CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mijot

All About Bandung, Indonesia - Part 17

   Close [Copy link]
Post time 7-9-2011 02:45 PM | Show all posts
Reply  katak_pisang

Haritu masa pergi matta fair, ada trael agent ckp  golden flower hotel walki ...
whiteberry Post at 7-9-2011 14:33



    Berry dpt harga berapa per night ..? saya check kat agoda RM165 le..
tp kalo dekat je dgn Pasar Baru, mmg berbaloii..boleh ulang alik dr hotel je..hihhih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-9-2011 02:55 PM | Show all posts
Untuk makan ribs yg best di Bandung, saya recommend Sop Konro Marannu Jalan Riau, lokasi ada di  ...
amirseun Post at 7-9-2011 11:01



    ermm...kena cuba nihh
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 04:59 PM | Show all posts
Reply 521# katak_pisang


Tak sure pulak berapa harga hotel tu.. Sbb bayar for 1 package hehe... Hotel, transport etc...

Tp my agent tu kata, lepas shopping balik letak barang, boleh pi shopping lagi keke... tp tatau la sejauh mana dekat tu.. mungkin org yg expert bandung boleh tolong? =)
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2011 08:52 PM | Show all posts
Reply  katak_pisang


Tak sure pulak berapa harga hotel tu.. Sbb bayar for 1 package hehe... Hot ...
whiteberry Post at 7-9-2011 16:59



    alamak..mcm best je hotel nih..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 01:37 PM | Show all posts
salam
Sape pernah duk Guntur Hotel?
Boleh tau x apa beza bilik standard A & B?
1 lg...berapa caj utk masuk ke tangkuban parahu skrg ek? kot2 la harga dah naik....
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2011 03:53 PM | Show all posts
Reply 525# atiaz


    staff yg jaga entrance Tangkuban Perahu tu kemain segak beruniform skrg, sekali panjang terus terjah kita org Msia. Dia tak tanya pak supir dah...kat kita trs. Nasib tak baik kena byr harga foreigners 50k srg.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2011 09:01 PM | Show all posts
Post Last Edit by sapsamsok at 11-9-2011 08:50

Day 2: Trans Studio Bandung



Untuk yang berencana ke sini (dengan membawa anak), tolong perhatikan jadual berikut. Tidak semua permainan sesuai atau boleh dicuba anak anda.



Inilah kartu prepaid / ATM untuk anda berbelanja di dalam taman permainan. Tidak ada tunai. Kita kena isi credit dulu baru boleh berbelanja. Sebijik cam Visa Electron. Worst part: Kad ini kena beli dengan harga Rp 10,000 & is non refundable. Refund sisa duit dalam kad pula hanya dapat dilakukan di ATM dan ke account Bank Mega sahaja. Setiap kali anda melakukan transaksi, penjual akan meletakkan kad tersebut di atas mesin khusus, penjual akan menunjukkan baki wang. Setelah itu, baki akan didebit dengan harga sesuai barang yang dibeli. Perhatikan baki baru wang anda.



Map Guide Trans Studio Bandung




Waktu operasi : 10 pagi - 9 malam.
Harga tiket Isnin - Jumaat : Rp 150,000
Sabtu - Ahad, Cuti : Rp 200,000

Express Pass : TAMBAH Rp 200,000 menjadi Rp 350,000 / Rp 400,000 (Tak payah beli @ kaunter. Boleh upgrade @ dalam). Unlimited game, unlimited play.
Tips: Kalau setelah masuk ke dalam dan sudah disesaki oleh pengunjung, boleh melakukan upgrade di kaunter khusus bertulis "Top up VIP Pass". Kalo tak ramai & kalian punya lebih dari cukup waktu untuk mencuba semua permainan, berbaris & bersabar je lah. Rp 200,000 boleh buat belanja kemeja cowok 3 helai! Tapi, memang berbaloi membeli VIP pass kerana boleh menikmati permainan yang sama berulang kali bahkan sampai 10 kali juga no problem!

