CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: elia201

Novel : Kisah kau dan aku - ended on 20102015- already there

[Copy link]
 Author| Post time 25-1-2015 11:04 PM | Show all posts
Zeeta rasa bersalah menjadi punca ketegangan antara Zack dan Rayyan. Kerana dirinya juga Jie nyaris menjadi mangsa tamparan Rayyan. Tak pasti hantu mana yang merasuk Rayyan. Lelaki itu bertindak sesuka hati tanpa mempedulikan perasaan orang lain ! Sedangkan Jie yang konon Rayyan cintai separuh mati hampir dikasari,  Zeeta tak dapat bayangkan jika dia masih lagi mengejar Rayyan sekalipun berjaya membuat lelaki itu mengahwininya, layanan jenis apa yang akan Rayyan berikan. Kemungkinan besar Zeeta akan menjeruk rasa memakan maki hamun setiap hari. Takut bila difikirkan balik. Memang Zeeta sayangkan Rayyan sepenuh hati tapi baru kini Zeeta nampak sikap panas baran Rayyan. Rayyan sangat berbeza dengan Zafrey.

Walau baru dikenali, Zeeta dapat rasakan lelaki itu sangat istimewa. Kacak , prihatin dan paling penting menghormati wanita. Tindakan Zafrey mempertahankan Zeeta tadi membuatkan Zeeta terpukau. Gentlemen ! Tak pernah ada lelaki pernah berbuat begitu untuknya. Untung Jie dicintai oleh lelaki sebaik Zafrey.

Zeeta nampak cara pandangan Zafrey terhadap Jie. Ada cinta yang tersirat dihati. Zeeta berdoa semoga lelaki baik hati yang ditemui tadi mendapat kebahagiaan abadi.

Sapu tangan pemberian Zafrey digenggam. " Semoga kita jumpa lagi Zafrey!" Zeeta berharap sangat dapat menatap wajah itu lagi.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-1-2015 11:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Hishhhhh... Rayyan ni asyik nak meroyan jek! Selamat tinggal rayyan :
harap2 sgt cite kawin ku iz n jie tu pembohongan semata. :

Semoga jie berjodohan dgn zack

Sekian, tq TT :zz:zz:zz
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2015 01:03 AM From the mobile phone | Show all posts
Edited by elia201 at 2-8-2015 11:59 PM

Bab 37

Zack sekadar ingin menghiburkan hati Jie. Sengaja gadis itu diajak untuk 'beriadah' dirumah anak yatim. Zack tahu Jie sukakan kanak kanak. Sejak dari peristiwa pertengkaran dengan Rayyan, Jie dilihat gemar mendiamkan diri. Suka menyendiri. Tambah pula dengan Ku Iz yang masih tak putus asa mendakwa Jie adalah isterinya. Kalau saja Zack boleh membantu untuk meringankan beban Jie, Zack sanggup ! Asalkan gadis itu kembali ceria.

Rayyan pula kerap bertandang ke pejabat Zack untuk merisik khabar Jie. Kadang Zack rasa kasihan dengan Rayyan namun Zack tak berdaya membantu kerana Jie sudah memberi amaran keras kepadanya supaya tidak memberitahu siapa saja keberadaannya. Jie ingin bertenang terlebih dahulu.

"Zafrey!" Tepukan terasa dibahu. Zack berpaling. Senyuman mekar dibibir.

"Uncle ! Duduklah." Zack mempelawa sambil menyalam hormat Tan Sri Isa.

Mata Tan Sri Isa memerhati ke arah Jie yang sedang leka merenung tasik. "Uncle kesian sebenarnya dengan Najiha."

"Kenapa pula Uncle?" Zack ingin tahu.

" Uncle dah tahu cerita sebenar kejadian malam itu dari Zeeta. Uncle malu sebenarnya. Uncle fikir Ray dapat jaga Najiha macam yang Daddy Najiha nak tapi...." Bicara terhenti. " Zafrey masih sayang Najiha?" Setelah tiada reaksi dari Zack, Tan Sri Isa menyambung. " Sebenarnya keadaan Rayyan, Zafrey dengan Najiha, Uncle pernah lalui dulu. Silap Uncle, Uncle terlalu mudah termakan hasutan. Cemburu buta tak ubah Rayyan. Yelah ke mana tumpahnya kuah.." Lelaki berusia itu senyum sendirian.

"Kes macam Najiha nilah, orang cantik ramailah lelaki yang nak memikat. Penyudahnya disebabkan perangai Uncle, dia lari tinggalkan Uncle dan berkahwin dengan kawan baik Uncle. Frust  jugalah Uncle. Uncle fikir Uncle takkan jatuh cinta lagi. Kemudian Uncle jumpa isteri Uncle. Masa itu baru Uncle buka hati untuk wanita lain." Tan Sri Isa dilihat tekun bercerita. "Cuma terkadang Uncle terfikir kalau Rayyan tak ubah perangai Uncle rasa mungkin Rayyan akan alami nasib sama macam Uncle dulu. " Tak pasti kenapa Tan Sri Isa bercerita kepada Zack.

