CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: yipun78

BERITA AKHBAR MENGENAI ATM & PDRM

[Copy link]
 Author| Post time 2-10-2007 09:52 AM | Show all posts

Police plan high-tech beef-up to fight crime

Police plan high-tech beef-up to fight crime

By LOURDES CHARLES

KUALA LUMPUR: Police constables equipped with hand-held computers, micro cameras fitted into walkie-talkies and greater use of forensic tools
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2007 10:00 PM | Show all posts
Laptop Panasonic Toughbook
- harga pasaran: RM8000
- harga JP: RM8000000

Reformat lepas 6 bulan pasal penuh virus web melayu bogel
- harga Low Yat: RM100
- harga syarikat IT Bumiputera JP (budak diploma bodo format guna FAT32, lepas 2 minggu HDD korup(pun intended) pasal polis tak reti Shut Down): RM1000000

Ok lah, daripada kasi Low Yat Beng RM100, baik kasi melayu kita RM1000000 kan kan kan.



[ Last edited by  Eokboy at 3-10-2007 10:08 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2007 12:32 AM | Show all posts
Aku sokong pasal upgrading brg2 "state of the art" utk pasukan keselamatan kita, tapi aku cukup tak suka pasal cara perlaksanaannya, mcm JP punya hal lah.....
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2007 08:32 PM | Show all posts

Lagi Kisah Brahmos

India Sedia Jual Peluru Berpandu Supersonik Brahmos Kpd Malaysia         

Oleh P. Vijian

NEW DELHI, 4 Okt (Bernama) -- India berminat menjual peluru berpandu supersonik Brahmos, yang dibangunkan secara usaha sama dengan Rusia, kepada Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekusif Brahmos Aerospace Private Ltd Dr A. Sivathanu Pillai berkata India akan hanya menjual peluru berpandu canggih kepada negara-negara sahabat dan negara rakan strategik yang mempunyai persamaan dari segi keselamatan.

"Kami ada senarai negara-negara yang berminat terhadap produk kami dan negara yang mempunyai bajet pertahanan untuk dibelanjakan. Malaysia sudah pasti dalam senarai itu kerana kami dapat melihat minat yang ditunjukkan oleh negara itu menerusi pameran di Langkawi dan Kuala Lumpur," katanya.


"Kami mempunyai persefahaman yang baik, namun ia belum mencukupi. Kerajaan Malaysia perlu menulis secara rasmi kepada Kerajaan India untuk menjalin hubungan strategik," katanya kepada Bernama dalam temu bual di ibu pejabat Brahmos, di sini.

Saintis India dan Rusia sudah mereka bentuk dan membangunkan peluru berpandu yang dikatakan tiga kali ganda lebih pantas dan tepat mengenai sasaran musuh berbanding peluru berpandu subsonik Tomahawk buatan Amerika.

Peluru berpandu yang menggunakan akronim Brahmos, yang diambil daripada nama sungai Brahamputra India dan Sungai Moscow, adalah hasil usaha sama antara Organisasi Kemajuan dan Penyelidikan Pertahanan India yang berprestij serta Mashinostroyenia of Russia.

Projek itu bermula pada 1998, dan peluru berpandu pertama telah diuji pada 2001.

Susulan itu, sekurang-kurangnya enam ujian lain dijalankan tanpa mengesan sebarang masalah.

Peluru berpandu itu boleh dilancarkan menerusi pelbagai platform -- tanah, air, bawah air dan udara. Ia juga boleh dipasang atas jet pejuang Sukhoi-30MKI.

Malaysia telah membeli 18 pesawat Sukhoi-30MKI buatan Rusia pada 2003.

Peluru berpandu Brahmos, yang kegunaan utamanya sebagai peluru berpandu antikapal, berkeupayaan membawa peluru sehingga 660 paun dan mudah mengena sasaran mush pada jarak 290 kilometer.

"Kami menjual senjata bagi mewujudkan hubungan strategik, dengan kedua-dua negara saling bergantung apabila senjata penting dijual. Saya berharap Brahmos akan membangunkan usaha sama kukuh antara India dan banyak negara lain," kata Pillai.

