CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Novel: PHANTASMAGORIA

[Copy link]
Post time 7-11-2014 04:24 PM | Show all posts
sambung cepattt.. peminat Tron dah tunggu neh...

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-11-2014 08:58 PM From the mobile phone | Show all posts
Mohon la update....

^_^_
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2014 01:56 PM From the mobile phone | Show all posts
Ok dah katam. Next
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-11-2014 07:35 PM | Show all posts
BAB 20

Waktu berlalu lagi meninggalkan semuanya dibelakang menjadi kenangan. Cahaya mentari semakin pudar menyimbah bumi Amariya. Bayu petang berpuput lembut, seiring dengan senja yang mula hadir untuk menggantikan siang. Arania bermenung sendirian di beranda kamar. Pandangan dilemparkan jauh ke luar, menikmati keindahan alam. Beranda ini letaknya betul-betul berhadapan dengan Taman Diraja.

Pokok Moneira yang menjadi hiasan di beranda tiba-tiba menarik perhatian. Tidak pula Arania sedar yang Moneira sudah pun kembali berbunga. Tumbuhan yang menjalar liar di sepanjang tembok beranda kamar kini terhias dengan warna kuning emas, berselang seli dengan warna putih susu. Bunga Moneira berkelopak lima itu bentuknya bagaikan loceng, bergantungan di setiap tangkai. Hawa petang yang berbaur dengan wangian Bunga Moneira menampar wajah, memberi sedikit kesegaran pada diri.

Hari ini, telah genap 21 tahun umurnya. Telah menjadi tradisi dalam keluarga diraja itu turun-temurun, satu majlis keramaian besar-besaran akan diadakan sempena ulangtahun kelahiran para putera dan puteri dari kerajaan Amariya tatkala umur mereka menginjak ke 21 tahun. Dan Arania, tidak terkecuali.

Namun, Arania tidak mahu majlis besar-besaran sempena hari lahirnya. Permintaan itu telah disuarakan pada Raja Amsyar, tujuh hari yang lalu. Cukuplah hanya keramaian kecil, sekadar meraikannya bersama keluarga dan mereka yang disayangi. Tiada majlis gilang-gemilang seperti selalu. Arania mahukan segala perbelanjaan yang telah diperuntukkan untuk itu, diberikan saja kepada rakyat Amariya. Mujur saja, permintaannya telah diperkenankan.

Benar, dia telah melanggar tradisi. Bukan juga niatnya mahu melanggar tradisi. Arania merasakan tiada keperluan untuk majlis gilang-gemilang hanya untuk menyambut hari lahir seorang Puteri sepertinya. Bahkan, Arania gentar tatkala memikirkan perkara itu. Umur 21 menandakan kedewasaan. Dan untuk pewaris Amariya sepertinya, Arania perlu mula mempelajari selok-belok pentadbiran kerajaan. Tiada lagi keseronokan bergelar remaja.

Sungguhpun Raja Amsyar telah mengatakan, semua itu hanya akan berlaku apabila dia benar-benar bersedia namun, Arania tahu, lambat atau cepat, dia perlu mula melibatkan diri. Amariya akan menjadi tanggungjawabnya satu hari nanti. Jatuh bangun Amariya, akan terletak dalam kuasanya. Bukan mudah mahu memikul beban sebegitu namun dia tiada pilihan. Dia seorang puteri. Satu-satunya pewaris Amariya yang ada. Takdir yang telah tertulis buatnya.

Jauh di sudut hati, Arania mengidamkan kehidupan yang berbeza. Mahu ke mana saja tanpa sekatan. Hidup tanpa peraturan yang menyesakkan. Tiada yang mempersoalkan dan memerhati. Bebas memilih jalan hidup yang dia mahu Bebas bak burung berterbangan di langit.

Dan bebas mencintai, sesiapa saja yang dia mahu…

Serentak dengan itu, bibirnya menguntum senyum. Wajahnya menjadi kemerahan secara tiba-tiba. Hatinya berdegup lebih laju dan ingatan kepada pemuda aneh itu menjelang.

Apa benar, dia telah jatuh cinta?

Jika tidak, mengapa pula terkenang-kenang?

Sekuntum Moneira kuning emas yang gugur dikutip dari lantai beranda lalu dibawa ke hidung. Haruman lembut Moneira menerpa lalu dihidu. Bibir menguntum senyum lagi. Satu hembusan nafas dilepas, perlahan.
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2014 08:29 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 8-11-2014 07:35 PM
BAB 20

Waktu berlalu lagi meninggalkan semuanya dibelakang menjadi kenangan. Cahaya mentari semak ...

wah..dah mula terkenang-kenang Arania ni..Qi dh tersedak kat depan pc..
Reply

Use magic Report

Post time 9-11-2014 08:51 AM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow posted on 8-11-2014 11:35 AM
BAB 20

Waktu berlalu lagi meninggalkan semuanya dibelakang menjadi kenangan. Cahaya mentari semak ...

