|
akhirnya...... next game vs bolton 1/11 12am.... |
|
|
|
|
|
|
|
Liverpool celebrate Sotirios Kyrgiakos' goal against Blackburn
Match Stats | | Liverpool | Blackburn Rovers | Shots (on Goal) | 20(8) | 6(1) | Fouls | 18 | 13 | Corner Kicks | 15 | 4 | Offsides | 0 | 1 | Time of Possession | 57% | 43% | Yellow Cards | 2 | 3 | Red Cards | 0 | 0 | Saves | 1 | 6 |
Match Information | Stadium: Anfield, England
Attendance: 43,328
Match Time: 14:00 GMT
Referee: Philip Dowd
|
|
|
|
|
|
|
|
|
Rijkaard bukan ancaman Hodgson
LONDON - Pengurus Liverpool, Roy Hodgson seakan-akan memperkecilkan kemampuan Frank Rijkaard. Hodgson berkata, pengendali kelahiran Belanda itu bukan pencabarnya.
Hodgson mengeluarkan kenyataan itu selepas Rijkaard dikaitkan dengan dengan jawatan yang disandangnya di Liverpool.
Ketika ini, skuad The Reds berada di zon penyingkiran dalam saingan Liga Perdana England selepas melakukan permulaan yang buruk musim ini.
Rijkaard yang juga bekas jurulatih Barcelona telah meninggalkan kelab gergasi Turki, Galatasaray, sekali gus katakan sebagai calon terbaik untuk menggantikan Hodgson sekiranya pemilik baru Liverpool berhasrat untuk menukar pengurus.
Hodgson menegaskan, beliau tidak menghiraukan spekulasi itu, sebaliknya mendakwa gosip tersebut sama seperti ketika beliau berada di kelab gergasi Itali, Inter Milan.
"Saya difahamkan Rijkaard baru sahaja dipecat dari- pada Galatasaray. Dia 'mesti seorang pengurus yang hebat' untuk dipecat oleh kelab gergasi Turki itu.
"Apa yang kamu fikir mengenai ejen Frank Rijkaard yang 'menjual' namanya di seluruh dunia?.
"Semuanya hanya spekulasi. Saya pernah menghadapi situasi yang sama selama dua setengah tahun ketika berada di Inter apabila setiap hari terdapat berita yang tidak disenangi di akhbar.
"Saya akhiri spekulasi itu dengan satu kontrak baru apabila saya berpindah ke Blackburn Rovers. Jika saya boleh menghadapinya di MIlan, saya juga boleh menghadapinya di Liverpool." - Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
blah je lah RH nie...![](static/image/smiley/grapeman/15.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
gol carragher memang hebakk!!![](static/image/smiley/grapeman/08.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Liverpool berada pada kedudukan berapa sekarang??? |
|
|
|
|
|
|
|
18... maik satu anak tangga![](static/image/smiley/default/lol.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
relegation zone
gicks79 Post at 25-10-2010 17:52 ![](http://eforum4.cari.com.my/images/common/back.gif)
bila nk kena deduct point nehh ![](static/image/smiley/default/titter.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Harapan tinggi Hodgson buat Torres
2010/10/26
LIVERPOOL: Roy Hodgson berharap jaringan pertama Fernando Torres dalam Liga Perdana sejak sepak mula Ogos lalu, akan mengubah nasib tidak menentu Liverpool musim ini.
Torres menjaringkan gol kemenangan bagi membolehkan Liverpool menewaskan Blackburn di Anfield kelmarin, sekali gus mengurangkan tekanan ke atas pengurus pasukan itu. Penyerang Sepanyol itu, yang menjadi subjek kritikan berikutan persembahan hambarnya, mendapat ganjaran daripada persembahan baiknya apabila menjaringkan gol kemenangan pada babak kedua. Reds kekal di kelompok tiga pasukan tercorot, di sebalik peningkatan yang dipamerkan apabila merakam kemenangan kedua dalam liga dalam musim yang menyedihkan.
Dan Hodgson berharap, ia akan menjadi medan kepada Torres untuk mengembalikan semula prestasinya selaku penyerang yang digeruni di Eropah.
Dia berkata: “Dia bermain lebih baik dan hampir menjaringkan gol dalam beberapa peluang.
“Dia berjaya menjaringkan satu gol dan kami amat gembira. Kami harap dia menjaringkan lebih banyak gol bagi meletakkan kami di kedudukan yang sepatutnya.” – AFP |
|
|
|
|
|
|
|
Tidak adil salahkan Torres
![](http://www.utusan.com.my/pix/2010/1027/Utusan_Malaysia/Sukan_Luar_Negara/sl_01.1.jpg)
| Fernando Torres
|
LIVERPOOL - Penjaga gol Liverpool, Jose Reina berkata, adalah tidak adil untuk menyalahkan Fernando Torres seorang kerana kegagalan penyerang itu meledak gol.
Menurutnya, tiada sokongan dari pemain di posisi lain, menyumbang kepada prestasi suram pemain Sepanyol itu.
Torres menjaringkan gol kedua dalam 11 penampilannya bersama skuad Roy Hodgson pada Ahad lalu, ketika Reds mengalahkan Blackburn Rovers.
Keputusan itu ternyata memberikan kelegaan buat pengurusnya, Hodgson.Pemain antarabangsa Sepanyol itu menjadi subjek kritikan ketika ini, dengan Hodgson berkata, kekecewaan pada Piala Dunia lalu, menyebabkan Torres beraksi di bawah keupayaan sebenar.
