lah. “
“ Nama dia Hani kah? Mesti manis macam madu kan? Jangan hang bagi dia madu , sudahlah” Sekali lagi Azlin membuktikan keceluparannya.Macam manalah dia boleh menjadi pilihan Shauki, Nazrin tertanya tanya.
“ Ki, macam manalah hang boleh bertunang dengan makcik ni? Telinga hang mesti telinga badak kot. Dah lali kena laser” balas Nazrin. Shauki tersengih.
“ Alaa… aku ni mulut saja jahat tapi hati aku baik” Dari muda lagi Azlin jenis yang tak ambil kisah. “ Betul tak, Ki? Anyway, kita orang nak kahwin masa cuti sekolah bulan Jun nanti, insyaallah. Kita dah book dewan di Kelab Golf Cinta Sayang. Jangan lupa datang tau.” |
|
|
|
|
|
|
|
Perbualan yang tadi rancak sudah makin surut. Macam kereta FI sampai ke garisan penamat. Maklumlah perut dah kenyang, mata masing masing dah berat. Jam dinding menunjukkan sudah pukul 10.30 malam. Anak anak masing masing sudah tidur. Huda yang tadi sibuk ke hulu ke hilir melayan tamu melabuhkan punggung di sofa panjang sambil meregangkan tubuhnya.
“ Kita orang minta diri dulu lah, Mir. Anak aku dah tertidur pun. Terimakasih Huda. Your cooking was superb , as usual. Jangan segan jemput kami lagi lain kali” Aizul mengambil peranan jurucakap kumpulan memberi ucapan penutup. Mereka berpamitan di muka pintu.
“ Fifi, macam mana kau nak balik? “Tanya Ben.
“ Er… boleh tumpangkan aku ke Bangsar?”
“ Aku duduk dekat sini saja. Kau tumpang orang lain lah” jawab Ben. Fifi memandang seorang demi seorang rakannya.
“ Aku dengan Shauki tak lalu sana. Aku nak balik ke Melawati. Pakai Duke Highway lagi cepat” Pantas Azlin menjawab sebelum Shauki membuka mulut. Tunangnya pantang tengok perempuan cantik. Cepat lemah lutut walaupun akur yang Fifi itu tak akan pandang jurutera Telekom sepertinya.
“ Rumah aku kat Subang. Out of the way. Lagipun aku nak cepat balik, anak aku dah tertidur.” jelas Aizul.
Cuma Nazrin saja pilihan yang tinggal. Fifi melingas pandangan pada Nazrin yang pantas mengorak langkah kearah kereta Proton Waja putih. Sampai hati Nazrin. Sedikit pun tak nak pelawa aku tumpang kereta dia, padahal rumahnya di Bangsar. Terpaksalah aku tebalkan muka.
“ Er.. Jin… Jin, boleh tak aku tumpang kau?”
Ni yang aku malas, dengus Nazrin. Dulu macam macam kau kutuk. Kereta aku tak ada class konon. Malu nak naik kereta buatan Malaysia. Sekarang ada hati buat muka kesian kat aku.
“Kalau kau tak kisah naik kereta chokia aku” Sempat Nazrin memulangkan paku buah keras. Dengan muka berbahang, Fifi membontoti Nazrin. Nazrin, Nazrin….kau lah yang sentiasa jadi penyelamat aku, desis hati Fifi.
……………………………………………………………………………………………….
Kedua penghuni kereta di palit rasa kekok sepanjang perjalanan dari Kota Damansara ke arah bandaraya Kuala Lumpur. Nazrin melayan lagu dan celoteh DJ Hitz FM. Selepas tol Penchala Link menuju Mont Kiara, Fifi memecah kelohongan.
“ Jin, kau marah lagi dengan aku? Kenapa kau tak nak cakap dengan aku?” desak Fifi lembut.
Nazrin tidak segera menjawab. Aku kena olah betul betul ayat aku agar butir bicara aku tak mengundang padah. Jangan ikut emosi. Nanti Minah Perasan ni ingat aku masih frust menonggeng.
