CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: fizziany

PERGI JAUH JAUH. (U)-TAMAT-

  [Copy link]
Post time 25-7-2011 01:03 PM | Show all posts
mana fizi da 2 mggu diam je..kebizian melanda kut..jehehe
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-7-2011 01:07 PM | Show all posts
ecah dah gi afganistan belajar nembak ngan taliban...
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2011 08:58 AM | Show all posts
baru semalam start baca.....memang best

agak2 bila nak sambung lagi ???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2011 08:40 PM | Show all posts
salam....

minta maaf ya semua.

agak sibuk sekarang. Saya akan usahakan untuk post n3 seberapa banyak yg boleh.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2011 08:43 PM | Show all posts
Aishah melirik kea rah Faris yang sedang membancuh teh buat mereka. Suasana malam melalui balkoni hotel itu indah sungguh. Aishah mengetap bibirnya sambil merenung tajam kea rah Faris. Bila Faris menoleh dengan 2 mug ditangan, cepat2 Aishah senyum.


“Minum,” Faris menghulur mug kepada Aishah lalu Aishah menyambut dengan senyum manis.


“Terima kasih,” lembut jawapan Aishah lalu menghirup airnya. Faris senyum melihat tingkah laku Aishah.


“Kau okay?” soal Faris lagi. Aishah memandang Faris. Soalan itu kerapkali diucapkan oleh Faris. Sungguh2kah lelaki itu mengambil berat akan dirinya?


“Jangan tanya lagi soalan tu boleh? Soalan tu, hanya membuatkan aku terus teringat malam itu…” balas Aishah perlahan. Matanya tunak memandang Faris. Menggoda? Ya…biar Faris mula sukakannya…Aishah melebarkan senyuman.


Faris seakan terpana memandang Aishah yang tersenyum memandangnya. Jantungnya seakan terus berhenti berdegup menerima renungan itu.


“Su….sure…” gagap Faris jadinya.


“Aku cuma bimbangkan kau…” sambung Faris lagi. Aishah senyum tawar. Keningnya dikerutkan lalu dia merenung ke luar balkoni.


“Janganlah kau bimbang. Aku okay. Lagipun, semua yang hidup ni, pasti akan mati juga suatu hari nanti. Tak ada yang akan terlepas dari maut. Termasuk aku…” tutur Aishah perlahan.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2011 08:45 PM | Show all posts
“Kalau kau sudah boleh menerima hakikat ni, aku lega Aishah. Lega sangat2….” Faris masih memandang Aishah. Aishah senyum kelat. Mug yang sudah separuh diletakkan ditengah2, diantara dia dan Faris. Mereka berdua sama2 duduk di balkoni merenung malam.


“Kenapa kau tiba2 muncul?” soal Aishah tiba2. Faris dipandangnya dengan senyuman.


“Kau tak rindukan aku ke?” Aishah ketawa kecil dengan jawapan Faris.


“Rindu lah jugak. Tapi, takkan kau nak ingat orang macam aku ni..” Faris pula yang tersenyum simpul dengan jawapan Aishah.


“Kan aku dah kata…biar apa pun yang terjadi lepas kejadian tempohari, kita mesti terus berkawan. Kau dah lupa ya?” soal Faris. Aishah memandang Faris. Kawan? Hmhh….


“Aku ingat. Tapi, kau pun dah lupa ya kata2 aku? Penculik macam aku ni….layak ke jadi kawan kau?” bidas Aishah pula. Faris terdiam.


“Kau pun lupa jugak ke yang aku pernah bagitau kau, jangan sesekali cakap macam tu?” soal Faris serius.  Keduanya saling berpandangan. Bibir Aishah bagaikan terkunci bila melihat renungan Faris. Diketap bibirnya.


“Okey..aku salah..” Aishah bersuara perlahan, mengalah saja. Dia tunduk merenung hujung kakinya yang terdedah.


“Apa kata polis pada kes penculikan kau dulu? Boleh aku tahu serba sedikit?” soal Aishah pula.


