|
[Tempatan]
[Update] Bencana Kim Kim : Media Diarah Keluar Dari Pusat Kawalan Operasi Bencan
[Copy link]
|
|
blastoff replied at 17-3-2019 12:48 PM
menteri kesihatan kata tarak long term health effects jumpa pi lah apa pun selagi tak mati tak ada ...
Semalam punya pc minister ni tk habaq pun tkdak long term.. Dia habaq.. Yg diberikan rawatan kali ni database nya dh ada n cohort ni akan dinilai long term effectnya few more years.. Lebih kurang gitulah ayatnya.. Dia pun tk berani jamin takda ling term uol.. Yg dirawat ini adalah simptom2 mcm sesak napas.. Batuk.. Sakit mata.sakit kepala. Dh beri ubat baiklah depa.. Tapi kat yg kat dalam tu? Organ2 yg berpotensi utk cancer? Kena tunggu lagi beberapa thun lah gamaknya kaau nak saman pengilang2 durjana tu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 18-3-2019 12:30 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Sebuah Pondok Keselamatan Akan Didirikan - MB Johor [METROTV]
Izlaily Nurul Ain Hussein
OSMAN (empat dari kanan) diiringi anggota Hazmat Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) bagi meninjau keadaan kualiti udara menggunakan alat pengesan gas di Sungai Kim Kim, Pasir Gudang, hari ini. FOTO Adi Safri.
Semua sisa bahan kimia dikumpulkan sepanjang proses pembersihan Sungai Kim Kim, Taman Pasir Putih, Pasir Gudang akan dihantar untuk dilupuskan di kilang pembakaran dekat Jalan Tembaga, Pasir Gudang serta Bukit Pelanduk, Seremban, Negeri Sembilan.
SEMUA sisa bahan kimia dikumpulkan sepanjang proses pembersihan Sungai Kim Kim, Taman Pasir Putih, Pasir Gudang akan dihantar untuk dilupuskan di kilang pembakaran dekat Jalan Tembaga, Pasir Gudang serta Bukit Pelanduk, Seremban, Negeri Sembilan.
Menteri Besar Johor, Datuk Osman Sapian berkata, semua sisa bahan kimia itu akan dilupuskan kilang berkenaan dengan suhu kepanasan antara 800 hingga 1,200 darjah Selsius.
“Kita sudah buang 150 tan metrik air bercampur bahan kimia dan 300 tan metrik tanah yang dikenal pasti terdapat bahan kimia.
“Kita hantar ke kilang pembakaran di Jalan Tembaga dan ke Bukit Pelanduk, Seremban untuk dilupuskan. Kita akan pastikan benda itu (bahan kimia) habis.
“Kita percaya bahan kimia ini sudah tiada (bahaya), tetapi kita tetap hantar untuk pelupusan lebih selamat,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana di Menara Aqabah, Majlis Perbandaran Pasir Gudang (MPPG) hari ini.
Beliau berkata, keseluruhan 1.5 kilometer (km) sungai yang tercemar sudah dibersihkan, namun kontraktor dilantik akan berada di lokasi untuk tiga hari lagi bagi pemantauan susulan.
Pada masa sama, beliau berkata, kerajaan negeri akan memantau kawasan berpotensi menjadi lokasi pembuangan sisa bahan kimia secara haram di seluruh negeri ini.
“Kita ada kenal pasti beberapa tempat yang tidaklah bahaya, tetapi dipercayai ada berlaku pembuangan sisa bahan kimia di situ,” katanya.
Dalam perkembangan jangka masa panjang pula, Osman berkata, sebuah pondok keselamatan akan didirikan di lokasi pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim dengan menempatkan dua anggota daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).
“Untuk jangka masa panjang, dalam mesyuarat, kita bincang untuk dirikan pondok keselamatan tetap di situ.
“Ini kerana selepas selesai operasi pembersihan nanti, tiada orang berada di lokasi, jadi ia akan dipantau dua anggota dari PBT secara bergilir-gilir bagi mengelak perkara ini berulang,” katanya.
Bagi pembukaan semula 111 sekolah diarahkan tutup, Osman berkata, ia akan diputuskan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik yang berkunjung ke Johor, esok.
“Sebenarnya kita hanya ada empat hari lagi sebelum cuti sekolah yang panjang.
“Jadi, saya percaya Menteri Pendidikan yang akan datang ke sini esok akan melihat dan memantau laporan jawatan kuasa sebelum membuat sebarang keputusan tentang pembukaan sekolah,” katanya.
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
ni dia sebut jelas tarak long term effect langsung.... errr yg 8 kat ICU tu teruk berhari2 takkan tarak long term effect kot .
]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]]
NEWS
Health minister: Pasir Gudang pollution won't have long-term health effects
Bernama | Published: 16 Mar 2019, 8:31 pm
Victims of the Sungai Kim Kim chemical waste pollution suffered a one-off acute exposure and it’s not expected to have any long-term chronic effect on their health, said Health Minister Dzulkefly Ahmad.
He also said that the toxic level of the chemical waste was not high enough to result in fatalities.