Kaunter ticket tersedia di Ground & 1st Floor. Waktu kami smp di TSB, kami beli @ Ground Floor sebab 1st Floor tu hanya dapat diakses dari Bandung Supermal.

Kaunter Tiket @ Groud Floor



Kaunter Tiket @ 1st Floor



Setelah membeli tiket, kami menaiki escalator menuju Lantai (Tingkat) 1 kerana pintu masuk ke TSB berada di Lantai 1. Sampai je @ atas, anda akan disajikan dengan macam2 billboard siap dengan Patung Liberty lagi. Hehehe.



Lepas tu, bila nak masuk ke dalam area TSB tu pulak cam nak naik commuter lak.




Bila dah masuk dalam, rasanya oke gak le... Above the par. . Well done Trans Studio!

  





Trans Store, tempat membeli ole-ole Trans Studio.



Tergantung game yang hendak anda cuba, barisan pengunjung tu dapat mencapai menunggu selama 90 minit terutama Dunia Lain yang menyajikan cerita2 hantu yang telah benar2 terjadi di seluruh pelosok kota Bandung. Namun, yang ada dalam bilik gelap tersebut hanya 10 insiden terpilih. Setiap photo dalam ruangan punya kisah tersendiri & jangan terkejut bila photo2 tersebut bergerak & mengilai! Fotonya dipaparkan di TV LCD... ;). Di satu bagian tuh, reaksi anda akan difoto. Saya tidak akan bercerita bahagian mana, tapi, jangan mengomel kalo bola mata terasa sakit sekali. Dah la gelap, tetiba ada lampu flash! Siapa tak bengang!

Barisan pengunjung pada jam 10:30 pagi. Everything seems to be normal.



Barisan pengunjung waktu dilihat dari atas permainan Sky Pirate



Barisan pengunjung waktu saya berada di depan pintu masuk ke Dunia Lain setelah beratur selama hampir 80 minit!



Untuk Sky Pirate, walau barisannya panjang tapi tak usah menunggu terlalu lama kerana ada banyak kapal yang tersedia untuk membawa anda berkeliling di atas TSB. Kalo tak salah, 1 kapal muat 4 orang & tournya pun cepat.



Now you know why VIP Pass is really worth the money!

Permandangan dari atas kapal Sky Pirate





Untuk yang membawa anak kecil, bolehlah menemani anak anda berpetualang bersama si Bolang. Kalau terasa nak mencuba permainan dewasa lain, boleh membiarkan anak anda bermain di Pulau Liliput. Sebuah area softplay khusus untuk anak2. Tapi, jangan lupa bawa stokin. Kalo lupa, alamat beli sepasang baru la kalian.

Permainan lain yang wajib dicuba adalah Vertigo, Yamaha Coaster, Jelajah & TransCar.

Yamaha Coaster




Jelajah. Masih kalah tinggi jika dibandingkan dengan permainan di Batu, Jawa Timur. Main kat sana sure lencun (basah kuyup)!

  

Trans Car



Salah satu permainan yang harus dicuba ialah Panjat Tebing / memanjat ala Slyvester Stallone dalam cerita Cliffhanger. Kelihatan senang, tapi memerlukan kekuatan tangan terutama lengan. Selamat mencuba! Queue game ni pendek sekail kerana kebanyakan orang malu mencuba takut kena gelak dengan geng. . Objektif game ini adalah memanjat tebing ini sampai ke atas lalu menekan tombol berwarna merah. Setelah tombol ditekan, speaker dari patung gorilla akan berbunyi. Setelah turun & sampai di bawah, khusus pemanjat tebing yang berjaya menekan tombol tersebut akan mendapat souvenir GRATIS... dari TSB. Beza dengan puncak Mt Soerak, Korea yang kena beli pingat tu pakai USD lagi. Letih2 naik, kena beli...

