CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Lagu Cinta Kita (U) - TAMAT -

  [Copy link]
 Author| Post time 23-5-2012 09:39 AM | Show all posts
Part 2 - Episode 63

Dia berada lagi di tempat yang sunyi dan kosong itu. Matanya memandang keliling. Nafasnya mula laju. Dia berjalan perlahan, berhati-hati. Tidak mahu menampakkan diri kepada perempuan itu.

“Kau nak lari?!”

Dia menoleh. Ya! Dia cuba lari. Perempuan itu mula mengeluarkan pisau dari balik bajunya.

“Kau patut mati Adalea!” Perempuan itu menjerit. Menggerunkan.

Dia lari dan terus lari. Nafasnya termengah-mengah. Akhirnya dia berhenti kepenatan lalu menarik nafas.

“Kau” Dia menoleh. Pisau itu di angkat tinggi.

“Mati”

Pantas Lea membuka mata. Tiba-tiba perutnya terasa ngilu. Nafasnya turun naik. Liar matanya memandang keliling.

Aku kat mana?

Dalam samar cahaya suram, dia melihat meja, almari dan semua barang-barangnya terletak elok.

Ya Allah...

Tiba-tiba dia terasa ada tangan mengusap lembut rambutnya. Cukup menenangkan. Akhirnya nafas Lea kembali normal.

“Nightmare again?” Lembut suara Faiz bertanya. Tangannya masih mengusap lembut rambut isterinya. Tapi Lea tak menjawab.  

“Kenapa abang tak tidur?”

“Abang dah tidur, tapi terjaga sebab dengar Lea meracau”

“I’m sorry”

“Don’t be...” Faiz meraih tangan Lea dan di kucup lembut. Kucupan itu beralih ke dahi.

“Abang...”

“Ya...”

“Lea ni menyusahkan abang je kan...”

“Jangan cakap macam tu" Lea diam.

“Sayang, kenapa ni? Abang tak anggap pun Lea menyusahkan abang. Lea isteri abang. Dah memang tanggungjawab abang untuk jaga Lea”

“Sayang....” Faiz memanggil lagi. Tapi Lea masih tidak menjawab. Dengan tiba-tiba hatinya terasa sebak. Akhirnya, dia menangis teresak-esak di pangkuan Faiz. Segala rasa marah, takut, sedih yang di pendamkan di luahkan dengan tangisan.

“Nangislah sayang...kalau itu boleh melegakan perasaan Lea. Abang ada kat sini. Abang tetap akan ada kat sini untuk Lea’’ Faiz membiarkan saja Lea menangis semahunya hingga akhirnya tangisan itu berhenti sendiri.

“I love you so much and no matter what will happen, I will always love you” Faiz berbisik lembut memujuk.

“Lea pun sayangkan abang” Faiz tersenyum. Air mata Lea di lap dengan jarinya.
  
“Sorrylah. Tak pasal-pasal emo tengah malam-malam buta ni” Lea sudah kembali kepada sikap asalnya. Faiz hanya tertawa kecil, sambil menggelengkan kepala.

“Sayang”

“Iya”

“Kita pergi honeymoon nak?”

“Bila?”

“Minggu depan”

“Pergi mana?”

“It’s a secret”

“Ala… cakaplah”

“Tak boleh. Tak surprise lah kalau beritahu sekarang”

“Hmmmm”

“Dahlah... jom tidur” Faiz berkata, memeluk isterinya erat.

Tiga minit...lima minit...

“Abang”

“Apa dia?”

“ Lea tak boleh tidur”

“Kalau tak boleh tidur, nak buat apa?”

Tiada jawapan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2012 09:44 AM | Show all posts
fuhhh...maraton hr ni...
dh 2hr internet lembab thp cipan!

elok sgt la nicki hbskn cept2 b4 intnt ni buat hal lagih, nk kn maraton semput la tua2 nih
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2012 09:47 AM | Show all posts
"Abang... jom kita bunuh setan" Lea akhirnya menyatakan hasratnya kepada Faiz. Dia pasti hanya acara itu sahaja yang boleh melelapkan matanya nanti.