“I wish to stress here that this is acute exposure. The dosage is not too serious, totally not a fatal dosage.
“This is acute toxicity, not something that is chronic in nature and where long-term exposure can cause cancer,” he told a press conference after visiting the Medic Base at the Pasir Gudang Municipal Council Indoor Stadium today.
He was commenting on the victims’ concerns about the long-term effect the Sungai Kim Kim chemical waste pollution would have on their health.
Dzulkefly said that as an initiative to monitor the health status of all the victims, the ministry would conduct a cohort study based on the patients’ collated data system.
- Bernama
https://www.malaysiakini.com/news/468257
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 18-3-2019 12:33 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Wujudkan pondok keselamatan. Hang biaq betui MB. Tu ja ka idea hang paling bernas
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by blastoff at 18-3-2019 12:47 AM
pondok keselamatan utk apa tu ....kalau nak halang pembuang sisa toxic , bukan sepanjang sungai boleh ada pondok plak ....culprit akan buang kat tempat yg jauh dari pondok laa kang bukan payah pung
banyak lagi sungai lain kat johor yg depa boleh pi buang paaa pehal kat kim kim je buat pondok
|
|
|
|
|
|
|
|
aku tatau nak kata diorg ni bodoh,jahil,bengap,atau yahudi..they dont event care less...poket tebal masing2..tak pk rakyat jelata lgsg..serius aku doa2 sgt menteri2 yahudi ni yg kene long term effect toxic ni..
solat hajat lah rakayt rakyat pasir gudang ..doa2 org yg teraniaya ni takde hijab..smoga yg menzalimi ni dpt pembalasan yg plg setimpal termasuk la pemimpin yg x berkesah psl masa depan anak2 hgpa suma |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 18-3-2019 01:22 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Semua 111 sekolah di Pasir Gudang, Johor terus ditutup sehingga akhir cuti penggal pada Sabtu minggu depan, sebagai langkah berjaga-jaga. – Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Kenapa tak ada Malaysian Scientists bagi nasihat. Pakai gas mask tak mencukupi. Yang ada activated carbon sekali pun, kalau prolonged exposure. Kenalah evacuate rakyat. Pakai mask boleh nafas tak? Kalau boleh, oxygen boleh masuk. Kalau oxygen boleh masuk, gas lain pun boleh lah. Besar mana ingat molecules gases ni?
|
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 18-3-2019 03:15 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
[UPDATE] Sungai Kim Kim : Sembilan individu ditahan polis
Izlaily Nurul Ain Hussein
Sukarelawan membantu penduduk di Stadium Tertutup Majlis Perbandaran Pasir Gudang. FOTO Hairul Anuar Rahim
SEMBILAN individu ditahan polis semalam dipercayai terbabit dalam insiden pembuangan sisa bahan kimia di Sungai Kim Kim, Taman Pasir Putih, Pasir Gudang.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun berkata, sembilan lelaki itu ditahan bagi membantu siasatan berhubung insiden berkenaan.
“Semalam, kita sudah menahan dua orang di Johor dan tujuh lagi ditahan di luar Johor.
“Operasi memburu suspek lain masih diteruskan, saya tidak boleh beri terlalu banyak maklumat terperinci kerana ia akan mengganggu siasatan dan operasi polis,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Istiadat Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara Kontinjen Johor di Dewan Dato’ Onn, Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor hari ini.
Turut hadir Pengarah Pengurusan Bukit Aman, Datuk Abd Rahim Jaafar; Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Khalil Kader Mohd dan Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din.
Mohamad Fuzi berkata, semua suspek kini ditahan reman enam hari bermula hari ini sehingga Sabtu ini.
Katanya, siasatan dibuat mengikut Seksyen 278 Kanun Keseksaan (menjadikan udara merbahaya kepada kesihatan), Seksyen 284 (kelakuan cuai berkenaan benda beracun) dan Seksyen 326 kanun sama (menyebabkan cedera parah).
Semalam, Mohamad Fuzi memaklumkan polis sudah memperoleh petunjuk yang menjurus kepada identiti suspek bertanggungjawab membuang sisa bahan kimia secara haram di sungai itu dan operasi memburu serta menjejak suspek giat dijalankan untuk membuat tangkapan. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Remyda replied at 18-3-2019 03:15 PM
Sungai Kim Kim : Sembilan individu ditahan polis
Izlaily Nurul Ain Hussein
Ini wayang saja. Untuk rakyat sejuk sedikit hati tu |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kenapa Sultan Johor ckp ada org fitnah dia ada kaitan ngan pembuangan toksid tu ek.. sbb tu liat sgt nk tangkap dalang dalang2nya |
|
|
|
|
|
|
|
kalu kepala hotak kaki penipu kaki spin bagi cadangan pun srupa budak xskola..eh, lupa lak dia ni yg ade fake degree..dasar bangang xboleh simpan dah si mb pakaton ni..
