|
|
[Tempatan]
Perhimpunan Bantah GST - 'Lautan merah' banjiri Dataran bantah GST
[Copy link]
|
|
|
pinkypinkylady posted on 4-5-2014 10:35 PM 
Itulah pasal. Benang org cerdik kt thread sblh. Kat sana confirm macai2 kena sembelih. Gst ni bagu ...
dia ingt makcik2 jual nasi lemak tu pakai aper..? pasni konpem lar sumer akan berlumba2 nk pass GST tu kat consumers mcm kita2 ni....tau la macai2 banyak pitis tp kesian la kat org2 yg x berape nk mewah mcm korang ngn gaji berapa sen kat Malaysia nih ader hati nk wat GST.
nk buat mcm mn projek KLIA yg extend 2km pun telan beratus juta ringgit.....blom campur lagi pendedahan oleh Audit Negara pasal perbelanjaan gomen ni....So, GST lah care nye utk cover balik
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Anak_Nogori posted on 4-5-2014 06:14 PM
oh dear..pasal i dah lama hidup lah i boleh bandingkan dulu dan sekarang..zaman tunku zaman Najib. ...
Pakcik buat lawak eh? cer tgk sabah and sarawak? Maju ke??? Bwh sape negeri2 tu??? Pahang pun masih bnyk jln tanah merah x bertar. Di kwsn kg2 dan kwsn2 terpencil masih bnyk org miskin yg x mampu pergi sekolah. Masih bnyk keluarga yg x bole minum kopi pun pagi2 hanya mampu minum air kosong. Lain kali luaskan pandangan dulu g jln2 1 dunia atau kalau x mampu jln 1 dunia lawat 1 malaysia pun da cukup la. Jgn sbb tmpt sndri maju da kata gov menjaga kebajikan rakyat sedangkan masih ramai rakyat miskin dan masih bnyk negeri mundur |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kgdangar posted on 4-5-2014 10:42 PM
dia ingt makcik2 jual nasi lemak tu pakai aper..? pasni konpem lar sumer akan berlumba2 nk pass GS ...
Masalahnya diorg memilih utk baca apa yg diorg nk baca. Dengar apa yg diorg nak dengar. lagi kelakar bila ckp negara bertambah maju di bwh pemerintahan najib. Ok ini kelakar. Kalau zaman mahathir dulu nk ckp pembangunan pesat aku bole la setuju. Ni bwh najib pembangunan pesat dan negara maju? Hahaha lawak antarabangsa okeh. Patutlah malaysia mcm ni... pemimpin sekali dgn macai sama2 kuat angan2 mcm malaysia ni status negara dunia pertama smpi bole charge gst. Negara yg charge gst tu maju tp malaysia yg x brp nk maju pun charge gst? Mmg berangan sungguh la masing2. Nampaknya masih ramai yg beranggapan rakyat malaysia atas malaysia ni kaya raya smpi x nmpk kehidupan rakyat di ceruk2 kg. Smpi bila2 pun nasib rakyat malaysia x terbela kalau gini pny gaya |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kgdangar posted on 4-5-2014 06:34 PM
tak abih2 ngn point sama...
bersyukur bersyukur bersyukur...
Kan???? Negara yg dulunya xde apa pun skrg da jauh tinggalkan malaysia. aku x heran kalau 1 hari nti indonesia akan lagi maju dan kaya dri malaysia. Skrg ni matawang kita da jauh tertinggal dgn singapura padahal singapura tu xde sumber galian sumber bumi pun. Tp asal diorg lebih maju? Rakyat diorg lebih skit dri rakyat malaysia tp xde pula masalah pembangunan dan kemiskinan? Itu pun ramai org x bole fikir. Padahal negara jiran je tu... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
haha , citer dari awal bantah GST la apa la.. rerupanya last last suruh tukar kerajaan.. Buang masa la melalak pasal GST ni semua.. cakap terus terang suda. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
HOHA posted on 4-5-2014 10:59 PM
haha , citer dari awal bantah GST la apa la.. rerupanya last last suruh tukar kerajaan.. Buang masa ...