“ Tak ada sebab aku nak marah. Aku dengan kau tak ada jodoh. Simple as that. Sekarang kau happy, aku pun happy. Betul kata Mak dan Tok aku, ada hikmah di sebalik semua ni” jawab Nazrin dengan tenang. Ya, aku bahagia dengan Hani. Apalah Hani tengah buat sekarang?
Fifi menggigit bibir bawahnya. Kalau lah semua orang tahu kisah hidup aku, mesti aku jadi bahan tawa mereka. Mesti ramai bertepuk tangan. Padan muka aku.
“ Entahlah Jin. Mungkin hikmahnya untuk kau, bukan untuk aku. Aku …aku tak bahagia. ” Fifi bersuara perlahan. Antara dengar dan tidak.
Ahh… sudah! Takkan Fifi nak mengaut simpati dari aku. Mula mula cerita pasal masaalah dengan suaminya. Lepas tu, cakap dia buat keputusan yang salah dengan memutuskan pertunangan. Langkah seterusnya, nak berbaik semula dengan aku. Sungguh klise macam skrip drama.
“ Kalau kau tak happy pun, aku tak boleh nak tolong.”
“ Aku tak suruh kau tolong pun. Cukuplah kalau kau sudi dengar cerita aku.” Lirih suara Fifi. Tiba tiba hatinya mendongkol bila pandangan di lemparkan ke arah Nazrin yang begitu asyik mengangguk anggukan kepala mengikut rentak lagu Linkin Park, In the End. Masih jelas bagaimana Nazrin merayu agar pertunangan mereka tidak di putuskan, Air mata lelakinya tirih. Tapi itu dua tahun lalu. Pasti kini luka Nazrin sudah sembuh. Sedangkan suami kematian isteri boleh cari pengganti bila tanah kubur arwah isteri masih merah… ini kan pula putus tunang. Lelaki!
“ Aku dah berpisah dengan Raziman. “ Ayat gempaq dari Fifi cuma mengundang jungkitan kening dari Nazrin. Bukan respons yang di harapkan. Nak tak nak, terpaksa Fifi teruskan cerita walaupun tindakbalas langsung tak memberangsangkan.
“ Man di paksa kahwin dengan gadis pilihan keluarga. Anak Tan Sri juga, macam dia. Aku ni tak sekufu. Macam macam mak dia maki aku. Pisau cukur, muka tak malu. Aku tak tahan. Aku minta di lepaskan.” Esakan kecil terlepas dari bibir Fifi. Jarinya yang runcing menyeka airmata.
“ Raziman tak pertahankan hubungan kau dengan dia? Kenapa dia kena ikut cakap mak bapak dia? He is already 30 plus. He is not a kid anymore.” Hairan betul. Nampak macho tapi mummy’s boy juga rupanya si Raziman Tan Sri Rashid.
“ Huh… Tan Sri dan Puan Sri masih pemegang saham terbesar dalam company keluarga mereka. Man cuma CEO saja. Kalau dia tak ikut cakap parents dia, segalanya akan berpindah pada adiknya. Aku sedar sekarang, kedudukan dan harta lagi penting dari aku.” Fifi mendengus. Jari jemarinya di patah patahkan. Geram pada Raziman. Kecewa dengan Nazrin. Langsung tak ada belas kasihan pada aku. Lupa kah dia pada kemanisan cinta pertama kita.
Nazrin senyum sinis. Aiseyman, Fifi ni dah lupa kah? Dia sendiri pun kejar kedudukan dan harta juga. Kalau tak, takkan dia tinggalkan aku. Bukan saja dia putus tunang dengan aku, tapi kawan kawan lama pun tidak di hubungi sewaktu dia di lamun cinta dengan Raziman. Punyalah berlagak. Bila dah kena tinggal, baru nak cari kawan lama.
Kereta Nazrin menyusuri Jalan Damansara terus ke Jalan Maarof. Nasib baik jalan tak jam. Kalau tak makin panjang pula cerita Fifi.
“ Rumah kau kat mana?”
