CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: skuter_buruk146

The Land--->6.00 ptg.TV2

[Copy link]
ying05 This user has been deleted
Post time 11-2-2006 01:44 PM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 11-2-2006 12:18 PM


kemungkinan namer tempat kat korea utara Pyonyang dekat dengan sempadan china


hehe...maksud saya...sebelum tahun 1950 (iaitu tahun bermulanya Perang Korea), Korea masih belum terbahagi dua kan....jadi memang peliklah kalau gerakan pembebasan jixiang tu hanya bertujuan utk menuntut kemerdekaan bagi korea utara sahaja (bagaimana pula dgn korea selatan?)...saya tak taulah cammane org korea 'namakan' korea utara sekarang..tp org cina guna nama Cao Xian atau Chosun (iaitu nama negara Korea yg belum berpecah jadi dua sebelum peperangan tu)  bg Korea Utara...jadi aku rasa org yg sediakan sari kata tu buat silap sbb tak check dahulu...

[ Last edited by ying05 at 11-2-2006 02:04 PM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2006 03:11 PM | Show all posts
Originally posted by ying05 at 11-2-2006 01:06 PM


HangPC2 memang terrer sejarah :bodek: :bodek:

sebenarnya Chosun = Cao Xian (sebutan dlm mandarin)...Han Guo tu pulak kalau tak silap saya dlm bhs korea disebut sebagai Hanguk (pls correct me ...



ying05 aku nak tanya ni...

orang china pun digelar orang ''Han'' manakala yg beragama islam bergelar ''Hui'' adakah bangsa korea adalah satu dari etnik china....
Reply

Use magic Report

ying05 This user has been deleted
Post time 11-2-2006 05:20 PM | Show all posts
Originally posted by HangPC2 at 11-2-2006 03:11 PM



ying05 aku nak tanya ni...

orang china pun digelar orang ''Han'' manakala yg beragama islam bergelar ''Hui'' adakah bangsa korea adalah satu dari etnik china....


ff:
bangsa korea ni bukan satu dr etnik cina...penjelasan saya tadi tu memang mengelirukan kan...sorry.. hehe...saya jelaskan sekali lagi pasal Hanguo dan Hanyang

dlm bhs cina ada perkataan2 yg sebutannya sama tp berbeza maknanya...contohnya 'han' 韓 dlm 'Hanguo' 韓國 dan 'han' 漢 dlm 'Hanyang' 漢陽... 'han' 韓 dlm 'Hanguo' bermaksud korea dan 'Guo' 國bermaksud negara, jadi "hanguo' ni bermaksud 'negara org korea'....tp 'han' 漢 dlm 'Hanyang' ni bermaksud kaum etnik Cina atau lelaki, manakala 'Yang' 陽 bermaksud matahari, jadi secara literal maksud 'Hanyang' ialah 'matahari Cina'

jadi kaum Korea ni kaum Han juga tp 'Han' mereka ni berbeza, iaitu 韓 (Korea) ...bukan 漢 (Cina)...sebenarnya nadanya juga berbeza...perkataan2 cina ada empat nada yg berlainan

[ Last edited by ying05 at 12-2-2006 02:25 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2006 07:23 PM | Show all posts
Originally posted by ying05 at 11-2-2006 05:20 PM


ff:
bangsa korea ni bukan satu dr etnik cina...penjelasan saya tadi tu memang mengelirukan kan...sorry.. hehe...saya jelaskan sekali lagi pasal Hanguo dan Hanyang

dlm bhs cina ada perkat ...


thanks Ying05 baru aku faham sekarang ni perbezaan Han China Dan Han Korea
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2006 12:47 AM | Show all posts
uhhh .. pening jap ... hehehehehe

so perang saudara korea start tahun 1950 .... crite ni sekarang dlam tahun 1920+ kan ....  rasa2nye crite ni abis sebelum ke selepas perang saudara ni ....?

haaa ...nak tanya satu lagi ..'the land' ruixi ni kat korea utara ke korea selatan....?
nampak cam kat korea selatan kan sbb anak dia gi high school kat seoul .... mesti anak dia gi high school yg terdekat kan ....
Reply

Use magic Report

ying05 This user has been deleted
Post time 12-2-2006 01:52 AM | Show all posts
Originally posted by kayla at 12-2-2006 12:47 AM
haaa ...nak tanya satu lagi ..'the land' ruixi ni kat korea utara ke korea selatan....?
nampak cam kat korea selatan kan sbb anak dia gi high school kat seoul .... mesti anak dia gi high school yg terdekat kan ....