“Kes tutup. Penculik dah mati. Kenapa?” soal Faris. Aishah mengukir senyum kelat.


“Kau kenal dia?” soal Aishah. Faris menggeleng.


“Motif dia menculik kau?” soal Aishah lagi. Faris menggeleng juga.


“Tak sempat nak selidik..” sambung Faris. Aishah menjungkit keningnya.


“Habis tu, kau puas hati?” soal Aishah.


“Tak,” jujur Faris menjawab.


“Aku pun tak…” sambung Aishah pula. Faris segera menoleh, memandang Aishah. Wajah gadis itu di dalam cahaya samar2 ini, nampak sungguh menawan. Hidungnya yang agak mancung dan kecil ditambah bibir mungilnya begitu menawan setiap kali dia tersenyum. Bagai ada magnet yang terus menarik hati Faris untuk mendekati gadis itu.


“Kenapa kau cakap macam tu? Bukankah itu bos Mail yang selama ini merancang penculikan itu?” soal Faris. Aishah senyum sinis.


“Cuba fikir dari sudut seorang penjahat..” kata Aishah sambil merenung wajah Faris tepat. Berkerut Faris memikirkannya. Mata galak Aishah pula menjadi perhatiannya. Alis mata Aishah begitu menawan. Pantas Faris menggeleng.


“Aku tak boleh fikir! Aku hanya nampak kau…” jujur Faris berterus terang. Masam muka Aishah mendengar kata2 Faris.


“Kau ni…memang dasar lelaki miang! Tak boleh nampak perempuan depan mata..”marah Aishah. Faris senyum simpul.


“Bukan semua perempuan boleh buat saya jadi kelu macam ni cik Aishah. Hanya awak seorang saja boleh buat saya jadi mereng macam ni…” selamba Faris menuturkan kata2 itu. Aishah diam. Senyum tidak, marah pun tidak.


“Suka hati kau…” Aishah malas memperdulikan pandangan mata Faris yang kian nakal merenung setiap inci wajahnya. Jauh disudut hati, dia tersenyum lebar. Tidak susah rupanya hendak membuatkan lelaki itu suka kepadanya…
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-7-2011 08:46 PM | Show all posts
Faris berjalan dengan Aishah seiringan, masuk dari satu kedai ke satu kedai di Plaza Angsana. Datang dengan tangan kosong, tapi kini tangan Faris sudah dipenuhi dengan beg2 kertas barang2 yang dibeli oleh Aishah.


Setiap tingkah laku Aishah diperhatikan sahaja oleh Faris. Pada pengamatannya, Aishah sekarang lebih pendiam berbanding dahulu. Raut wajahnya juga tidak seceria dulu. Pandangan matanya tidak sesirna dulu. Bila dia senyum, seakan pedih dan hancur hati melihat senyuman di bibirnya. Lagaknya, bagai senyum itu dipaksa sahaja.


Faris masih lagi memerhatikan Aishah yang sedang membelek kasut di sebuah kedai. Citarasa Aishah juga nampaknya sudah jauh berbeza. Kalau dahulu, Faris berani cakap bahawa Aishah lebih cenderung memakai snickers berbanding sandal, namun hari ini, Faris melihat Aishah tidak langsung memandang kasut2 sebegitu. PIlhannya sejak tadi, semuanya kasut tinggi 2- 3 inci bertali halus atau yang dipenuhi hiasan bunga atau renda.


Apa terjadi pada Aishah?  Meski hatinya senang melihat perubahan kematangan pada diri Aishah, namun serba sedikit hatinya agak gusar. Dia takut jika Aishah terus berubah dari dirinya yang asal.


“Cantik tak yang ni?” soal Aishah tiba2 sambil duduk di sebelah Faris. Ditayangkan kasut tinggi bertali halus bersilang ala gladiator  berwarna hitam yang sedang dipakainya. Faris angguk sahaja. Melihat wajah Aishah yang tersenyum2 sendirian memandang kasut itu, dia tahu Aishah sudah berkenan pada kasut tersebut.


