|
Balas #499 kaypo\ catat
Aku sokong !!! heh..heh.. |
|
|
|
|
|
|
|
BEST........... uzir n fuyah forever..... |
|
|
|
|
|
|
|
dah berdamai pon kan bagus. lepas ni uzir kena plan baik punya supaya fuyah jatuh chenta kat dia plak |
|
|
|
|
|
|
|
best... cepat2lah sambung
|
|
|
|
|
|
|
|
ala ciput jer
jgn le fenin2 tuan rumah
lepas ni bleh wat pjg2 yek meleret pun okay jer |
|
|
|
|
|
|
|
ala....
xlama lg... cinta berputik la 2... |
|
|
|
|
|
|
|
suka... suka...suka... |
|
|
|
|
|
|
|
REUNION DINNER - FORM 5 CLASS OF 2003
SEKOLAH MENENGAH SULTAN IDRIS SHAH
tercatat di signboard di pintu masuk Restoran Duyung Kelab Darul Ehsan. Fauziah bergegas masuk sambil meneleng ke arah jam dinding. Sudah pukul 8.45....lambatnya aku. Majlis bermula pada pukul 8 malam.
" Fuyah... kenapa lambat?" suara Gina mencecah gegendang telinganya . Suasana hingar bingar dengan gelak tawa dan perbualan rakan rakan sekolah yang sudah bertahun tak bersua.
" Sorry...sorry. Aku ada hal sikit tadi. Anyway, I'm here now" balas Fauziah sambil memeluk kawannya itu. Sebenarnya dia terlupa terus tentang reunion ini dek kekalutan yang melanda sejak seminggu dua ini. Nasib baik Gina hantar SMS.
Fauziah menebar pandang ke sekitar coffee house. Kira kira 80 orang yang hadir dari 200 lebih pelajar batch mereka. Yang lain mungkin berada jauh dari KL atau masa tak mengizinkan. Dia terus dikerumuni rakan rakan lama.
" Fauziah... wow, you look so different now. So feminine. Where are you working?" tanya Soo Mei , Ketua Pengawas mereka dulu.
" Feminine ka? He..he.. baju pinjamlah. " Fauziah tersengih. Terpaksa aku pinjam pareo batik sutera Kak Liza yang berwarna biru untuk menepati tema majlis. Warna sekolah mereka biru dan kuning menjadi tema pakaian malam itu. "I jadi Accounts & Admin Officer kat Tapis Engineering. Its a small oil & gas consultancy."
" Ya lah. Cantik makcik ni sekarang. Rugi aku tak mengorat dulu" usik Rushdi atau lebih di kenali dengan nama Tauge sebab fizikal nya yang kurus dan putih dan " lembik"
" Banyaklah kau punya mengorat. Aku herdik sikit pun kau dah lari" tingkah Fauziah.
"You tinggal kat mana? Still single or dah attached? Eh, meet my fiancé , Chris" sampuk Diane, gadis Chindian yang berwajah Melayu yang satu pasukan netball dengan Fauziah di sekolah.
" I'm staying at Setiawangsa. Still single. Tak laku lah" gurau Fauziah sambil berjabat tangan dengan Chris, lelaki Cina yang tinggi lampai. Memang padan mereka berdua; seorang cantik seorang kacak.
Bertubi soalan di susuli tawa riang dan gurau senda mereka. Fauziah mencari tempat duduk dan pada waktu yang sama tertangkap kelibat Ashraf. Kalau boleh dia ingin mengelak bertembung dengan Ashraf. Sejak peristiwa di kampung hari itu, Fauziah tidak lagi menjawab phone call atau SMS bakal adik iparnya. Serik!!! Acap punya pasal lah aku hampir kena kahwin dengan BBC.
Ah... itu pun dia . Wah, bukan main lagi Acap berbual mesra dengan Ayu, gadis paling "hot" batch mereka. Masa sekolah dulu Ayu memang ada hati pada Acap. Fauziahlah yang menjadi posmennya ketika di Tingkatan Empat. Tapi Acap ketika itu jual mahal konon. Sekarang sudah lain cerita, mata Acap tak berkelip memandang gadis yang memakai baju singkat dan body hugging itu. Ayu yang menjadi pramugari sebaik saja mendapat result SPM , melentok manja. Senyuman gatal tertancap di muka Acap. Eeeiii! Apalah nak jadi dengan player Kampung Bidara ni. Kalau Wani nampak mesti dia bengang.
[ Last edited by sang_arjuna at 19-2-2009 03:12 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
" Fuyah, jom duduk dengan kita" Gina menarik tangannya ke meja yang hampir penuh. Diane dan tunangnya, Rais dan pasangan kembar Adila - Azila sudah mengambil tempat di meja yang sama. Cuma dua kerusi masih kosong.
" Anyone sitting here?" Ashraf menarik kerusi sebelah Fauziah. Errkk.. Mamat ni tiba tiba saja menjelma. Tanpa menunggu jawapan dia melabuhkan punggung di kerusi berbalut kain putih dan beriben biru. Tak ada tempat lain ke? Fauziah segera menuju ke meja buffet untuk mengambil makanan.
"Kau macam tak suka jer aku duduk sini?" tanya Ashraf dengan suara rendah sebaik saja Fauziah kembali ke tempat duduknya. Pinggannya di isi char kuay teow dan dua cucuk satay.
Fauziah pura pura tak dengar lalu menyuap sesudu kuay teow ke mulut. Mmm.. boleh tahan sedap. " Tak makan ke, Acap?" soalnya sekadar berbasa basi. Ashraf masih membatu di sebelahnya.
" I tak lapar lagi. Biarlah yang perempuan ambil dulu. I ni gentleman"
" Gentleman ke gatalman? Mesra nampak kau dengan Ayu. I report kat Wani karang." Acah Fauziah.