Korea Selatan...

kampung halaman Ruixi iaitu Pingshali berada kat Kangwon-do Province (Jiangyuandao)


sekarang Ruixi tinggal kat Jinju


[ Last edited by ying05 at 12-2-2006 01:55 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-2-2006 02:25 AM | Show all posts
uiks.. dah masuk part sejarah dan geografi lak ni.. hebat hebat :clap::clap::clap:

rasa nak gi korea jer :bgrin::bgrin:
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2006 11:40 AM | Show all posts
hebat tul kajian korang nie.....aku tahu perkataa guo tuh cuma tak leh nak kaitkan dengan perkataan han....so bila ching dah terang nie...nampak lagi jelas dan faham kenapa dipanggil han guo
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2006 11:44 AM | Show all posts
jom belajar geografi lak .... aku rasa tak pernah belajarlah geografi korea ni .... geografi jepun aku ingat ada belajar sbb aku ingat lagi betapa aku dok sibuk menghafal nama pulau2 jepun tu ....:lol
thanks ying ...:tq:

nampaknye kg ruixi dekat ngan sempadan korea utara .... dengan seoul pun kira dekat jugaklah ....
pastu ruixi pindah juiju ..... jauhnyeeeeeee!!!! kat selatan korea selatan tu ............
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2006 12:44 PM | Show all posts
Originally posted by ying05 at 12-2-2006 01:52 AM


Korea Selatan...

kampung halaman Ruixi iaitu Pingshali berada kat Kangwon-do Province (Jiangyuandao)


sekarang Ruixi tingg ...


wow besh nyer...teringin nak gi pulau cheju....
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2006 01:03 PM | Show all posts
err set pengambaran The Land dah jadi kawasan pelancongan best macam Jewel In The Palace....
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2006 02:07 PM | Show all posts
wahhhh... hari ni cam belajar sejarah negara korea lak.. tp seronok gak ek tau pasal negara orang ni.. teruskan usaha murni anda sumaaa
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2006 12:52 AM | Show all posts
tadi ruixi cakap kat jixiang dia menyesal balik ke kampung halaman sbb nak tuntut tanah.. patutnya dia tinggal dengan jixiang dan tak berkeras nak balik.. jixiang sedih bila dengar pengakuan ruixi tu.. dan ruixi kata lagi apa-apa kesusahan jixiang, dia akan tanggung bersama...

ketua polis jepun tu tanya ruixi nak kemukakan rayuan pasal hukuman jixiang ker tak.. ruixi kata mungkin.. polis jepun tu kata boleh, tapi kena serahkan sebahagian tanah dia kepada kerajaan jepun.. kesian ruixi.. penat-penat tuntut daripada zhao, kena bagi lak kat kerajaan jepun.. nf:

ruixi jalan-jalan tengok tanah dia.. dia terjumpa li yong yg masih sakit-sakit jalan tengah amik angin dengan kawan dia yg sorang tu... ruixi mintak maaf sebab menyusahkan li yong atas apa yg terjadi pada keluarga li yong disebabkan dia dan dia terpaksa serahkan tanah tu... li yong pun macam dah kesal sgt apa yg dia buat semasa zaman muda dia... li yong jatuh atas tanah lalu meninggal.. ruixi sedih.. lagi sorang tinggalkan dia... :cry:

anak ruixi, yunguo terpengaruh dengan gerakan pelajar walaupun ditentang abang dan ibunya... dia malu ruixi sorang penyokong jepun... yunguo tuduh hunguo terlalu dengar cakap ruixi dan tak berani bertindak bila negara dah teruk camtu.. hunguo lak taknak menyusahkan ruixi apatah lagi jixiang masih dlm penjara...

