CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: mawarputih2612

♥ Angie + Brad Story V ♥

  [Copy link]
Post time 31-1-2010 05:48 PM | Show all posts
What breakup?

Brad Pitt and Angelina Jolie stepped out Saturday night to attend the Directors Guild of America Awards in Los Angeles – and observers say the couple were as happy as can be.

"They looked very giggly," an onlooker tells PEOPLE.

Pitt, who was at the Hyatt Regency Century Plaza to introduce his Inglourious Basterds director Quentin Tarantino, was an attentive companion to Jolie, a surprise guest, who wore a gray, single-shoulder Elie Saab gown with gold hoop earrings by Ofira Schwartz, Stuart Weitzman shoes and a vintage bag.

Pitt, whose beard has been trimmed to a goatee, pulled Jolie's chair out for her and touched her back throughout the night as they chatted animatedly with Tarantino at a table of colleagues from their film.

"They look like they are having a fun time," says an onlooker of the couple as they worked the room. "It's definitely a date."
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-2-2010 08:59 AM | Show all posts
525# deena7

wahhhhh..kannnnnn..sapa kata break up...takde gambar ke?..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2010 10:28 AM | Show all posts
Gelora hubungan Brad & Angelina

Susunan AMIRAH AMALY SYAFAAT
[email protected]

DUNIA hiburan Hollywood gempar seketika pada pertengahan Disember lalu apabila pelakon berbibir seksi, Angelina Jolie melakukan kerja gila. Dia mahu membunuh diri.

Tindakan bodoh itu kononnya disebabkan rasa curiga terhadap Brad Pitt yang ketika itu pergi ke Perancis.

Angelina beranggapan kekasihnya itu mahu meninggalkannya selepas ke negara berkenaan.

Sebenarnya Angelina lebih banyak bermain emosi dan memikirkan apa yang akan terjadi sekiranya lelaki berkenaan meninggalkan dia buat selama-lamanya.

Gangguan emosi berlaku selepas aktor kacak itu menyatakan hasrat untuk keluar meninggalkan Angelina dan enam orang anak dari rumah yang mereka diami itu.

Alasan mudah diberikan Brad kononnya dia rindukan saat-saat semasa hidup bujang dan lebih tenang tanpa sebarang gangguan.

Rakan baik Angelina memberitahu, wanita berusia 35 tahun itu bertindak agresif selepas menemui dokumen pembelian rumah di sebalik himpunan buku dan kertas di bilik bacaan kediaman mereka di Los Angeles.

Dokumen itu turut mencatatkan harga rumah tersebut bernilai kira-kira RM3.9 juta. Walaupun Brad belum mengisinya, tetapi penemuan itu telah menghancurkan hati Angelina.

Sejak saat itu, bintang Tomb Raider ini mengalami kemurungan serius, fikirannya berkecamuk bimbang ditinggalkan oleh teman tidurnya itu.

Pelbagai prasangka buruk bermain di mindanya yang menyebabkan dia bertindak agresif.

Hakikatnya, pelakon Playing by Heart ini tidak rela ditinggalkan Brad.

‘‘Saya tidak boleh hidup tanpa kamu. Kehilangan kamu menyebabkan saya sangat sedih dan rasa mahu bunuh diri. Kerana saya pernah cuba membunuh diri semasa muda dahulu,” beritahu bekas model profesional ini mengenai perbualannya dengan Brad, kepada majalah National Enquirer satu ketika dahulu.

Bagaimanapun, ketika ini Angelina memutarkan kenyataan dengan memberitahu media Hollywood bahawa Brad sebenarnya lelaki yang paling membosankan dan beracun.

Baginya, Brad perlu dijauhi agar bisa yang ada pada Brad tidak cepat menular kerana ia boleh mengakibatkan kesakitan luar biasa. Angelina juga menggambarkan seolah-olah lelaki berkenaan sudah tidak lagi berguna dan memberi beban buat dirinya.

Mengikut logik akal, tidak wajar buat wanita yang lahir pada 4 Jun 1975 ini berkata sedemikian.

Berkemungkinan ia adalah kata-kata yang dikeluarkan daripada mulut seorang wanita yang masih mendambakan kasih sayang.

Dia tidak mahu lelaki yang dicintainya mengungkapkan kata perpisahan setelah hidup bersama selama empat tahun.

Retak hubungan pasangan yang tidak berkahwin secara sah itu bermula selepas bertengkar di hadapan tiga rakan mereka di Restoran Alto yang terletak di New York pada 10 Januari lalu.

