CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: misssakura

MASIH DIHATIKU----- TAMAT DAH

[Copy link]
 Author| Post time 15-1-2013 11:51 AM | Show all posts
fatehana posted on 10-1-2013 04:45 PM
tapi akak dah penat menunggu
lg tadi dok dup dap dup dap nak tahu what us the next stories

jangan penat lagi k.ana.. sakura nk smbung dh ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2013 11:52 AM | Show all posts
Farah menghempaskan badannya ke atas katil selepas selesai membersihkan diri..termenung seketika sambil memandang kearah siling.. segala ingatan tentang pergaduhan antara dia dan Shazrina kembali terlayar diingatan.

‘betul ke Shaz sayangkan aku? betul ke dia ikhlas berkawan dengan aku? bukan kerana aku layak berkawan dengan dia barulah aku diterima menjadi sahabatnya? Kalaulah aku ni miskin, tak ada rupa dan bodoh mungkin ke Shaz akan berkawan dengan aku..’ Farah bercakap dengan dirinya sendiri. namun dia yakin kata-kata yang dilafazkan Shazrina adalah benar. Bukanlah cakap kosong semata-mata. Kalau betul Shazrina tidak pedulikan dia sebagai sahabat pastinya sudah lama gadis itu memberitahu Aliff wajahnya yang sebenar. dia yakin, kalau Shazrina buat begitu pasti sedikit sebanyak Aliff akan meragui dirinya.

‘tapi Aliff hak aku... aku layan dia dengan baik.. aku tak pernah pandang kekurangan padanya. cinta aku tetap ada walaupun dia tidak setaraf dengan aku. aku tak sama seperti Shaz yang mula menyukai Aliff selepas Aliff berubah lebih baik..bukankah itu bermaksud cinta aku lebih ikhlas dari Shaz?’ soal Farah pada dirinya lagi.

‘aku kesian tengok kau Farah!’ suara Shazrina terngiang-ngiang ditelinga Farah secara tiba-tiba.

‘kau buat macam-macam nak dapatkan Aliff... tetapi ada ke Aliff balas cinta kau?’ Farah terdengar lagi bait-bait bicara Shazrina. Kata-kata itu cukup pedas dan sukar untuk diterima namun nak atau tak nak dia terpaksa mengakui kebenaran kata-kata Shazrina. Dah banyak pengorbanan dilakukan untuk dapatkan Aliff tetapi sikit pon hati jejaka itu tidak berjaya dimiliki. Malah kini Aliff makin benci padanya.. dia dah kehilangan kedua-dua sahabat.. Aliff dan Shazrina dah meninggalkannya. Apa lagi yang dia ada sekarang?

Air mata Farah merembes deras menuruni pipi mulusnya. Dia menekup kemas wajahnya yang dipenuhi air mata.Teresak-esak dia sendirian didalam bilik tidur. Tiada siapa yang menemani.. hidupnya selama ini cukup sunyi.. mama dan papanya terlalu sibuk dengan urusan bisnes yang tidak pernah habis. Kedua orang tua itu tidak pernah ambil peduli tentang hidupnya. Farah bingkas bangun lalu menghampiri almari. Pintu Almari ditarik lalu dicari sesuatu yang sudah lama disimpan. Kain putih yang terlipat elok ditarik dan dipeluk kejap. Dia lalai dengan tanggujawab terhadap Allah selama ini.. ye dia berhijab tetapi sudah berapa lama dia tidak bersolat. Baginya tudung sekadar fesyen yang menarik. Selama ini dia hanya sibuk hal duniawi sehingga melupakan Allah..

Dan sekarang apabila ditimpa musibah baru dia mahu mencari Allah S.W.T..  Ya Allah aku hamba yang hina. Hamba yang bodoh. mungkin ini balasan untuk aku yang melupakan Mu selama ini. Ampuni aku ya Allah.. sesungguhnya aku mahu bertaubat. Aku mahu berhenti dari bersikap pentingkan diri sendiri. bantulah hambaMu ini ya Allah... mohon Farah tidak berhenti-henti. Dia bergegas masuk ke bilik air untuk mengambil wuduk.. untuk sekian lama meninggalkan tikar sejadah, malam ini dia mahu kembali mengadap yang Esa dengan rasa penuh keinsafan.. semoga dia istiqamah dalam perubahan ini.