Qi akan berkahwin dgn putri. I expect, tu ending dia khennnnnnnnnnnnnnnnnnnnn
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-11-2014 10:46 AM | Show all posts
wah... tapi qi macam suka kat syakilla je
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2014 11:00 AM | Show all posts
prettyuglybabe posted on 10-11-2014 10:46 AM
wah... tapi qi macam suka kat syakilla je

Hang sorang je yg perasan....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-11-2014 11:01 AM | Show all posts
Esmiria posted on 9-11-2014 08:51 AM
Qi akan berkahwin dgn putri. I expect, tu ending dia khennnnnnnnnnnnnnnnnnnnn

Kalau cerita ini klise...begitulah kira-kiranya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2014 11:04 AM | Show all posts
Syakilla yang sedari tadi memerhatikan tingkah Sang Puteri, menggeleng kecil sendiri. Gejolak rasa hati Arania itu sedikit sebanyak difahami. Udara dihela seketika dan dilepaskan kembali. Ada senyuman terukir di bibir…tawar. Gejolak hati sendiri cuba ditenteramkan. Walau apa pun yang dirasa saat ini, adalah lebih baik dilupakan saja. Ianya tidak penting dan tidak perlu dimengerti.

Hadirnya dia dalam keluarga di raja ini adalah untuk mendampingi Arania. Kasih sayang yang diterima dari Raja Amsyar dan Ratu Malaeka membuatkan anak yatim piatu sepertinya merasa bersyukur dengan kurniaan itu. Terlalu besar budi dan jasa keluarga itu pada dirinya. Lalu, dia telah bertekad. Demi membalas jasa, pewaris Arania itu akan dilindungi dari segala ancaman bahaya. Biarpun perlu mengorbankan nyawa, dia sanggup. Itu takdir hidupnya. Apa yang dia rasa itu tidak penting walaupun adakalanya, hati dan akal berbalah. Hati dan akal tidak sehaluan. Namun Syakilla memilih untuk tidak mengikut rasa. Andai nyawa juga sanggup dikorbankan, apatah lagi jiwa raga, bukan?

Takdir. Jika begitulah yang tersurat buatku, aku akan menerimanya dengan berlapang dada…

Syakilla menyusur langkah ke beranda, ke arah Arania yang kini termenung jauh ke depan dengan kuntuman emas Moneira di tangan. Senyuman terukir lagi dibibir Syakilla, lebih manis dan tenang kini. Pewaris Amariya itu dihampiri lalu dia berdiri di sebelah. Tangan kanannya sempat memetik Moneira putih susu lalu dihulurkan kepada Arania.

“Selamat ulang tahun kelahiran yang ke dua puluh satu.” Ucap Syakilla. Terlepas tawa kecil dari mulut Arania.

“Terima kasih.” Huluran Moneira dari Syakilla itu di sambut. Arania memegang kedua-dua kuntuman bunga yang berbeza warna itu lalu dihidu lagi. “Aku baru sedar yang Moneira sudah kembali berbunga.”

“Itu mungkin kerana, fikiranmu kerap melayang terbang sejak akhir-akhir ini.” Balas Syakilla. Tawa kecil terlepas lagi dari mulut Arania lalu dia menggeleng.

“Kau memang suka berkata sinis, Syakilla.”

“Kata-kataku benar, bukan?”

Arania mengangkat bahu. Syakilla tersenyum dan kemudian, mereka berjeda. Arania kini menyandarkan badan di tiang beranda. Jarinya bermain-main dengan kuntuman Moneira.

“Jika masa depan yang membuatkan dirimu resah, maka usahlah kau terlalu memikirkan tentang itu. Kita tidak akan mampu meramal apa yang akan berlaku. Jadi, ikut saja arus waktu.” Syakilla memecah jeda. Berharap, kerisauan yang melanda Arania akan berkurangan.

“Walau apapun yang terjadi, aku akan tetap disampingmu, tika susah dan senang.” Sambung Syakilla membuatkan Arania tertoleh ke arahnya.

“Kau terlalu baik padaku, Syakilla.” Balas Arania, perlahan.

“Jasa keluargamu tidak mampu aku balas, Arania. Hanya ini saja yang mampu aku lakukan.”

Mereka berjeda lagi. Membuang pandang ke arah sepasang rama-rama yang berterbangan lalu hinggap di sekuntum Moneira.

“Tapi…jika pemuda itu yang membuatkan dirimu resah…maaf. Aku tak punya penawar untuk itu.”

“Syakilla!”

Tawa Syakilla pecah. Usikan itu membuatkan wajah Arania kembali kemerah-merahan dan hilang kata-kata. Tidak mampu membalas. Riak wajah Arania itu diperhati Syakilla dalam diam.

