CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: rezeki

MERGE:NOTA PENGALAMAN KE TANAH SUCI MADINAH & MEKAH (Rezeki and Ustaz)

 Close [Copy link]
Post time 18-6-2008 05:54 PM | Show all posts
tau tak doa 'robbiyassir walatuassir....' tu?
doa utk permudahkan segala perkara....
baca doa itu je...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2008 06:14 PM | Show all posts

Reply #517 ustaz's post

salam...

saya bukan apa... kadang2 bila dengar citer orang pegi mekah nih, cam ada competition lak... citer hotel dekat ngan masjid... tak ada susah buat haji... macam nak kata, kalau jemaah yang susah tuh, banyak buat dosa sebab tuh tuhan balas masa haji... kenkadang...kalau dalam satu group tuh sembang pasal haji, saya selalu perasan orang yang pegi muasassah tak banyak citer... sekadar angguk dan senyum jek... kalau yang dok hotel best2 dapat layanan first class, citer nya hebat2 belaka... bila dengar sumer nih saya rasa cam sedih dan takut... takut nak amik package sebab nanti keluar rasa riak dan sombong hanya kerana mampu duduk di tempat yang selesa...

saya lebih sedih bila orang citer jemaah muassassah macam tak ada tamadun selalu berebut2 sebab tempat derang banyak kekurangan... macam ada kasta pulak waktu menunaikan haji...

sebab tuh saya tak tau nak buat keputusan... nak amik package ker nak amik muasassah jek... kalau saya amik package pun, hanya kerana nak potong queue kuota... tapi, takut timbul riak... takut rasa cam bagus sebab gi haji pakai package... takut pandang rendah pada orang lain yang tak mampu amik package...takut dengki@sakit ati dengan orang yang amik package lebih mahal dan sombong dengan kemudahan mereka... ini saya dengar dari jemaah waktu di mina/muzdalifah waktu berkhemah sombong tak kasi jemaah dari rombongan lain tumpang kemah derang.. toilet pun tak leh tumpang sebab derang bayar package mahal... subhanallah... tak kah bumi nih bumi Allah... kenapa nak berkira sangat...

apa pandangan rakan2?
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2008 08:32 PM | Show all posts

Reply #522 Ser3ndIpIty's post

Macam rasa nak menangis kakak membaca catatan Ser3.  Tapi kakak tak layak nak beri pandangan.  

Cuma satu je pada pendapat kakak, Sers buatlah solat istikharah, minta petunjuk untuk buat pilihan.    Itupun kalau pendapat kakak ni betul.

Kakak juga berharap ada pembaca yang sudi memberi pandangan untuk Sers buat panduan.
Reply

Use magic Report

Post time 18-6-2008 11:18 PM | Show all posts

Reply #522 Ser3ndIpIty's post

saya pun macam kak ros.. saya pun tak layak untuk memberi sebarang komen. Mudah mudahan Allah jauhkan kita semua dari segala sikap ujub, riak dan juga takabur.. U mempunyai "point" yang teramat amat bagus. Tapi saya bukannya orang yang layak untuk menbuat kupasan secara terperinci akan "point" yang u berikan itu.

tapi bagi saya ... ni.. saya pilih pakej disebabkan status saya masih lagi "standby" di Tabung haji....  jauh sekali  dan tidak terlintas untuk menunjuk nunjuk. Hotel yang dekat dengan masjid bukannya "untuk mudah buat haji"  tapi memudahkan untuk urusan ulang alik sewaktu sembahyang berjemaah terutamanya di makkah ... Saya mohon dengan Allah agar dipermudahkanNya urusan saya pergi dan balik ke masjid....memudahkan akak membuat urusan kebersihan "jika" ada permasalah kaum wanita... eg.. keputihan.. istihadah dll... (berdoa agar tidak ada masalah seperti ini) kerana jika ini berlaku ianya menuntut saya untuk sering membuat urusan kebersihan.. kerana jika ada permasalahan seperti ini... wuduk boleh tahan untuk satu waktu solat dan beberapa solat sunat... Jika hotel berdekatan maka urusan seperti ini akan memudahkan. Mudah mudahan lah. Kerana segala galanya datang dari Nya yang maha berkuasa. Kita cuma boleh berdoa dan berjumpa pakar sakit puan sebagai usaha.