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 18-3-2019 04:03 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Pihak pentadbiran sekolah kini berkuasa untuk menutup sekolah sekiranya kualiti udara di kawasan masing-masing terjejas akibat jerebu. - Timbalan Menteri Pendidikan, Teo Nie Ching
Apa ke benda hang punya kenyataan dengan maszlee ni saling bercanggah |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 18-3-2019 04:28 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
NGO dan sukarelawan masih lagi aktif mengedarkan face mask di sekitar Pasir Gudang .
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 18-3-2019 04:30 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Orang Johor yang pemurah, Bantuan ikhlas anda diperlukan segera .Hubungi 0127595227 untuk maklumat lanjut .
|
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 18-3-2019 04:56 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
[LANGSUNG] Perkembangan di belakang SMK Tanjung Puteri Resort berikutan penemuan tong-tong biru mencurigakan di bawah jambatan dipercayai mengandungi bahan berbau seperti cuka.
|
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 18-3-2019 05:25 PM
From the mobile phone
|
Show all posts
Penduduk gempar jumpa tong biru dikhuatiri berisi sisa kimia
ISNIN, 18 MARCH 2019 @ 5:08 PM
TONG biru yang ditemui di Sungai Sembilang. - Foto Hairul Anuar Rahim
PASIR GUDANG: Penduduk Taman Tanjung Puteri Resort di sini gempar dengan penemuan beberapa tong biru dipercayai berisi sisa bahan kimia, di Sungai Sembilang, kira-kira dua kilometer dari Sungai Kim Kim.
Tong terbabit ditemui kira-kira 500 meter dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tanjung Puteri Resort, salah satu daripada 111 sekolah di sini yang diarah ditutup sementara sejak Rabu lalu.
Tinjauan media di kawasan berkenaan sebaik dimaklumkan penduduk mendapati ada beberapa tong biru dipercayai berisi sisa kimia dibuang di bawah jambatan yang menghubungkan Taman Tanjung Puteri ke Taman Pasir Putih.
Seorang penduduk, Ahmad Roh Ariffin, mendakwa kandungan tong yang dipercayai sisa toksik itu sudah mengalir ke dalam Sungai Sembilang, menyebabkan bau tidak menyenangkan.
“Kemunculan tong biru itu disedari penduduk sejak Khamis lalu dan sudah dilaporkan kepada pihak berkuasa, namun tiada tindakan diambil.
“Penduduk bimbang kerana boleh menghidu bau busuk seperti cuka, apatah lagi ada yang mengadu sesak nafas dan mual.
“Kami berharap pihak berkuasa menyiasat kemunculan tong biru ini kerana isu pencemaran Sungai Kim Kim pun belum selesai, ” katanya kepada media.
Dua anggota polis dilihat sudah menutup kawasan berkenaan dengan garisan kuning polis dan tidak membenarkan media dan orang ramai mendekati kawasan itu. |
|
|
|
|
|
|
|
Pembuang sisa kimia x reti pergi lari oversea menghilang spt jlow miamiahmiah |
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 19-3-2019 12:17 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
JAS Diarah Siasat Lokasi Baharu Pembuangan Sisa Kimia - MB Johor
ISNIN, 18 MARCH 2019 @ 11:38 PM
OSMAN (dua, kanan) semasa mengadakan tinjauan di kawasan insiden pencemaran Sungai Kim Kim dekat Pasir Gudang. - Foto Bernama
PASIR GUDANG: Jabatan Alam Sekitar (JAS) Johor diarah untuk segera menyiasat lokasi baharu pembuangan sisa kimia.
Menteri Besar, Datuk Osman Sapian, berkata beliau mengambil serius laporan terdapat beberapa lagi kes yang disyaki kesan pembuangan sisa kimia di kawasan Masai.
“Saya sudah mengarahkan JAS untuk menyiasat laporan ini dengan segera.
“Agensi keselamatan seperti Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Polis Diraja Malaysia juga sudah diarah untuk menutup kawasan terjejas.
“Sehingga laporan yang lengkap diperoleh daripada JAS, kawasan berkenaan hendaklah ditutup sepenuhnya sehingga kerja-kerja pembersihan, kawalan dan penyiasatan sudah dijalankan.
“Jika benar pihak yang tidak bertanggungjawab melakukan pembuangan haram sisa kimia berkenaan, tindakan tegas akan diambil,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, hari ini.
Hari ini, media melaporkan penemuan kira-kira tujuh tong biru dipercayai sisa kimia di Sungai Sembilang dan lebih 10 tong biru disyaki berisi sisa kimia di Sungai Masai, yang masing-masing terletak dua dan 18 kilometer dari Sungai Kim Kim.
Osman yang juga Pengerusi Jawatankuasa Bencana Johor berkata, beliau tidak akan membiarkan bencana kimia berulang sehingga membahayakan nyawa dan keselamatan rakyat.
“Saya menyeru kepada semua rakyat untuk menjauhi kawasan berkenaan dan mematuhi peraturan keselamatan yang disediakan,” katanya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Author |
Post time 19-3-2019 12:21 AM
From the mobile phone
|
Show all posts
Penduduk dah buat aduan semenjak 14 hb haritu. Tapi langsung tiada tindakan susulan. Nak kena tular dulu baru depa nak buat kerja ka |
|
|
|
|
|
|
| |
|