Ok ckp terus terang lah senang kan... Kalo u biasa blanja rm1,000 sbulan so lepas GST nnti bersedia utk spare rm60 setiap bulan i.e. 6% GST gitu sipir kasar nye... |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kgdangar posted on 5-5-2014 12:42 AM 
Ok ckp terus terang lah senang kan... Kalo u biasa blanja rm1,000 sbulan so lepas GST nnti bers ...
aku malas nak fikir dan melalak pasal GST. aku nak tukar kerajaan terus.. settle semua problem.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
pinkypinkylady posted on 4-5-2014 02:48 PM 
Masalahnya diorg memilih utk baca apa yg diorg nk baca. Dengar apa yg diorg nak dengar. lagi kelak ...
hahahaha...
bawah najib pun maju apa..
terlebih maju smpi hilang sebijik kapal terbang..
famous malaysia..
alahai...berdebat psl gst ni smpi sudah x akan habis..kita tgk je lah nnt..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
pinkypinkylady posted on 4-5-2014 10:53 PM
Kan???? Negara yg dulunya xde apa pun skrg da jauh tinggalkan malaysia. aku x heran kalau 1 hari n ...
Singapore implement GST.
pemerintah singapura tak penah buat benda bangang mcm sabsidi kembung itam, ron97 Dan bawang merah yendia. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kgdangar posted on 4-5-2014 01:31 AM 
Ok la bro... Nk tnye sket sape yg first sebut pasal Research tuh...? Boley explain sket tak pasal ...
ko nih nak ulang.. ulang2... ko baca balik statement aku sebelum nih.. dgn ko nih kalu aku cakap kang.. ko yang terpoyo lebey.. sila scroll balik kat atas2.. tuh .. jgn nak spin lebey.. korang nih meme kaki spin kan.. kan.. kan.. jadi rajin sikit baca balik ke atas tuh..
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
pinkypinkylady posted on 4-5-2014 10:48 PM 
Masalahnya diorg memilih utk baca apa yg diorg nk baca. Dengar apa yg diorg nak dengar. lagi kelak ...
Negara yang charge GST maju...tak gitew...
Majulah sangat Indonesia tue kannn |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
hydrocloric posted on 5-5-2014 10:23 AM 
ko nih nak ulang.. ulang2... ko baca balik statement aku sebelum nih.. dgn ko nih kalu aku cakap k ...
buang karen je layan mamat RESEARCH nih...ko pi lah wat reseach ko tuh harap2 bolay dpat PHD nnti yer....
typical MACAI mmg kalah kite gadoh ngn depa.... kite tunjuk result PRU dia pi putaq jadi research pulak...hebak2
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
kgdangar posted on 4-5-2014 08:40 PM 
buang karen je layan mamat RESEARCH nih...ko pi lah wat reseach ko tuh harap2 bolay dpat PHD nnti ...
hermm as expected a reply from pencacai PeeAR .. buang mase gak aku reply mamat Graf nih.. ko pi lah buat graf ko tuh.. .. bang non pon dia boring kat dalam tuh tanpa graf ko .. .. harap2 dapat master level cacai nanti pi lah apply job kat bang non.. .. lah nanti ... 
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Laksana GST elak berlaku inflasi
WARTAWAN SINAR HARIAN
5 Mei 2014

Ibrahim Mohd Hasan Ibrahim
< 1 / 1 >
KERAJAAN telah memutuskan untuk melaksanakan sistem cukai baru yang dinamakan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) menggantikan sistem cukai yang lama iaitu cukai jualan dan perkhidmatan ketika pengumuman Bajet 2014.
Sistem cukai baru ini bakal dilaksanakan bermula tahun 2015 dan telah kelihatan berbagai reaksi yang ditunjukkan dari masyarakat awam berkenaan pelaksanaan sistem cukai ini.
Sebahagian rakyat Malaysia menolak manakala sebahagian lagi menerima pelaksanaan sistem cukai ini.
Sistem ini diberitahu bakal membantu dalam menjana sumber kewangan negara dan hasil daripada itu boleh digunakan dalam pembangunan infrastruktur negara untuk keselesaan rakyat.
Namun, terdapat sebahagian rakyat Malaysia yang menolak sistem ini dengan alasan ianya akan lebih membebankan rakyat dari membantu rakyat.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai sistem GST ini, ikuti wawancara bersama Penasihat Syariah, Maybank, Ibrahim Mohd Hasan.