Nampaknya, kau memang benar-benar telah jatuh hati, Arania. Dalam diam, Syakilla melepaskan keluhan.

“Dewan kecil sedang dipersiapkan.” Tutur Syakilla setelah tawanya pudar. Sejurus, dia memandang ke langit yang semakin kelam. Malam bakal menjelang. “Kau juga patut bersiap sekarang.” Sambungnya.

Arania angguk, tersenyum nipis. Dia berpaling ke belakang dituruti Syakilla. Mereka berjalan beriringan masuk kembali ke dalam kamar.

“Eh…” Arania terlopong seketika lalu menutup mulut dengan tangan kanan. Kemudian, dia menoleh ke arah Syakilla yang juga terpegun sebelum kembali memandang ke depan.

Kamar itu telah didatangi tetamu.  

Makhluk kecil berbulu itu sedang merenung ke arah mereka sambil tersengih menyeringai. Last edited by Nicki_Meow on 10-11-2014 09:13 PM

Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 11:04 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 10-11-2014 11:00 AM
Hang sorang je yg perasan....

ye la.. dia tengok rabiatul tapi fikiran kat amariya
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 11:07 AM | Show all posts
Nicki_Meow posted on 10-11-2014 11:04 AM
Syakilla yang sedari tadi memerhatikan tingkah Sang Puteri, menggeleng kecil sendiri. Gejolak rasa h ...

Meowwwww!! Meowwwww!!

Tron sudah mariiii
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 11:11 AM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow posted on 10-11-2014 03:04 AM
Syakilla yang sedari tadi memerhatikan tingkah Sang Puteri, menggeleng kecil sendiri. Gejolak rasa h ...

Arania dan Syakila gatal.
Jangan korang gaduh sebab jantan sudahlah.

Siapakah makluk berbulu itu? Jeng jeng...

MEGATRON..lawak giler nama tu.
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 11:12 AM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow posted on 8-11-2014 11:35 AM
BAB 20

Waktu berlalu lagi meninggalkan semuanya dibelakang menjadi kenangan. Cahaya mentari semak ...

Mana hakak belajar tulis begini?
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 11:16 AM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow posted on 4-11-2014 05:36 AM
Segera, Qusyairi mencari ‘bunga’ yang menjadi subjek perbualan. Pandangan ditebarkan ke arah ‘jam ...

hebatnya menaip.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2014 12:42 PM | Show all posts
“Agak lama juga kita tak bertemu.” Megatron berkata. Kening Syakilla terangkat.

“Ke mari.” Panggil Syakilla. Megatron menurut. Ia bergerak menghampiri Syakilla lalu berlegar-legar di kaki. Syakilla melutut ke bawah. Kepala Megatron ditepuk-tepuk. Seketika kemudian, matanya melilau ke serata kamar sebelum kembali memandang Megatron.

“Aku yakin, kau tidak ke mari sendirian, bukan?” Soal Syakilla. Megatron terangguk-angguk dan tersengih lagi.

“Sudah berapa lama kamu di sini?”

“Tak lama.” Megatron menjawab. Pendek saja ayatnya. Matanya melihat ke satu arah, seolah memberi petunjuk. Syakilla tersenyum.

“Dia ada di sini. Aku tak tahu, sama ada dia benar gila atau sememangnya dia pemuda yang berani.” Ujar Syakilla seraya memandang Arania. Arania mengemam bibir. Walaupun nama tidak disebut, sudah pasti dia tahu siapa yang Syakilla maksudkan. Tanpa sedar, bibirnya menguntum senyum.

“Berani sungguh kau menceroboh bilik Tuan Puteri!” Sengaja Syakilla menguatkan suaranya.

Senyap. Tiada sesiapa yang membalas.

“Lebih baik kau keluar dari situ, sekarang.” Nada suara Syakilla lebih garang kali ini. Masih tiada sesiapa yang menyahut.

“Aku akan panggil pengawal! Tahulah nasib kau nanti.” Ugut Syakilla. Usai saja dia berkata, pintu almari alan berkumai kerawang bunga yang terletak di sudut hujung kamar itu terbuka secara tiba-tiba.

“Okay..okay. Aku keluarlah ni.” Qusyairi keluar dari almari. Agak gerun mendengar ugutan Syakilla. Tapi, bagus juga dia dapat keluar. Hampir tidak bernafas dia duduk terperuk dalam almari itu. Qusyairi menarik nafas berkali-kali, menghirup udara sebanyak-banyaknya.

Sewel punya website. Banyak-banyak tempat, dalam almari kau letak aku…

Entah bagaimana, kedatangannya ke Amariya kali ini melalui almari. Terasa mahu memaki-hamun. Tapi, pada siapa? Pada laman sesawang misteri yang membawanya ke sini? Tidak mungkin kerana itu adalah tindakan gila dan tidak masuk akal.

