CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: liya71a

Hidupku MilikMu

  [Copy link]
 Author| Post time 13-7-2010 04:46 PM | Show all posts
Jauh di mata di hati jangan
Aku memejamkan mataku rapat-rapat.  ‘Tuk tuk tuk...tuk tuk tuk’ kedengaran pintu diketuk dari luar. Perlahan-lahan aku membukakan mataku. Keadaan diluar masih gelap. ‘ Astagfirullahal’azim... aku bermimpi rupanya...’ Ngeri sungguh mimpi tadi. Baju tidurku habis basah akibat peluh. Baru aku teringat, sebelum tidur aku tidak membuat persediaan. Jam dinding menunjukkan 5:30 pagi. Masih terlalu awal. Bunyi yang mengejutkan aku tadi rupanya dari rumah sebelah. Mungkin jiranku yang bertugas sebagai nurse di Hospital Putrajaya baru pulang dan terlupa membawa kunci. Elin pula memang tiada di rumah, dia dijadualkan pulang jam 9pagi ini. Penerbangan pertama dari Bandung ke KLIA.
Aku bingkas bangun dari tempat tidurku, Katil Queen yang di beli mama dan papa 5 tahun yang lalu. Rumah sewaku ini pun kawan papa yang punya. Aku mendapat kadar sewa yang agak murah berbanding dengan jiran-jiranku yang lain. Setelah berkongsi dengan Elin, aku hanya perlu membayar 150 sahaja sebulan. Mama dan papa memang suka menghias rumah. Setiap kali datang, tentu ada sahaja barang yang diborong di Nilai untuk menghias rumah sama ada di kampung atau pun rumah sewaku ini. Memang untuk kawan papa, bilik tidur bertemakan pink, ruang tamu pula berona biru lembut di tampal pula dengan stiker ikan di lautan. Di tepi sudut bersebelahan dengan televisyen pula sebuah aquariuam bersaize 5x3kaki, di dalamnya lebih kurang 10 ekor ikan guppy setia menemaniku saat aku keseorangan di waktu hujung minggu. Sofa berbentuk L, terletak kemas di hujung ruang tamu, bersama permaidaini lembut berbulu. Semuanya dibeli di Nilai.
Selesai mandi dan mengambil wudhu’ aku bermunajat kepada Allah swt. Tidak berapa lama kemudian, azan subuh pun berkumandang dari surau di bawah.
‘Assalamualaikum Luqman’ Dengan masih berpakaian telekung, aku nekad menghubungi Luqman usai solat subuh.
‘Waalaikumussalam. Apa khabar sayang di sana? Abang baru saja nak keluar rumah tadi, nak pergi dewan bedah’ sahut Luqman.
‘Khabar baik.. Mmmm Intan dapat email dari unknown. Email yang mengatakan abang sudah ada hubungan dengan orang lain. Betul ke?’ sepatah-sepatah perkataan yang aku karangkan sejak malam tadi keluar dari bibirku.
‘Hubungan?... Ohhh... ini mesti kawan abang yang satu kuliah hari tu.. Kawan-kawan di sini suka sangat nak menjodohkan abang dengan dia. Tapi abang tak setuju. Abang pernah bagitau dia pasal Intan. Tapi dia tidak mahu terima hakikat yang hati abang sudah dimiliki sejak dahulu lagi. Intan jangalah risau, nanti abang terus-terang dengan dia’ panjang Luqman memujukku.
‘Siapa nama dia?’ Tetapi kenapa hatiku masih lagi berbolak-balik.
‘Siti Mariam, itulah abang pun jadi serba salah dengannya.’ Keluh Luqman disebelah sana.
‘Okay lah kalau macam tu. Risau juga dengan email yang tak diketahui siapa penulisnya. Dulu masa abang tak hantar rombongan merisik, tak ada pula orang yang nak claim dia tu kekasih hati abang... Tup-tup je sekarang nak mengaku pula’ aku berseloroh sambil tersenyum. Selesai satu perkara. Tidak perlulah aku memulangkan cincin belah rotan Luqman.
‘Ye lah, abang kena pergi dulu ni. Nanti malam abang call lagi. InsyaAllah dalam 2 bulan lagi abang akan pulang ke tanahair. Jadi masa tu abang nak hantar rombongan bertunang dan terus nikah. Boleh?’ berdegup jantungku mendengarkan cadangan dari Luqman.
‘Ok, nanti malam lah kita bincang lagi. Assalamualaikum dan good luck’
‘Waalaikumussalam’ talian diputuskan oleh Luqman.
Sudah terang aku tidak perlu risaukan email yang di hantar oleh Mr Perfect. Tapi aku tidak boleh percaya bulat-bulat akan jawapan Luqman. Bagaimanapun aku harus siasat perkara ini dengan sebenar-benarnya. Aku perlukan bantuan dari Fareez untuk menyamar dan bertanyakan tentang Siti Mariam.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2010 04:52 PM | Show all posts
ish! mimpi rupanya...
do the best INTAN...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 05:13 PM | Show all posts
Fuhhhh lega.....sib baik mimpi jer....apa maknanya mimpi kena tangkap basah ni yerk...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 05:17 PM | Show all posts
huhhhhhh  terjawab sudah ....
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 05:39 PM | Show all posts
fuhhh lega....mati2 ingatkan betul2 kena tangkap basah.Tq liya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-7-2010 06:26 PM | Show all posts
Post Last Edit by liya71a at 13-7-2010 18:31