Last edited by misssakura on 15-1-2013 11:56 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2013 11:57 AM | Show all posts
“nah......” Izham berkata sambil menhulurkan satu sampul surat berbau wangi. Aliff mengambil tanpa memandang isi sampul surat tersebut. Tak tengok pon dia sudah tahu apa yang ada didalamnya. Semestinya kad kawin. Izham dan Mimi akan diijabkabulkan pada 27 disember.

“kau sekarang apa cer dengan Shaz? Macam-macam cerita tak best aku dengar dari Mimi.” Sergah Izham selepas menyedut air sirap limau yang masih berbaki didalam gelasnya. Wajah Aliff yang tenang dipandang dengan rasa ingin tahu. Memang dia tidak suka dengan apa yang dah dibuat temannya namun dia tidak mahu terlalu ambil pusing. Hal antara Aliff dan Shazrina pandailah mereka mengurusnya. Dia tidak mahu bermasam muka dengan Aliff kerana Shazrina. Tetapi sebagai kawan bagi Aliff dan Shazrina, dia akan cuba menasihati apa yang patut dinasihati. Supaya Aliff sedar kesalahan dan kesilapan yang dilakukan.

“mesti kau dah tahukan yang aku tak jadi bertunang dengan dia... aku tak datang pada hari majlis kitorang.”

“yup...aku tahu pasal tu. Aku lah salah seorang yang ligat menjejaki kau hari tu...asal kau tak datang? Kau dah tak cintakan dia ke?” bertubi-tubi soalan keluar dari mulut Izham. Mee goreng mamak yang dipesan sudah licin dibedal. Kini masa untuk melegakan kekenyangan didalam perut. Aliff melepaskan satu keluhan berat.Termenung sebentar apabila ingatannya mula dipenuhi wajah Shazrina. Sehingga saat ini Shazrina langsung tidak membalas mesej mahu pun panggilannya. Wanita itu turut mengelak dari bertemu muka dengannya.

“tengok gaya kau sekarang ni aku tak rasa kau tak ada perasaan kat dia..” tambah Izham lagi apabila melihat Aliff hanyut dalam angannya sendiri. Dia yakin Aliff masih sukakan Shazrina. Aliff sedikit tersentak... segala ingatannya terhadap Shazrina punah sekelip mata apabila terdengar celoteh Izham.

“aku masih sayang dia Iz... tapi itulah... salah aku jugak yang bodoh sangat. Kerana dendam aku sanggup butakan hati aku yang memang sayangkan dia.. kerana dendam aku sanggup malukan dia dan keluarga.” luluh hati Aliff membalas. Wajahnya sedikit keruh memikirkan kesilapan sendiri. kenapalah dirinya bodoh sangat? Kenapa dirinya langsung tidak pandai membaca hati manusia-manusia sekelilingnya. Rasa kesal sekali lagi menyelit kedalam hati Aliff.

“apa yang kau marah sangat kat Shaz tu sampai macam tu sekali kau buat dia Aliff? Aku tengok dia tu baik je.. apa yang dia dah buat sampai kau boleh terdetik untuk balas dendam sampai macam tu?” soal Izham lagi yang masih kabur dengan kisah yang melanda Aliff dan Shazrina. Pada pengamatannya Shazrina dan Aliff merupakan satu pasangan yang cukup ideal. Tapi mungkin dah tak ada jodoh, siapa dia untuk mempersoalkan semua itu. Apa yang dia boleh buat hanya mendoakan kebahagiaan kedua-dua sahabatnya. Tidak kiralah mereka kembali bersatu mahu pun mencari pasangan hidup masing-masing.