  

Kami meninggalkan TSB pada jam 3:15 petang hendak menuju Rumah Mode konon2 nak berbelanja sedikit. Manalah tau jalannya jam giler... Dah la kami naik bus, kurang gesit (lincah). Sampai @ Rumah Mode dah jam 4:15 petang. Khusus bulan puasa, tutup jam 5 petang kerana pekerja2 semua hendak pulang rumah untuk berbuka puasa.

Malamnya kami makan malam je @ Paris van Java. Dah habis makan telefon suruh driver bus datang. Nak tunggu bas je 40 minit. Jalan @ depan PVJ penuh sesak dengan kereta!



Dari PVJ, kami menuju ke tempat shopping nearby. Lupa apa nama, Jl Dago atau Cihampelas?

End of Part 2 / Day 2

Next : Tangkuban Perahu & Dunia Fantasi Ancol
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 08:27 AM | Show all posts
Reply  atiaz


    staff yg jaga entrance Tangkuban Perahu tu kemain segak beruniform skrg, seka ...
sarinah Post at 8-9-2011 15:53

thanks sarinah...
maknanya harga still sama la ek....
ni 1st time nak pegi TA, saje je kali ni nk jln2 je... bln 2 aritu pegi shopping semata...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2011 09:17 AM | Show all posts
Reply  atiaz

    staff yg jaga entrance Tangkuban Perahu tu kemain segak beruniform skrg, seka ...
sarinah Post at 8-9-2011 15:53


Diorang senang nak cam kita orang mana dengan cara kita berpakaian. Muka & kulit kita juga lain. Tu yang kita kekadang tak leh nak lari. Sekali lihat, sure tau kita orang luar negeri. Mungkin kekadang tu boleh lagi la kelentong kalo kita orang luar pulau Jawa cam Kalimantan / Sumatera.

Tapi kalo suruh tunjuk ID, sure kantoi...
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 10:00 AM | Show all posts
akan mula melepak di thread nie coz ku akan pegi ke sana april 2012..insyallah...

mohon tunjuk ajar suma keh..........
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 10:11 AM | Show all posts
Peta TSB discan dari kertas ukuran A3

Photobucket server

1200 x 843 pixels



PDF filenya (gambar lebih jelas) boleh diunduh dari site berikut untuk 30 hari. Setelah itu, file dihapus dari server

  1. http://freepdfhosting.com/48774bcbd6.pdf
Copy the Code

3089 x 2170 pixels
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 11:32 AM | Show all posts
Reply 527# sapsamsok

thanx sapsamsok sebab sudi kongsi pengalaman di trans studio!   
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2011 04:42 PM | Show all posts
Reply  sapsamsok

thanx sapsamsok sebab sudi kongsi pengalaman di trans studio!   {:1_15 ...
cloudy_83 Post at 9-9-2011 11:32


X payah le nak thank Q thank Q...

Kebetulan saya & keluarga ke sana untuk menghabiskan cuti raya tempoh hari.

Jadi berbagi-bagi cerita itu menyenangkan dan mengasyikkan...
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2011 10:36 PM | Show all posts
X payah le nak thank Q thank Q...

Kebetulan saya & keluarga ke sana untuk menghabiskan cuti  ...
sapsamsok Post at 9-9-2011 16:42




menarik juga trans studio tu..
harap2 kami pun sempat singgah ke sana nanti..

nak tanya pendapat forumer,
antara Hotel Golden Flower dgn Grand Serela, mana yg best yer..
rate sama je..igt hari ke2 nak dok cni...hhehe
hari ke2 tu saya x gunakan supir..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2011 11:41 PM | Show all posts
Day 3: Tangkuban Perahu, Subang

Setelah saya belek2 arsip photo saya untuk trip Bandung, ternyata tak banyak photo yang saya ambil @ Tangkuban Perahu. Lebih ke family photo je banyak.

