CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: kapalterbang

bercuti ke Guangzhou, China

   Close [Copy link]
Post time 16-11-2009 03:40 PM | Show all posts
seben bru balik dr guangzhou 13hb lps...nnti ar citer...gmbo pon lom upload lg...ader ler info sket2 yg blh dikongsi...sabo yek...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2009 02:59 PM | Show all posts
361# se7enstarz

cepat2 sket  ehehhee
banyak info kena kumpul neh
tgh nak nyiapkan itinerary kat sana....


Visa ke china haritu senang buat kat mana ek??
lama tak nak apply?
sebab group aku nie ramai....
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2009 03:48 PM | Show all posts
sape-sape yang dah pergi jangan lupa update kat sini..
info-info yang bagus.
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2009 09:10 PM | Show all posts
apa kata aku bagi format update .. memandai jer..

1.   Penginapan macam mana yg sesuai .. hotel rate ?

2.   Makanan  ( muslim food ) .. kat mana nak cari dan harganya..

3.   Public transport... tak boleh cakap cina boleh survive ke ? ada signage English ?

4.   Tempat 2 wajib di lawati..  tempat menarik laa..   jarak .. harga ..

5.   Tempat nak sopping... nama / lokasi / apa nak dibeli..

6.   Safety.. visa ?  

7.   Apa yg patut dielak.. ?

boleh ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 18-11-2009 11:27 PM | Show all posts
362# ruhazz

Nk buat visa kat OSK building rasa nama dia...depan Citibank building tuuu....isi borang siap2...sampai
tinggal beratur je....gambar jgn lupa satuuu....pastuu siap kan sekali nama hotel penginapan and alamat
nnt kena isi dlm borang.........check weather before flying...ari nii dlm berita local sini showed Guandong snow
which is very rare berlaku....Enjoy ur stay in China!!!
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 12:53 AM | Show all posts
Yes, visa boleh dibuat kaunter visa kedutaan CHN di OSK building, Jalan Ampang, isikan borang terlebih dahulu yang boleh di download dari web kedutaan CHN. Bersedialah untuk berebut untuk beratur dalam line yang panjang. Ia mempunyai berbagai - bagai jenis visa dan bayaran juga berbeza - beza. Yang menjadi perhatian saya masa itu hanyalah single entry visa (siap dalam masa 3 hari, bayar extra - boleh dapat hari yang sama, bukan rasuah ! memang ada kemudahan tersebut untuk kecemasan) dan multiple entry visa. saya memilih single entry yang mana telah menyebabkan kami kempunan tak dapat ke Hong Kong walaupun HK dah didepan mata semasa berada di Louhu, Shenzhen (flight balik from GZ - KL). Jika kita keluar ke HK, kita boleh membuat / mohon visa yang baru di sempadan HK - Shenzhen tetapi visa itu hanya membenarkan kita melawat Shenzhen sahaja (kalau tak silap tidak lebih 50km). Pernah terjadi saorang pelajar Singapura yang tidak bernasib baik telah ditahan oleh pihak berkuasa semasa ia didalam bas ke Guangzhou kerana dia hanya mempunyai visa yang dikeluarkan di HK.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2009 01:19 AM | Show all posts
barang barang golf kat GZ banyak tak ?

Di Guangzhou mereka mengamalkan perniagaan perpusat (terma saya sendiri) yang mana satu - satu kawasan fokus kepada satu kategori barang dan seumpamanya. Semasa saya mencari treadmill saya telah dicadangkan oleh orang tempatan ke komplek perniagaan barangan sukan dan stationery di area Ruyifang (kompleks baru, banyak kedai belum mula berniaga), berjaya membeli treadmill berkuasa 3hp dan boleh membawa berat sehingga 140 kg dengan harga RM2000 sahaja (barang dihantar secara door to door, 30 hari sampai). Tapi barang golf tiada di situ, saya pernah ternampak satu komplek membeli belah barangan sukan di kawasan berhampiran  天河城南门(TEEMALL) di Tianhe Road. Untuk barangan berjenama, terutama barangan elektronik, (not sure for sport goods) adalah lebih murah di HK berbanding GZ.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 01:20 AM | Show all posts
uda, saya sudah reply
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2009 02:47 AM | Show all posts
1.   Penginapan macam mana yg sesuai .. hotel rate ?
Berbagai - bagai kadar, cari dan book melalui internet agent hotel yang mudah dapat public transport, (memang mudah pun), then survey yang lebih sesuai / lebih murah hotel yang tak tersenarai di internet. berlambak - lambak yeop.

2.   Makanan  ( muslim food ) .. kat mana nak cari dan harganya..
Yang berhadapan dengan Masjid Abu Waqqas tu agak mahal (macam kedai Pakistani Tandoori di KL) tapi dia memang cater untuk pelancung muslim, mentang - mentang lokasi dekat dengan tourist attraction. di operasi oleh orang Oyggur. Kami memilih kedai muslim berhampiran Sacred Heart Cathedral (耶稣圣心主教座堂), kedai makan muslim yang biasa untuk orang tempatan dan murah. mee sup kambing, mangkuk punya la besar, baru RM2.70, air suam free, dan dekat dengan hotel kami = Guangzhou Hotel. kalau nak order nasi, print gambar nasi dan tunjukkan pada orang kedai, tak ada gambar nasi kat kedai tu. sepatah english pun dia tak tahu. Ada dua tiga lagi restoran makanan muslim berhampiran aiqun hotel, jalan Jiang lan, salah satunya tukang masaknya orang melayu, tapi kami tak sempat pegi makan kat situ. Lagi satu berhampiran Lido hotel di Beijing Lu.