“salah faham Iz. Kerana fitnah dari orang yang rapat dengan kami buat aku berdendam terhadap dia.. salah aku yang terlalu mudah percaya kata-kata fitnah itu dan aku menyesal sangat dengan apa yang dah aku buat. Tak sepatutnya aku buat macam tu terhadap dia dan keluarga. Sekarang apa yang aku nak hanyalah kemaafan dari dia dan keluarga. Aku dah tak kisah kalau dia tak terima cinta aku tetapi apa yang aku harapkan ialah kemaafan darinya walaupun aku tahu kesilapan aku ni memang tak layak untuk dimaafkan.” Jelas Aliff dengan rasa kecewa. Izham memandang simpati kearah Aliff yang jelas kelihatan sedih dengan perbuatan sendiri. tapi apa dia boleh buat. Memang itu harga yang setimpal dengan kesalahan yang dah dibuat. Mungkin perkara ini boleh dijadikan pengajaran buat Aliff begitu juga Shazrina supaya lebih berhati-hati di hari mendatang.

“insyaAllah Aliff, kau usahalah sampai Shaz sekeluarga maafkan kau. Kalo niat kau ikhlas dan kau betul-betul menyesal tak ada sebab diorang nak panjangkan salah faham ni.” pujuk Izham tenang. Dia melemparkan senyuman kearah Aliff. Berharap temannya ini berasa lebih kuat untuk menempuh hari mendatang.

Last edited by misssakura on 15-1-2013 12:02 PM

Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 12:02 PM | Show all posts
misssakura posted on 15-1-2013 11:51 AM
jangan penat lagi k.ana.. sakura nk smbung dh ni

baguslah garapan sakura mcm nie
hati yg panas pun jadi suam terus normal
semoga farah akan lbh menghargai apa yg dia ada dan x tamak
semoga aliff belajar dr pelajaran yg cukup pahit tp boleh mematangkan diri dia
shaz juga berhak utk bahagia

tp shaz dgn aliff pasti bersua masa wedding izham dgn mimi


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2013 12:02 PM | Show all posts
“wei lusa kau dah nak nikah apasal kau datang lagi sekolah hari ni?” sergah Shazrina apabila menghampiri Mimi yang baru sahaja keluar dari kereta miliknya. Hari ini, mesyuarat guru kali pertama bagi persediaan untuk menempuh sesi tahun 2013 yang bakal menjengah lagi seminggu akan dilakukan. Sangkanya temannya ini tidak akan hadir untuk mesyuarat kali ini.

“opocot mak kau!!!” latah Mimi agak lantang. Dia mengurut dadanya kuat dek rasa terkejut dengan sapaan mengejut dari Shazrina. Dijeling wajah sahabat baiknya. Satu pukulan hinggap pada bahu Shazrina.

“adoiiii...kau ni kenapa. Sakitlah...” marah Shazrina sambil mengusap lembut bahunya.

“kau tu la... main sergah aje.. cuba bagi salam sikit.” Bebel Mimi sambil menutup pintu kereta dan menguncinya. Dia dan Shazrina beriringan ke bilik mesyuarat yang terletak di sebelah bilik guru.

“assalamualaikum...”balas Shazrina sambil tersengih-sengih. Kedengaran Mimi membalas salamnya.

“kau kan nak menikah lusa... kenapa datang jugak hari ni?” Shazrina mengulang semula soalan pertamanya tadi. Hatinya yakin Mimi sudah melupakan soalan yang ditanya seketika tadi.

“kau ni macam tak tahu pulak perangai pak cik kita kat dalam tu... dia mana senang hati tengok cikgu-cikgu macam kita ni sesuka hati nak memonteng meeting.” Jawab Mimi selamba. Pak cik yang disebut merujuk kepada pengetua sekolah mereka yang cukup pantang dengan sikap-sikap guru yang pemalas.. Shazrina ketawa kecil mendengar balasan dari Mimi.

“kot ye pon takkan kau tak boleh minta cuti... kau kan nak kawin. Setakat meeting guru apalah sangat. Lainlah kau ponteng masuk kelas.”