Sumber-sumber industri berkata selain Malaysia, negara seperti Chile, Kuwait, Afrika Selatan dan Emiriah Arab Bersatu sudah menyuarakan minat terhadap peluru berpandu buatan India-Rusia itu.

Sekurang-kurangnya 1,000 peluru berpandu supersonik itu dijangka dijual kepada negara-negara sahabat, dengan eksport pertama dijangka tahun depan.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report

Post time 4-10-2007 11:41 PM | Show all posts

Reply #521 standupper's post

kasi beli itu Brahmos....mesti itu DELTA berambos lalu mampos.......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2007 07:51 AM | Show all posts

Al Fatihah

Policeman found dead
BERNAMA

SEREMBAN, THURS:

A policeman from the Serious Crime branch or D9 of the Negeri Sembilan Police Contingent was found dead behind a shop house at Taman Lavender Height, Senawang today.
State CID Chief ACP Huzir Mohammad, when contacted, said passers-by found the body of Corporal Amiron Jaafar, 35, about 7am and informed the police.

He said police had yet to ascertain the cause of Amiron抯 death adding that there were no elements of crime or weapon found at the scene although police had yet to rule out foul play.

揥e will wait for the post-mortem report,
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 5-10-2007 07:56 AM | Show all posts
Customs seize fireworks worth RM8 million in three weeks
BERNAMA
Email to friend Email to Friend         Print article Print Article
KOTA KINABALU, THURS:

In just three weeks, the Royal Customs Department Malaysia has seized RM8 million worth of fireworks, way above the RM6.5 million worth seized for the whole of last year.
Customs Director-General Datuk Seri Abdul Rahman Abdul Hamid said today the fireworks were seized during checks at the country抯 entry points as well as on vehicles on roads and business premises.

The latest success was the seizure of 46 boxes of fireworks and sparklers of various types worth RM16,000, believed to have been smuggled in from Thailand, China and Vietnam, in Jalan Putatan, Penampang, Sabah, at 10.30am on Sept 28.

A 32-year-old Sarawakian driving a lorry from Sarawak was detained, he told reporters here.

揑n the run up to Hari Raya, we will continue with our strategy to stop the public, especially children, from playing with firecrackers and sparklers. We will stop the smuggling at the ports. If they manage to sneak through, we will smash their distribution system and if this fails, we will reduce the demand for fireworks.
揑抳e instructed my officers in 扥perasi Outlet
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-10-2007 08:13 AM | Show all posts
Customs seize fireworks worth RM8 million in three weeks
BERNAMA
Email to friend Email to Friend         Print article Print Article
KOTA KINABALU, THURS:

In just three weeks, the Royal Customs Department Malaysia has seized RM8 million worth of fireworks, way above the RM6.5 million worth seized for the whole of last year.
Customs Director-General Datuk Seri Abdul Rahman Abdul Hamid said today the fireworks were seized during checks at the country抯 entry points as well as on vehicles on roads and business premises.

The latest success was the seizure of 46 boxes of fireworks and sparklers of various types worth RM16,000, believed to have been smuggled in from Thailand, China and Vietnam, in Jalan Putatan, Penampang, Sabah, at 10.30am on Sept 28.

A 32-year-old Sarawakian driving a lorry from Sarawak was detained, he told reporters here.

揑n the run up to Hari Raya, we will continue with our strategy to stop the public, especially children, from playing with firecrackers and sparklers. We will stop the smuggling at the ports. If they manage to sneak through, we will smash their distribution system and if this fails, we will reduce the demand for fireworks.
揑抳e instructed my officers in 扥perasi Outlet
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-10-2007 08:22 AM | Show all posts
OPS SIKAP: Travelling incognito to nab errant bus, taxi drivers
BERNAMA

BENTONG, THURS:

More than 100 policemen and officers will disguise as passengers and travel in buses and taxis to ensure that the drivers follow traffic regulations during the 15-day Ops Sikap XIII beginning Sunday.
Inspector-General of Police Tan Sri Musa Hassan said the policemen will travel along the north, south and east routes to enable immediate action to be taken against errant drivers.
揂ction against the errant drivers can be taken immediately upon arrival at the destinations,
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2007 10:53 PM | Show all posts

Pelajar terbunuh trak bawa anak tentera ke sekolah rempuh pokok

KUCHING 5 Okt. - Seorang pelajar tingkatan tiga terbunuh apabila trak tentera yang dinaikinya bersama 11 pelajar lain untuk ke sekolah pagi ini terbabas lalu melanggar sebatang pokok di kilometer 14 Jalan Kuching-Serian di sini.

