CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: thylord

[merged] AFC Asian Cup 2007[FINAL:IRAQ 1 SAUDI 0]

[Copy link]
Post time 12-7-2007 05:03 PM | Show all posts
Originally posted by lipans at 12-7-2007 14:30
Aku cadangkan, lawan uzbekistan malaysia akan guna formasi 10-0-0supaya gol tidak mudah dibolosi. Hanya sesekali sahaja gol keeper yangmemang gemar meninggalkan posisinya itu keluar menyerang k ...


Wa!!cadangan yang  menarik,berkampung depan golkeeperMalaysia,formasi 10-0-0 menarik tu,sekurang-kurang FAM akan menciptasejarah dunia bolasepak, formasi baru pertahanan kental!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2007 05:25 PM | Show all posts
Abdullah Kecewa Dengan Mutu Persembahan Pasukan Kebangsaan

KUANTAN, 12 Julai (Bernama) -- "Permainan yang amat memalukan". Itulah kata-kata yang boleh diucapkan oleh Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengenai aksi hambar yang ditunjukkan kesebelasan utama pemain negara menentang China pada Piala Asia, Selasa lepas.

Beliau yang ternyata sedih dengan prestasi hambar yang ditunjukkan setiap pemain pada malam itu meminta maaf kepada penonton yang menyaksikan perlawanan berkenaan.

"Saya minta maaf pada penonton dan kalau boleh saya nak salam dengan setiap mereka tapi apakan daya...saya pun teramat sedih dengan aksi mereka," katanya ketika ditemui pemberita di majlis Anugerah Kualiti Koperasi Negeri Pahang di sini malam tadi.

Ditanya mengenai kesebelasan utama yang diturunkan pada malam itu tidak menjadi, beliau berkata itu merupakan pilihan utama jurulatih pasukan, Norizan Bakar.

"Itu semua kuasa jurulatih kerana dia lebih arif manakala saya hanya sebagai penonton dan cuma pemain serta jurulatih yang boleh jawab yang telah terjadi pada malam itu," katanya.

Menurut beliau, walaupun pemain China memiliki kelebihan dari segi ketinggian, pantas dan laju ketika beraksi, pemain negara seharusnya tidak gentar malah perlu memberikan persembahan yang serupa.

Beliau bagaimanapun berharap pasukan berkenaan akan kembali bangkit dan mengatasi setiap kelemahan dalam perlawanan akan datang.

"Saya harap tidak akan berlaku lagi permainan seperti malam itu tapi saya masih bimbang jua kalau-kalau gol kita bolos banyak lagi," katanya.

Pada perlawanan pembukaan Kumpulan C, China menewaskan Malaysia 5-1.

-- BERNAMA

P/S:- Saya pun kuciwa jugak dgn kepimpinan FAM sikalang..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2007 05:27 PM | Show all posts
Originally posted by keptenmarbel at 12-7-2007 04:06 PM
tocang tu yang mahal tu...mana x off position...tocang jer dah 3 kati...


biar kalah, asalkan bergaya

selagi sultan wujud kat muka bumi malaysia ni, jgn harap le FAM diterajui org yg betul2 reti pasal bola. Keturunan derang dah beratur dah utk jwtan tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2007 05:30 PM | Show all posts
Originally posted by Anak_Nogori at 12-7-2007 05:25 PM
Abdullah Kecewa Dengan Mutu Persembahan Pasukan Kebangsaan

KUANTAN, 12 Julai (Bernama) -- "ermainan yang amat memalukan". Itulah kata-kata yang boleh diucapkan oleh Timbalan Presiden Persatua ...


Kepimpinan FAM mmg muka tak malu..... dah kalah tu rase tjwb letak le jwtan....
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2007 05:40 PM | Show all posts
Originally posted by Anak_Nogori at 12-7-2007 17:25
Abdullah Kecewa Dengan Mutu Persembahan Pasukan Kebangsaan

KUANTAN, 12 Julai (Bernama) -- "ermainan yang amat memalukan". Itulah kata-kata yang boleh diucapkan oleh Timbalan Presiden Persatua ...


Ditanya mengenai kesebelasan utama yang diturunkan pada malam itu tidakmenjadi, beliau berkata itu merupakan pilihan utama jurulatih pasukan,Norizan Bakar.

"Itu semua kuasa jurulatih kerana dia lebih arif manakala saya hanyasebagai penonton dan cuma pemain serta jurulatih yang boleh jawab yangtelah terjadi pada malam itu," katanya.

panazz!!panazz!!seperti biasa orang2 atasan FAM cakap...sembelih itu 'kambing hitam'


Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2007 05:55 PM | Show all posts

Reply #392 lipans's post

cadangan bernas tu...

jadi cikgu jan cuma bagi arahan kat belakang pintu gol je.. x payah tengah padang...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-7-2007 06:03 PM | Show all posts

Reply #393 bayan_budiman's post

wow!! satu cdangan yg bernas skali!.....kalah 3-0 xteruk sgt..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2007 06:16 PM | Show all posts
Originally posted by Pikir at 12-7-2007 17:30


Kepimpinan FAM mmg muka tak malu..... dah kalah tu rase tjwb letak le jwtan....