Kami sampai sana seperti tempat lainnya, terlalu pagi. Dalam perjalanan tu sempat tertanya2 dah buka belum ya. Beruntung kami sampai sana dah buka gara2 raya eid dimundurkan sehari jadi kami tak yah tunggu sampai habsi sholat eid baru buka.

Parking masih kosong sekali waktu kami sampai di sana. Jadi, langsung saja kami naik ke angkutan yang telah disediakan. Kena bayar Rp 6,000/orang untuk pergi balik Taman Wisata Alam Tangkuban Perahu. Tak berapa pasti. Yang pasti, saya ada terdengar bayar 6rb. Amenda tuh 6rb pun x tau. Lupa pulak nak pi kat kaunter tiket ambil photo...

Parking base bawah hendak naik ke Tangkuban Perahu



Perjalanan yang ditempuh cukup cepat. Kalo tak salah, orang tu kata kalau nak jalan kaki boleh gak. 3 atau 6 km dari tempat parking bus tadi... Either 1 way atau pergi & balik. Sepanjang perjalanan tu sempat terlihat pokok2 tumbang. Eh... bila lak meletus tuh?

Perhentian angkutan umum untuk menurunkan / menaikkan penumpang



Tiba di tempat menurunkan penumpang @ halte, joki berkuda akan menawarkan anda untuk menaiki kuda ke Pos Pantau di sebelah bukit kecil ini. Gara2 tertutup bukit kecil ni, sepertinya next point tu jauh. Tapi untuk yang belum pernah naik kuda tu, silakan dicuba. Untuk yang kuat, jalan kaki je la... Tak sampai 100 meter.

Pemandangan dari sini cuma berbeza sikit je dengan permandangan dari pos pantau

Photo dari point 1



Photo dari Point 2


Pemandangan dari atas kalah menarik jika dibandingkan dari Pos Pantau yang berjarak +- 100m. Tapi, tak rugi ke atas gak.



Setelah berjalan kira2 100m ke kiri, kita sebetulnya akan tiba di tempat letak kereta peribadi yang naik. Deretan kenderaan yang difoto dari atas pos pantau.


Di sebelah kiri photo di atas, sekiranya anda mempunyai cukup waktu untuk diluangkan, silakan mencuba denai menyusuri hutan untuk ke Danau Domas. Perjalanan pergi & balik akan mengambil waktu sekitar 2 - 3 jam tergantung cepat / lambat langkah anda.




Jangan lupa posing kat batu tanda TWA Tangkuban Perahu, Subang. TWA = Taman Wisata Alam.



Dan jangan lupa berfoto jugak dekat batu penanda ketinggian Tangkuban Perahu tersebut.




Setelah menghabiskan waktu 30 minit di sini, kami meninggalkan tempat ini. Kami diberitahu kalau terjadi kesesakan di sini, cukup parah sampai tak leh nak gerak. Biasa terjadi mulai jam 10 pagi ke atas. Belum dapat dipastikan kebenaran cerita si supir angkutan nih.

Sempat melihat limau yang dijual di tepi jalan tuh... Cam limau pon kam je...



1 lori 2 kegunaan... Barang & orang... . Siap dipasangkan penutup plastik (terpal). Tu yang kekadang baca dalam surat khabar, lori terbalik > 3 orang meninggal di tempat kejadian...




Selanjutnya kami melanjutkan perjalanan meninggalkan Bandung menuju Taman Ancol, Jakarta. Sepanjang perjalanan lancar2 saja tanpa banyak kendala / traffic jam.




Tak banyak photo @ Ancol. Tapi, kelebihan tetap diberikan kepada pengunjung tempatan yang memiliki kad ATM / CC Bank Mandiri. Dapat discount 30%. Untuk yang mau mencuba semua permainan seperti TSB, belilah langsung kat Pintu Masuk @ Rp 300,000. Unlimited Play & Unlimited Game. Kalo beli @ dalam, Rp 120,000 untuk 6 favourite games saja. Rugi kan?