masa yunguo ditangkap sebab tolong cikgu zheng yg dituduh mempengaruhi para pelajar, ruixi datang jumpa ketua polis jepun tu dan gitau anak sedara jufu pun kena tangkap.. ketua polis tu jadi malu lalu bebaskan diorang.. yunguo kata mungkin nanti dia akan dicop sbg pembelot sbb hanya dia dan anak sedara jufu yg bebas tp rakan-rakan lain kena tahan lagi.. ruixi pun tak terkata apa dgn anak dia yg sorang tu...

isteri cikgu zheng yg buat naya kat suami dia dan letak risalah dlm beg supaya suami dia ditangkap... rupanya polis jepun yg kawan jufu tu janji nak kawin dgn dia... apa ler pompuan ni :kant:

jufu marah kat hanfu sbb tolong jixiang dan malukan dia depan ketua polis.. jufu kata klu hanfu buat lagi dia takkan teragak-agak bunuh hanfu... anak hanfu mintak maaf sbb menyusahkan hanfu tp hanfu kata tak payah mintak maaf sbb apa yg dia buat tu betul... nak pertahankan negara tu betul... biar ler dia sendiri yg jadi anak pembunuh dan adik kepada jufu, anak dia jgn bawak gelaran tu dan jadi ler diri sendiri.. isteri hanfu terkejut.. tak sangka hanfu cakap camtu...

anak penyembelih (sapa yek nama dia :stp: ) tu pun join gerakan pelajar dan taknak sekolah lagi.. apa lagi marah ler ayah dia.. dia pun lari dari rumah dan bila polis jepun kejar dia, dia nyorok kat rumah yunguo.. sempat perli lagi mak yunguo kan penyokong jepun, mesti ler selamat kat situ... ada sorang budak pompuan asik cari anak penyembelih ni.. bila budak pompuan ni lari dari rumah, mak dia marah-marah dan tuduh budak tu larikan anak dia...

yunguo dan yangxian pun rapat jer.. yunguo selalu bawak adik dia tu jalan-jalan.. siap simpan bunga yg yangxian bagi dlm buku dia... rasanya something will happen tak between these two? yer la, bukannya adik-beradik kandung pun :cak:

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2006 08:18 AM | Show all posts
emm.. cite ni macam dah nak habis ek.  anak ruixi yg no. 2 tu ikut perangai cam bapak dia ek. semangat juang yg tinggi. anak penyembelih tu ensem pulak sarah tgk.  Ada member sarah cakap tv2 dh tunjuk preview cite baru gantikan cite the land ni. ada sesapa dh tgk ker cite apa
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2006 08:27 AM | Show all posts
hari nie jixiang akan dibebaskan tak sabar nak tgk apa jadk kat diorang berdua nie....dah lama dioang tak bersama...

aku tak tgk tertegk dari awal...mula tgk part li yong meninggal....akhirnya meninggal juga dia...rerupanya ruixi ada bagi tanah utk bebaskan suami dia....kesian ruixi...kebal cam ne pon terpaksa juga tunduk pada orang jepun....bak kata jufu....yg kuat akan berkuasa
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2006 11:09 AM | Show all posts
Originally posted by sarahsofiyah at 14-2-2006 08:18 AM
emm.. cite ni macam dah nak habis ek.  anak ruixi yg no. 2 tu ikut perangai cam bapak dia ek. semangat juang yg tinggi. anak penyembelih tu ensem pulak sarah tgk.  Ada member sarah cakap tv2 dh tun ...


tak nampaklah iklan crite baru tu sarah .... tapi tulah aku tengok tv2 ni pukul 6-7 mlm je ... lepas tu tak layan dah ......

tak sabar nak tengok jixiang di bebaskan ... tapi aku rasa dorang tak leh duduk situlah sbb si jufu tu mesti nak kacau je ... n mesti jixiang nak teruskan aktiviti dia ...tapi nak pindah mana yek ...?

mati jugak li yong akhirnye ....... :kant:
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2006 10:16 AM | Show all posts
rienn belum ada sinopsis untuk hari nie....semalam termiss la..
cam ne Jixiang dah dibebaskan ke?....

