CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: tomyam

** CREATIVE ENTERPRISE (CESB) **

[Copy link]
Post time 22-6-2011 08:14 PM | Show all posts
laman web CESB telah dibuka semula...
ada diskaun 20%...

akhirnya dapat juga beli novel :
sentuhan kasihmu - NB
setelah kau pergi - rozita abdul wahab
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-6-2011 10:52 PM | Show all posts
korang, kalau boleh jgn beli online....
aku punya pesanan dah seminggu tapi tak dapat2 lagi...
bila semak, status sedang diproses...
aku dah minta penjelasan pihak cesb...
sedangkan penerbit lain dlm 1 minggu kita dah dapat buku...
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2011 11:31 PM | Show all posts
'seindah warna pelangi'-yusrul emiza yusof.
5 *.
best.
sape pnh baca?
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2011 11:56 AM | Show all posts
setelah meng'email' dan meng'fb' pihak cesb, baru diorg bagitahu yg buku dah diposkan...hmmm sistem diorg tak berapa bagus...sepatutnya dior kena inform bahawa buku tersebut telah diposkan...
Reply

Use magic Report

Post time 18-8-2011 06:44 PM | Show all posts
akhirnya dapat juga novel nabila - hendan yahya
punyalah susah mancarinya
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2011 06:53 PM | Show all posts
Post Last Edit by mijot at 8-10-2011 21:07

korang boleh tak sageskan buku creative yg best...
4 bintang ke atas...
CESB tgh buat jualan besar-besaran...

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-10-2011 08:02 PM | Show all posts
antara novel2 tulisan lamia aimal, yg mana best dan berbaloi untuk disimpan sbg koleksi..

          
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2011 11:37 PM | Show all posts
setelah meng'email' dan meng'fb' pihak cesb, baru diorg bagitahu yg buku dah diposkan...hmmm sistem  ...
mijot Post at 30-6-2011 11:56



    masih bermasalah kah pembelian on9 cesb ni mijot


takut pulak iols nak beli ni...

iols nak beli nyanyian tanjung sepi tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2011 11:43 PM | Show all posts
Reply 528# hunt_fear

dah takde masalah lagi...
sistem dah upgrade....
dah ada email bgtahu buku dah diposkan...

latest beli novel hendan yahya...
cepat sampai, lebih kurang dlm 3 ari bekerja...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2011 11:47 PM | Show all posts
Reply 529# mijot


    owh...thanks mijot-chan...


buku cesb yg wajib beli buku apa mijot-chan?
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 12:02 AM | Show all posts
Reply 530# hunt_fear


koleksi novel CESB yg aku buat koleksi :

norhayati berahim
- pesanan terakhir seorg lelaki
- sentuhan kasih
- teguh
- rindu

rozita abdul wahab
- bahgia itu miliknya
- nilai cintanya
- setelah kau pergi
- permata asmara

noor suraya
- keranamu ain
- tanah andriyana
- nyanyian tanjung sepi
- biru ungu cintaku
- rindunya kian membara

nota : aku tgh mencari 3 novel kak su ni juga

ma lee chuswan
- tirai impian
- lamaran pertama
- selamat tinggal sayang
- permata hati

liana afiera malik
- siri yo-yo (1-4)
- dan mimpi pun berguguran

hendan yahya
- nabila
- nabila 2

amaruszati noor rahim
- bila sena kembali berbunga

alamak, terbanyak sudah
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 12:13 AM | Show all posts
Reply 531# mijot


    hahaha....mekaseh mijot-chan


buku lami aimal, 3 wajah...hunt pernah baca...ada lagi tersimpan kot kat rumah di kampung...mcm ada 3 watak kot..ai pon ingat2 lupa...lama terlampau dah buku ni...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 10:40 AM | Show all posts
Reply 527# mijot

dlm byk2 novel lamia aimal..
aku suka waja..
tp 3-3 buku pon aku ader gaks...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 10:49 AM | Show all posts
Reply 531# mijot

buku k.noorsuraya tu..
aku order ngan JS thn lepas kot...
5-5 buku.. tp xder discount...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 02:24 PM | Show all posts
Reply 534# midar

ni alang2 cesb buat jualan besar-besaran tu yg beli novel kak su...
cuma takde ungu biru cinta jer yg takde dlm list...
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 02:31 PM | Show all posts
aku yg kau tinggalkan - hendan yahya