Reina menyokong keyakinan Hodgson bahawa jaringan kemenangan ke atas Rovers, akan menjadi inspirasi kebangkitan Torres.
Namun, Reina mengenalpasti prestasi hambar rakan sepasukan yang lain, turut menyumbang kegagalan Torres meledak gol.
Katanya, peningkatan penyerang utama Liverpool itu tidak boleh disandarkan di bahu Torres sahaja.
"Semua penyerang adalah berkaitan dengan jaringan gol.
"Mereka mahu menjaringkan gol. Mereka mahu menjaringkan gol seperti mana yang dilakukan oleh Fernando ketika menentang Blackburn.
''Saya rasa dia boleh membina sentuhannya seperti sebelum ini.
''Apa yang terjadi kepadanya, sama seperti yang dialami oleh David Villa di Barcelona.
"Mereka adalah pemain yang hebat, namun apabila penyerang tidak menjaringkan gol, ramai yang akan kecewa terhadap mereka. Ia tidak adil.
''Saya tidak rasa pemain lain telah membantunya seperti mana yang sepatutnya, terutama sejak beberapa minggu lalu. Dia hampir tidak melakukan apa-apa.
''Kita memang mengetahui dia seorang pemain yang mampu memberi kemenangan kepada pasukannya, namun kita tidak boleh mengharap dia melakukannya berseorangan.
''Kita perlu membuka gerakan gol. Itu yang dia mahukan,'' katanya. - Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
Torres, Reina'tinggalkan' Liverpool?
LIVERPOOL - Berita yang paling ditakuti peminat Liverpool akhirnya terbesar luas di Britain semalam, apabila bintang penyerang mereka, Fernando Torres dan penjaga gol, Pepe Reina dikatakan bakal meninggalkan kelab Reds itu apabila pasaran perpindahan pemain dibuka, Januari ini.
Menurut akhbar Daily Mirror, kedua-dua pemain Sepanyol itu bersedia meninggalkan Anfield berdasarkan 'fasal rahsia' yang terkandung dalam kontrak mereka.
Difahamkan, klausa berkenaan ditulis dalam kontrak kedua-dua pemain itu pada musim panas lalu selepas mereka menyuarakan untuk mengikuti jejak bekas pengurus Reds, Rafael Benitez yang meninggalkan kelab untuk menyertai Inter Milan.
Torres dan Reina dipujuk supaya kekal setia kepada Liverpool hanya selepas kelab berkenaan berjanji untuk melabur dalam pembelian lebih ramai pemain baru. Begitupun, kedua-dua tonggak Sepanyol itu menganggap Reds telah mungkir janji ekoran keengganan pemilik baru dari Amerika Syarikat memberikan 'cek kosong' kepada pengurus pasukan, Roy Hodgson.
Menurut laporan, John Henry sudah pun menegaskan, kelab England itu tidak akan melakukan pembelian pemain besar-besaran pada Januari ini, sekalipun sebelum ini berjanji akan mengeluarkan pelaburan besar untuk menguatkan pasukan.
Torres yang menjaringkan dua gol musim ini menjadi sasaran Manchester City, di mana Mirror mendakwa, kelab Sky Blues itu bersedia membayar 50 juta pound (RM246 juta) kepada Liverpool untuk mendapatkan sentuhannya.
Reina, penjaga gol yang banyak menyelamatkan gawang Liverpool daripada dibolosi, baru-baru ini dikaitkan dengan dua pesaing Reds, Arsenal dan Manchester United dengan nilai 20 juta pound (RM98 juta).
Menurut Mirror Football, Torres dan Reina akan memaklumkan mengenai hasrat meninggalkan kelab pada Disember ini, sebelum menyertai pasaran perpindahan pemain. Dengan reputasi besar mereka, sudah tentu kedua-dua tonggak Piala Dunia Sepanyol ini bakal menarik minat banyak kelab terkemuka Eropah.
Sementara itu, Manchester United pula dikatakan sedang mengintai pemain tengah Nurnberg, Ilkay Gundogan. Pemain muda berusia 20 tahun itu semakin menyinar dalam saingan Liga Jerman musim ini dan dikatakan dalam perjalanan ke Old Trafford.
Dengan skil yang dimiliki oleh pemain yang memiliki warisan Turki itu, Gundogan dilihat sebagai Mesut Ozil baru, bintang muda Jerman yang diintai United tetapi akhirnya memilih untuk menyertai Real Madrid. Pengurus United, Alex Ferguson percaya, pemain muda itu adalah calon paling sesuai untuk menggantikan Paul Scholes. |
|
|
|
|
|
|
|
manyu nak beli reina?..isk geli! |
|
|
|
|
|
|
|
menang 1-0![](static/image/smiley/grapeman/19.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
Maxi Rodriguez slams the ball home.
Match Stats | | Bolton Wanderers | Liverpool | Shots (on Goal) | 15(4) | 11(2) | Fouls | 16 | 13 | Corner Kicks | 1 | 4 | Offsides | 1 | 2 | Time of Possession | 41% | 59% | Yellow Cards | 2 | 2 | Red Cards | 0 | 0 | Saves | 1 | 4 |
Match Information | Stadium: Reebok Stadium, England
Attendance: 25,171
Match Time: 16:00 GMT
Referee: Martin Atkinson
|
|
|
|
|
|
|
|
| |
|