|
Ipo replied at 20-2-2015 04:13 PM
ko nak karoot komedia kat benang aku pun aku tak marah..
awal2 lagi aku dah claim..korang nak k ...
Xdop mood nk karoot buat masa ni.. setakat ni xjalan mana pon.. jadi bibik jaga budak ado laa |
|
|
|
|
|
|
|
Bercanda di pasiran pantai.. kita bersama memadu asmaraaaaaa.... cinta setiaaaaaa.... kemahennnnn |
|
|
|
|
|
|
|
mak aih....conan dah jadi romantik tak hengat la puleeeeeeeeekkk
kang ada scene manja dan romantik lepas nikah
|
|
|
|
|
|
|
|
Nalle speku...jangan tak speku..dah nak habis dah citer ni...
terjawab siapa mawar hitam nanti..habis la citer ni
nota kaki pun dah terjawab..
|
|
|
|
|
|
|
|
MINUMAN dipesan bersama keropok lekor goreng. Conan pandang Aylanins yang duduk di depannya. Bunga ros merah yang diberi tadi masih berada di tangan Aylanins. Dia senyum. Hilang rindunya pada gadis itu. Kalau ikutkan hati, ingin saja dia nikah dengan Aylanins. Tidak perlu melalui ayahnya. Bukan susah pun, pergi meminang dan terus saja nikah. Ajak saja Nicki, Ipo, Amir dan Alif sebagai mewakili pihaknya. Tapi tidak semudah yang dibayangkan. Dia cukup kenal dengan sikap ayah.
"Nan..kenapa awak ada kat sini? Awak tahu tak, ayah awak dah buat laporan polis pasal kehilangan awak." Aylanins mulakan bicara.Dari tadi Conan asyik merenungnya sambil tersenyum-senyum.
"Biarlah..saya tak akan pulang ke KL sebulan dua ni.." jawab Conan bersahaja.
Aylanins geleng. Dia letak bunga ros merah sekuntum itu di atas meja. "Nan..macam mana awak boleh end up kat sini?"
Conan senyum lagi. Dia tahu soalan itu yang akan dilontarkan oleh Aylanins. Semalam lagi dia perasan gadis itu seperti kenal dan cam dirinya ketika itu. Sengaja dia tempek tepung di muka agar Aylanins tidak terus mengamati wajahnya. Nafas di tarik dan dihembus perlahan sebelum dia menyambung bicara.
"Panjang ceritanya..tapi sebelum tu, betul ke saya dengar Ryan sudah mati ditembak?" Conan teringat berita di suratkhabar yang dibacanya semalam. Terpapar berita Ryan mati ditembak dan lebih membuatnya merasa tertekan, makmal ABC itu rupanya adalah milik ayahnya sendiri. Bermakna selama ini ayahnya secara tak langsung turut sama terlibat dalam hal itu.
"Ya..dia berubah jadi makluk ganas. Malam tu, dia meloloskan diri dari lokap dan masa tu saya panggil Ipo dan Nayla sekali kerana dia orang tu kan tahu selok belok makmal ni dan tahu pasal kes makhluk tu. Ryan pergi ke rumah Kurt dan cederakan Kurt.." Jelas Aylanins mengenang kembali kejadian pada malam itu.
"Masa tulah saya tembak makhluk tu. Rupanya makhluk tu adalah Ryan. Saya ada bukti video. Dengan bukti nyata tu, kes Ryan sudah ditutup. Nota kaki tu jadi petunjuk.." Sambung Aylanins. Soal nota kaki dia tidak mahu panjangkan, bimbang Conan akan tahu siapa di sebalik semua itu. Sudah tentu nama Nayla akan keluar nanti.
"Oh..jadi masa kejadian tu..makhluk tu ke rumah Kurt? Malam tu hujan lebat kan?" Conan membuntang.
"Ya. Awak pun hilang malam tu kan?" Aylanins pula tanya Conan.
"Mana awak tahu?"
"Nicki..dia yang beritahu. Saya jumpa dia di tasik dalam keadaan lemah. Terus saya hantar dia ke rumah..." Aylanins turut ceritakan perkara sebenar tetapi nama Nayla langsung tidak disebut sedangkan ketika itu dia dan Nayla yang menolong Nicki.
"Nicki macam mana?" Conan mula risau.
"Dia ok..dia pun sesat dalam belukar tu. Awak lari ke mana malam tu?" Balas Aylanins.