Ya ampun!!!!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2012 10:03 AM | Show all posts
Reply 522# sarizu

Tenet cheq pun macam cipan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2012 10:04 AM | Show all posts
"Abang... jom kita bunuh setan" Lea akhirnya menyatakan hasratnya kepada Faiz. Dia pasti hanya acara ...
ladyFinger12 Post at 23-5-2012 09:47




Lea nak ajak Faiz pergi supper lah....








Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2012 10:07 AM | Show all posts
"Abang... jom kita bunuh setan" Lea akhirnya menyatakan hasratnya kepada Faiz. Dia pasti hanya acara ...
ladyFinger12 Post at 23-5-2012 09:47


mohtipppppppppppp asyik nak bunuh setan pepagi nie lady, haipppppppppppp pose bulan rejab nie nnt kurang pahala
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-5-2012 10:07 AM | Show all posts
Lea nak ajak Faiz pergi supper lah....
Nicki_Meow Post at 23-5-2012 10:04


Apa barang supper? karang perut penuh, x leh tidur gak lagi...

Bunuh setan la best!
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2012 10:07 AM | Show all posts
Lea nak ajak Faiz pergi supper lah....
Nicki_Meow Post at 23-5-2012 10:04


ke pergi supper dulu then br onkan projek yg tergendala
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2012 10:08 AM | Show all posts
hamboi3 lady nie x abis2 nak bunuh setan, cer sabor hr nie br rabu mlm esok br ok yea
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2012 10:10 AM | Show all posts
mohtipppppppppppp asyik nak bunuh setan pepagi nie lady, haipppppppppppp pose bulan rejab nie nn ...
fatehana Post at 23-5-2012 10:07


Lady tengah cari idea tuh kaka...

Idea baru untk Fareez bunuh setan.....   








Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2012 10:10 AM | Show all posts
Post Last Edit by ladyFinger12 at 23-5-2012 10:12
mohtipppppppppppp asyik nak bunuh setan pepagi nie lady, haipppppppppppp pose bulan rejab nie nn ...
fatehana Post at 23-5-2012 10:07


ala.... semlm kan dah posa? Tunggu esok lak... esok khamis
tp lady uzur daa.... x dapek nak bunuh setan posa
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2012 10:11 AM | Show all posts
Lady tengah cari idea tuh kaka...

Idea baru untk Fareez bunuh setan.....   







...
Nicki_Meow Post at 23-5-2012 10:10


tuelah idea x sampai sbb tue asyik teringat pasal bunuh setan aje
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2012 10:12 AM | Show all posts
ala.... semlm kan dah posa? Tunggu esok lak... esok khamis
tp lady uzur daa.... x dapek nak p ...
ladyFinger12 Post at 23-5-2012 10:10


oooo...uzur ke?

kalau uzur takleh bunuh setan.....








Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2012 10:12 AM | Show all posts
ala.... semlm kan dah posa? Tunggu esok lak... esok khamis
tp lady uzur daa.... x dapek nak [ ...
ladyFinger12 Post at 23-5-2012 10:10


ke x dapek nak bunuh setan mlm esok






larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2012 10:14 AM | Show all posts
tu diaaa.... cer check masa kita ber3 submit/edit post
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2012 10:15 AM | Show all posts
tu diaaa.... cer check masa kita ber3 submit/edit post
ladyFinger12 Post at 23-5-2012 10:14



Itu namanya I FIKIR! Bukan I MALAYSIA je ada tauuuu!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-5-2012 10:17 AM | Show all posts
Itu namanya I FIKIR! Bukan I MALAYSIA je ada tauuuu!
ladyFinger12 Post at 23-5-2012 10:15


wah terbaekkkkkkkkkkkkkkk
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2012 10:33 AM | Show all posts
Part 2 - Episode 64

HOSPITAL BAHAGIA ULU KINTA
TANJUNG RAMBUTAN
PERAK DARUL RIDZUAN

“Nadia” Dia yang sedang duduk seorang diri menoleh.

