Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan status terkini kes COVID-19 di Malaysia sehingga 14 Oktober 2021 (jam 12:00 tengah hari); - Kes sembuh : 12,456 kes (2,240,345 kes kumulatif, 94.5%);
- Kes baharu : 8,084 kes (2,369,613 kes kumulatif);
- Kes import : 21 kes (15 warganegara; 6 bukan warganegara);
- Kes tempatan : 8,063 kes [7,594 warganegara (94.2%); 469 bukan warganegara (5.8%)];
- Kes yang memerlukan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU): 702 kes (683 kes COVID-19; 19 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
- Kes memerlukan bantuan pernafasan : 367 kes (286 kes COVID-19; 81 kes suspected, probable, dan kes dalam siasatan);
- Jumlah kluster : 5,641 kluster;
- Jumlah kluster baharu : 17 kluster;
- Jumlah kluster yang telah tamat : 4,897 kluster; dan
- Jumlah kluster aktif : 744 kluster.
Daripada 8,084 kes harian yang dilaporkan pada hari ini; - 133 kes (1.6 peratus) adalah kategori 3, 4, dan 5; dan
- 7,951 kes (98.4 peratus) lagi adalah terdiri daripada kategori 1 dan 2.
Perincian kluster-kluster baharu dan nilai RT mengikut negeri adalah seperti di Lampiran 1 dan 2 yang disertakan bersama kenyataan media ini. Manakala, maklumat terperinci lain berkenaan situasi semasa jangkitan dan penularan COVID-19 di Malaysia akan dimuatnaik ke laman web COVIDNOW di https://covidnow.moh.gov.my. Data akan dikemaskini pada jam 12:00 tengah malam setiap hari. PENAMBAHBAIKAN KEPADA PERKHIDMATAN PUSAT PENILAIAN COVID-19 (CAC) Sebagai persediaan ke arah fasa endemik, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang menaik taraf perkhidmatan Pusat Penilaian COVID-19 (Clinical Assessment Centre – CAC). Proses naik taraf ini akan melibatkan beberapa fungsi baharu yang akan dilaksanakan secara berperingkat. Ini bagi memperluaskan kebolehcapaian CAC kepada lebih ramai pesakit COVID-19 dan mereka yang disyaki dijangkiti oleh COVID-19. Antara inisiatif yang dilakukan ialah: - Penambahbaikan penilaian kes COVID-19 di fasiliti Kesihatan Primer;
- Menggalakkan penglibatan pengamal perubatan swasta dalam menyediakan alternatif perkhidmatan CAC GP dan CAC Swasta kepada pesakit COVID-19 supaya pemantauan terhadap kuarantin di rumah dapat dilakukan dengan lebih efektif dan meluas;
- Perluasan CAC Maya (Virtual CAC) ke seluruh negara; dan
- Perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall).
i) Penambahbaikan Penilaian Kes COVID-19 di Fasiliti Kesihatan Primer Sebagai persediaan untuk mengendalikan kes-kes COVID-19 di Klinik Kesihatan, amalan kawalan infeksi yang baik akan sentiasa dipastikan bagi mengurangkan risiko jangkitan silang. - Klinik Kesihatan akan melakukan ujian pengesahan bagi orang yang disyaki; dan
- Individu bergejala boleh tampil ke Klinik Kesihatan berdekatan bagi menjalani pemeriksaaan dan penilaian kesihatan. Ini boleh dilakukan secara walk-in mahupun temu janji klinik. Walau bagaimanapun, bagi mengurangkan kesesakan dan masa menunggu yang lama, serta mengurangkan risiko jangkitan silang, masyarakat digalakkan untuk membuat janji temu terlebih dahulu;
ii) Pemantauan Kes COVID-19 Oleh Pengamal Perubatan Swasta (CAC GP) Sehingga 9 Oktober 2021, sejumlah 19,732 kes telah dipantau oleh CAC GP. Kini, terdapat sebanyak 1,149 buah CAC GP yang diwartakan di seluruh Malaysia, di mana 81 buah CAC GP aktif dalam menyediakan perkhidmatan pemantauan kes yang sedang menjalani isolasi di rumah. iii) Penubuhan CAC Swasta (CACS) Oleh Pengamal Perubatan Swasta