"Sebenarnya malam tu, makhluk tu muncul di rumah kami. Saya dan Nicki lari sebab makhluk tu nak terkam. Nicki lari ke arah belukar. Masa tu saya berada di belakang Nicki. Tiba-tiba terasa tangan ditarik kasar. Makhluk tu sudah berada di belakang saya. Saya lari tak cukup tanah sampailah saya tiba di satu jalan besar. Hujan lebat dan kilat pada malam itu, sukar untuk saya mencari arah pulang ke rumah semula. Makhluk tu sempat cakar lengan saya. Dalam keadaan pedih dan sakit tu..saya cuba menahan kereta yang lalu di jalan tu. Sebuah lori kecil berhenti dan saya tumpang lori tu. Rupanya lori tu nak ke Terengganu selepas menghantar bekalan keropok lekor ke Kuala Lumpur. Masa tulah saya berbohong yang saya juga nak pulang ke Terengganu. Mulai hari itu, saya menumpang di rumah Pak Nik, tuan lori tu. Pakcik tu mengusahakan bisnes keropok lekor. Sebab tulah saya kerja di gerai keropok lekor di Pasar Payang tu. Niat saya..nak tinggal sebulan dua sebab tak nak dipaksa nikah. Tapi kalau tunang saya tu namanya Aylanins, tak jadilah saya nak tinggal sebulan dua. Terus saja saya balik KL." Conan sengih.
Aylanins turut senyum. Sempat lagi Conan buat lawak.
|
|
|
|
|
|
|
|
wow! what a lovely!!
sweet...........................
|
|
|
|
|
|
|
|
Ipo replied at 20-2-2015 05:20 PM
wow! what a lovely!!
sweet...........................
Aku pulak yg naik bulu roma
Baidewei.. sapa2 yg kena gigit ke cakor ke ngan makhluk tu nnt tak kan berubah jd makhluk tu jugak ke?
err.. pak nik tu bapak nicki ke? |
|
|
|
|
|
|
|
hehe..ok apa..suka sangat foto tu...cute gitu
pasal kena gigit dan cakar tu..tak bertukar rupa la..
yg ni hanya disuntik ngan enzim akan jadi makhluk tu
yg ko tanya ni..macam Walking Dead tu..gigit je..terus tukar jadi zombie
|
|
|
|
|
|
|
|
jangan bimbang..conan tak akan jadi makhluk ganas tu..
|
|
|
|
|
|
|
|
amboih mentang2 nama pak NIK..
|
|
|
|
|
|
|
|
Ko saje je kannn.. nak.kutip tacang |
|
|
|
|
|
|
|
Edited by aylanins at 20-2-2015 06:49 PM
Muzafar memerhati tingkah Aylanins yang kelihatan melayan perasaan seorang diri di situ. Sengaja dia tidak munculkan diri depan gadis itu kerana dia sudah berjanji tidak akan ke resort itu. Sungguh hatinya sudah terpaut pada kesabaran gadis itu menghadapi tekanan dari ayah Conan. Sungguh hatinya sudah terdetik rasa sayang untuk gadis itu.
Mujapar oh Mujapar ...
|
|
|
|
|
|
|
|
heheh..ok apa..dapat tacang yg tak boleh makan..
ok dapat lagi tacang +1
|
|
|
|
|
|
|
|
apa perasaan kalau Mujapar ni benar2 wujud??
|
|
|
|
|
|
|
|
eh..eh...eh..
ipo pun nak tumpang sekaki kasih Aylanins ke?
|
|
|
|
|
|
|
|
Conan dan Aylanins berbual mesra sehingga hampir maghrib. Mereka berdua menuju ke masjid Kristal untuk menunaikan solat maghrib sebelum Aylanins menaiki kereta ke resort semula. Pelawaan Conan untuk menghantarnya ke resort itu ditolak dengan baik. Dia tak nak Conan terserempak dengan Arisha dan Amir nanti. Kecoh pula nanti jika Amir pula bertikam lidah dengan Conan pasal Arisha yang disangka Nayla oleh Amir. Biarlah keadaan reda dulu. Lagi pun, bairlah Conan tinggal di rumah Pak Nik dulu. Lainlah jika ayah Conan mengugutnya lagi.
SAMPAI di Sutra Beach Resort, Aylanins melangkah masuk ke chalet. Penat terasa seluruh badan. Dia segera capai tuala dan menapak ke bilik air. Malam ini dia hanya akan berehat di chalet saja. Tidak seperti malam-malam sebelum ini, dia suka keluar mengambil angin malam. Penat masih terasa tambah lagi kejadian tidak diduga siang tadi.