Satu persatu menjadi nyata
Pagi lagi aku sudah tiba ke pejabat. Aku tidak sabar-sabar lagi ingin memberitahu cadanganku pada Fareez. Supaya Fareez menyamar dan menyiasat siapakah Siti Mariam, sayangnya hingga tengahari Fareez tidak muncul-muncul. Mungkin terlalu sibuk dengan urusan kerja.


Aku baru sahaja hendak bangun menuju ke tandas untuk mengambil wudhu' tiba-tiba sahaja Fareez muncul di depan kubikel ku.


'Macam mana? Dah call?'


'Sudah. Saya nak minta tolong awak, jadi PI akak Private Investigator saya lah..' aku terus-terang dengan Fareez tanpa berlengah-lengah lagi.


Fareez termenung seketika. Aku merenung ke wajahnya. Baru bercukur agaknya, nampak bersih dan kemas. Malam tadi perasaan aku, aku jambang meliar dihadapan telinganya, tetapi hari ni nampak kemas sekali. Aku menundukkan mukaku.


'Apakata kita minta tolong Dr Firdaus. Mungkin dia ada kawan yang belajar di sana?, atau student dia yang sambung belajar di sana?' Fareez memberi cadangan. Aku tersenyum girang. Kenapa aku boleh terlupa dengan Dr Firdaus, padahal Dr Firdaus lebih rapat berbanding dengan Fareez.


Petang itu juga aku menghubungi Dr Firdaus. Aku ceritakan dari A hingga ke Z dan dia bersetuju untuk menghubungi salah seorang rakannya yang sambung belajar ke Universiti yang sama.


'Intan, mmm bulan hadapan I InsyaAllah jika tak ada aral, I akan bernikah dengan Suraya. Walaupun dia masih belum boleh bekerja seperti biasa, tapi dia pun dah setuju. Minggu depan I akan hantar rombongan meminang Suraya di Kota Damansara. Jemput lah jadi rombongan bagi pihak I sekali ye?. Nanti malam I contact you balik, tentang sisatan I dengan hal rombongan tu nanti.' Terdengar suara Dr Firdaus di sebelah sana gembira.


'Alhamdulillah. Tahniah Doc. Akhirnya impian doc jadi nyata. InsyaAllah I akan ikut rombongan you tu nanti' aku tersenyum.


Aku tahu Sally memang mendapat cuti sakit hingga 3 bulan. Tapi tidak sangka pula dia akan melangsungkan pernikahan dalam tempoh itu. Inilah yang dikatakan jodoh. Harap-harap Doktor Firdaus dapat membimbing Sally ke arah jalan yang lebih diredhai Allah swt.


