Edited by mixed at 24-2-2018 12:11 PM
ni jawapan nd dia x kisah pn
nk fan tgk muka anak nya
jawapan nya street xda nk perli org
yg simple
Tak Ada Pantang Seperti Selebriti Lain Untuk Nora Tayang Anak[size=0.688em]Diterbitkan: Sabtu, 24 Februari 2018 6:10 am
[siz [size=0.75em]Nora tunjuk wajah anak di laman Instagram. Foto Instagram: @noradanish
[size=0.813em] (Ubah saiz teks)
[size=0.98em]JIKA selebriti lain memilih untuk berkongsi wajah anak selepas tempoh waktu tertentu, pelakon Nora Danish pula sebaliknya dan tidak menunggu lama berbuat demikian. [size=0.98em]Menerusi laman Instagram, Nora, 37, ada memuat naik beberapa keping foto wajah bayi lelakinya itu yang diberi nama Mohamed Neqayl Nedim atau dipanggil Ney Ney. [size=0.98em]Rata-rata pengikut di laman tersebut turut teruja melihat wajah anak hasil perkahwinan Nora dan Nedim ini.
[size=0.98em]Nora Danish berkongsi wajah Ney Ney di laman Instagram. [size=0.98em]"Hello Ney Ney hensem boy. Aunty terjatuh cinta tengok kamu. Suka tengok baby Nora post lagi banyak Nora sebab suka tengok comel sangat. [size=0.98em]"Comelnya. Tahniah Nora Danish dan suami. Doakan semoga saya dan suami pun dapat zuriat secomel macam ini juga ya," komen netizen pada gambar terbaharu Ney Ney.
[size=0.98em]Wajah comel Neqayl.
[size=0.98em]Dalam laporan sebuah portal berita, Nora berkata dia tidak memerlukan masa yang lama untuk memaparkan wajah anaknya.
[size=0.98em]Malah, dia percaya setiap individu mempunyai pandangan dan pendapat sendiri berhubung isu ini.
[size=0.98em]Pelakon filem Makrifat Cinta ini selamat melahirkan bayi lelaki seberat 3 kilogram di sebuah hospital swasta di ibu negara pada pukul 9.02 pagi Khamis secara pembedahan.
[size=0.98em]Nedim mengucup pipi Neqayl. [size=0.98em]Nora dan Nedim Nazri berkahwin pada 30 Mac 2017 dan ia adalah perkahwinan kedua buat mereka. [size=0.98em]Sebelum ini, Nora pernah berkahwin dengan Rizal Ashram Ramli dan mereka mempunyai seorang anak iaitu Putra Rayqal Ramli Rizal Ashram yang berusia 9 tahun. [size=0.98em]Mereka bercerai pada 10 Julai 2008 selepas dua tahun berkahwin. [size=0.98em]Nedim juga seorang duda anak satu selepas bercerai pada tahun 2013. Dalam perkahwinan pertama itu Nedim turut mendapat anak lelaki.
Baca lebih lanjut di http://www.mstar.com.my/hiburan/ ... TPXALqTwowJ3TppQ.99
|