Aylanins ketawa sendiri bila mengingat kembali bagaimana dia menendang perut Conan sehingga tergolek jatuh mamat tu. Salah Conan juga yang tiba-tiba menarik tangannya. Mahunya tidak terkejut!
"Haih..Nan..Nan.." Tiba-tiba Aylanins merasa lucu dengan tindakannya siang tadi.
Usai mandi dan mengambil wudhuk, Aylanins segera menunaikan solat Isyak pula. Selesai solat, dia berehat di atas katil dan menyambung semula novel yang dibaca. Matanya mula kuyu. Terlelap seketika. Novel yang dipegang terlepas jatuh ke lantai. Aylanins tersedar. Dia capai semula novel yang terjatuh tadi dengan membongkokkan badannya. Matanya tertancap pada sesuatu di bawah pintu.
Aylanins menapak perlahan ke muka pintu. Dia tunduk dan capai sekeping kertas berlipat dari bawah pintu. Kertas berlipat itu dibuka. Ada sesuatu ditulis di situ.
'Malik akan jadi mangsa terakhir mawar hitam.'
Aylanins tergamam. Kertas sekeping itu dibelek lagi. Tidak ada nama pengirim. Umpama nota kaki saja. Berkerut kening Aylanins ketika ini. Kertas itu dilipat semula. Rasa penat dan mengantuk tadi sudah tidak ada. Segera dia mengambil komputer riba dan membuka fail tentang kes mawar hitam yang pernah disiasatnya dulu sewaktu Muzafar menyuruhnya berbuat begitu. Maklumat dalam fail itu diteliti satu persatu. Dia menelan liur. Memang benar! Malik adalah lelaki terakhir yang dicari Hani. Joe, Rizal, Ben dan terbaru Fendi sudah pun mati dibunuh oleh mawar hitam.
"Siapa yang beri aku nota kaki ni?" Aylanins buka semula lipatan kertas tadi dan sekali lagi membaca apa yang tertulis di situ.
Cepat saja Aylanins capai tudung dan menapak ke pintu. Pintu dibuka, mengintai jika ada sesiapa di situ. Ternyata tiada sesiapa di luar chalet. Angin sejuk bertiup lembut. Pintu ditutup dan Aylanins melangkah ke sekitar chalet. Juga tiada sesiapa. Angin sejuk semakin bertiup kuat. Aylanins kembali ke chalet. Pintu ditutup semula.
"Hmm..pelik." Aylanins menatap semula maklumat dalam fail itu.
Dia capai pula pamplet di atas meja kecil sebelah katil. Pamplet itu dibelek dan dibaca. Kata-kata aluan selamat datang dari pemilik resort dibaca dan matanya jatuh pada nama di bawah tandatangan. "Malik??"
Aylanins menelan liur. Apakah Malik dalam nota kaki yang diterima itu adalah Malik pemilik resort itu?? Kertas itu ditatap lagi.Bingung dengan kemunculan nota kaki itu yang diselit di bawah pintu chalet. Aylanins segera menukar baju tidur kepada seluar jeans dan blaus. Dia melangkah keluar dari chalet dan menuju ke lobi resort. Di kaunter penyambut tetamu, Aylanins mula bertanyakan pemilik resort itu. Dia terkejut. Memang nama pemilik resort itu Malik!
"Ayla.."
Aylanins menoleh ke kiri. Arisha sudah tersenyum padanya. "Nayla..ada apa?"
"Maaf pasal siang tadi. Sepatutnya kita balik sekali. Ada masalah tadi..." Arisha mengeluh.
"Oh tak apa..saya pun kebetulan ada hal tadi. Mana Amir?" Aylanins melihat sekitar. Selalunya gadis itu akan ditemani Amir bila keluar ke mana sekali pun.
"Dia ada kat bilik dia la. Tak kuasa nak berdua dengan dia. Saya layan dia pun sebab terpaksa. Haih..rasa lambat benar hari ahad. Tak sabar nak balik KL." Jawab Arisha dengan riak muka kebosanan.
Aylanins diam. Dia masih berteka teki, adakah Arisha ada hati pada Conan atau Nicki? "Hmm..kat luar tu macam nak hujan, apa kata kita minum kat kafe tu?" Ajak Aylanins. Dia perlu tanya gadis itu tentang hati dan perasaan.