mana leh turun... org kalu nak turun biar la meninggalkan sejarah terindah... nih... asyik kalah je...tak indah langsung.. so kena tunggu menang dulu la baru leh turun...betul tak...so tunggu je la sampai team malaysia menang besar keatas brazil baru la kite dapat pemimpin FAM baru.



er...macam mana diorang pilih pemain yek? cabut kertas dalam balang ke?atau pakai bomoh hujan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2007 06:43 PM | Show all posts
Kalau ditukar kepimpinan FAM pun..belum tentu tim bola m'sia boleh main bagus..bagi aku pengurusan dah ok cuma player neh macam something wrong..nak salahkan coach pun tk boleh..letak lah alex ferguson pun kalau player hampeh,tak guna juga..asasnya player tu sendiri..
Reply

Use magic Report

zabidi This user has been deleted
Post time 12-7-2007 06:43 PM | Show all posts
sorry off topic sikit

Nampaknya forum cari telah memilih darsita menjadi maskot rasmi forum cari, syabas!!

maskot babi sesuai dengan kreaktor darsita yg suka mendelete thread dan mendelete post ramai forumer forum cari...

Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2007 06:53 PM | Show all posts
player kite ni manja sangnt....
tkder semnagat nk main...main semata2 kerana duit..
gaji dhlaa 5 angka..
elaun luar negara lain..
sumbat gol kalo game international lain....
gol lm negara lain dia punye elaun..
kalo kene pangeey utk national team...elaun hari2 lain..
so korang kire aa berapa menggunung dompet derangg...
ade 2-3 orang player yg aku kenal...takat 20k tu gaji basic je..without elaun2 yg aku cakap tu....
so main ok ke tk ok...gaji jalannnn
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2007 06:57 PM | Show all posts

Reply #399 zabidi's post

hahaha tak jemu-jemu yek ko neh..
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2007 07:42 PM | Show all posts

Reply #383 Pak_Jen's post

semua golongan atasan FAM tu bangsat.....
pemusnah

[ Last edited by  hyphrigian at 12-7-2007 08:14 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2007 07:43 PM | Show all posts
diorang neh dah le keje main bola je hari-hari...

tak paham aku camne basic pon lemah gile...adeh.

orang yang tak pass darjah enam pon boleh main bola...gaji ribu-raban

tapi zaman semi-pro dulu...diorang keje siang, malam main bola

boleh pulak main dengan kualiti yang tinggi even fizikal pon sama je macam orang zaman sekarang.

rambut player zaman sekarang nak ala-ala Beckham la...cacak la..berambut panjang ala rockers la...

kalo nak nampak rock sangat, pegi la rock the world...sape pon tak marah.

ni korang keje main bola...buat la betul-betul.

pengurusan pon sama...kenyataan yang dikeluarkan tak penah nak salahkan diri sendiri.

asik nak jaga kantung diorang je...sampaikan maruah negara tergadai.

dah lali aku dengar kenyataan diorang neh...undur la.
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2007 08:06 PM | Show all posts
semua berat telor... sikit sikit jatuh
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2007 08:13 PM | Show all posts
maiiiyyyyaaamaaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-7-2007 08:32 PM | Show all posts
malaysian footballers....

ha...ha...ha..ha
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-7-2007 10:05 PM | Show all posts
Still waiting for the statement dari org atasan FAM esp Tg Abdullah... pasal senyap ajer.. takut kena bom kaa???
Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2007 10:31 PM | Show all posts
Originally posted by orang_letrik at 12-7-2007 07:43 PM
diorang neh dah le keje main bola je hari-hari...

tak paham aku camne basic pon lemah gile...adeh.

orang yang tak pass darjah enam pon boleh main bola...gaji ribu-raban

tapi zaman semi-pro dulu...diorang keje siang, malam main bola

boleh pulak main dengan kualiti yang tinggi even fizikal pon sama je macam orang zaman sekarang.

rambut player zaman sekarang nak ala-ala Beckham la...cacak la..berambut panjang ala rockers la...

kalo nak nampak rock sangat, pegi la rock the world...sape pon tak marah.

ni korang keje main bola...buat la betul-betul.

pengurusan pon sama...kenyataan yang dikeluarkan tak penah nak salahkan diri sendiri.

asik nak jaga kantung diorang je...sampaikan maruah negara tergadai.

dah lali aku dengar kenyataan diorang neh...undur LAH !




Reply

Use magic Report

Post time 12-7-2007 10:49 PM | Show all posts


PROJEK MENYEDARKAN FAM !!

Jadi Jom Kita Pakat Mai !!!

Tarikh : 14 Julai 2007 ( Sabtu )

Tempat : Stadium Bukit Jalil ( Sempena Piala Asia : Malaysia vs Uzbekistan )

Masa : bermula 6.00 petang

Pakaian : Serba HITAM

Penganjur : www.hijaukuning.com / www.selangorfc.com


Banner !!! - akan dipasang di Stadium

Flyer !!! - akan diedarkan kepada penonton di stadium


sila lawati utk lebih lanjut : http://www.my-infomedia.com/v2/index.php?showtopic=599&st=40

...
kita tak akan berjaya 100% jika sudah berpuas hati pada tahap 99%
...




Credit

Dari fakhzan (HKC)

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-11-2024 09:46 AM GMT+8 , Processed in 0.058159 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list