“kawinnya lusa cik kak oiii... bukan hari ni... daripada aku dapat ayat macam tu dari pakcik tu baiklah aku datang mesyuarat hari ni.” jelas Mimi.

“hmm kau jadi pengapit aku tau nanti...” minta Mimi sambil mendaki tangga untuk ke bilik mesyuarat.

“okey...no hal. Errk Mimi......” panggil Shazrina dengan riak serba salah.. Mimi yang sedang mendaki tangga terhenti langkahnya. Memandang wajah Shazrina yang tiba-tiba sahaja berubah.

“hmmmm?” soal Mimi sambil menghampiri temannya.

“kau jemput Aliff jugak ke?” meluncur soalan yang menggusarkan pemikiran Shazrina. Wajah Mimi yang memandangnya direnung. Sangat berharap Mimi memahami rasa hatinya saat ini.

“Aku faham perasaan kau. Aku pon menyampah dengan Aliff tu. Jantan tu memang tak bertanggungjawab. Bukan kau je yang benci dia, aku lagilah sakit hati kat mama ttu. Jadi, kau jangan risau aku dah pesan kat Izham supaya jangan jemput dia....”pujuk Mimi bersungguh-sungguh. Memang dia bencikan Aliff yang telah menghancur luluhkan hati Shazrina. Shazrina tersenyum kecil kearah Mimi.

“thank Mimi... sebab faham perasaan aku. aku kalau boleh sampai ke mati tak nak tengok muka dia!” luah Shazrina geram. Ada getar dalam bicaranya namun perasaan itu ditahan. Dia tidak mahu lagi mengingati cinta yang tak menjadi antara dia dan Aliff.. yang dia ingat saat ini hanyalah perbuatan keji Aliff yang tegar memalukan dia dan keluarga.

“tak payah nak berterima kasihlah Shaz... kau kawan aku... aku akan cuba yang terbaik untuk bantu kau... jangan sedih-sedih la.. memang ada hikmah korang tak jadi bertunang hari tu... Aliff tak layak untuk kau.. kau patut dapat yang lebih baik Shaz.” Pujuk Mimi senang sambil memaut mesra bahu temannya. Dia faham Shazrina masih sayangkan Aliff.. mana mungkin cinta yang dipertahankan hampir 10 tahun dimusnahkan sekelip mata namun Shazrina perlu kuat menghadapi semua ini. tiada gunanya mengenang cinta yang tak pernah dihargai. Buat apa Shazrina mengenang Aliff yang secara terang-terangan tidak menyukai dirinya. Shazrina mengangguk tanda menyokong kata-kata Mimi. Menjadikan kata-kata Mimi sebagai penguat semangat untuknya meneruskan hidup tanpa mengharapkan cinta dari Aliff lagi.


Last edited by misssakura on 15-1-2013 12:07 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-1-2013 12:07 PM | Show all posts
Aqil memandang kosong wajah pengetua yang sedang bersemangat memberi ucapan didalam mesyuarat guru kali pertama ini. mindanya langsung tiada pada bicara orang tua itu. Kini otaknya lebih berminat dengan perbualan antara Shazrina dan Mimi ditangga semasa mereka menuju ke bilik mesyuarat. Dia yang ketika itu turut dalam perjalanan ke bilik mesyuarat terdengar perbualan dua sahabat itu.

‘Shazrina tak jadi bertunang dengan Aliff?’ benaknya membuat kesimpulan apa yang didengari seketika tadi.

‘maksudnya Shazrina dan Aliff dah putus........... pada gaya Shazrina cakap tadi macam dia benci sangat-sangat terhadap Aliff.. apa dah Aliff buat sebenarnya? Ada kaitan dengan perempuan tu ke?’ otak Aqil terus ligat berfikir segala kemungkinan yang ada. Kebetulan matanya dan mata Shazrina yang berada setentang dengannya bertembung. Satu senyuman disisipkan kepada Shazrina yang jelas kelihatan mengantuk. Gadis itu membalas senyumannya mesra.