Arisha mengangguk setuju. Mereka berdua mula melangkah ke dalam kafe yang dibuka 24 jam di situ. Ramai juga pelancong asing sedang menikmati minuman sambil dihidangkan dengan alunan muzik sentimental. Minuman panas dipesan dan mereka mula melabuhkan punggung.
"Kalau saya tanya ..awak boleh jawab dengan jujur?"Aylanins mulakan bicara.
"Apa dia?"
"Betul ke awak terima tunang awak dengan hati terbuka?"
Arisha diam. Dia tunduk. Belum sempat dia menjawab, seorang pelayan sudah datang ke meja mereka membawa minuman yang dipesan. Lantas minuman itu dihirup sekejap. Aylanins masih memerhati Arisha yang mula diam. Mungkin mencari kata-kata yang sesuai.
"Kenapa awak nak tahu?" Arisha merasakan soalan Aylanins tadi seperti ingin mencungkil rahsia hatinya.
"Sebab saya tahu awak bukan Nayla. Saya berpura-pura panggil awak Nayla. Awak adalah kembar Nayla, nama awak adalah Arisha Mawar, correct me if I'm wrong." Aylanins terpaksa juga berterus terang. Pertemuannya dengan Conan siang tadi membuatnya merasa cukup terseksa. Alang-alang dia jatuh cinta pada lelaki itu, lebih baik dia pertahankan cintanya itu. Bukan sekadar menyerah pada takdir. Apa yang berlaku sekarang pun, bukan kehendak Conan.
"Dan awak suka pada Nicki kan?" Sambung Aylanins lagi.
Arisha terdiam. Tergamam mendengar kata-kata Aylanins. "Maaf..awak ni siapa? Awak kenal ke Nicki..Nayla?"
"Ya saya kenal Nicki dan Nayla. Nayla..dia cucu kesayangan Puan Sharifah Qasidah. Pewaris harta dan bakal pemilik syarikat tempat awak kerja sekarang ni tapi Nayla seorang yang suka berdikari. Dia kerja di makmal dan menyewa di luar. Dia memberontak dengan majlis pertunangan tu. Awak diculik untuk menggantikan tempatnya dalam majlis pertunangan tu." Jelas Aylanins lagi.
Arisha masih diam. Aylanins tahu semua itu dan tidak mustahil seorang pegawai polis seperti Aylanins tahu tentang itu. Sungguh dia tidak menyangka yang dia benar-benar ada kembar seiras.
"Dan lelaki yang menjadi tunang awak tu, dia..dia.." Aylanins tidak sanggup meneruskan kata-kata. Sebak mula menerjah di jiwa.
Arisha pandang Aylanins. Riak gadis itu sudah berubah. Ada nada sebak dari tutur kata gadis itu. "Maaf..sebenarnya saya tak pernah kenal siapa dia dan saya sebenarnya terperangkap. Saya tidak mampu membantah. Nenek tidak percaya yang saya ni Arisha!"
Aylanins pula diam. Mungkin juga ada benarnya kata Arisha. Sukar untuk meyakinkan Puan Sharifah Qasidah perkara sebenar bila memiliki rupa paras yang sama. Dia masih menunggu jawapan seterusnya dari gadis itu.
"Saya akan putuskan pertunangan ni bila tunang saya sudah ditemui. Saya akan bersemuka dengan dia dan juga Nayla....dan ceritakan apa yang sudah berlaku. Hanya mereka saja yang saya harap boleh menjernihkan keadaan. Nenek saya tak pernah percayakan saya. Amir..dia pula macam tak pernah putus asa mendekati saya. Pujuk saya dengan kata-kata manis. Saya syak dia tu kekasih Nayla dan saya rasa dia ada niat tak baik pada Nayla. Saya benar-benar tersepit sekarang ni." Arisha meraup muka. Ada titis jernih mengalir di pipi.
Aylanins mula resah. Dia tidak bermaksud untuk membuat gadis itu menangis. "Arisha...saya tahu awak cintakan Nicki. Belum terlewat untuk awak bantah dan cerita hal sebenar pada nenek awak dan juga pada bakal bapa mertua awak.."
Arisha alihkan tangan yang menutupi muka. Dia tunduk. "Saya lega kerana ada juga insan yang faham hati saya.."