“Awak dah makan?”  

“Dah” Pendek jawabnya. Dia menghadiahkan senyuman kepada pekerja hospital itu, sekilas membaca tag nama yang tersemat di dada.

“Rozita” Dia menyebut.

“Ya?”

“Nama awak…” Rozita tersenyum lalu mengangguk.

“Gambar siapa tu?” Rozita bertanyakan gambar yang di pegang oleh Nadia. Nadia senyum.

“Abang awak ke?” Nadia menggeleng.

“Boyfriend eh?” Nadia tersipu-sipu malu.

“Handsome. Macam mana boleh kenal ni?” Nadia tersenyum lagi.

**************************************************************************

Matanya menangkap wajah lelaki yang sedang duduk tidak jauh darinya. Entah kenapa, tiba-tiba hatinya bagai di tarik-tarik. Seperti ada sesuatu pada wajah lelaki itu yang membuatkan dia berasa tenang. Seperti lelaki itu membawa harapan kepadanya.

"Baiklah, saya rasa kita boleh mula meeting sekarang” Datuk Halim memandang pekerja Halim Travel & Tours satu demi satu. Seperti biasa, wajahnya yang sudah di makan usia itu kelihatan tegas bila berkata.

“Thanks for making yourself available for this short meeting. Seperti yang awak semua tahu, tak lama lagi Puan Sharifah akan bersara dari Halim Travel & Tours, bermakna awak juga akan mendapat boss baru” Datuk Halim diam sebentar mengambil nafas.

“Jadi, hari ini saya nak perkenalkan awak kepada General Manager yang baru Halim Travel & Tours. This is Faiz Izzuddin, your new manager” Faiz yang duduk di sebelah Datuk Halim, hanya tersenyum memandang bakal pekerjanya satu demi satu.

“Starting from today, Faiz akan bekerja dengan Puan Sharifah selama sebulan sebelum dia betul-betul mengambil alih semua urusan syarikat. Isn’t that correct Sherry?” Datuk Halim menyoal.

“Yes” Pendek Puan Sharifah menjawab.

“Ada apa-apa soalan?” Sekali lagi pandangan Datuk Halim di tebarkan kepada semua pekerja syarikat itu.

“Datuk, Encik Faiz ni anak Datuk kan?” Hisham, kerani di bahagian akaun bertanya.

“Ya. Dia anak saya yang bongsu. Dia juga pemilik baru syarikat ini”

“Encik Faiz dah kahwin ke belum?” Mira yang memang kuat mengusik bertanya. Soalannya mengundang ketawa kecil beberapa pekerja yang memang tidak ramai. Datuk Halim turut tersenyum.

“Belum, saya belum kahwin” Faiz menjawab sambil tersengih.

“Sesi berkenalan nanti kita boleh buat lain kali. Saya nak cepat ni. Ada apa-apa solan lagi?” Tanya Datuk Halim lagi. Tapi, tiada sesiapa pun yang menjawab.

“Anything you want to say, Faiz?” Datuk Halim mengajukan soalan pula kepada Faiz.

“I guess not. Cuma saya harap, kita semua dapat bekerja sama sebaik mungkin” Pendek sahaja ucapan Faiz.

“Okay. Itu saja meeting kita pada hari ni. Thanks again for coming” Datuk Halim berkata sambil tersenyum kepada semua pekerja Halim Travel & Tours. Dia kemudian bangun, diikuti oleh Faiz dan Puan Sharifah.

************************************************************************

“Hi, Nadia. Nadiakan nama awak?” Faiz masih dalam proses mengecam pekerjanya.

“Ya” Pendek Nadia menjawab. Matanya hanya memandang majikan barunya.

“Awak makan sorang je ke? Saya join sekali boleh?”