SINAR HARIAN ONLINE: Boleh Ustaz Ibrahim terangkan definisi GST?
IBRAHIM: Cadangan untuk mengganti sistem cukai jualan dan perkhidmatan kepada cukai konsumpsi yang digelar sebagai GST diperkenalkan dalam usaha untuk meningkatkan keberkesanan pengurusan kewangan kerajaan.
Ini merupakan penyusunan semula sistem percukaian negara termasuk mengkaji peruntukan yang disediakan di bawah Akta Cukai Pendapatan 1967. Ini katanya bertujuan untuk menjadikan sistem percukaian negara lebih berkesan dan berupaya menjana hasil negara.
GST akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan yang sedia ada. Pada masa ini cukai jualan dikenakan ke atas barangan ketika diimport atau di peringkat perkilangan. Cukai perkhidmatan pula dikenakan ke atas perkhidmatan tertentu termasuk profesional, hotel dan restoran.
GST didakwa sebagai sistem cukai yang lebih komprehensif, efisyen, telus dan efektif. Ia juga diduga akan menambahkan pendapatan cukai tahunan untuk kerajaan.
SINAR HARIAN ONLINE: Boleh Ustaz jelaskan peranan GST terhadap ekonomi negara?
IBRAHIM: Cukai memainkan peranan yang cukup penting dalam memacu ekonomi dan pentadbiran sesebuah negara. Ianya adalah alat atau mekanisma dalam memastikan sesebuah pentadbiran negara itu mampu diurus dengan berkesan dan efisyen.
Sama ada ia cukai jualan dan perkhidmatan ataupun GST, kedua-duanya hanyalah mekanisma atau struktur cukai yang boleh berubah bila dirasakan perlu oleh pihak kerajaan mengikut kesesuaian dan kehendak pada sesuatu masa.
Dalam menguruskan ekonomi sesebuah negara, kerajaan mempunyai pilihan samada untuk meningkatkan cukai, penstrukturan semula cukai atau membuat pinjaman melalui bon atau dengan bank luar.
SINAR HARIAN ONLINE: Boleh Ustaz Ibrahim ceritakan kesan jangka pendek dan kesan jangka panjang pelaksanaan sistem GST pada ekonomi dan rakyat?
IBRAHIM: Sudah tentu penstrukturan semula cukai kepada GST dirancang untuk menambah pendapatan negara kerana mana-mana negara pun ingin membaik pulih ekonomi mereka.
Namun terlalu awal untuk kita menilai dan menjangka kesan kepada ekonomi negara kerana terlalu banyak perkara yang masih belum ditentukan oleh pihak kerajaan dan pemboleh ubah lain yang menyumbang kepada ekonomi negara.
Bagi rakyat pula, pelan inisiatif dan mekanisma kawalan harga adalah cukup penting bagi mengelak pihak yang mengambil kesempatan terhadap pengenalan GST terutamanya peniaga yang menaikkan harga sesuka hati.
Pihak kerajaan juga telah memberi komitmen untuk tidak mengenakan cukai terhadap barangan keperluan asas supaya golongan miskin tidak terjejas. Dalam masa yang sama, rakyat perlu bijak berbelanja dengan mengenal pasti barangan keperluan atau kehendak supaya dapat berjimat cermat dalam perbelanjaan.
SINAR HARIAN ONLINE: Adakah cukai GST ini relevan untuk dilaksanakan di Malaysia?
IBRAHIM: Pelaksanaan GST di negara ini merupakan satu langkah wajar memandangkan kebanyakan negara lain telah melaksanakannya.
Di samping itu, jaminan kerajaan untuk mengecualikan cukai tersebut terhadap barangan dan perkhidmatan keperluan asas bertujuan untuk tidak membebankan pengguna berpendapatan rendah di samping mengelak berlakunya inflasi.
GST hanya dikenakan kepada barangan atau perkhidmatan mewah yang mampu dibeli oleh pengguna berpendapatan tinggi.
Di samping itu perniagaan kecil juga dikecualikan daripada GST. Sebanyak 143 buah negara telah melaksanakan GST.
Dalam Asean, hanya Malaysia, Brunei dan Myanmar yang belum memperkenalkannya. Ditambah lagi, dikatakan GST akan dapat mengurangkan cukai korporat dan cukai pendapatan individu.