Mereka berdua menghabiskan minuman dan kembali ke bilik masing-masing. Aylanins pula masih memikirkan tentang nota kaki misteri yang baru diterima tadi. Dia perlu siasat. Mungkin benar Malik dalam bahaya. Mungkin benar mawar hitam itu akan membunuh Malik. Teringat pula kata-kata Arisha tentang Amir. Nombor Nayla dihubungi. Biar Nayla bersemuka dengan Arisha dan Amir. Mungkin bila Arisha dan Amir pulang ke KL nanti, Nayla boleh menjernihkan keadaan.
|
|
|
|
|
|
|
|
BAB 27
NAYLA melangkah ke ruang tamu banglo mewah milik nenek. Dia perlu tahu keadaan Arisha. Panggilan dari Aylanins semalam cukup membuatkan hatinya bersalah dan Amir, lelaki itu ternyata sudah gila. Hari ini dia perlu berdepan dengan nenek dan juga Arisha. Biarlah dia dimaki dan dihamun. Selama ini pun dia memang degil dan keras kepala.
Ruang tamu itu diperhatikan lagi. Tiada sesiapa. Dia melangkah ke tingkat atas, menjenguk bilik nenek. Nenek sedang solat. Kakinya diatur ke bilik Arisha. Arisha tidak ada di dalam bilik.
"Hmm..mana Arisha pergi? Takkan masa macam ni tak balik kerja lagi?" Nayla jenguk pula bilik air. Juga tiada kelibat Arisha di situ.
Dia duduk di birai katil. Album pertunangan yang ada di atas katil dibelek seketika. Nampaknya Arisha melihat-lihat foto majlis itu. Album diletakkan semula di atas katil. Nayla menapak pula ke meja solek. Minyak wangi jenama Burberry disembur ke tubuh. Harum semerbak.
"Eh Nayla? Bila balik?"
Nayla berpaling. Neneknya sudah tercegat di muka pintu bilik dengan riak terkejut. Dia melangkah menghampiri nenek dan mencium tangan. "Baru je.."
"Baru je? Naik apa dari Terengganu? Dah habis ke mesyuarat dengan Encik Malik dari Sutra Beach Resort tu?" Bertubi soalan Puan Sharifah Qasidah.
Nayla diam. Dia mula berfikir apa yang dimaksudkan oleh nenek tadi. Jadi..Arisha ditugaskan ke Sutra Beach Resort untuk menghadiri mesyuarat dan melihat tapak? Patutlah nenek seperti terkejut saja tadi melihatnya ada di rumah waktu sekarang ini. Ah! Aku yang sudah lama tidak ambil tahu hal kerja sehingga terlupa yang menjadi timbalan pengarah sekarang ini adalah Arisha. "Err...dah nek. Semuanya berjalan lancar.."
Nayla tunduk. Terasa peluh merecik di dahi. Janganlah dia kantoi depan nenek. Dia cukup kenal dengan nenek yang pandai membaca riak bila cuba berbohong.
"Hmm..Amir pun dah balik?" Tanya Puan Sharifah Qasidah lagi, Nayla direnung tajam. Pelik pula melihat Nayla yang seperti terkulat-kulat hendak menjawab.
Nayla yang tunduk tadi mula mendongak. Dia terkejut sekali lagi. "Amir??"
"Eh, kamu ni kenapa? Macam terkejut saja sebut nama Amir?"
Nayla diam. Dia mula resah. Jadi, Arisha pergi ke sana bersama Amir?? Jadi selama ini Amir ingatkan Arisha adalah aku?? Patutlah semalam Aylanins beritahu yang Amir tidak putus asa mendesak dan menyuruhnya bersemuka dengan lelaki itu demi Arisha. Malah kata-kata Aylanins semalam tentang niat Amir itulah yang membuatnya muncul di depan nenek sekarang ini.
"Err..nek. Saya nak rehat dulu. Penat.." Nayla cepat-cepat masuk ke dalam bilik.
Dalam bilik, dia mundar mandir mencari idea, apa yang harus dilakukan. Amir bersama Arisha sekarang ini di sebuah resort jauh di Terengganu. Bimbang dengan keadaan Arisha di sana, Nayla menghubungi Aylanins semula. Agak lama mereka berbual sebelum talian diputuskan. Harap-harap Aylanins boleh tengok-tengokkan Arisha. Dia tahu bagaimana sikap Amir yang tidak akan mudah menyerah kalah. Malah lelaki itu sanggup melakukan apa saja. Da mula buntu. Terasa bersalah pula pada Arisha. Hendak ke Terengganu pada waktu begini pun, sudah terlambat. Esok mereka akan pulang ke KL. Nayla lihat jarum jam. Hampir masuk waktu Isyak.