Entah kenapa Tan Sri Isa nampak bayang Hanafi dalam diri Zack. Lelaki yang menjadi tempat Maznah meluah isi hati. Sama keadaan dengan Najiha menjadikan Zack tempat berkongsi masalah.Teringat saat Maznah meninggalkannya dan tega memilih Hanafi. Tan Sri Isa tak terkejut andai ditakdirkan Zack menjadi pilihan hati Najiha. Tambahan pula Tan Sri Isa dapat membaca ada cinta yang tersirat dihati keduanya yang mungkin tak terluah kerana keadaan.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 08:37 AM | Show all posts
Thank for update TT...
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 11:06 AM | Show all posts
elia201 replied at 25-1-2015 12:16 AM
Zack dan Jie berjalan seiringan memasuki lobi JW Marriot. Jantung Zack masih lagi berdegup kencang s ...

syahdunya.........biarlah jie ngan zack...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2015 05:25 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 26-1-2015 07:28 PM

"Zafrey.."  Tan Sri Isa rasa sudah sampai masa untuk kebenaran terbongkar. Tak mahu ada sebarang pertikaian atau ketegangan sekiranya Tan Sri Isa ditakdirkan meninggal dunia kelak. Biarlah rahsia itu keluar dari mulutnya sendiri.

"Kenapa Uncle?" Zack menatap wajah Tan Sri Isa yang berubah serius.

Tan Sri Isa merenung jauh ke dalam mata Zack. Hati gusar memikirkan penerimaan Zack terhadap apa yang ingin dikatakan. Cuma berharap anak muda itu tidak menyalahkannya di atas semua yang telah terjadi. Segalanya sudah tertulis dan sebagai manusia Tan Sri Isa juga terpaksa pasrah.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-1-2015 06:44 PM | Show all posts
sellie003 replied at 23-1-2015 07:29 AM
alahi jie... macm2 dogaan... macm ada yg akn mati jek dlm citer nih...

Saya suka bad ending mcm novel thriller itu.hoho.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 06:50 PM | Show all posts
elia201 replied at 23-1-2015 03:15 PM
Ku Iz bengang ! Nampaknya Jie memang bijak. Mungkin tak mahu dijejaki menggunakan peranti GPS yang t ...

Org lki pandai. dia’mkn’ byk ’kek’ pastu nak ’kek’ baru. Series, aku harap aku jodoh dgn laki baik.

Rugila wei kahwin playboy.ko dpt hok ’busuk’.(unless ko ’busuk’ gak)

Tapi since dunia mcm senget, aku rasa tk sempt aku berusia 25 tahun kot..

Dahlah wishlist  aku tak tercapai lagi. God!

Hrp tercapai bila di Indon..kot.hoho.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2015 06:51 PM | Show all posts
elia201 replied at 24-1-2015 03:31 AM
Deringan ' alarm' telefon bimbit Zack mengejutkan Jie dari lena. Tak pasti bila dia terlelap di atas ...

Dia ingun membasuh muka.. typo.-_-
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 06:53 PM | Show all posts
elia201 replied at 24-1-2015 04:41 AM
Bab 36

Mama buat hal lagi ! Rayyan baru mahu menghabiskan masa hari Sabtu untuk berehat tetapi Ma ...

Ada mistek di sini. klo jie dah nikoh, dia pasti tahu dia takde dara right?

Erk..ke aku tk thu?

Novel sendiri pun byk hole..hoho.Ada jugk yg view.hmm.:3
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 06:54 PM | Show all posts
elia201 replied at 24-1-2015 04:41 AM
Bab 36

Mama buat hal lagi ! Rayyan baru mahu menghabiskan masa hari Sabtu untuk berehat tetapi Ma ...

Ada mistek di sini. klo jie dah nikoh, dia pasti tahu dia takde dara right?

Erk..ke aku tk thu?

Novel sendiri pun byk hole..hoho.Ada jugk yg view.hmm.:3
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 06:56 PM | Show all posts
elia201 replied at 24-1-2015 11:14 AM
Nampaknya sudah pukul 12.30 tengah hari Zack masih lagi lena diulit mimpi. Jie serba salah untuk men ...