Dalam kejadian 6.45 pagi itu, Mohd Norhaziman Selihin, 15, pelajar tingkatan tiga Sekolah Menengah Kebangsaan Wira Penrissen, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Umum Sarawak akibat kecederaan teruk di kepala dipercayai terhantuk objek keras.

Dua adiknya, Mohd Safik, 9, dan Mohd Aizat, 8, terselamat, kata Ketua Polis Daerah Kota Samarahan, DSP Abang Abdillah Abang Abdul Majid.

Trak tiga tan itu sedang membawa anak-anak anggota tentera ke sekolah yang terletak berhampiran Kem Penrissen Batu 8.

揚emandu berusia pertengahan 20-an itu ditahan oleh Polis Tentera untuk siasatan lanjut,
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2007 12:32 PM | Show all posts

Reply #530 tangopapa's post

kekadang aku kesian tengok anak2 askar ni pi sekolah naik trak, apa la salahnya setiap kem menyediakan satu biji bas instead of trak utk angkut anak2 depa setiap hari. Mesia kan pengeluar bas yg besar jugak, tak payah la mark up herga bas tu sampai sejuta hinggit sebiji, beli direct kat manufacturer base on herga tempatan, duty free, pas tu discount lagi 50% atas dasar khidmat masyarakat untuk ATM bagi pihak JP Inc. So, JP-JP semua, pi la masuk baris cucuk jarum utk supply bus sekolah ke semua kem tentera di mesia....
Reply

Use magic Report

Post time 6-10-2007 01:12 PM | Show all posts
Budget takde kot? Sekarang nie pulak kan Kerajaan lebih mengeutamakan Pembangunan Wilayah seperti WPI, Wilayah Utara, Wilayah Timur dan pelbagai wilayah lagi sehingga kan Minyak di Kelantan pun nak didaratkan ke Negeri Thai instead of Negeri Kelantan itu sendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2007 10:32 AM | Show all posts
hu hu.. bahaya jugak naik trak ni...aku pun takut jugak naik trak trun skolah ni... ade insurans tak bagi penumpang trak??
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2007 11:34 PM | Show all posts

Reply #531 windof's post

wa tak tahu nak cakap apa, tunggulah wa jadi PAT nanti..........
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2007 12:23 PM | Show all posts

Reply #534 tangopapa's post

lu akan jadi PAT bila wa jadi MENHAN.... tapi wa buat lawak jer....kui...kui..
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2007 05:11 PM | Show all posts
11 Oktober, 2007 13:36 PM     

Anggota Polis Marin Ditambah Kawal Pantai N.Sembilan-Selangor


PELABUHAN KLANG, 11 Okt (Bernama) -- Timbalan Menteri Keselamatan Dalam Negeri Datuk Mohd Johari Baharum berkata kerajaan akan cuba menambah anggota polis marin terutamanya bagi mengawal kawasan pantai dari Negeri Sembilan ke Selangor.

Kawasan sepanjang pantai di tiga buah negeri itu merupakan satu kawasan strategik terutama bagi aktiviti penyeludupan kerana kedudukannya berdekatan dengan Indonesia, katanya selepas berbuka puasa bersama 40 anggota polis marin di atas bot-bot peronda pasukan itu yang melabuhkan sauhnya di Selat Md Zain dekat sini semalam.

"Diharap sayap marin akan dilengkapi dengan peralatan yang sesuai dengan keadaan semasa.

"Kita harap kita akan dapat menambah anggota kita dan juga bot-bot tambahan. Saya difahamkan kita sedang tender beberapa buah bot dan Insya Allah keputusan akan dibuat tidak berapa lama lagi untuk membeli beberapa buah bot baru untuk mengganti yang ada," katanya.