Kini negara jiran yang melaksanakan GST adalah Singapura, Thailand, Indonesia dan Filipina. Kadar GST yang diguna oleh negara-negara ini waktu ini ialah Singapura 5 peratus, Thailand 7 peratus, Indonesia 10 peratus (digelar sebagai cukai nilai tambah – VAT) dan Filipina 10 peratus. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
pinkypinkylady posted on 4-5-2014 10:53 PM 
Kan???? Negara yg dulunya xde apa pun skrg da jauh tinggalkan malaysia. aku x heran kalau 1 hari n ...
makcik pinkypinkylady, just nak tanya sket, nak compare2 ngan indon nih. pernah g indon? tgk camna anak2 kecik diorang? takyah susah2 lah nak tgk kadar ekonomi ke, kadar kdnkk bagai. cuba g sana, duk seharian kat luar, tgk camna susahnya nak idop kat sana. bukan nak melalak jadi macai bn ke apa. tapi, cuba hidup sehari kat indon, baru rasanya bertuah duk kat malaysia. kita duk melalak bagai, kata maju tak maju, mundur tak mundur. tapi seriously, iols cukup bersyukur lahir kat malaysia. kita duk melalak, berhimpun cam org gila, mintak apa yg kita tak ada, tapi jauh sekali nak bersyukur dengan apa yg ada.
chuppp, nampak ramai melayu marhaen yang sibuk mengendeng bawak anak cucu g berhimpun, tapi ke mana geng2 kaum lain. depa duk gelak kat kita yg melayu ni, mengong2 jadi boneka depa. iols syukur lah mak bapak iols masih waras utk tak tunjukkan budaya protes2 nih. apalah nasib anak2 yg dpt bapak heret sama g berhimpun nih. apalah yang diajar nya. jangan marah plak, satu hari nanti, kita marah anak2, tak bagi tgk tv, tak bagi main kat luar lewat malam, anak2 kita duk berhimpun ramai2, bawa geng bas sekolah, berdemo bagai. kalau duk tanya kat anak2 kita, sape yang ajar? sendiri lah jawab ye. ^_^
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
elleaffa posted on 6-5-2014 11:32 AM
makcik pinkypinkylady, just nak tanya sket, nak compare2 ngan indon nih. pernah g indon? tgk camna ...
Ye pnh elleaffa. I pnh g indon. 2 minggu kat sana. Mmg x dinafikan kalau compare kt sana kita da cukup bertuah dlm malaysia. I pun bersyukur juga malaysia maju x maju mundur x mundur. Ok2 je la tp x la aman sgt. Perompak dan pembunuh di sana sini. nk tggu malaysia ni jd mcm indon dulu ke baru pemimpin2 kita nk sedar? Indon jd gtu sbb corrupt. Kalau pemimpin kita pun corrupt, x mustahil 1 hari jd mcm indon. |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
baca bacha, macai...kasi faham.
GST halang peniaga tipu pelanggan
SITI ZUBAIDAH MAT ISA
6 Mei 2014
Share on facebookShare on twitterShare on google_plusone_shareMore Sharing Services
4
Dr Amir Hussin Baharuddin Dr Amir Hussin Baharuddin - Foto Sinar Harian oleh AZMI ARYANTO
< 1 / 1 >
KUALA LUMPUR - Cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dilaksanakan pada 1 April 2015 dapat menghalang peniaga daripada mengelak membayar cukai atau memindahkan cukai itu kepada pembeli.
Pakar Ekonomi Pusat Pengajian Ekonomi, Kewangan dan Perbankan, Universiti Utara Malaysia (UUM), Prof Datuk Dr Amir Hussin Baharuddin berkata, melalui GST, pengilang, pemborong atau peruncit boleh dikatakan tidak ada ruang untuk menipu atau cuba memindahkan cukai tersebut kepada pengguna dengan menaikkan harga barangan sesuka hati.
“Ini kerana setiap peniagaan yang merekodkan keuntungan RM500,000 dan ke atas hasil jualan setahun wajib mendaftar, dan mereka perlu mengisytiharkan keuntungan dan jualan diperoleh syarikat.
“Malahan mereka turut menikmati rebat dan pulangan ke atas cukai yang dikenakan terhadap pengilang, pemborong dan peruncit. Jadi tiada sebab mereka boleh menaikkan harga barangan," katanya.