Kesusahan sewaktu di Tanah suci sering di kaitkan dengan amalan kita... .. juga saya bukan orang arif untuk memberi penjelasan.. cuma apa yang saya agak kesal ialah dengan sikap travel agent dan juga pengusaha hotel di Tanah suci...
eg:- sewaktu umrah:--- kisah dan juga pengalaman seorang sahabat yang yang telah menjadi kenalan baik saya di sebabkan "umrah" dan ke masjid bersama sewaktu di tanah suci lepas....... minta bilik untuk ber 2 tapi diberinya bilik yang untuk berempat dan berkongsi bilik air... bila ditanya dengan pengusaha hotel kenapa tidak seperti yang dijanjikan?... jawabnya mudah..... di sini tak boleh komplen banyak2. tapi dia lupa... Akad atau kontrak ( betulkan saya jika saya silap ) telah berlaku sewaktu kita memilih jenis pakej dan juga jenis bilik... juga bayaran dibuat atas dasar pemilihan tadi... ni macamana pulak kan... Saya pun tak faham ... betul ke kita tak boleh komplen banyak di tanah suci dan kena reda di atas segalanya ( maksud saya contoh bilik tu la ). Tidak kurang juga ada yang membuat kenyataan ... buat apa membazir ikut pakej... eg... pakej AL MAS (rm 89,000) TH Travel tahun lepas. bayaran untuk seorang dah boleh 10 orang naik haji... ini macamana pulak... kenapa kena ada kayu ukuran seperti itu (bagi yang memberi komen). kenapa kita tidak kata ...syukur ... itu rezeki dia kerana dia mampu.

saya rasa sungguh takut bila membaca ada yang terjadi sedemikian seperti wujud seolah olah macam kasta ... saya sungguh takut. Kesimpulannya.......  rezeki itu datang dari Allah.... kalau ada rezeki lebih apa salahnya menyelesakan diri ikut pakej haji  yang "mengikut kemampuan" tapi jangan la sampai ada riak dan rasa diri hebat kerana mampu.  tetapi jika mampu dan ingin ikut muassasah ... ianya adalah pilihan masing masing. kerana semuanya.....  kita akan berjihad dengan diri sendiri dan juga berjihad dengan segala galanya.

Maaf jika ada yang saya tulis ini salah.

[ Last edited by  bayangan_rindu at 18-6-2008 11:40 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2008 10:00 AM | Show all posts
kasta? sebenarnya muasassah tidak seteruk yang mungkin anda jangkakan...
Setiap umat itu memang telah tertulis dalam qadaq dan qadarnya bila dia akan menjadi tetamuNya...
kita harus fikir positif dalam semua perkara, lebih2 lagi dalam bab menunaikan ibadah...
jangan fikir kalau ikut pakej, pasti akan dapat tempat... jangan
jangan fikir kita ikut muasassah, semuanya akan susah... jangan
jangan sangka kita pernah buat silap, ada dugaan menanti kita di sana... jangan
haji atau umrah adalah suatu ujian buat kita...
sebelum kita pergi, kita harus sudah bersedia utk sebarang dugaan...
kita kena taubat atas segala dosa2 lampau...
kita bercita2 utk menjadi org yang lebih baik dari sebelumnya...
kita harus ikhlas...
saya terkandas di muzdalifah selama 15 jam dalam keadaan sempit, dlm panas terik, berdiri, tiada air/makanan... dan saya adalah antara jemaah terakhir yg mingkin meninggalkan mudzalifah ketika itu...
saya terima dgn seikhlasnya... saya tak komplen, saya tidak marah... cuma sy kesian dgn jemaah lain... yg tua2... yg lemah... kalau saudara saudari dapat lihat keadaan dalam masa itu, tentunya saudara akan menangis... menangis melihat pakcik makcik yg jatuh, yang pengsan... saudara saudari bayangkan keadaan seperti padang mahsyar... masing2  tunggu giliran utk dihisab... saudara saudari akan menangis dan insaf...
haji bukan saja menunaikan kewajipan rukun islam yg kelima... dan dapat title haji/hajjah...
ia adalah lebih dari itu...
ia menimbulkan kesedaran dan keinsafan...keinsafan utk menjadi umat yg sejati...
dari situ akan mendapat haji mabrur... insyaAllah...
kalau anda risau utk bersusah... itu bermakna... anda tidak ikhlas lagi... mungkin?

