CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Kacip_Fatimah

ANEKA ROTI

  [Copy link]
Post time 3-6-2008 12:54 PM | Show all posts
Yang ni, Maisya ubahsuai sikit resepi yg guna utk 65C TangZhong Bread Loaf haritu

PANDAN MARBLE BREAD

Untuk Pandan Sheet:
2 sudu besar tepung gandum
4 sudu besar gula
4 sudu besar tepung jagung
2 sudu besar santan pekat(maisya guna santan kotak Ayam Brand)
4 sudu besar air daun pandan( dari beberapa helai daun pandan)
pewarna hijau( jika perlu)
1/2 sudu besar minyak

Campur semua bahan kecuali minyak dan kacau hingga betul-betul sebati( tapis jika perlu ).
Masak dengan api perlahan sambil dikacau selalu sehingga adunan menjadi pekat dan tak melekat di periuk lagi.
Tutup api.
Tambah minyak dan kacau hingga sebati( mula-mula memang susah nak sebati tapi terus kacau je) ( sila refer gambar )
Sejukkan sebentar.
Masukkan ke dalam plastik zip lock( maisya guna yg saiz S ) atau plastik biasa pun boleh juga. Gelek adunan hingga memenuhi semua ruang plastik tu. (sila refer gambar)
Simpan dalam peti ais sekurang-kurangnya sejam sebelum digunakan.
Gunting keliling plastik untuk keluarkan dari plastik tu.

Untuk adunan TangZhong:
250ml air
50g tepung gandum/tepung roti

Kacau hingga sebati dan masak dengan api kecil sambil dikacau selalu sehingga adunan menjadi sedikit pekat( adunan masih dlm keadaan cecair tetapi pekat ). Sejukkan sebelum digunakan. Lebihannya boleh disimpan di dalam peti ais, tahan selama 3 hari( buang jika adunan sudah bertukar warna )

Untuk doh roti:
500g tepung gandum/tepung roti
2 sudu besar susu tepung
160g adunan TangZhong
110 ml air suam
100 ml santan pekat(maisya guna santan kotak Ayam Brand)
garam
50g gula
1 paket(11g) yis kering
50g mentega

Bancuh gula dengan air suam dan tambahkan yis, biar hingga yis berbuih sebelum digunakan.
Campurkan tepung, susu tepung, garam dan gaul rata. Buatkan lubang ditengah-tengahnya dan tuangkan adunan yis tadi, adunan TangZhong dan santan pekat.
Gaul rata sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Tambahkan mentega dan uli hingga rata.
Uli doh hingga elastik kira-kira 15 minit.
Rehatkan doh hingga naik 2 kali ganda.
Buangkan angin dan uli sebentar. Balut dengan cling wrap dan masukkan dalam bekas bertutup.
Simpan di dalam peti ais bahagian sejuk beku selama sekurang-kurangnya sejam.
Keluarkan dan canai bentuk empat segi panjang( lebarnya 2 kali ganda lebar pandan sheet, tingginya lebih sikit dari tinggi pandan sheet)
Letakkan pandan sheet ditengah-tengah dan balut. Boleh lihat gambar di bawah untuk langkah-langkah seterusnya.



kemudian bolehlah dibentuk ikut kesukaan masing-masing



[archived]

[ Last edited by  nhuda at 4-6-2008 08:30 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-6-2008 02:19 PM | Show all posts

Reply #521 maisya's post

rajinnya kak maisya buat roti2 camni.,,,,,dah la rumit....cantikla...
Reply

Use magic Report

Post time 3-6-2008 06:08 PM | Show all posts
perghhh
semangat tengok roti..
Reply

Use magic Report

Post time 4-6-2008 07:38 AM | Show all posts
Originally posted by lolaxpdc at 2-6-2008 09:17 AM
lola dah buat roti gune buttermilk yg lola buat sendiri dgn lemon n fresh milk..jadi sgt!!! thanx kawan2...mak mertua pun puji...hehee





TAHNIAH lola....sampai mak mertua puji tu

pic xde ke?
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2008 08:32 PM | Show all posts
hari ni try buat Cinnamon Roll.....jadik la kot.....hehehe



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2008 08:50 PM | Show all posts

Reply #521 maisya's post

maisya... camna rasa roti niii? ada banyak rasa santan tak?.. rangup ke .. lembutke?.. teringin nak try but tak sure ngan rasanya sbb dah isi santan camtu.. kang kalau tak menepati citarasa mau nyer masuk mulut tongsam jerr
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-6-2008 09:34 PM | Show all posts

Reply #525 hairanaz's post

sedap dak...?

klau sedap jadila kan....
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2008 08:32 AM | Show all posts

Reply #525 hairanaz's post

wahh..mcm roti kat saint cinnamon pulakk..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2008 12:27 PM | Show all posts