teringin nak tengok reaksi diorang
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2006 11:02 AM | Show all posts
arbae .... jixiang belum dibebaskan .... maybe ari ni ....
semalam yunguo (anak ke-2 ruixi) tu lari dari rumah .... pergi ke seoul .... agaknye nak joint pemberontakan student tapi sampai2 je terus kena rompak .... dia jumpa bapak dia kat penjara, bapak dia suruh dia memahami ruixi n jgn buat mak dia marah n sedih ... bapak dia pun suruh dia balik n cari kekuatan diri sendiri ... something like that ....

mingzi bawak yunguo balik ke rumah ruixi ... mingzi yg tak de anak terminat lak kat yuexian ... lebih2 lagi dia dah tau yuexian tu anak tuan muda li .... dia mintak ngan ruixi utk ambik yuexian jadi anak angkat tapi ruixi tak benarkan sbb ruixi dah janji ngan fengxian utk jaga anak dia .... lainlah kalau tuan muda li yg mintak mingzi jagakan anak dia ....

masa mingzi on the way nak balik ke rumah dia, terserempak lak ngan adik-ipar dia yg kebetulan mmg nak gi umah dia .... bila dorang masuk bersama dlm rumah, laki dia yg kuat cemburu tu pun start tuduh dorang pegi dating .... terus dia nak ceraikan mingzi .... adik ipar dia tu beria2 mempertahankan then at last laki dia bersetuju utk tak ceraikan mingzi ... alasannye dia nak terus menyiksa mingzi .... bila dia masuk bilik tidur, tengok2 mingzi dah lari n tinggalkan note setuju utk bercerai .....

org tua gatal tu dah balik kg .... n pergi ke rumah anak dia si- bongkok tu ... si bongkok dah jadi tukang kayu terkenal tapi still miskin lagi .... bila org tua gatal tu kuar dari rumah anak dia , jufu dah tunggu kat luar .... dia marah kat org tua tapi tak tau apa sbb sarikata tak kuar lak time tu .... pastu org tua tu jatuh macam sakit jantung .... aku ingat dah mati dah org tua tu  tapi mungkin tidak ..... sbb bila si bongkok tu kuar, dia tak de cakap pun bapak dia mati ..... org jahat ni liat sikit bab2 nak mati ni ......

yg lengkap nye maybe rienn boleh buatkan ......

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2006 01:13 PM | Show all posts

Reply #558 kayla's post

dah ok tu kayla.. klu nak diikutkan mmg banyak tp kita amik yg penting-penting jer.. asalkan faham jalan citer.. rienn pun actually banyak lupa

zhao tu marahkan anak dia yg bongkok tu sbb pandang hina kat harta dia hasil menipu tuh.. tak sedar-sedar diri lagi si tua ni

suami mingzi tu asik ingat mingzi suka pada adik ipar dia padahal tak... mingzi suka pada tuan muda li, the one and only :bgrin: tuan muda li masa tulis surat tu, dia tulis dia sebenarnya suka kat fengxian tp dia tak sedar masa tu.. dah takder baru rasa kehilangan... :kant:

subtitle tv2 ni tak konsisten la... tv lain lak tonggang langgang... suka masa tv3 buat dulu...

yangxian tu cute ler... cam ada iras-iras fengxian sikit...

[ Last edited by rienn at 15-2-2006 01:24 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2006 08:37 AM | Show all posts
i see belum lagi kuar rupanya...thanks kayla....semalam pon termisss 1/2 jam....banyak keje tak leh tinggal walaupon rasa sayang tinggalkan....semalam dah bebas belum...sebab semalam tgk citer pasal mingzi aja......hensem tul si bongkok tuh....sib baik la dia amik org hensem....rasa cam lebih kesian lagi tgk dia...teruk tul jaga bapak dah nyanyuk....semua orang jahat aja...dia aja yg baik....sib baik menantu dia baik klu tak dah lama kene lemaskan kat laut tuh

asal orang korea nie ske sangat gi lemaskan diri kat laut tak ke siksa nak mati....carik la yg jenis mudah mati...

tak faham sket apa yg budak pompuan tuh buat kat budak jepun tuh...lupa nama diorang nih...

semalam rasanya yg setengah jam terakhir tuh tak de part ruixi ngan jixiang kan....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

5-11-2024 04:53 AM GMT+8 , Processed in 0.309835 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list