Aishah bangun lalu membuka kasut itu. Pakaian yang dibelinya hari ini juga bukan fesyen yang selalu dikenakannya.Bukan calang2 fesyen. Entah dari mana dia belajar tentang semua fesyen2 ini?  Faris yang memandang jadi serba tak kena. Namun, untuk menegur Faris tidak berani. Dia takut kalau2 tanggapannya salah.


Usai membayar harga beberapa pasang kasut, Aishah mengajaknya ke sebuah butik menjual alat kecantikan. Bertambah hairan hati Faris. Apa sudah jadi dengan Aishah? Faris diam dan akur saja pada semua kehendak Aishah.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-7-2011 08:48 PM | Show all posts
Faris menunggu di lobi hotel malam itu. Pada asalnya, dia mahu menunggu Aishah di depan pintu bilik hotel Aishah, tetapi Aishah memberitahunya bahawa dia tiada di biliknya. Pulang dari membeli belah siang tadi, Aishah menyewa bilik hotel untuk dirinya sendiri. Tidak mahu sebilik dengan Faris lagi katanya. Faris akur. Setidak2nya, dia tahu Aishah masih tidak berubah lagi.


Tapi, bila dah menyewa bilik sendiri ni, pandai2 pula dia keluar seorang diri tanpa memberitahu Faris. Hal itu membimbangkan Faris. Kemana pula dia mahu pergi seorang diri? Pandai2 saja keluar. Faris menyelak akhbar yang terdapat di meja lobi. Aishah memintanya menunggu disitu.


“Dah lama tunggu?” suara Aishah tiba2 kedengaran. Lantas Faris menutup akhbar yang dibacanya lalu memandang ke depan.


“Aish..” Faris kelu sebaik memandang Aishah dihadapannya.Gadis itu memakai dress kembang  tanpa lengan paras lutut berwarna hijau muda.


Kasut tumit tinggi berwarna hitam bertali halus ala gladiator dikenakannya. Namun yang paling ketara pada penampilannya adalah rambut dan wajahnya! Faris bangun sambil matanya tak lepas memandang wajah Aishah.


“Apa jadi dengan rambut kau ni?” Faris memegang hujung rambut Aishah yang dahulunya lurus dan hitam berkilat, kini sudah beralun dihujung dan berwarna coklat gelap. Aishah menepis tangan Faris dari terus memegang rambutnya.


“Aku kurangkan colour..” balas Aishah. Mereka berjalan seiringan menuju ke kereta Faris yang terletak di luar hotel. Mata Faris masih terlekat pada wajah Aishah.


“Muka kau?” soal Faris. Berubah sungguh wajah Aishah. Cantik!


“Tak kenal mekap ke?” soal Aishah perlahan. Faris tersenyum.


“Kau pergi mana tadi?” soal Faris lagi. Macam polis pencen pula, bertanya itu ini. Kereta sudah dihampiri lalu terus Faris membukakan pintu kereta untuk Aishah. Aishah terus masuk usai mengucapkan terima kasih pada Faris.


“Salun,” balas Aishah sebaik Faris duduk di tempat pemandu.


“Salun???!” nyata Faris terkejut sebaik Aishah menjawab soalannya. Wajah Aishah terus dipandang. Sejak bila pulak budak ni pandai ke salun???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-7-2011 08:50 PM | Show all posts
“Bila kau nak balik KL?” soal Aishah semasa mereka asyik menikmati makan malam di sebuah restoran.


“Kau tak suka aku kat sini ke?” soal Faris pula.


“Aku saja tanya..” Aishah menjawab perlahan sambil menghirup air di tangannya. Faris cuba menghabiskan makannya seberapa cepat.


“Mmm..rasanya aku tak balik KL lagi kot. Aku nak stay kat sini dalam 2-3 bulan, lepas tu, aku nak terus balik ke London. Actually, mak aku pun dah balik London lepas proses pembahagian harta hari tu,” kata Faris pula. Aishah diam, memandang Faris di depannya.


“Tak mahu lawat family kau kat KL lagi?” soal Aishah tegas. Punahlah harapannya jika tidak berpeluang bertemu ahli keluarga terdekat Faris. Faris menggeleng sambil tersenyum.