Aikk..tak ada org ketiga ke.klo akulh, taklah aku lari ke rumah jantan..rela ke hotel..LAKI tu WOI!
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 06:58 PM | Show all posts
elia201 replied at 24-1-2015 12:17 PM
Ku Iz rasakan perlu untuk berhadapan dengan Rayyan. Dia yakin sepupuya tahu dimana Jie berada sekara ...

mengado2. dah nikoh tu. sebar jelaa.-_-
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2015 06:58 PM | Show all posts
Edited by elia201 at 23-5-2015 01:44 AM

Wajah Zack berubah  muram sedari selesai berbual dengan Tan Sri Isa tadi. Jie cuma  membiarkan. Berat untuk  bertanya walau hati digamit rasa ingin tahu. Malah Zack juga dilihat endah tak endah dengan dirinya. Asyik termenung jauh. Memikirkan Zack mungkin ingin bersendirian, Jie segera meminta diri untuk pulang. Tiada reaksi dari Zack. Lelaki itu masih hanyut dibuai perasaan . Tak dengar barangkali.  Jie mengambil keputusan untuk terus berlalu. Sempat Zack dikerling sekilas.

" Najiha please.. " Pantas tangan Jie ditarik untuk menghalang dari pergi. Zack sedar dia terbawa dengan emosi sehingga tidak mempedulikan kewujudan gadis itu. " I nak you teman I sekejap." Jie hanya akur.

"You kenapa ni Zack?" Jie tak dapat menahan perasaan ingin tahu lagi.

"Entahlah Najiha.. I rasa lonely sangat sekarang. Pernah tak you rasa disisihkan?" Jie ditenung.

"I pernah disisihkan Mommy I sendiri masa kecil Zack. I faham perasaan itu." Air mata mula bergenang di kelopak mata Jie. Walaupun sudah lama berlalu, Jie masih ingat bagaimana Mommy membezakan kasih sayang antara Viana dan dirinya. Viana dilebihkan dari segala segi sedangkan dia diabaikan. Daddy pula memang jarang berada dirumah. Hanya Daddy yang gemar memanjakannya.  Jie kadang rasa hidup bersendirian. Viana yang dulu lebih mementingkan kawan kawan berbanding Jie. Jie pernah terfikir untuk membunuh diri sehinggalah ...

Satu bayangan kabur kabur menerpa difikiran. Mata berpinar, silau. Jie seperti berada di alam lain.  Sakit yang teramat dirasakan. Pandangannya mula kabur. Badan terhuyung hayang dan Jie pitam lalu rebah.

Mujur Zack sempat menyambut tubuh Jie sebelum tersembam ke tanah. Gadis itu dilihat sudah tidak sedarkan diri. Pipi Jie ditepuk untuk membangunkan namun Jie gagal memberikan sebarang reaksi. Zack segera mendukung Jie lalu dibawa masuk ke kereta. Hati mula tak keruan. Bimbang sesuatu yang buruk menimpa Jie.
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 06:59 PM | Show all posts
pooh83 replied at 24-1-2015 12:50 PM
Hurm..mcm betul2 je ni jie tu wife kuiz..ingtkn kuiz saje reka cerita

kan kan kan.’’……
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 07:00 PM | Show all posts
elia201 replied at 24-1-2015 12:58 PM
Jie rasa teruja hari ini. Hati pula rasa tak sabar. Peluang berkumpul dengan kawan kawan sewaktu bel ...

Tak gegar iman ke stay amerika..bercampur gaul lak tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-1-2015 07:04 PM | Show all posts
elia201 replied at 24-1-2015 04:16 PM
Zack dan Jie berjalan seiringan memasuki lobi JW Marriot. Jantung Zack masih lagi berdegup kencang s ...

alaaa sweetnya..kan bgus ada org nyanyikn aku lgu..lelaki sado ke.hoho

I love you Zack..Shera mna?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2015 07:04 PM | Show all posts
Esmiria replied at 26-1-2015 06:54 PM
Ada mistek di sini. klo jie dah nikoh, dia pasti tahu dia takde dara right?

Erk..ke aku tk thu? ...

kan jie sendiri tak ingat dia da nikah ker
Reply

Use magic Report

Post time 26-1-2015 07:06 PM | Show all posts
elia201 replied at 24-1-2015 04:16 PM
Zack dan Jie berjalan seiringan memasuki lobi JW Marriot. Jantung Zack masih lagi berdegup kencang s ...

Zack tu hensem ke.Wait..

Aku rasa..

Ku iz psiko!

This an ode from a psychopath
A tormented creature.
In my madness, you must die!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-1-2015 07:06 PM | Show all posts
Esmiria replied at 26-1-2015 07:00 PM
Tak gegar iman ke stay amerika..bercampur gaul lak tu.

gegar sangat !

Dah lama takde orang nak monitor

Tak risau pegawai agama

Tapi kalau fikir Allah ada kat mana mana & takut nak wat dosa maka terhindarlah dari MAKSIAT.. haha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 01:14 PM GMT+8 , Processed in 0.201324 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list