‘maksudnya aku ada peluanglah nak masuk jarum ni....’ Aqil tersenyum lagi.. hatinya terasa gembira memikirkan peluang untuk merebut hati Shazrina kita terbuka luas. Kali ini dia perlu bertindak pantas.. perlu dibuang segala rasa malu untuk mendapatkan cinta Shazrina!

Last edited by misssakura on 15-1-2013 12:09 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 15-1-2013 12:10 PM | Show all posts
hehehe mimi konpident je kata kat shaz yg izham x jemput aliff sekali aliff jadi pengapitnya
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 12:11 PM | Show all posts
waduh3 cikgu aqil dah x sabar nak masuk jarum
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 15-1-2013 12:14 PM | Show all posts
fatehana posted on 15-1-2013 12:10 PM
hehehe mimi konpident je kata kat shaz yg izham x jemput aliff sekali aliff jadi pengapitnya {:1_563 ...

itulah.. percayalah sngt kt izham tu..
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 12:20 PM | Show all posts
misssakura posted on 15-1-2013 12:14 PM
itulah.. percayalah sngt kt izham tu..

jgn mimi dgn izham berperang atas pelamin sbb aliff sudahlah
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 12:39 PM | Show all posts
TT....sambung...sambung...sambung..plzzz...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2013 03:37 PM | Show all posts
terlerai sudah rindu ngan shazzz....tq sakura..nah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2013 10:11 AM | Show all posts
suria74 posted on 15-1-2013 03:37 PM
terlerai sudah rindu ngan shazzz....tq sakura..nah

hehe terharunya... sat g sakura update lagi citer nih
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2013 10:12 AM | Show all posts
Shazrina terperanjat besar apabila wajah Aliff yang berada disebelah pengantin lelaki menjengah pandangan matanya. Cepat-cepat matanya berkalih kearah Mimi yang berada disebelahnya. Mimi turut memandang kearahnya. Masing-masing dengan riak penuh terkejut.

”kenapa mamat tu ada kat sini.” Bisik Shazrina perlahan pada cuping telinga Mimi yang berada disebalik selendang.

“aku tak tahu... aku dah pesan kat Izham jangan jemput dia.” desis Mimi dengan nada yang sama. Shazrina mengeluh kasar mendengar jawapan Mimi. Dia tahu Mimi sama sepertinya yang terkejut melihat kehadiran Aliff yang menjadi pengapit pengantin lelaki. Mimi dan Izham dibawa ke pelamin yang indah bagaikan di taman bunga. Wajah Shazrina yang tegang cuba dimaniskan. Dia tidak mahu kerana perasaan sakit hati merosakkan kemeriahan majlis perkahwinan Izham dan Mimi.

Shazrina terpandang wajah Aliff yang kebetulan turut memandang kearahnya. Jejaka itu menghadiahkan senyuman manis buatnya namun tidak dibalas. Shazrina pantas memalingkan wajahnya dan memandang kearah kameraman yang sedang merakam detik indah antara Mimi dan Izham. Hatinya memberontak melihat wajah Aliff yang masih lagi mampu tersenyum setelah apa yang terjadi diantara mereka.

Last edited by misssakura on 16-1-2013 10:14 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2013 10:14 AM | Show all posts
“alhamdullilah...bersatu pon kamu berdua. Tahniah nak... pak cik doakan kamu berdua bahagia hingga ke syurga.” Ujar pak Dollah dengan riak gembira sambil tangannya menepuk bahu Izham. Pak Dollah merupakan salah satu penghuni rumah Seri Kenangan datang untuk meraikan majlis perkahwinan Mimi dan Izham. Mimi dan Izham tersenyum gembira dengan ucapan tahniah dari pak Dollah.

“terima kasih pak cik sebab sudi datang...” balas Izham lembut. terharu dirinya apabila melihat kemunculan pak Dollah dimajlis pernikahannya dan Mimi.

“apa yang tak sudinya Iz... pak cik kan dah janji nak datang majlis kamu berdua..nanti senang-senang datanglah lawat pak cik kat rumah Seri Kenangan lagi.”minta pak Dollah.