Susulan cadangan daripada pelbagai pihak, KKM telah membenarkan penubuhan CACS yang diuruskan sepenuhnya oleh pihak swasta. CACS merupakan alternatif bagi pesakit COVID-19 kategori 1 dan 2 (tidak bergejala atau bergejala ringan) yang menjalani pemantauan di rumah. - CACS mengunakan fasiliti selain dari yang didaftarkan di bawah Akta Kemudahan dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586]. Ini memberi peluang bagi CACS untuk memberikan perkhidmatan pemantauan di rumah atau tempat kediaman pesakit COVID-19 (home monitoring) secara lebih tertumpu dan tidak menjalankan perkhidmatan pesakit luar yang lain; dan
- Antara kawasan yang digunakan adalah seperti dewan, hotel, dan sebagainya;
KKM telah menyediakan satu garis panduan sebagai rujukan bagi pihak yang ingin menyediakan perkhidmatan CACS. Antara yang ditekankan dalam garis panduan tersebut adalah; - Pemohon hendaklah merupakan pemegang perakuan dari sesebuah klinik perubatan swasta berdaftar di bawah Akta Kemudahan Dan Perkhidmatan Jagaan Kesihatan Swasta 1998 [Akta 586]; dan
- Pemohon hendaklah diwartakan sebagai Pegawai Diberi Kuasa di bawah Seksyen 3, Akta 342, bagi tujuan pemberian perintah pengawasan dan penjagaan di rumah, serta pemakaian peranti pengawasan.
iv) Perluasan CAC Maya (Virtual CAC) Mulai September 2021, CAC Maya telah diperluaskan ke seluruh negara. Melalui CAC Maya, individu positif yang tidak bergejala dan bukan dari golongan berisiko tinggi (berumur >60 tahun, mempunyai komorbid, atau wanita hamil) tidak perlu hadir ke CAC. Sebaliknya, mereka hanya perlu membuat pemantauan kendiri dan melaporkan status kesihatan menggunakan aplikasi MySejahtera. Pemantauan pesakit di kawasan Lembah Klang masih dilakukan oleh anggota di ibu pejabat KKM, manakala bagi negeri-negeri lain kini dilakukan oleh Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) masing-masing. v) Perkhidmatan Automated Voice Recording (robocall) Individu yang melaporkan gejala, khususnya tanda-tanda amaran (Warning Signs) seperti demam, kesukaran bernafas, letih lesu berpanjangan, dan sakit dada akan menerima SMS dan panggilan Automated Voice Recording (robocall) yang meminta mereka pergi ke fasiliti kesihatan terdekat untuk pemeriksaan lanjut. Selain itu, mana-mana individu yang melaporkan dua atau lebih tanda amaran akan menerima panggilan daripada pasukan perubatan Virtual CAC Outbound Team bagi mengesahkan keadaan pesakit dan sekiranya bantuan ambulans diperlukan untuk ke hospital. Proses ini melibatkan kerjasama strategik agensi swasta bagi memastikan intervensi yang dilaksanakan adalah berkesan. Ianya melibatkan Syarikat TM yang menyediakan pusat panggilan CAC Helpline, pemasangan hunting lines di Bilik Gerakan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) serta CAC di sekitar Greater Klang Valley dan perkhidmatan SMS broadcast untuk penghantaran SMS kepada individu yang dikenalpasti. Selain itu Syarikat TIME dotcom juga telah membantu dengan menyediakan perkhidmatan Automated Voice Recording (Robocall) untuk kumpulan individu yang masih belum menjawab soalan HAT dalam aplikasi MySejahtera dan kepada individu yang melaporkan Tanda Amaran (Warning Signs) serta akaun telefon VOIP (Voice Over Internet Protocol) yang digunakan oleh petugas perubatan Virtual CAC Outbound Caller bagi membuat panggilan kepada pesakit yang dikenalpasti. Diharapkan dengan penambahbaikan perkhidmatan CAC ini, perkhidmatan pemantauan di rumah atau tempat kediaman pesakit COVID-19 (home monitoring) akan menjadi lebih baik dan seterusnya mengurangkan kadar kematian khususnya kes-kes Brought-In-Death (BID) NASIHAT KESIHATAN BERKAITAN COVID-19 KKM ingin menasihati orang ramai termasuk individu-individu yang telah menerima vaksin COVID-19 agar terus mematuhi saranan serta nasihat-nasihat kesihatan yang sering ditekankan iaitu; - Elakkan 3S: (elakkan kawasan yang sesak, sempit dan sembang dengan jarak yang dekat).