“ Aku tumpang kawan aku di Jalan Telawi 8. Kau masuk depan Mc Donald, pastu belok kanan. Dah sampai sini, jom kita singgah Pelita minum teh tarik. Boleh sambung cerita. Lama kita tak borak borak“
“ Aku ada banyak kerja. Besok aku ada worksyop kat UM. Lain kali sajalah” Janganlah Fifi pegang pada kata kata aku ni. I hope this is the last time. Kalau Hani tahu, apalah agaknya reaksi dia. Hati Nazrin di pagut rasa bersalah.
“ Kau takut dengan tunang kau? Takkan dia tak bagi kau jumpa kawan lama macam aku ni. Kenapa? Dia tak percayakan kau ?” Fifi seakan dapat membaca fikiran Nazrin. Bibirnya mengorak senyuman nakal.
“ Dia tak kisah. Tapi aku memang busy.” Jawab Nazrin bersahaja. Malas nak layan. Sebaik saja nampak papan tanda Jalan Telawi 8, keretanya di belok. “ Rumah kau nombor berapa?”
Kekecewaan jelas terbayang di wajah Fifi. Egonya tercalar malam ini. Sebaik saja dapat tahu dari Ben yang Nazrin akan berada di rumah Dr Mirzan, dia tebalkan muka. Janji dapat bertemu semula dengan bekas tunangnya. Tapi tak ada langsung sisa sisa kasih sayang yang pernah tersemai. Jarak masa dua tahun merubah segalanya.
“ Nombor 34. Jin, boleh tak kalau aku call kau sekali sekala. Aku sunyi. Aku perlukan kawan untuk berbual.” Fifi masih tak putus asa mencuba nasib. Kerak nasi pun boleh lembut, inikan pula hati lelaki.
“ Cik Afifah, aku ni lecturer. Bukannya boleh bergayut masa mengajar. Lepas habis kuliah , ada meeting, kena buat reseach lagi. Aku memang busy. Sorry lah. Kau call saja Ben atau Azlin.”
“ Sombong!” bentak Fifi sambil membuka pintu kereta. Beg tangan jenama Prada di sangkut ke bahu dengan kasar.
“ Good night. “ balas Nazrin sambil memeram tawa. Ingat senang kau nak berbaik semula dengan aku ? Kalau sekadar kawan pun aku fikir sepuluh kali. Aku bukan lagi lelaki remaja yang mudah terperangkap dengan paras rupa yang cantik. Kecantikan luaran tak mampu menutup keaiban. Sorry Fifi. |
|
|
|
|
|
|
|
tq |
|
|
|
|
|
|
|
wha... bahagianya tengok dah ada entry... tq smiley!! |
|
|
|
|
|
|
|
wah best..lega ada sambungan..... |
|
|
|
|
|
|
|
Waaaahhhhh, best best ada n3, aku suka aku suka:pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
suke sgt dengan ne cerita....
dari pagi tdi buat marathon nak bace....
suke watak nazrin......
also hani...love them....
smiley sambung lagi eyh......
xsabar nak bace lg:pompom::pompom: |
|
|
|
|
|
|
|
fifi gi main jauh2..syoh2 jgn kaco nazrin dgn hani... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by azwa81 at 28-9-2009 20:45
bravo!!!! besnyer ada n3...smiley..tqvm yer...bile nak kuar novel ni? tak sabar la nak baca sampai habis... |
|
|
|
|
|
|
|
553# sang_arjuna TK Sang Arjuna.... Tu dia chekkk... camtulah lelaki sejati..mesti ada prinsip kan..kan... heh3x...
Terus maju... |
|
|
|
|
|
|
|
bestnyer dah ada n3. tq smiley...
go nazrin!! jgn tunduk pada fifi. ish, fifi ni pun sibuk jer, g main jauh2. xyah nk dok ngendeng2 balik ngan nazrin tu... |
|
|
|
|
|
|
|
la dah ader pengacau la plak..., harap2 si nazrin tue kekal ngan hani....
nak lagi.............,buat N3 panjang2 yer....... |
|
|
|
|
|
|
|
mane n3 story ne lagi.....
da xsabar nak bace kish hani n nazrin ne.... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|