Permainan yang harus anda cuba adalah Halilintar, Arung Jeram (bawa jaket hujan / baju ganti), Hysteria, Tornado, Kora-kora, Kicir-kicir & Niagara. Untuk yang membawa anak, bolehlah ke Istana Boneka & mencuba mini roller coaster (alap-alap). Untuk permainan alap-alap, anak kecil HARUS duduk di sebelah kanan anda.

Pemandangan dalam istana boneka







Game Hysteria



End of Part 3 / End of Blog
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2011 11:48 PM | Show all posts
menarik juga trans studio tu..
harap2 kami pun sempat singgah ke sana nanti..

nak tanya  ...
katak_pisang Post at 10-9-2011 22:36


Sebaiknya pelajari dulu game apa yang hendak dicuba dari websitenya... Kalo pakai VIP Pass, jangan lupa manfaatkan sepenuh2nya. Unlimited play & unlimited play. Memang worth it. Kalo boleh, boleh siap jerit-jerit baru lebih kick!

Saya dah 2 kali buat kesalahan.

Pertama waktu ke Universal Studio Japan & Disneysea Tokyo dulu. Tak mau study dari website dulu, main redah je. Akhirnya, banyak game yang tak dapat main. Rugi betul. Dah la jauh... mahal pulak tuh...

Yang kedua, ya... yang ini. Konon nak save duit tak mau ambil VIP pass. Hanya sempat cuba Jelajah, Panjat Tebing, Sky Pirate & Dunia Lain.

Tapi sekurang-kurang ada excuse nak repeat Bandung lagi...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2011 12:34 AM | Show all posts
Sebaiknya pelajari dulu game apa yang hendak dicuba dari websitenya... Kalo pakai VIP Pass, jang ...
sapsamsok Post at 10-9-2011 23:48



    okeih. thanks for info..
mmg menarik gambar yg ditunjukkan..
insyaAllah Isnin ni kami sampai ke Bandung..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2011 08:53 AM | Show all posts
Salam semua,

sebelum terjadi kekeliruan pada maklumat / info yang saya kasi sebelumnya tentang harga VIP Pass @ TSB, saya dah perbetulkan infonya.

Info yang benar adalah VIP Pass kena tambah Rp 200,000 bukan Rp 200,000 (saya dah edit post asli saya).

Jadi...

kalo ke sana weekday, harga tiket masuk (HTM) + VIP Pass = Rp 350,000
Kalo ke sana weekend, harga tiket masuk (HTM) + VIP Pass = Rp 400,000

harap maklum.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2011 12:10 PM | Show all posts
Reply  amirseun


   owhh..tq..sorry ye nk tnye lagi..kalau diberi pilihan,  antara kawah putih  ...
erisya91 Post at 7-9-2011 11:41


Antara Kawah Putih dan Tangkuban Perahu , kedua-dua best juga. Sebab dua-dua active volcano. Kalau Kawah Putih, boleh jalan sampai tepi kawah. Kalau Tangkuban, tengok kawah dari atas tepi kawah. Lama perjalanan dari Bandung, Kawah Putih 2 jam, Tangkuban 1 jam.



Disini cuti hari Sabtu & Ahad. Hari Jumat aktivitas berjalan seperti biasa. Pergi Pasar Baru better hari Jumat, kalau nak ke Kawah Putih better hari Kamis sebab hari Jumat petang selalunya jalan jem. Kalau pergi Pasar Baru sekejap saja, boleh ditukat itinerary, pagi-pagi pergi Tangkuban, lepas tu terus ke Pasar Baru. Semoga informasi ini bermanfaat.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2011 02:45 PM | Show all posts
Reply 539# amirseun

okey...tq sesangat...tnye lagik boleh?? alun2 tuh kat mne yea??kalau nk msukn dlm itinerary kat mne agak2....hurm ape yg murah kat sne?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.088731 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list