Renung2kanlah...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2008 10:23 AM | Show all posts

Reply #525 ustaz's post

maksud saya saya sungguh takut dengan "kasta" bagi yang melebelkan ada kasta ini. kerana meletakkan ada standard tertentu bagi jemaah yang ikut pakej dan juga ikut muassasah. Tidak pernah terlintas di hati saya berfikiran sedemikian. Ini cuma saya mengulas apa yang Se3 katakan di atas. kerana saya faham yang kita sesama Islam ini adalah sama tidak kira raja, sultan, orang kaya dan juga orang miskin.

Maksud saya sungguh takut ialah bila ada orang yang melebelkan terdapatnya pandangan sesetengah orang mengenai "kasta" ini lah. kerana baru semalam baru saya tahu adanya pandangan yang seumpama ini. sebelum ini saya tidak tahu dan tidak pernah terfikir sama sekali.

terima kasih di atas pandangan dari ustaz. sungguh berterima kasih.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-6-2008 10:48 AM | Show all posts

Reply #525 ustaz's post

Pada pendapat lemon pulak..ini adalah sifat2 biasa manusia...
Jadinya bersyukurlah kiranya kita tidak tergolong dlm manusia yg bersifat begini..(riak..takbur...etc)

Benar juga kata bay...jika berkemampuan apa salahnya ...
Macam sepupu husband lemon ..dia dpt pegi haji tahun ni...tapi lemon tak tahulah package mana yg dia guna cost dia RM27k/person....
Kalau dua org dah RM54k......
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2008 10:59 AM | Show all posts
Betul tu... sekiranya berkemampuan, biarlah ambil pakej...
Kerana berbelanja utk haji/umrah sama dgn berbelanja utk perang/fisabilillah...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-6-2008 12:02 PM | Show all posts
Originally posted by Mas916 at 18-6-2008 07:59


nashra...masa saya pegi aritu..saya mmg tak makan apa2 vitamin pun..
lip balm plak cuma bawa yg brand cosway  yg ada aloe vera..Alhamdulilah berkesan...tp kena rajin sapu la...
tp saya mmg  ...


lip balm aloe vera memang elok utk skin kan..?

macam saya itu hari pakai lip balm biasa, tu la cepat betul kering..kalau lip balm berubat ni tahan la beberapa jam..

persiapan dari awal kita buat, selebihnya kita berdoa banyak2 minta Allah permudahkan segala2nya bila di sana..kalau Tuhan bagi kita sakit saya anggap itu sebahagian ujian dari Allah..

saya ada masalah allergy, selalu bersin..bila kat sana langsung tak ada bersin pun..padahal habuk construction tu memang teruk..saya langsung tak depend pada ubat allergy..cuma saya demam pada hari pertama di MADINAH sahaja..alhamdulillah, masa kat MEKAH kuat juga lah tenaga saya berjalan dan buat amal ibadat..
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2008 12:44 PM | Show all posts
Bagi saya perasaan berkasta sbb pakej vs muassah itu hanyalah mainan syaitan yg nak menggoda manusia supaya tidak ikhlas beribadat. Sama jugak kesnya macam syaitan goda manusia spy rasa riak   sbb byk beribadat.  Abis tuh tak kanlah kita
tak nak beribadat semata2 takut riak. hmm kalu tak nak beribadat sbb takut riak, menang lah syaitan sbb berjaya timbulkan rasa was2 dihati manusia.


So, saya rasa sebagai hamba Nya, kita usaha doa dan berazam moga2 semua ibadat kita adalah ikhlas krnNya. Tapi jika
awal2 dah tahu bahawa ambil pakej memang kompem  rasa riak, maka janganlah ambil pakej. Masing2 lebih memahami diri masing2.