'Jom jogging petang ni' tiba-tiba Fareez muncul. Ketika itu aku sedang menyiapkan jadual Dato' Shukor untuk esok harinya. Mesyuarat dan temujanji dengan pengarah syarikat di utara tanahair.


'Opocot... Ish kalau ye pun bagi la salam dulu' aku sedikit terkejut dengan kemunculannya secara tiba-tiba.


'Mmm.. Err...' aku sudah tidak ada alasan lagi.


'Ok lah.. I balik tukar pakaian dulu ye. Tapi jogging dekat Bukit Melawati sajalah. Nak patah ke cyber dah malas lah.'


'Ok, up to you. I tunggu kat Bukit Melwati jam 6 petang.' Fareez melihat jam di tangannya.


'Ada setengah jam lagi cik adik. Jom balik'


'Ok, 5 minit lagi saya balik.'


Bukit Melawati yang terletak di tengah-tengah bulatan Putrajaya itu meriah dengan para pengujung yang datang untuk beriadah. Rata-rata kakitangan kerajaan yang datang dengan tujuan untuk berjogging. Suasana persekitaran yang menarik dengan trak jogging memang menarik perhatian orang ramai. Aku pula sudah agak lama tidak mengunjungi kawasan ini. Beberapa orang kanak-kanak riang berlari-lari mengejar ayah mereka dengan basikal. Trak jogging yang disediakan agak lebar dan membolehkan beberapa orang menggunakannya dengan basikal.


Setibanya aku di sana, tepat jam 6 petang. Fareez sudah pun memulakan sessi memanaskan badannya diatas padang bersebelahan dengan pondok tandas dan persalinan pakaian. Aku terus mendapatkannya dan ikut serta memanaskan badan. 5 minit kemudian kami mula berjogging mengikut trak. Fareez Cuma diam disepanjang separuh jogging trak tersebut, aku pula sudah termengah-mengah setibanya di puncak bukit.


'Fareez, mengah lah, Nak jalan je lah' aku bercakap sepatah-sepatah. Mengah tidak terkira. Seperti tidak cukup oksigen lagaknya. Jantung aku berdegup kencang. Memang sudah hampir setengah tahun aku tidak berjogging. Sengaja bermalas-malasan mengikuti sinetron drama indonesia. Badan pun jadi malas.


'Ok.. Macam mana doktor Firdaus? Ada perkembangan tak?' peluh membasahi muka Fareez. Dia mengelap dengan tuala yang diselitkan disekeliling lehernya. Baju dan seluar joggingnya berwarna putih, kebetulan pula sama denganku. Aku dapat merasakan setiap orang yang melintasi kami akan melirik pada kami. Mungkin mereka memikirkan yang kami pasangan pengantin baru.


'Malam nanti' aku menjawab sambil termengah-mengah.


'Eh, jom kita tengok bangunan disebelah sana..' Fareez menunjukkan pada teropong pandangan jauh yang sengaja diletakkan di puncak bukit melawati. Kelihatan bangunan kompleks kerajaan berdiri megah dengan pelbagai bentuk yang menarik.


'Cantik pemandangan dari sini. Hmmm lebih cantik kalau dapat dikongsi bersama orang yang kita sayang kan?' Fareez berbisik seolah-olah bercakap dengan diri sendiri. Aku tersenyum. Indahnya perasaan ini. Tetapi aku masih dalam persimpangan. Tidak dapat tidak, aku harus mendapatkan maklumat lanjut dari Dr Firdaus dengan segera. Malam nanti aku akan paksa Dr Firdaus memberi maklumbalas.


'Eh, dah dekat nak pukul 7, saya nak balik dah' aku cuba mengalihkan tumpuan.


'Jogging, peluh pun tak keluar, dah siap?' Fareez mengusik.


'Mana ada peluh tak keluar, ni yang basah tudung ni, boleh perah tau... Saya pakai tudung mestilah tak nampak peluh kat dahi..'


'Peluh kat dahi tak nampak, tapi peluh kat hidung, orang kata peluh kat hidung tu perangai kuat cemburu tau..' Fareez mengusik lagi sambil tersengih-sengih.