bagi aku buku di kureng skit berbanding buku karya HY yg lain...
kisah iqmal ni berdendam dgn mak liyana (yana) sbb menghancurkan idup mak iqmal...apabila dia tahu mak liyana dah meninggal, dia balas kt yana...baik, amik berat kt yana dan akhirnya dia ragut kesucian yana...kiranya dendan dia dah terbalas gitu...tapi dlm masa yg sama iqmal rasa kosong selepas dia tinggalkan yana....
ending dia, ada twist skit...aku pun tak sangka yana buat keputusan begitu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2011 09:06 PM | Show all posts
Reply 535# mijot

system cesb dh ok ker?
kalo ok, aku pon nk order buku jugaks....
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2011 09:26 PM | Show all posts
Reply 537# midar

sistem dah okey...
dah tak buat kita tertanya2 lagi...
segalanya dah diberitahu...
latest aku beli novel hendan yahya, dapat dlm 3-4 ari  bekerja
Reply

Use magic Report

Post time 11-10-2011 10:44 PM | Show all posts
baru g website cesb.....

Al-Fatihah. Seluruh Warga Creative Enterprise Sdn Bhd mengucapkan takziah kepada keluarga allahyarhamah Juliana Sukma Wati Malik(Liana Afiera Malik). Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya.

innallillah...
Reply

Use magic Report

Post time 12-10-2011 10:49 PM | Show all posts
Post Last Edit by mijot at 12-10-2011 22:53

dah lama beliau meninggal tapi baru sekarang aku tahu...
Al-Fatihah untuk beliau...

Pemergian Liana Afiera Malik

Penulis Juliana Sukmawati Abd Malik, atau dikenali sebagai Liana Afiera Malik yang terkenal dengan novelnya yang bertajuk Bukan Puteri Lindungan Bulan telah kembali ke rahmatullah pada Ahad, 31 Julai 2011 jam 12.15 am pada usia 38 tahun di Hospital HUKM.

Beliau kemudiannya dikebumikan di Cangkat Petai, Perak keesokan harinya jam 10.00am. Kematiannya seperti yang telah dimaklumkan oleh suami beliau adalah akibat terjatuh di depan bilik air dan sudah lama menghidap penyakit tirod. Kehilangan beliau adalah satu kehilangan yang besar dan begitu bermakna dalam dunia penulisan.

Liana Afiera Malik merupakan seorang penulis yang profilik dan begitu berbakat. Beliau menjadi inspirasi kepada penulis-penulis muda yang lain agar menjadikan bidang penulisan sebagai pekerjaan yang menjamin masa hadapan. Beliau berjaya membuktikan bahawa angan-angan penulis boleh mendatangkan pendapatan tahunan yang lumayan.

Bermula dari bawah, berkat dengan kegigihan dan sikap dedikasi beliau selama ini, beliau telah menghasilkan lebih daripada 20 buah novel dalam usia yang masih muda.

Novel Bukan Puteri Lindungan Bulan telah menempa sejarahnya yang tersendiri di industri perbukuan CESB. Novel yang paling tebal setakat ini dengan ketebalan 1211 halaman telah dilancarkan di Johor Bahru pada 14 Februari 2002, diikuti pelancaran rasminya di Kuala Lumpur pada 5 Mac 2002. Seterusnya novel ini telah dilancarkan di beberapa buah bandar utama di seluruh negara menerusi program Roadshow BPLB yang julung-julung kalinya diadakan seumpama ini di Malaysia.

Novel-novel beliau yang lain yang turut diterbitkan di bawah naungan CESB ialah:

    -Memori
    -Kasih Antara Musim
    -Inginku Sandarkan Harapan
    -Assyida
    -Yoyo 1-5
    -Promise!
    -Dan... Mimpi Pun Berguguran
    -Janji Assila
    -Kompilasi Yoyo 1-3 : Eh! Iye Ke Ni?
    -Kombinasi Yoyo 4-6 : 1, 2, 3... I Love You!
    -Kombinasi Yoyo 7-9 : Jealous La Pulak!
    -Kompilasi Memori


Setiap yang akan datang akan pergi dan setiap yang pergi tak akan kembali. Tanpa kita sedari semua itu akan kita lalui. Walaupun kita tidak tahu bila masa itu akan tiba untuk menjemput kita, namun, kita selalu diingatkan agar selalu berdoa dan berserah kepada-Nya. Ucapan takziah warga CESB ucapkan kepada keluarga arwah Liana. Moga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang solehah. Al-Fatihah...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-9-2024 07:23 AM GMT+8 , Processed in 0.071839 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list