AMIR mundar mandir dalam bilik. Dia tahu Linda akan bertindak di luar dugaan nanti. Kejadian semalam yang membuatkannya merasa tidak tenang. Tidak sangka, Linda bersama Hani turut sama berada di Terengganu. Muzafar, ya lelaki itu juga ada bersama Hani dan Linda. Apa yang berlaku semalam di Pantai Batu Buruk, sudah jelas yang ketiga mereka itu tidak menyenanginya. Ah! Dia pun bukannya suka sangat pada Linda yang cemburu buta itu. Linda yang terhegeh-hegeh padanya selama ini dan dia melayan gadis itu hanya kerana dia kecewa dengan Nayla. Itu saja!
Mundar mandir lagi Amir di dalam bilik. Dia harus lakukan sesuatu. Bukan dia tak tahu siapa Malik, pemilik Sutra Beach Resort ini yang pernah ada sejarah dengan Hani sepuluh tahun dulu. Dia sudah siasat dulu dan kini hanya tinggal Malik seorang saja lagi yang belum menerima balasan. Dia pasti, lambat laun mawar hitam akan bertindak juga. Apa lagi, Hani turut sama berada di bumi Terengganu ini. Mungkin Hani sudah ada rancangannya sendiri. Menemani Linda di sini, itu hanyalah alasan Hani saja. Muzafar, sudah tentu akan pertahankan Hani dalam soal ini. Segala tuduhan Muzafar terhadapnya dulu tidak boleh dipandang ringan.
Nayla, gadis itu perlu 'diikat'. Dia perlu dapatkan gadis itu jadi miliknya. Amir mula menghubungi seseorang. Dia perlu jalankan rancangannya dan akan pastikan rancangannya berjaya. Tidak semudah itu dia menyerah kalah.
ARISHA lihat mesej di skrin telefon bimbitnya. Dia mula baca. Mesej dari Amir yang inginkan fail mengenai projek peluasan resort Encik Malik. Arisha mencari fail yang dimaksudkan oleh Amir tadi. Memang ada dengannya. Mungkin dia terbawa sekali tadi selepas mesyuarat akhir dengan Encik Malik. Fail itu dicapai. Arisha balas mesej Amir dan mengatakan fail itu selamat dengannya.
"Hmm..dia nak jumpa?" Arisha berkerut kening. Mesej balasan dari Amir hendak berjumpa di lobi resort.
Arisha mula bersiap dan melangkah ke tempat yang dinyatakan oleh Amir. Sampai di lobi, Amir sudah menunggunya di situ. Fail yang diminta oleh Amir tadi dihulur.
"Nay..kita minum dulu.." Amir mengajak Arisha menikmati minuman panas di kafe.
"Err..tak apalah Amir. Saya tak dahaga.." Arisha menolak dengan baik.
"Ala...esok kita dah nak balik. Apa salahnya kita minum sekali lagi? Bukan jauh pun, kat kafe resort ni juga.." Amir pujuk Arisha.
Arisha tanpa berfikir panjang, setuju menemani Amir minum di kafe itu. Mereka berdua melangkah bersama ke kafe. Minuman panas dipesan dua mug. Amir banyak berbual sedangkan Arisha lebih banyak diam dari berbicara. Melihatkan lelaki di depannya itu, dia mula merasa kasihan. Lelaki itu seperti terlalu menagih cinta Nayla. Apakah selama ini Nayla tidak setia dengan Amir? Atau Amir yang curang dengan Nayla?
"Err..awak, saya nak ambil roti sikit.." Arisha bingkas bangun. Terliur pula melihat roti gebu yang dihidang di meja bufet itu. Dari tadi matanya asyik melihat roti-roti yang dihidang di situ bersama juadah lain. Apa yang dibicarakan oleh Amir seolah masuk telinga kanan, keluar telinga kiri.
Amir senyum. Dia gunakan kesempatan itu untuk masukkan serbuk khayal ke dalam minuman Arisha. Dikacau-kacau minuman Arisha yang sudah tinggal separuh itu. Arisha dilihat masih leka memilih roti di atas meja bufet.
|
|
|
|
|
|
|
|
Edited by cmf_conan at 21-2-2015 01:47 AM
Conan sila jadi hero selamatkan 'tunang' mu itu |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Belia & Informasi
|