'Ye lah. Kuat cemburu. Apa-apa pun tak de kena mengena dengan awak'


'Eh, ye ke? Kalau tak de kena mengena, kenapa you nak jogging dengan I?' dia mengusik lagi. Aku tersipu-sipu malu.


'You tahu tak?, orang lain pandang kita tau, kita ni macam merpati dua sejoli...' Fareez membisik ke telingaku. Aduhai, berdiri bulu romaku, saat dia membisik ke telingaku. Bau badan peluh bercampur perfume nya memang menggodaku.


'Saya nak balik lah!' aku terus berjogging balik ke MyVi yang terparkir disebelah keretanya.


'Oit... perlahan lah sikit... hehehehehehe' Fareez mengekeh-ngekeh mengejarku dari belakang.


'Ingatkan dah tak larat tadi? Rupanya lari lagi laju dari I' Fareez tercungap-cungap saat sampai ke keretanya.


'Okay. Saat manis ini akan I kenang sampai bila-bila' Fareez tersenyum girang. Aku tunduk termalu-malu. Aku terus memasukki keretaku dan memulakan enjin kereta.


'Ok, nice jogging with you. See you tommorrow, or I'll call you tonight okay?' Fareez menitipkan pesan saat aku mengundurkan keretaku. Aku mengangguk dan mengucapkan salam. Di dalam hatiku terasa ada bunga-bunga kecil saat aku meninggalkan Fareez tadi. Sedar-sedar sahaja aku sudah berada di bawah flatku. Masuk ke rumah Elin sudah mengadap tv dengan cerita sinetron Indonesia yang sudah hampir tamat.


'Wahh... jogging ke? Dah lama kak Intan tak jogging? Tiba-tiba je jogging? Ada mimpi ke malam tadi?'' Elin tersengih-sengih mengusikku.


'Memang mimpi, mimpi ngeri tau malam tadi...' aku menyahut sambil menjenguk ke dapur.


'Elin ada bawakan akak kek brownies Amanda dengan kek cheese Kartika Sari. Pisang Mollen, Durian Mollen sedap tau!'


'Mmmm sedapnya, lepas mandi ni nak makan lah!, baru jogging hilang berapa kalori, tambah lagi beribu kalori..hehehehehehe' aku tersengih lalu masuk ke bilikku.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 13-7-2010 06:38 PM | Show all posts
thanks liya,, nti sambng lagi ye,..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 06:58 PM | Show all posts
Reply 527# pura

pura....td baca part yg dia sedar dr mimpi tu dkt blog.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-7-2010 07:00 PM | Show all posts
Reply  pura

pura....td baca part yg dia sedar dr mimpi tu dkt blog.
dee556 Post at 13-7-2010 18:58



   alaaaaaaaaaa
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 08:01 PM | Show all posts
uwaaa.. kat blog aku baca.. kat sini aku baca...
next next
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 08:58 PM | Show all posts
time kacih liya senang2 smbg lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 09:45 PM | Show all posts
saspennya...rupanya hanya mimpi...
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 09:51 PM | Show all posts
Mimpi rupanya lega...........
Reply

Use magic Report

Post time 13-7-2010 11:30 PM | Show all posts
Ha ha pandai liya...
jenuh speku...ropenya mimpi ngeri
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 12:14 AM | Show all posts
nite sume...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 12:56 AM | Show all posts
alaaa...knp mimpi plak...nak intan ngan fareez...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-7-2010 12:59 AM | Show all posts
nite sume...
pura Post at 14-7-2010 00:14


Nite pura bsk merempit lagi
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 07:22 AM | Show all posts
Nite pura bsk merempit lagi
qimi08 Post at 14-7-2010 00:59



   morning kak qimi...morning frenz

arini merempit malam je macam base...
kat opis tak le.. internet cannot access
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 07:24 AM | Show all posts
nasib mimpi..x best kena tangkap basah tau...
Reply

Use magic Report

Post time 14-7-2010 07:25 AM | Show all posts
oppss..
morning semua...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 09:27 PM GMT+8 , Processed in 0.216706 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list