Beliau berkata bot-bot baru itu adalah daripada kelas PA berjumlah tiga buah yang masih tidak mencukupi untuk kegunaan polis marin.

Mohd Johari berkata polis marin mengalami kekurangan bot peronda apabila 15 bot peronda mereka yang terbesar dari Kelas PZ telah diserahkan kepada agensi penguatkuasa samudera yang baru, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM).

"Namun demikian saya lihat akhir-akhir ini bot-bot itu masih tidak digunakan sepenuhnya tetapi kalau bot-bot ini tidak diguna saya takut bot ini akan rosak," katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata sekiranya pihak APMM tidak cukup anggota untuk mengendalikan bot-bot itu mungkin sebahagian daripadanya boleh diserah balik kepada polis untuk digunakan daripada ia terbiar rosak.

Beliau berkata lawatan beliau semalam adalah bagi meninjau keadaan anak-anak buahnya daripada Polis Diraja Malaysia terutamanya dalam bulan Ramadan ini dan berbuka puasa bersama mereka yang tidak dapat berbuka puasa bersama keluarga dan orang yang tersayang kerana tugas mereka kepada negara.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-10-2007 05:12 PM | Show all posts
haiya itu APMM tarak pakai bot ka.......
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2007 05:33 PM | Show all posts
Raja CSI


Oleh Norakmah Mat Youb
[email protected]







JENAYAH kini turut mengalami "perubahan" menjadi semakin canggih. Penjenayah semakin bijak menghilangkan "jejak" daripada dikesan pihak berkuasa. Berikutan itu tanggungjawab Unit Siasatan Tempat jenayah (CSI) Polis Diraja Malaysia (PDRM) semakin penting bagi mencari bukti untuk mendakwa mereka yang bertanggungjawab.

CSI menjadi elemen penting dalam setiap penyiasatan terutama membabitkan kes bunuh, rompak dan rogol, dilakukan mengikut kehendak sains forensik bagi memastikan setiap bahan buktinya kukuh.

Unit CSI Makmal Forensik PDRM yang diketuai Superintendan Amidon Anan sentiasa ada di setiap lokasi kejadian jenayah yang memerlukan khidmat mereka sehingga beliau digelar Raja CSI.

Gelaran yang diberikan di kalangan media itu terus melekat sehingga kini sejak mengendalikan proses kes rogol bunuh membabitkan jurutera komputer, Noor Suzaily Mukhtar sehingga tertangkapnya penjenayah terbabit pada tahun Oktober 2000.

Selain itu, beliau juga mengendalikan beberapa kes berprofil tinggi seperti kes rogol dan bunuh, Canny Ong, model warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu, dan terbaru kes pembunuhan kejam Nurin Jazlin Jazimin, 8.

Dengan kepakaran dan kejayaan mengendalikan beberapa kes berprofil tinggi, PDRM melanjutkan lagi perkhidmatannya selama setahun yang sepatutnya berakhir tahun lalu.




KETELITIAN penting ketika menjalankan siasatan.


"Saya manusia biasa yang bertanggungjawab menolong setiap manusia tidak kira hidup atau mati. Orang yang sudah meninggal dunia saya tolong dengan cara mencari bahan bukti di tempat kejadian bagi membantu polis mengesan individu yang melakukan jenayah itu," katanya.

Beliau berkata, bagi mengaitkan kehadiran penjenayah di tempat kejadian, banyak kaedah boleh digunakan termasuk mengesan cap jari dan bekas tapak kasut.

Namun katanya, kepintaran penjenayah seperti memakai sarung tangan untuk tidak meninggalkan sebarang kesan cap jari turut memeningkan pihak berkuasa tetapi dapat diatasi dengan menggunakan kaedah asid deoksiribonukleik (DNA).

"Kaedah DNA sudah digunakan secara meluas dan melalui kaedah itu, banyak kes dapat diselesaikan. Dalam kes rogol, air mani perogol dapat dikesan menggunakan alat sinaran cahaya yang dipanggil 'Polilight PL500.'