Ashraf tersentak. Matanya membulat. " Eh, takkan you tak tahu?"
Fauziah menyisip air teh o ais yang baru di hantar oleh pelayan. " Tahu apa?" balasnya.
" Wani dengan I dah putus tunang. " Ashraf menggoyang jari telunjuknya di depan muka Fauziah." No... its not my fault. Wani yang minta putus. Dia jumpa orang lain"
" Ha?" Fauziah tercengang. Bila masa Wani jumpa orang lain? Siapa jejaka itu? Kenapa aku tak tahu cerita? Hari tu Kak Long kata Wani dan Acap dah settle. Berbagai emosi melandanya. Sudu yang berisi kuey teow di pegang tanpa bergerak. Langsung terlupa nak suap ke mulut.
Ashraf tersenyum melihat muka Fauziah yang sarat dengan persoalan. " Kau tak nak kuey teow tu, meh aku makan." Ashraf menarik tangan Fauziah yang memegang sudu ke mulutnya. Fauziah yang masih terkejut tidak dapat mengelak.
" Mmmm... sedapnya bila orang suap" kata Ashraf sambil mengunyah perlahan
" Wah... romantiknya korang. Makan satu pinggan, suap menyuap lagi. Prektis untuk makan beradab , ya." sampuk Azila atau nama pendeknya Zizi sambil ketawa kecil. Dia mencuit Fauziah" Itulah orang kata jangan benci sangat, nanti jadi sayang."
Muka Fauziah merona. Nasib baik ketika itu lampu di malapkan untuk acara Looking Back in Time. Kelakar sungguh bila gambar aksi mereka masa zaman sekolah di paparkan di atas skrin besar. Mak aihh... sikit punya toya lah rupa masing masing! Fauziah terlupa sekejap tentang Wani dan pakwe barunya.
Selesai presentation yang kelakar tak hengat mengalahkan Raja Lawak, disusuli pula pertandingan karaoke.
" Kesian kau, tak pasal pasal kena kahwin dengan Uzir. Semua kerana kau nak cuba selamatkan hubungan aku dengan Wani , kan?" Ashraf bersuara
Haruskah aku bagi tahu kisah sebenar aku dengan Uzir? Atau biarkan saja? Kalau Acap tahu aku dengan Uzir sudah tiada hubungan kecuali sebagai boss and kuli, apa reaksi nya? Dan apa bicara hati aku pula? Apa perasaan sebenar aku pada Acap? Hari itu aku memang rasa sesuatu bila dengan nya. Cuma aku tak berani biarkan rasa itu menular.
" Kenapa kau diam saja Fuyah? " tanya Ashraf dengan renungan yang menusuk
"Ssshhh... aku tengah concentrate tengok si Ayu menyanyi" Fauziah berdalih. Ayu dengan gaya menggodanya " menyumbangkan" lagu Teman Tapi Mesra. Nasib baik dia tak menyanyi Makhluk Tuhan Yang Paling Sexy....rasanya tak bernafas terus separuh lelaki kat sini!
" Kau tak nak berduet dengan dia? Bukan main mesra lagi korang tadi" perli Fauziah
" Ek eleh... jeles kah Cik Fuyah? " cepat Ashraf membidas. Ho hooo.... Fuyah jeles. Ada feeling kat aku kot?
" Sor-ry ...jangan perasan lah Cap" cemuh Fauziah tanpa memandang wajah lelaki di sisinya itu. Takut matanya "ter" - cerita isi hati.
" Alaa.... jeles lah...jeles lah" desak Ashraf, bergurau. Terlepas juga tawa Fauziah. Ntah apa apa lah Acap ni.
" Bila kau pergi Japan?" Fauziah menyuap ais kacang yang sudah mula cair. Jeremy, juara Talentime sekolah pula menggantikan Ayu, menyanyikan lagu I'm Yours. Memang lunak suaranya.
" Minggu depan. Esok kita keluar nak? Saja lepak lepak. Takkan bakal suami kau marah?" duga Ashraf. Mulutnya berat hendak menyebut nama Uzir. Rasa macam nak usir je si Uzir dari hidup Fuyah. Mengacau!
" Sorry , esok aku pergi Bali untuk company trip. Aku kena balik awal ni, esok kena ada kat KLIA pukul 7 pagi." Jelas Fauziah. Kak Liza yang menghantarnya tadi dalam perjalanan ke rumah abangnya di Taman Melawati dan akan menjemputnya balik.
Ashraf melepaskan keluhan. " Maknanya aku tak akan jumpa kau selama 6 bulan. Entah entah kau dah jadi isteri orang bila aku balik"
"Merepeklah kau. ..." Sekali lagi otak Fauziah bergelut. Nak bagi tahu atau tidak? Lambat laun dia akan tahu juga. " Aku tak jadi kahwin dengan Uzir"
" Betul ni? Kalau camtu , aku suruh mak aku pinang kau" Mata Ashraf bersinar sinar. |
|
|
|
|
|
|
|
yesssssssssssssssssss
acap dgn fuyah.... |
|
|
|
|
|
|
|
alaaaa.....taknak lah acap ngan fuyahhhhh!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
x nak acap dgn fuyah.........nak uzir gak...... |
|
|
|
|
|
|
|
mmm...chengken pun nak uzir ngan fuyah....
yang wani tuhmintak putus ngan acap tu pasai apa la plak... |
|
|
|
|
|
|
|
ala...x cukupler...sambungler lagi...hehehehe |
|
|
|
|
|
|
|
tak nak fuyah dgn acap....NAK FUYAH DGN UZIR...biar kan acap tu dgn ayu ker... |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|