Bagi saya pilihan samada pakej atau muassah adalah bergantung kepada keperluan, kemampuan dan pilihan masing-masing. Walaupun seseorang itu mampu, tak semestinya dia pilih pakej sekiranya bagi dia perkhidmatan muassasah telah memadai.

1- Keperluan masing-masing
Pada pandangan saya, biasanya orang pilih pakej sbb:
a) nak cepat dapat giliran. W/bagaimanapun saya rasa tak semestinya pilih pakej dapat cepat pergi sbb kalau tak silap saya , pakej pun ada kuota tertentu juga.
b) nak dekat dgn masjid atas pelbagai sebab. Antaranya  untuk menjimatkan kos tambang(jika berkaitan) drp tempat penginapan ke masjid, nak mudah dapat tempat dalam masjid sbb dapat sampai awal ke masjid. Boleh balik bilik setiap waktu utk membersihkan diri terutamanya bagi orang perempuan yg bermasalah. Tak semestinya hotel muasasah jauh, bagi saya ada jugak yg dekat. Dekat atau jauh sebenarnya subjektif pada tafsiran masing2.

c) Selesa- yg ini pun subjektif. Pada saya, hotel muasasah selesa dan boleh dikatakan lebih selesa berbanding hotel pakej. Ini krn hotel pakej yg dekat2 biasanya adalah hotel lama.

2- Kemampuan
Mungkin jugak ada orang yang mampu dan bagi dia perkhidmatan muasasah telah memadai tetapi memilih pakej sbb pada dia kalau boleh habis wang beribu untuk renovate rumah atau beli kete selesa atau hal2 keduniaan, kenapa tidak spend lebih sikit untuk beribadat macam ustaz cakap tadi berbelanja haji umpama berbelanja untuk fisabilillah.

p/s- Mohon maaf kalau tersilap. Kalau salah tolong betulkan. tk.
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2008 02:56 PM | Show all posts
Sebenarnya... bila jumpa jemaah malaysia lain di masjid...
mesti mereka tanya... ikut pakej mana?
saya akan sebut saya muasassah je...
secara jujurnya... saya pun ada terasa sedikit 'inferior' bila sebut muasassah... tak tahu kenapa boleh rasa begitu... lumrah manusia agaknya...
apa2pun samada pakej atau muasassah... kita kena ikhlas dan kejarkan haji mabrur...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2008 06:10 PM | Show all posts
Originally posted by ustaz at 19-6-2008 02:56 PM
Sebenarnya... bila jumpa jemaah malaysia lain di masjid...
mesti mereka tanya... ikut pakej mana?
saya akan sebut saya muasassah je...
secara jujurnya... saya pun ada terasa sedikit 'inferior' ...


at least ustaz mengaku dengan jujur tentang perasaan ini... saya yang mempunyai niat nak pergi menunaikan haji tapi bila dengar cerita2 yang macam nih buat saya terfikir... yang mana paling baik untuk aku? muasassah atau pakej? seorang yang sangat rapat dengan saya dah pegi haji tahun lalu... dari cerita2 nya, saya dapat rumuskan kebanyakan mereka2 yang se'pakej' dengan beliau adalah dari golongan 'berada' kerana beliau ada menyebut keluarga al-munawarrah dan beberapa keluarga lain yang agak 'established'... tapi itu lah... ceritanya, seluruh jamaah dari pakej ini tinggal di hotel yang sama, diceritakan waktu naik bas ker mina, pakej derang dapat the first bus to leave, so, adalah jemaah dari jemaah lain yang tumpang bas mereka... dan ianya telah menjadi isu, they deemed that the whole hotel is only for their group and the bus ride was only for them... orang lain tak leh tumpang... waktu saya dengar citer tuh, saya rasa kesal, kenapa pasal tumpang bas pun nak jadi isu sampai nak malukan orang tuh yang dia bukan dari pakej mereka...

lepas tuh, kalau amik hotel dekat dengan masjid sebab nak mudah gi solat... ok lah alasan yang boleh diterima tapi realitinya, dari gambar2 yang di ambil... banyak masa diguna dengan window shopping...