“Bo..boleh” Faiz duduk.

“Selalu ke awak makan kat sini?”

“Selalu”

“Kenapa awak makan sorang-sorang?”

“Saya..saya memang suka makan sorang-sorang”

“Oh.. risau juga saya. Mana tau tiba-tiba boyfriend awak jealous ke apa ke?”

“Tak ada”

“Tak ada boyfriend?” Faiz bertanya lagi. Nadia menggeleng.

“Aik..orang cantik macam awak pun tak ada boyfriend?” Nadia senyum.

“Encik Faiz… kenapa makan sorang-sorang?”

“Puan Sherry busy. Saya ajak orang lain, tapi semua pun dah makan” Nadia diam.

“Tak ajak girlfriend?” Faiz tersengih.

“Girlfriend saya dah hilang”

“Hilang?”

“Haah..dah hilang. Tengah carilah ni”

Nadia ketawa. Tiba-tiba hatinya rasa berbunga. Wajah majikan yang baru di kenalinya itu di tenung lama.

“Jangan!” Nafasnya seperti terhenti. Dia mengerling ke kiri.

“Ingat! Lelaki semua tak guna!”

“DIAM!” Faiz tergamam.

“Awak marah saya ke?”

“Err.. tak… tak” Nadia tergagap-gagap.

“Nadia..awak okay ke?” Faiz bertanya. Agak hairan melihat tingkah laku Nadia.

“Saya..saya okay” Nadia menjawab. Tapi matanya masih mengerling ke kiri.

Faiz akhirnya diam, tidak berkata apa-apa.

*****************************************************************************

"Nadia" Rozita memanggil.

"Sudahlah tu. Jom masuk. Kita makan ubat"

Nadia hanya mengangguk, menuruti langkah Rozita.
Reply

Use magic Report

Post time 23-5-2012 11:07 AM | Show all posts
sian nadia...gila bayang ya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2012 11:11 AM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 30-5-2012 08:57

Finale Episode

Lea: Oklah Yam, take care tau. Jangan buat kerja berat-berat sangat

Mariam: Okay. Kirim salam pada Faiz

Lea: Kirim salam pada Dani

Lea: Assalamualaikum”

Mariam: Waalaikummusalam

Sms mati di situ.

Lea menarik nafas. Ada satu perasaan berat di hatinya. Dia tidak cemburu, dia tidak marah. Cuma dia sangat berharap yang dia juga sama seperti Mariam. Tapi dia terima semuanya dengan hati yang terbuka. Mungkin segala yang berlaku kepadanya, adalah kerana Tuhan masih sayangkan dia, kerana Tuhan mahu mengingatkan segala kelalaiannya, kerana Tuhan mahu dia berubah.

Aku redha Ya Allah…  

Telefon bimbit di simpan di dalam beg tangan. Perlahan-lahan dia mengangkat muka. Pemandangan di Tasik Léman, Laussanne ini cukup cantik, berlatar belakangkan Banjaran Alps yang nampak bersalji di puncak. Terdapat beberapa kapal layar dan bot, meluncur perlahan di atas tasik. Cuaca agak cerah, tapi sejuk berangin. Lea menghela nafas, mengukir senyuman. Ini rupanya kejutan bulan madu dari Faiz, berbulan madu di Eropah. Pertama kali Lea menjejakkan kaki di negara Swiss, memang dia sangat teruja.

“Sayang…” Faiz sudah duduk di sebelahnya. Lea menoleh, lalu tersenyum.

“Nah…”

“Aiskrim?”

“Yup. Movenpick Ice-Cream. Famous in Lausanne” Lea senyum lagi.

“Thanks” Aiskrim bertukar tangan.

“Sedap” Faiz senyum.      

“Abang..”

“Ya..”

“Mariam dah mengandung tiga bulan” Lea memberitahu.