- Amalkan 3W: (Amalkan Wash, Wear dan Warn).
- Sentiasa memakai pelitup muka di kawasan awam yang tertutup. Pemakaian pelitup muka berganda adalah digalakkan.
Patuhlah kepada S.O.P sebagai norma baharu dan dapatkan vaksin COVID-19 bagi mengurangkan risiko jangkitan yang serius, bilangan kes kematian sekaligus membina imuniti kelompok. Dengan pengambilan vaksin, kita dapat melindungi orang di sekeliling daripada kemungkinan jangkitan COVID-19. Dengan imuniti kelompok yang terbentuk, kumpulan yang belum layak diberi imunisasi seperti kanak-kanak dapat dilindungi. Perlindungan untuk semua bermula daripada diri kita. KKM akan terus memantau perkembangan kejadian jangkitan di dalam negara, dan juga luar negara melalui maklumat yang diperolehi daripada pihak WHO. KKM akan memastikan langkah pencegahan dan kawalan yang sewajarnya dilaksanakan secara berterusan. Sekian, terima kasih. TAN SRI DATO’ SERI DR. NOOR HISHAM ABDULLAH KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 14 Oktober 2021 @ 6:00 petang LAMPIRAN 1 KLUSTER-KLUSTER BAHARU YANG DILAPORKAN DI MALAYSIA PADA 14 OKTOBER 2021 NONAMA KLUSTERKATEGORI KLUSTERNEGERIDAERAHJUMLAH KESJUMLAH DISARING
1Jalan Selatan 11Tempat KerjaJohorJohor Bahru1670
2Tapak Bina Mutiara Mas UtamaTempat KerjaJohorJohor Bahru1020
3Jalan Tropika KulaiTempat KerjaJohorKulai911
4Industri Jalan BudiTempat KerjaJohorBatu Pahat835
5Tapak Bina Jalan BBN DuaTempat KerjaNegeri SembilanSeremban1326
6Jalan Industri SembilanTempat KerjaPahangTemerloh1128
7Lorong Perusahaan UtamaTempat KerjaPulau PinangSeberang Perai Tengah29164
8Industri Jalan Korporat TigaTempat KerjaSelangorKlang dan Kuala Selangor40108
9Industri Sungai Rasau 35-2Tempat KerjaSelangorKlang20294
10Belimbing DalamKomunitiMelakaAlor Gajah3340
11Kampung Sungai BilKomunitiPerakMuallim2128
12Kampung Tebing Tinggi KemuminKomunitiKelantanKota Bharu1320
13Jalan SenaKomunitiJohorKulai817
14Jalan Free SchoolKumpulan Berisiko TinggiPulau PinangTimur Laut4476
15Lorong Rambutan TigaKumpulan Berisiko TinggiPulau PinangTimur Laut1518
16Lorong Nenas SatuKumpulan Berisiko TinggiPulau PinangSeberang Perai Tengah929
17Jalan Jaya Simpang RenggamInstitusi Pendidikan Swasta yang Berdaftar di Bawah KPMJohorKluang1028
LAMPIRAN 2 NILAI RT MENGIKUT NEGERI BERDASARKAN KES YANG DILAPORKAN PADA 13 OKTOBER 2021 NEGERI | NILAI R[size=12.375px]T | WP PUTRAJAYA | 1.07 | NEGERI SEMBILAN | 1.03 | PERLIS | 0.99 | KELANTAN | 0.96 | WP KUALA LUMPUR | 0.95 | TERENGGANU | 0.94 | SELANGOR | 0.92 | PAHANG | 0.89 | MELAKA | 0.88 | SABAH | 0.87 | KEDAH | 0.87 | PERAK | 0.84 | JOHOR | 0.83 | PULAU PINANG | 0.82 | SARAWAK | 0.78 | WP LABUAN | 0 | MALAYSIA | 0.88 |
|