Reply #525 hairanaz's post

hannan buat cinnamon roll selalu fail masa ptong tu...tak jadi bergulung elok..berapa  cm nak ya ?
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2008 09:35 AM | Show all posts
Originally posted by rimbun at 5-6-2008 08:50 PM
maisya... camna rasa roti niii? ada banyak rasa santan tak?.. rangup ke .. lembutke?.. teringin nak try but tak sure ngan rasanya sbb dah isi santan camtu.. kang kalau tak menepati citarasa mau n ...

rasa dia lemak-lemak sikit macam resepi Roti Pandan dari Alex Goh yg maisya try sebelum ni, yg tu pun buh santan jugak. Actually boleh je ganti dgn susu or air, maisya bubuh santan sebab gunakan pandan sheet tu so barulah ngam sikit rasa combination santan dan pandan. Rotinya lembut je.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2008 09:39 AM | Show all posts

Roti John Goreng
che'[email protected]
http://www.myresipi.com/top/detail/4505

Bahan-bahan ( 6 biji )
6 buku roti hotdog

* INTI *
150 gm daging cincang
150 gm kentang di potong dadu
1/2 labu bawang besar di potong dadu
2 biji bawang puting cincang halus
1 sk serbuk cili
2 sb serbuk kari
daun sup cincang halus, sedikit garam n gula

* BATTER *
100 gm tepung gandum
1 sb tepung beras
1/2 sk baking powder
2 sb telur (dlm 1/2 biji)
180 ml air
1 sb serbuk ketumbar jintan (optional)
sedikit lada sulah n garam

Cara-cara Untuk inti:
tumis bwg besar n bwg putih hingga kekuningan. Masukkan serbuk cili n serbuk kari, tumis garing. Masukkan daging cincang dan kentang. Kacau rata biar masak kering. Bila siap letak daun sup dan kacau... (mcm buat inti biasa)

Untuk batter: Campur semua bahan, kacau hingga sebati n ketepikan...

Potong roti kat tgh2 (mcm nak buat hotdog). Sumbat inti kat dlm roti. Celup roti dlm bancuhan batter n goreng.. Pastikan semua roti tersalut dgn bancuhan batter. Goreng dlm minyak panas cara deep fry.
Siap boleh dihidang dgn sos n mayonis.....

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2008 09:41 AM | Show all posts
Cheese Bun
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2008 09:45 AM | Show all posts
Originally posted by soulha at 24-5-2008 04:38 AM
Rasa nie pun boleh masuk kategori roti jugakkan..kalau kt penang oghang panggil roti jer walaupun ia sejenis biskut..

BISKUT 4 SEGI @ CRACKER BREAD



soulha, maisya dah try tapi tak berapa nak jadik le....dia keras . Adunan tu memang kena gaul dgn garfu je ke?....maisya pi uli dia ...nampak gaya macam kurang butter je ...


[ Last edited by  maisya at 11-6-2008 09:48 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2008 04:19 PM | Show all posts
Originally posted by maisya at 11-6-2008 09:45 AM


soulha, maisya dah try tapi tak berapa nak jadik le....dia keras . Adunan tu memang kena gaul dgn garfu je ke?....maisya pi uli dia ...nampak gaya macam kurang butter je ...
http://img.p ...


cantik dah tu..tp naper keras erkkk..alahai kesiannya..sebenarnya sue pun uli jugak..tp BM ler yg tlng uli , pasai kurang butter tu, tk sure plak sbb sue hari tu guna olive oil..tp sukatan dia mcm butter 1/4 cawan..adunan nie sebenarnya lembut dan kenyal..kira masa nk roll untuk mantainkan kenipisan tu pun mcm ssh skit..sbb tu soulha buat tk berapa nipis sngt...rasa tu mmg ada crack juga..walaupun tk serapuh mcm biasa..maybe sue ltk double baking...keras2 cicah roti ok gakkan..
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2008 04:23 PM | Show all posts
Originally posted by maisya at 11-6-2008 09:39 AM
http://img.photobucket.com/albums/v334/maisya/rotijohngrg2.jpg
Roti John Goreng  
che'[email protected]
http://www.myresipi.com/top/detail/4505

Bahan-bahan ( 6 biji )
6 buku roti hotdog
...


best nie..lama tk makan roti john, yg nie versi goreng yerk..bila2 boleh cuba..
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2008 10:16 PM | Show all posts

Home made ordinary bread loaf + sandwich



Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2008 10:45 PM | Show all posts

Reply #536 berusjamban's post

terliur akooo!!!!
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2008 08:22 AM | Show all posts

Reply #536 berusjamban's post

oohhh berusjamban..sedap nampak sandwich ko..ala2 O'Briens punya sandwich...

share ler resipi roti ko..
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2008 10:17 AM | Show all posts
wah bestnye sandwich dia..very sin full
Reply

Use magic Report

Post time 17-6-2008 10:19 AM | Show all posts

Reply #538 cupcakes's post

thanx....   
ini second trial aku...laki aku kata very sinfull but he deservs it bcoz he didnt took lunch yesterday...
well roti dia simple je...korang lagi terel kot....
i baru kat sini...baru nak belajar memasak....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-2-2025 01:17 PM GMT+8 , Processed in 0.653248 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list