Menurut beliau, jika pengguna atau pembeli merasakan harga yang dikenakan tidak munasabah atau terlalu tinggi, mereka perlu membuat aduan kepada Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan untuk diambil tindakan ke atas peniaga tersebut.
Namun begitu kata Amir Hussin, sekiranya pelaksanaan GST boleh memudaratkan rakyat, cukai tersebut boleh dimansuhkan.
“Jika (kadar cukai) enam peratus tidak sesuai, ia juga boleh dikurangkan mungkin kepada tiga peratus, sebagai contoh,” katanya.
Beliau baru-baru ini bersama Jabatan Kastam memberi penerangan kepada kira-kira 300 orang mengenai GST dan menurut beliau, ternyata penjelasan itu diterima baik.
“Tiada apa yang perlu ditakutkan. Tidak ada sebab. Pelaksanaan GST tidak akan mengetepikan kepentingan rakyat. Bahkan ia lebih baik berbanding cukai sedia ada,” katanya.
Dengar penjelasan dari sumber betul
Beliau berkata, rakyat harus mendengar penjelasan mengenai GST dari sumber betul untuk faham apa itu GST, bagaimana ia dilaksanakan dan jenis perniagaan yang terlibat secara langsung dengan sistem tersebut.
Menurutnya, GST bukanlah sistem percukaian yang membebankan rakyat.
Amir Hussin berkata, GST wajar dilaksanakan bagi menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan sedia ada, selepas ia mula-mula sekali diusul pada 1989 dan tertangguh sehingga 2013.
"Cukai jualan dan perkhidmatan dikenakan sekarang, antara enam hingga 15 peratus. Sistem cukai inilah ingin dihapuskan dan digantikan dengan satu sistem sahaja iaitu GST atau cukai tunggal.
"Ia sekali gus membolehkan kerajaan menangani kelemahan dalam sistem percukaian sedia ada. Sistem (GST) ini lebih mudah, telus, mesra perniagaan dan cekap," katanya.
Menurut Amir Hussin, dengan pelaksanaan GST, harga beberapa barangan akan jadi lebih murah berbanding sekarang.
"Selain tidak dikenakan ke atas bahan makanan asas seperti beras, gula dan tepung serta bekalan air paip, perkhidmatan seperti pengangkutan, tol lebuh raya, pelajaran serta perkhidmatan kesihatan turut dikecualikan daripada GST,” katanya.
Beliau berkata, GST juga tidak dikenakan ke atas perkhidmatan disediakan kerajaan dan 200 unit pertama bekalan elektrik sebulan untuk pelanggan domestik.
Selain itu, jual beli dan sewaan rumah kediaman serta perkhidmatan kewangan yang terpilih turut dikecualikan daripada GST.
Penjelasan GST belum mencukupi
Sementara itu, Pengarah Eksekutif PricewaterhouseCoopers Taxation Services, R S Raja Kumaran berkata, promosi dan kempen kesedaran bagi mendidik masyarakat mengenai GST oleh kerajaan harus ditingkatkan.
“Apa dilakukan sekarang (iklan dan sebagainya) tidak cukup beri penjelasan sebenar kepada masyarakat dan ia perlu di tambah baik.
“Kerajaan harus membantu golongan berpendapatan rendah dan sederhana dalam memastikan golongan ini tidak terkesan dengan pelaksanaan GST. (Tetapi) jika GST memberi impak sekali pun ia mungkin dalam peratusan yang terlalu kecil,” katanya.
Menurut Kumaran, GST harus dilaksanakan bagi memastikan sistem cukai lebih efektif.
“Meskipun GST dikatakan bakal menaikkan harga rumah, kerajaan menerusi jalan penyelesaian telah memperkenalkan pelbagai projek rumah mampu milik seperti Perumahan Rakyat 1 Malaysia bagi memastikan golongan berpendapatan rendah juga mampu memiliki kediaman sendiri,” katanya.
Kumaran tidak menafikan pengenalan GST akan memberi kesan terhadap inflasi namun beliau mencadangkan kerajaan membantu golongan kurang berkemampuan agar tidak terkena tempias akibat pelaksanaan cukai tersebut. |
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|