“insyaallah pak cik.. kalau tak ada aral sampailah kami ke sana.” Janji Mimi senang. Dia memang suka ke sana.. banyak aktiviti yang berfaedah yang boleh dilakukan bersama-sama penghuni rumah bekenaan. Pak Dollah kelihatan gembira dengan janji yang dibuat Mimi.

“Shaz dengan Aliff bila lagi?” soalan cepu cemas yang terlontar dari mulut pak Dollah sedikit sebanyak mengejutkan Aliff dan Shazrina yang sedang menjamu selera disamping pengantin. Kebetulan pula Shazrina dan Aliff  menjadi pengapit Mimi dan Izham. Suasana bisu menghuni mereka berlima.

“kalo ada jodoh adalah pak cik...” jawab Aliff akhirnya setelah lama berdiam. Sempat matanya melirik kearah Shazrina yang jelas kurang senang dengan soalan yang diberi. Sinar mata gadis itu kelihatan kecewa dan sedih dengan pertanyaan itu. Pak Dollah menganggukkan kepalanya tanda mengerti. Dia dapat menghidu sesuatu yang tidak baik berlaku antara mereka berdua. Kalau tak masakan begitu sukar untuk menjawab soalan mudahnya tadi. Pak Dollah mengubah topik perbualan supaya Aliff dan Shazrina tidak berkecil hati.

Last edited by misssakura on 16-1-2013 10:16 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-1-2013 10:17 AM | Show all posts
“tahniah Mimi, Izham.” Tegur Aqil yang baru tiba dimajlis perkahwinan rakan sekerjanya. Hadiah yang dibawa diberikan kepada Mimi. Matanya melirik kearah Shazrina dan Aliff yang berada berdekatan dengan pasangan mempelai. warna pakaian mereka sedondon! Mungkin mereka pengapit.

“terima kasih cikgu... datang sorang je ke?” Mimi beramah mesra dengan tetamunya. Hadiah untuk para tetamu diberikan kepada Aqil.

“sorang je la Mimi... tak ada orang nak temankan.. ingatnya nak ajak Shaz datang sekali..tapi rupanya dia awal-awal dah ada kat sini. Rupanya pegang tugasan lagi penting hari ni.” sempat lagi Aqil mengaitkan nama Shazrina dalam perbualannya. Dia tersenyum nakal kearah Shazrina yang terkejut apabila namanya disebut.

“aippp cikgu... memandai je kan. Iye la tu nak ajak saya datang sekali. Marah girlfriend tu karang.. baru tau.” Balas Shazrina pula. Tersenyum mesra kearah Aqil.

“saya mana ada girlfriend Shaz... kalo ada pon Shaz sorang je. Itu pon kalau sudilah.”Jawab Aqil selamba. Sempat matanya melirik wajah Aliff yang kelihatan tegang..sengaja dia usik mengusik Shazrina sebegitu didepan Aliff. Dia tahu, Aliff sudah tiada kuasa untuk melarang hubungan mesra antara dia dan Shazrina.

“hish cikgu ni... merepek-repek pulak... karang saya tuntut betul-betul baru tahu.”Ugut Shazrina kemudiannya tersenyum kecil kearah Aqil. Dia tahu Aqil sekadar bergurau dengannya dan dia juga bergurau dengan Aqil..

“no hal... lagi saya suka kalau Shaz nak kat saya.” Aqil membalas tenang. Shazrina tersipu-sipu malu mendengar jawapan Aqil yang dirasakan tidak serius. Mimi dan suaminya tersengih. Mula mengerti Aqil cuba mengayat Shazrina dalam kiasan. Aliff mengepal jemarinya kemas. Kalau ikutkan barannya memang dah lunyai muka Aqil dikerjakan. Namun dia cuba bersabar kerana dia sedar dia tiada hak lagi untuk mencampuri urusan Shazrina apatah lagi dia kini berada dimajlis perkahwinan sahabatnya.