perkara2 nih semua buat saya takut nak amik package... saya tak tahu kenapa sejak dari awal lagi hati saya macam lebih berat untuk pergi muasassah.. tapi suami tak nak... dia nak pegi package jugak... katanya kalau package lebih teratur... ada ustaz yang akan kasi ceramah.... ada orang jaga setiap pergerakan... ada orang nak bawak pegi melawat sekitar makkah... ada orang nak jaga kebajikan kita...  ntah lah... apa yang saya faham, memang pihak package ada sediakan jadual untuk ceramah dan tazkirah...tapi tak semua yang hadir... tapi kalau lah memang ada jadual yang macam tuh... tak boleh ker kalau orang dari muasassah nak join dengar ceramah? kenapa mesti nak ada sekatan? saya betul2 tak faham... kalau pun hotel tuh dah di booking oleh pakej A, apa salah nya kalau jemaah muasassah nak tumpang bilik air? tak boleh ker macam tuh? tak boleh tumpang makan, tak boleh tumpang tidur, kita pun faham... sebab tuh memang dah masuk dalam cost... tapi atas dasar kemanusiaan, apa lah salahnya kalau tumpang bilik air, tumpang rehat, tumpang barang...  

hmm... maaflah kalau apa yang saya cakap nih tak logic sebab saya memang tak pernah jejak kaki ker tanah suci dan tak dapat bayangkan macamana susah agaknya kalau kena jalan jauh2 nak pegi beribadat.... tapi apa pun... saya berdoa Ya Allah.. janganlah kau lekatkan pada hatiku walau sekelumit pun perasaan riak dan takabur atas nikmat yang Kau berikan kepadaku Ya Rahman Ya Rahim...
Reply

Use magic Report

Post time 19-6-2008 10:52 PM | Show all posts

Reply #532 Ser3ndIpIty's post

Sebagai manusia biasa kita ni adakalanya sukar mengikis perasaan-perasaan negatif  yang ada di dalam hati sanubari atau sukar untuk  meletakkan atau menetapkan hati kita ini  kepada sesuatu perkara dengan seikhlas mungkin.

Kerana itulah seboleh-bolehnya kita hendaklah selalu berdoa dan memohon kepada Allah swt. agar kita dijauhkan dari sifat-sifat negatif itu semua dan dilindungi dari godaan syaitan. Peringatan ini juga kakak tujukan kepada  diri kakak sendiri.

Bila Sers bercerita mengenai perlakuan jemaah pakej semasa mengerjkan haji, kejadian seumpama itu juga berlaku kepada kakak ketika kakak mengerjakan haji dahulu dengan menggunakan muasaassah.

Ketika di Padang Arafah kumpulan kakak yang semuanya wanita kerana diasingkan dengan jemaah lelaki  ditempatkan oleh pihak pengurusan Tabung Haji di sebuah khemah.  Menjelang masuknya waktu wukuf, datang sekumpulan lebih kurang 30 orang kumpulan pakej  yang terdiri dari kira-kira 10 orang lelaki dan 20 wanita dengan seorang guru agamanya memasuki khemah kami dan mengatakan khemah yang kami duduki adalah khemah mereka.  Mereka merungut-rungut dan marah-marah kerana khemah mereka telah diduduki oleh orang lain. Kami  mendiamkan diri tidak berkata apa-apa kerana kami terlebih dahulu ditempatkan di situ sejak awal pagi oleh pihak TH.  Keadaan agak kecoh juga ketika itu  dan mereka seolah-olah lupa bahawa mereka berada di dalam ihram.

Setelah pihak TH berbincang dengan wakil pakej itu agaknya, penyelesaian dibuat dengan kami jemaah wanita berundur ke belakang sedikit untuk memberi tempat kepada  jemaah lelaki pakej tersebut untuk duduk di bahagian hadapan kami.  Manakala jemaah pakej  wanitanya pula terpaksa duduk di belakang kumpulan kami.  Mungkin ada di antara mereka  timbul  perasaan tak puashati terhadap kami

Tak secara langsung  rezeki kepada  kami rupanya kerana  berpeluang bermunajat dan memenuhi waktu wukuf di Padang Arafah dengan penuh kesyahduan dan airmata  kerana kami   diketuai oleh guru agama pakej tersebut yang bacaan zikir munajatnya sangat menusuk jiwa.