"Alat itu mengeluarkan dan mampu mengesan air mani dalam tempoh cepat dan tepat. Selain itu, alat berkenaan juga boleh digunakan untuk mengesan tompokan darah serta cap jari penjenayah atau mangsa. Tompokan air mani serta darah kering walaupun sudah berbulan lamanya dan dibiarkan begitu saja, boleh juga dikesan," katanya.

Menceritakan detik awal sebagai pegawai CSI, Amidon berkata, segala-galanya bermula ketika tragedi runtuhan kondominium Highland Towers, yang mengorbankan 48 nyawa dan menjadi kejadian paling menyayat hati di negara kita.

"Ketika itu teori sains forensik sama ada kajian DNA, pengumpulan maklumat di tempat kejadian dan analisis sains dipraktikkan bagi menyelesaikan pelbagai kes rumit yang dikendalikan pihak berkuasa.

"Dalam tragedi itu, saya ditugaskan membantu mencari mangsa yang tertimbus. Sejak itulah saya lebih mengenali kemajuan DNA dan pelbagai teori sains forensik yang sangat membantu dalam membuat pengecaman identiti mangsa," katanya.

Berdepan dengan Amidon, pasti kita tidak menyangka beliau sudah lali berhadapan dengan mayat dalam keadaan mengerikan dan mempunyai tugasan berat kerana beliau seorang yang sangat tenang dan suka melawak.

"Saya sentiasa mengingatkan pegawai CSI supaya ikhlas membantu mangsa ketika melakukan siasatan. Kerja dilakukan sepenuh jiwa, tidak sesekali dicampur-adukkan dengan pelbagai masalah lain dengan niat membantu menyelesaikan kes.

"Antara kes terbaru dan paling menyayat hati serta membuatkan jiwa saya meruntun hiba ialah pembunuhan Nurin Jazlin. Polis berusaha keras untuk mengesan pembunuhnya," katanya enggan bercerita lanjut kerana kes itu masih dalam siasatan.

Amidon berkata, siasatan di tempat kejadian penting dan semua bukti perlu dikumpulkan walaupun sehelai bulu kerana dari situ boleh mengesan orang yang melakukan jenayah berkenaan.

"Dengan itu kita boleh membayangkan apa yang sebenarnya berlaku. Kebiasaannya, sebelum memulakan kerja pasti saya akan meminta kebenaran mangsa dengan niat menolongnya. Saya lebih suka berada di tempat kejadian kerana boleh menjiwai bagi membantu kerja," katanya.

Katanya, sebelum unit CSI diwujudkan dalam pasukan pihak berkuasa itu, memang sudah ada bahagian yang dipertanggungjawabkan menyiasat kes jenayah tetapi tidak terperinci sebagaimana unit ini yang diperakui pada peringkat antarabangsa.

Ditanya perbezaan unit CSI PDRM dan Forensik Patologi, Amidon berkata, unit itu hanya boleh melakukan kerja penyiasatan di lokasi kejadian berbanding pakar perubatan yang melakukan bedah siasat ke atas mayat yang dirujuk di hospital.

"Polis tidak boleh membedah mayat seperti pakar perubatan. Kami hanya mencari bukti dan punca kejadian berdasarkan siasatan di lokasi kejadian," katanya.


- Berita Harian -


Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2007 06:34 PM | Show all posts
[quote]The Star   Nation
Saturday October 13, 2007
Raya not the same without Sheikh Muszaphar, say friends
KLIK UTK TONTONAstronaut send-off viewing at Rebung Restaurant

MALAYSIA扴 first astronaut Dr Sheikh Muszaphar Shukor is celebrating Hari Raya Aidilfitri in space while his business partner Chef Ismail Ahmad, restaurant staff and close friends miss him dearly.

For most of them, this is the first time in recent years that they are celebrating the festival without Dr Sheikh Muszaphar.  

揑n the past few years I drove him around on the first day of Raya when he visited his friends, before I went back to my own family,
Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2007 06:51 PM | Show all posts

Reply #539 kuihkoci's post

Syok ker bro jadi flamer?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-1-2025 09:40 PM GMT+8 , Processed in 0.076966 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list