“dah-dah korang berdua ni... karang aku panggil tok kadi suruh nikahkan korang berdua terus.. nak??” giat Mimi senang. Aqil, Izham dan Shazrina ketawa dengan kata-kata Mimi. Hanya Aliff sahaja yang menahan perasan dengan gurauan yang dibuat Mimi.

“cikgu dah makan ke belum?” soal Izham pula...

“belum lagi... datang jumpa pengantin dulu barulah nak makan.”

“haa kalo macam tu Shaz, kau pergilah temankan cikgu Aqil makan. Kesian pula makan sorang-sorang.” Suruh Mimi sambil tersengih bak kerang busuk.. sengaja memberi ruang dan peluang kepada Shazrina dan Aqil.. sengaja juga dia menyakitkan hati Aliff yang hanya diam sedari tadi.

“erk kena....” belum lagi Shazrina mahu membantah Aqil sudah memotong kata-katanya.

“elok sangatlah tu... jom Shaz.. temankan saya makan.” Sokong Aqil dengan matanya melirik kearah Shazrina yang kelihatan serba salah. Mata juga sempat menangkap wajah Aliff yang kelat menahan perasaan cemburu.

“jomlah kalau macam tu...” Shazrina bersetuju akhirnya walaupun hatinya kurang senang dengan kemesraan yang ditonjolkan oleh Aqil. Namun memikirkan mereka merupakan rakan sekerja menghilangkan rasa tidak selesa yang mula bertapak. Tak luak mana pon setakat meneman Aqil menjamu selera.

“aku balik dululah Iz...” minta Aliff setelah Aqil dan Shazrina menghilang keruangan jamuan. Hatinya sakit melihat kemesraan Shazrina dan Aqil. Daripada dibiarkan hati dan perasaannya terbakar ada baiknya dia meminta diri terlebih dahulu.

“laaa nak balik dah... tak pe la kalo macam tu.. thank bro sebab sudi jadi pengapit aku.” ucap Izham sambil menepuk bahu Aliff yang kelihatan sedikit monyok. Dia faham perasaan Aliff yang cemburukan Aqil dan Shazrina. Tapi apakan daya, Aliff tiada hak untuk menghalang kemesraan mereka.

“sama-sama...semoga korang bahagia sampai ke jannah la...” balas Aliff pula. Senyuman manis dihadiahkan buat Izham.. matanya sempat mengerling wajah anggun Mimi yang tidak mempedulikannya. Dia tahu gadis itu benci terhadapnya.

“amin.” Balas Izham pendek. Aliff beredar meninggalkan majlis perkahwinan temannya setelah memberi salam. Sempat berdoa kepada Allah S.W.T supaya memberikan kebahagiaan buat pasangan mempelai yang secocok itu.  

Last edited by misssakura on 16-1-2013 10:23 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 16-1-2013 10:23 AM | Show all posts
“apasal abang jemput jugak mamat tu?” marah Mimi apabila bilangan tetamu semakin berkurang. Izham tersengih mendengar amukan isterinya.

“laa kenapa tak boleh jemput Aliff?”

“buat-buat tanya pulak abang ni... abang lupa ke apa yang dah dia buat kat Shaz? Mimi tak sukalah mamat tu!” jelas Mimi geram. Terkejut dia dan Shazrina pagi tadi apabila melihat kewujudan Aliff dicelah-celah tetamu dari belah keluarga suaminya. Rupanya Aliff telah dilantik menjadi pengapit Izham.. tak memasal Shazrina mengamuk dengannya nanti.

“sayang.........itu hal Shaz dengan Aliff.. kita tak payah masuk campur laa. Pandai la diorang tu settlekan masalah diorang. Kita sebagai kawan janganlah jadi batu api.”Tegur Izham lembut. kalau sama-sama naik suara pasti gamat suasana nanti.

“tapi Shaz tu kawan baik Mimi... kalau dia sedih Mimi pon sedih bang... takkan Mimi nak berbaik-baik dengan orang yang dah kecewakan kawan baik Mimi? Tak mungkinlah.. selagi mamat tu tak dapat kemaafan dari Shaz, selagi tu Mimi pon akan pulaukan dia.”