Dan yang paling diingati dan menyentuh hati kami semua di dalam khemah tersebut bila selesai bermunajat seorang anak gadis meluru ke depan sambil meraung dan menangis-nangis memeluk mungkin ayahanya, memohon diampunkan segala dosa-dosanya.  Tiada kata yang dapat dilahirkan  untuk mengambarkan suasana kami semua ketika itu.

Seperti yang kakak katakan di awal tadi, perasaan-perasaan negatif ini sentiasa mengikuti  walau berada kita  di mana.  Marilah kita sama-sama  bermohon kepada Allah dan belajar mendidik hati kita sendiri supaya kalaupun tak dapat dikikis sepenuhnya,  sekurang-kurangnya ia beransur-ansur meninggalkan  hati sanubari kita seiring dengan usia kita yang meningkat dari sehari ke sehari dalam perjalanann kita  yang semakin  dekat ke alam yang lagi satu.

Astagfirullah Al-Azim
Ampunkanlah dosa-dosaku,Ya Allah
Ampunkanlah dosa-dosa saudara-saudara seagamaku

[ Last edited by  Rosputih at 20-6-2008 08:28 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2008 06:15 AM | Show all posts

Reply #533 Rosputih's post

tk atas doa & tazkirah yg sungguh menyentuh hati.

seronok baca thread nih yg berkongsi rasa, citer & jugak saling ingat mengingatkan.

Rasanya, apa yg berlaku tuh rezeki & ujian masing-masing utk tingkatkan keimanan kita.  Bila kita diuji ditanah suci, rasanya kita akan rasa lebih dekat dgn Allah. Masa diuji nih air mata mudah jer mengalir. And this is the moment yg tak mudah kita lupakan. Bagi saya, bukan mudah nak dapat rasa dekat sgt dgn Allah.


Pasal giliran bas tu pulak, seingat saya, kami dulu naik bas tak ikut nombor. Ada banyak bas(walaupun tak tiba serentak), naik jer mana kosong.  Pihak pengurusan just cakap ikut blok atau tingkat atau family regardless jenis pakej yg diambil. Setiap kali pergerakan cth before ke Arafah & Mina atau before ke Madinah ker, pihak pengurusan dah bagi briefing + bagi takzirah. Siap puji jemaah lagik, alhamdulillah perjalanan bla bla2. So, (saya rasa) time nih mostly(jika tak semua) jemaah bersemangat nak give & take or dah diingatkan spy sabar. Seingat jad jemaah yg dapat bas lambat(sbb bas rosak), dah turun bawah utk ke arafah, kena naik bilik balik utk solat isya' dulu pun seingatnya okay jer. tapi kalu kena kat jad, jad pun tak pasti adakah jad sesabar itu. tabik kat jemaah yg sabar nih. Moga mereka dapat haji mabrur.




p/s- Mohon maaf jika ada tersalah tersilap fakta ker atau bahasa. Just tulis berdasarkan ingatan jer.

[ Last edited by  jadree00 at 20-6-2008 08:45 AM ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-6-2008 09:27 AM | Show all posts
揚ANDANGLAH SESUATU ITU DGN PANDANGAN MATA HATI
Reply

Use magic Report

Post time 20-6-2008 10:28 AM | Show all posts
Terima kasih ustaz ucapkan kepada Hj Rezeki kerana telah menerangkan dengan lebih teperinci lagi apa yg ustaz olahkan sebelum ini. Semoga para pembaca mengambil ikhtibar dengan apa yang disampaikan. InsyaAllah.l
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-6-2008 05:00 PM | Show all posts
Apa2 pun... buatlah ibadah haji anda antara kenangan paling manis di dalam hidup anda...
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2008 03:05 PM | Show all posts
Assalamu'alaikum

Tak ada sesape ke hari ni.
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2008 05:22 PM | Show all posts
Salam...

hari ni hari sabtu... ramai tak bukak komputer
Reply

Use magic Report

Post time 21-6-2008 11:45 PM | Show all posts

Reply #539 ustaz's post

saya cuma membaca je...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-1-2025 02:24 PM GMT+8 , Processed in 0.139266 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list