“Diorang okay tanpa aku. Kenapa?” soal Faris. Ada keraguan di sebalik soalan Aishah. Pantas Aishah menggeleng, bimbang niat hatinya dapat dibaca oleh Faris. Cepat2 dia senyum. Melihat Aishah senyum, Faris segera menyedut air minumannya. Aishah pula kembali menyambung makannya.


Faris merenung tindak tanduk Aishah sambil tersenyum. Dari seorang gadis mentah yang tak tahu apa2,  kini Aishah jauh berubah pada matanya. Kalau arwah Dol dan Abu ada sekarang, pasti mereka gembira melihat Aishah yang semakin matang.


Aishah tunduk menghabiskan makanannya. Namun, pelayan restoran yang tiba di tepi meja mereka menarik perhatian Aishah. Pantas Aishah menoleh kearah pelayan itu. Sebuah jambangan bunga diserahkan kepada Faris lalu Faris menyambutnya.


Pelayan restoran itu tunduk lalu beredar. Faris dan Aishah saling berpandangan. Faris senyum dengan jambangan bunga mawar merah yang masih ditangannya. Aishah pula terpinga2.


“Untuk kau…” Faris menyerahkan jambangan bunga itu kepada Aishah. Aishah yang masih tergamam terus kaku merenung jambangan bunga yang dihulurkan kepadanya.


“Apa ni?” Aishah nampaknya masih terkebil2 merenung jambangan bunga itu.


“Bunga yang cantik, untuk seorang gadis yang cantik,” ujar Faris sambil tersenyum manis. Aishah bungkam, memandang Faris. Huluran jambangan bunga itu disambut perlahan. Aishah perasan, beberapa pasang mata yang berada di restoran itu asyik memandang kea rah mereka.


“Untuk apa?” soal Aishah perlahan sambil merenung jambangan bunga mawar merah yang segar. Ada rasa aneh membuak didadanya. Selera makannya terus tawar sebaik jambangan bunga berpindah tangan.


Faris hanya tersenyum merenung Aishah sebagai jawapan. Hati Aishah mula berdenting tanpa arah. Apa sudah terjadi dengan Faris? Hatinya mula tidak tenteram.
Reply

Use magic Report

Post time 27-7-2011 09:55 PM | Show all posts
t.q fizzi..
dah ada n3.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 08:35 AM | Show all posts
yes.....aishah is back.....
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 08:51 AM | Show all posts
yey..akhirnya fizi is back..oh bz ye fizi..xpe..tq for n3 k...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 09:06 AM | Show all posts
yeay...ada n3
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 09:55 AM | Show all posts
peewiitt FARIS N AISHAH
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 10:05 AM | Show all posts
memintak semuanya ok je...
Reply

Use magic Report

Post time 28-7-2011 10:14 AM | Show all posts
"Jauh disudut hati, dia tersenyum lebar. Tidak susah rupanya hendak membuatkan lelaki itu suka kepadanya…"

Gerun love baca ayat nih...mesti Aisyah tgh plan something..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-7-2011 10:23 AM | Show all posts
"Jauh disudut hati, dia tersenyum lebar. Tidak susah rupanya hendak membuatkan lelaki itu suka kepad ...
loveanis02 Post at 28-7-2011 10:14



    uda pun ngeri bila detik hati ecah kata cam tu...
    plan ecah mesti kaw2
    mesti ecah plan nak masuk dlm keluarga faris kan
    sbb pada ecah dalang segala hal ni ada dlm keluarga faris
    senang dia nak buat perhitungan?
Reply

Use magic Report

Post time 29-7-2011 08:43 AM | Show all posts
morning....n3 ????
Reply

Use magic Report

Post time 30-7-2011 07:56 PM | Show all posts
thank you !!!
Reply

Use magic Report

Post time 31-7-2011 09:22 AM | Show all posts
tengs fizzi....salam ramadhan semua...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 03:32 AM GMT+8 , Processed in 0.068117 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list