“tapi Mimi, Aliff tu sebenarnya dah sedar kesilapan dia dan dia menyesal dengan apa yang dia dah buat terhadap Shaz..jadi tak salah kalau kita sebagai kawan dia sokong dan pimpin dia ke jalan yang lebih baik... kisah dia dan Shaz biarlah diorang sendiri uruskan.”

“abang, kesilapan dia tu terlalu berat tau.. dia dah malukan Shaz dan keluarga.. kalo Mimilah yang jadi Shaz, sampai bila-bila Aliff tu tak akan dapat kemaafaan. Jangan ingat senang-senang je lepas dah buat salah dia nak insaf menyesal bagai.. yang tanggung malunya tetap Shaz.. bukan dia! apa dia ingat lepas dia menyesal semua tu malu yang ditanggung Shaz sekeluarga hilang ke?” suara Mimi semakin meninggi. Dia bukan marahkan suaminya tetapi Aliff. Menyampah dia mengingatkan bekas kekasih Shazrina yang busuk hati itu.

“kita patut beri Aliff peluang Mimi... mana ada orang kat atas dunia ni tak buat salah. Yer abang tahu silap Aliff tu memang besar tapi kalau dia dah menyesal kenapa kita tak boleh bagi dia peluang? Lagi pon kita ni bukannya ada kaitan sangat dengan urusan Shaz dan Aliff.”

“buat apa kita bagi peluang kat orang macam tu bang? Nak suruh lagi ramai perempuan-perempuan lain kat luar sana dapat nasib macam Shaz?” Mimi masih lagi dengan pendiriannya. Wajahnya sudah kelat disamping suami yang baru dinikah itidak sampai sehari. Izham mengeluh kecil. Dia tahu Mimi sukar memaafkan Aliff. Mimi dan Shazrina memang kawan baik. dah macam kembar ke hulu ke hilir bersama-sama. Apabila bala seperti ini menimpa Shazrina, malu dan rasa sakit hati itu bukan sahaja di rasai Shazrina malah turut dirasai oleh Mimi juga.

“dah-dah Mimi.. kita tak payah cakap pasal diorang. Nanti tak pasal-pasal kita pulak yang bergaduh..” pujuk Izham sambil memegang lembut tangan isterinya. Dia sedar suasana antara dia dan Mimi mula tegang hanya kerana ingin mempertahankan sahabat masing-masing. Mimi memandang wajah suaminya.. sedar kata-kata Izham ada benarnya. Satu senyuman manis terukir pada wajah Mimi.

“Mimi bukan marahkan abang... Mimi marahkan si Aliff tu je.. abang janganlah kecil hati pulak.” Minta Mimi sambil memaut erat lengan Izham. Kepalanya dilentokkan dibahu lelaki itu.

“mana ada abang kecil hati... Mimikan isteri kesayangan abang..” ucap Izham ikhlas. Mimi tersipu-sipu malu mendengar kata-kata manis itu namun bahagia.

“ehem..ehem...”terdengar satu suara berdehem dibelakang Mimi dan Izham buat pasangan itu cepat-cepat meleraikan pegangan antara satu sama lain. Siap bertolak-tolak lagi! Kelihatan wajah puan Azizah ibu Mimi tersenyum kearah Mimi dan Izham. Jelas wajah segan terlukis pada wajah Izham dan Mimi. Lupa pula mereka kini berada di ruang tamu yang dihuni beberapa lagi saudara mara Mimi. Tak manis pula mereka bermanja-manja dikhalayak ramai meski pon sudah sah ikatan antara mereka.

Last edited by misssakura on 16-1-2013 10:28 AM

Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2013 12:16 PM | Show all posts
x daya nak komen
hanya mampu membaca
ok sakura buh next N3 yea
ana akan setia menanti
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2013 02:41 PM | Show all posts
tq dear....
Reply

Use magic Report

Post time 16-1-2013 03:47 PM | Show all posts
Tq TT....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.055347 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list