3.   Public transport... tak boleh cakap cina boleh survive ke ? ada signage English ?
Buta mandarin no problem, isyarat tangan kan ada. signage ada dalam english. Public transport pada saya memang best. LRT saja ada 7 route, teksi merata - rata, semua guna meter. tunjuk kan saja tempat yang nak dituju dalam tulisan cina, kalau ada gambar lagi senang. semuanya saya print dari website. anak saya siap namakannya "kitab guangzhou abah". dia suruh reprint dan jual RM30 senaskah.

4.   Tempat 2 wajib di lawati..  tempat menarik laa..   jarak .. harga ..
Changlong Paradise Park (Chime Along). Safari park dan Circus, RM4 dengan LRT dari GZ hotel ke changlong station, then ambil feeder bas percuma terus dia hantar ke depan pintu safari park, changlong hotel, changlong paradise dan circus.

Chen Family temple,  dipusat bandar, RM2 - RM3 dgn LRT. (tal pegi pun, sebab dah letih tengok architecture)

Window of the world di Shenzhen (deris jusuh tiru konsep ni dia buat taman tamaddun Islam), dgn train laju dari Guangzhou East Train Station (GZ ada 2 train station) to Louhu Shenzhen, RM75, then LRT from louhu to last metro stop, betul - betul kat depan entrance wow

5.   Tempat nak sopping... nama / lokasi / apa nak dibeli..
太平洋数码广场(Pacific Digital Plaza), 南方科技广场(Nanfang Science & Technology Plaza), 天河电脑城(Galaxy Computer Plaza), 颐高数码广场(EGO Digital Plaza), Tian Kha - Computer malls. semua ini di Tianhe road, sebelah menyebelah sahaja. world of it

Pusat jam tangan berhampiran Guangzhou train station (bukan Guangzhou east train station), keluar melalui Guangzhouhouchezhan subway station, kawasan ini berhati - hati dengan pickpocket.

Liwan plaza, 上下九步行街Shangxiajiu Walking Street  = Crystal / gelang, aksesori wanita

6.   Safety.. visa ?  
banyak orang berpesan, berjaga - jaga dengan pickpocket, elak melalui tempat yang terlalu sunyi. pakai backpack di sebelah hadapan badan. pickpocket ni buat kerja secara berkumpulan. Alhamdulillah, tiada satu pun kejadian yang tidak diingini berlaku semasa kami disana. Sales rep yang saya jumpa disana pun berpesan supaya berhati - hati kerana kawan sekolej dia yang datang melawatnya dari beijing telah di toreh begnya dengan pisau semasa membeli belah. sedar - sedar barang semua dah hilang.
7.   Apa yg patut dielak.. ?

boleh ke ?
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 09:56 AM | Show all posts
365# kakct


kakct masih di china lagik ker???
bila nk bawak family berjalan2 di sana lagik???
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 10:07 AM | Show all posts
370# m_ardiana


adaaa lagiikkk...he..he..insyallah next wk amek budak2...kali nii Shanghai-Xian-Beijing-Shanghai..nak ikut joooommm...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 10:09 AM | Show all posts
371# kakct

kalo next week tak leh laaa... dah dekat masa tuuu
tahun depan ada lagik tak???
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 10:31 AM | Show all posts
Taganchi, I nak tanya u

antara guangzhou hotel dan lido hotel, mana yang lebih strategik
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 10:39 AM | Show all posts
teruja plak baca psl guangzhou
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 10:57 AM | Show all posts
fiktee,
Guangzhou Hotel dengan Lido Hotel tak jauh mana pun, ada lebih kurang 1 - 2 km saja. Saya yang bersais XXXL ni pun tak letih menapak di sana, tak tau apasal. kat sini pegi rumah jiran pun dah penat.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 10:59 AM | Show all posts
Tanganchi, nak mintak copy "kitab guangzhou abah boleh x?....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2009 10:59 AM | Show all posts
kakct,
apa betul goverment China akan rampas harta benda family yang punya anak lebih dari quota ?
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 11:00 AM | Show all posts
375# taganchi

oic, thanks yee sudi berkongsi info
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 11:26 AM | Show all posts
376# myaussha

nanti saya minta izin dari Fariz dulu....
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 11:38 AM | Show all posts
377# taganchi

he..he..mana lakkk dpt info cam tuu...as far as I know...if u want more than 1 child (utk area yg di wartakan) u have to pay to the goverment certain amount tak silapp mahal gakk la dlm 10k yuan/child....but for muslim they can have more than 1 child whereby if you are farmer pun di benarkan more than 1 child (i think if your 1st child is girl)....tapi now dengarnya ada certain area boleh more than 1 child ..the lastest news I heard in Shanghai.........mostly yg 1 child policy nii
utk big cities (if tak silap lahh...)
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: ExploRasa


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

26-1-2025 02:25 PM GMT+8 , Processed in 0.054937 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list