Selepas makan malam, lelaki berusia 47 tahun ini meminta Angelina untuk berjumpa dengan pakar psikiatri bagi mengubati penyakit curiganya.

Nasihat itu tidak mendapat respons yang baik dan Angelina merasakan Brad sengaja menyakiti hatinya.

Beberapa hari selepas itu, terdapat saksi yang melihat kelibat pasangan itu memasuki pejabat peguam di Beverly Hills. Mereka bersepakat untuk menandatangani surat perpisahan yang tidak bertarikh sebagai bukti bagi menyokong sekiranya perkara itu terjadi.

“Dokumen itu menunjukkan mereka sedang merancang untuk berpisah. Namun, tarikhnya masih belum dipastikan lagi. Surat itu juga ada menyebut tentang tanggungjawab terhadap penjagaan enam anak mereka.

“Tiga anak angkat iaitu Maddox,8, Pax,6, dan Zahara,5, serta anak kandung luar nikah mereka, Shiloh, 3,dan si kembar Knox dan Vivienne masing-masing berusia 17 bulan, berpihak kepada Angelina,” kata sumber kepada akhbar News of the World.

Dalam surat itu juga ia dikatakan mengandungi perjanjian untuk membahagi harta sepencarian sebanyak RM1.131 bilion.

Aset yang dikumpulkan meliputi lima buah rumah termasuk sebuah rumah agam di Loz Feliz, Los Angeles, Dubai dan New Orleans.

Beberapa media termasuk Mail Online menyebut bibit perpisahan mereka berpunca daripada bekas isteri Brad, pelakon Jennifer Aniston.

Ini kerana ramai peminat Brad yang lebih suka melihat pelakon itu kembali bersama Jennifer. Tambahan pula, terdapat campur tangan daripada keluarga pelakon Twelve Monkeys yang masih berharap Brad dan Jennifer dapat bersatu semula.

Semua faktor itu menyebabkan Angelina semakin resah dan tidak boleh duduk diam. Malah setiap berita mahupun gosip oleh pesaingnya itu sering diikuti dan menjadi topik hangat tatkala perselisihan faham timbul di kalangan mereka.

Meskipun, ada sumber terdekat menyangkal bahawa pasangan hangat ini sebenarnya belum berpisah tetapi hakikatnya banyak penyebab mengenai perkara itu.

Kisah kedua-dua pasangan tersebut semakin hangat di bumi Hollywood dan peminat dunia hiburan sedang menanti apakah penghujung kisah membabitkan Angelina dan Brat itu. Terus bercinta atau sudah berpisah?

sumber : utusan.com.my

kalo dah ada sori yer..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2010 11:13 AM | Show all posts
gila punya cite..baca pun sakit hati ja..
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2010 11:16 AM | Show all posts
tipu punyer artikel..main cedok je tuh..cam kelakar plak..yg buruk2 smer pergi kat angie
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2010 02:13 PM | Show all posts
pening kepala baca cerita ni...
mcm cut & paste & translatekan ajer..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 1-2-2010 03:17 PM | Show all posts
Berita menipu ni jgn percaya, utusan ni main amik je kot berita dari tabloid
Reply

Use magic Report

Post time 1-2-2010 03:55 PM | Show all posts
hampeh punya utusan... nasib baik laaaa aku tak melanggan paper tu lagi dah.. even baca online pun tidak!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-2-2010 01:10 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2010 12:24 PM | Show all posts
tak eyok tu kata org nak bunuh diri... mana ada angie nak bunuh2 diri.. maybe dia rasa nak mati dan hidup semula every nite dlm pelukan asmara Brad pitt.. haaa hambik ko yg tulis mcm2 tu...

these people who wrote fitnah about BA are really mental! crazy to be exact!
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2010 01:46 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 4-2-2010 01:52 PM | Show all posts
ha BA gi Director's Guild Awards



Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 02:53 PM | Show all posts
betul ke dorang nk bpisah....
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 04:24 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 04:32 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2010 08:19 PM | Show all posts
they seems soooooo in love
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-2-2010 11:53 AM | Show all posts
Post Last Edit by elisviva at 6-2-2010 11:54

Suka dgn kapel nei..soooo sweet..
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2010 02:08 PM | Show all posts
senang ati dengar diorg tak split.....
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2010 02:51 PM | Show all posts
brad pitt tah pape
Reply

Use magic Report

Post time 7-2-2010 12:40 AM | Show all posts
cantik hijau baju angie nie...wah sudah suka...apa pun mcm positif jekkk
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-10-2024 09:33 AM GMT+8 , Processed in 0.068652 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list