Faiz mengangguk sahaja. Walaupun Lea tidak berkata apa-apa lagi, tapi dia tahu yang sedikit sebanyak, isterinya  mungkin terkesan dengan berita itu. Lea di nasihatkan supaya tidak mengandung, sekurang-kurangnya dua tahun untuk memastikan luka di dalam perutnya benar-benar sembuh. Bahu Lea di peluk erat.  

“Abang... kalau kita tak ada anak.. macam mana?” Faiz menarik nafas, tapi masih memberikan senyuman.

“Jangan cakap macam tu. Bukan Lea tak boleh mengandung. Cuma kena tunggu dulu. Lagipun, buat masa ni, biarlah abang bercinta puas-puas dengan Lea dulu” Lea menarik nafas.

“Lea tanya je…”

“Allah tahu apa yang terbaik. Kalau itu takdir kita, abang terima dengan hati terbuka. Kita anggap semua tu ujian” Lea menarik nafas menganggukan kepala. Tangan Faiz di genggam erat.

“Lea..”

“Apa?”

“Comotlah... macam budak kecik makan aiskrim”

“Mana?”

“Kat bibir tu. Pusing sini” Lea mengadap Faiz.

CUP! Bibir Lea di kucup pantas.

“Teruklah abang ni! Malulah sikit depan orang”

“Ala…mat salleh tak kisah...” Faiz tersengih. Muka Lea merah.

“Hello Sir” Tiba-tiba mereka di tegur oleh dua orang ‘buskers’ yang sedang memegang gitar.

“Voulez-vous dédier une chanson pour votre dame?’’(Want to dedicate a song for your lady?)

‘‘Pourquoi ne pas?’’ (Why not ?) Faiz tersenyum.

‘‘Sejak bila abang pandai cakap bahasa perancis?’’ Lea bertanya dengan muka tanda soal.

“Si...khit…si…khit’’ Faiz berkata dengan pelat bahasa inggeris. Lea ketawa.

“Dia cakap apa?” Faiz tidak menjawab, Cuma tersenyum lagi.

“Attendre... À bien y penser, ça vous dérange si je vous emprunter votre guitare?’’ (Wait…On second thought, do you mind if I borrow your guitar?) Faiz bertanya kepada pemuda yang berdiri di depannya.

‘‘Oui. Bien sûr’’ (Yes, of course) Gitar di hulurkan. Faiz menyambut lalu berdiri di hadapan Lea..



Kau begitu sempurna
Dimataku kau begitu indah
Kau membuat diriku akan selalu memujimu

Disetiap langkahku

Ku kan selalu memikirkan dirimu
Tak bisa kubayangkan hidupku tanpa cintamu

Janganlah kau tinggalkan diriku

Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

Kau adalah darahku

Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh sayangku, kau begitu
Sempurna.. Sempurna..

Kau genggam tanganku

Saat diriku lemah dan terjatuh
Kau bisikkan kata dan hapus semua sesalku

Janganlah kau tinggalkan diriku

Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

Kau adalah darahku

Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh sayangku, kau begitu
Sempurna.. Sempurna..

Lea menoleh apabila bahunya di cuit. Seorang wanita yang sudah berumur tersenyum ke arahnya.

“Boyfriend?” Wanita itu bertanya sambil menunjuk ke arah Faiz.

“Husband” Lea menjawab. Wanita itu tersenyum lagi sambil mengangkat ibu jarinya ke atas. Lea ketawa.

Janganlah kau tinggalkan diriku
Takkan mampu menghadapi semua
Hanya bersamamu ku akan bisa

Kau adalah darahku

Kau adalah jantungku
Kau adalah hidupku
Lengkapi diriku
Oh sayangku, kau begitu
Sempurna.. Sempurna..

Kedengaran tepukan dari beberapa pengunjung di tasik ini setelah Faiz habis menyanyi. Lea tersenyum lagi.

Ya Allah Ya Tuhanku,

Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui...
Segala yg terbaik buat hambaMu ini...
Kau kekalkanlah kebahagian ini dengan rahmat-Mu.

Amin.


-THE END-


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.043464 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list