Qusyairi berdiri pegun. Memerhatikan dua orang gadis yang berdiri dihadapannya. Terutama, si gadis yang bermata tajam bak helang itu…

“Err…hai.” Qusyairi bersuara dan kemudian, dia terdiam. Last edited by Nicki_Meow on 10-11-2014 09:19 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-11-2014 12:57 PM | Show all posts
Sewel punya website. Banyak-banyak tempat, dalam almari kau letak aku…

nasib die tak campak ko dlm bilik air time arania tgh mandi buih
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 01:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Nicki_Meow posted on 10-11-2014 04:42 AM
“Agak lama juga kita tak bertemu.” Megatron berkata. Kening Syakilla terangkat.

“Ke mari.” Pa ...

Lawak..hahaha

Sambung..jgn tak sambung
Reply

Use magic Report

Post time 10-11-2014 01:47 PM | Show all posts
tronnnnn..... miss u
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 10-11-2014 02:35 PM | Show all posts
La…budak ni pun ada…

Matanya Qusyairi tertancap pada Megatron yang kini berada dalam pelukan Syakilla. Kepala tergeleng. Gedik! Seingat Qusyairi, kucing itu tiada dalam biliknya ketika pautan itu muncul. Qusyairi cuba mengingati apa yang berlaku lebih 20 minit yang lalu.

Iya, ketika itu dia sedang membaca sambungan kisah novel di Forum Cari. Dan kemudian, secara tiba-tiba pautan itu muncul di skrin komputer riba.

'Hari ini adalah hari ulangtahun Puteri Arania yang ke dua puluh satu. Jika mahu ke Amariya, sila tekan pautan ini.'

“Birthday Arania…” Terkeluar ayat itu dari mulut Qusyairi tak semena-mena. Syakilla dan Arania saling berpandangan. Pelik.

“Qi, aku tidak mengerti maksudmu…” Arania berkata.

“Maksud aku…errr…” Qusyairi memandang Arania. “Happy Birth…” Kata-kata terhenti lagi. “Selamat ulang tahun yang ke dua puluh satu.” Ucap Qusyairi, lancar kali ini. Ucapan itu membuatkan Arania tersenyum manis.

“Maaf, aku tidak membawa apa-apa hadiah untukmu.” Sambung Qusyairi.

“Tidak mengapa, Qi. Kehadiranmu sudah cukup bermakna padaku.” Balas Arania.

“Aku perlu mengatakan perkara ini. Masuk ke bilik Puteri tanpa kebenaran adalah satu kesalahan. Kau telah menceroboh. Hukumannya berat sekali.” Syakilla mencelah. Suaranya mendatar.

“Aku minta maaf.” Sekali lagi, Qusyairi memohon kemaafan. “Tapi, aku sendiri tak tahu bagaimana aku boleh muncul…di sini.”

“Kau berkata benar, atau berbohong?”

“Percayalah padaku, Syakilla. Aku berkata benar.” Qusyairi mempertahankan diri. Anak mata Syakilla direnung mengharapkan agar Syakilla benar-benar mempercayai kata-katanya. Pandangan bertaut lama.

Akhirnya, Syakilla melarikan anak mata, mengalah. Jantungnya berdegup lebih laju. Pemuda dari Keramat ini telah membuatkannya hatinya menjadi tak keruan.

“Syakilla, tidak mengapalah.” Arania bersuara, memecah sunyi. “Aku mohon agar kau tidak terlalu berkeras dengan dia.”     

Syakilla mengangkat bahu. Tidak bersuara. Masih tidak mahu memandang Qusyairi. Tangannya mengusap lembut kepala Megatron.

“Qi, sebentar nanti, ada majlis keramaian sempena hari lahirku.” Ujar Arania. “Jadi…” Kata-katanya terhenti seketika lalu dia tunduk, bermain dengan jari.

“Jadi…apa?” Soal Qusyairi. Arania senyum segan.

“Mahukah kau menjadi tetamuku?”

Syakilla menoleh ke arah Arania. Pada mulanya, dia mahu membantah namun segera memadamkan niat itu. Tiada gunanya, bukan? Arania pasti akan berkeras juga.

“Errr….jadi tetamu?” Qusyairi yang terkebil-kebil dari tadi, bersuara akhirnya.

“Iya.” Balas Arania.

“Aku…bukan asal dari sini. Errr…ayah awak, err…” Tergagap-gagap Qusyairi berkata.

“Mengapa?” Arania bertanya. “Kau tidak sudi?” Suaranya berubah. Ada sedikit nada kecewa.

“Bukan….bukan tak sudi.” Segera Qusyairi menjawab. “Tapi…aduh.” Qusyairi menepuk dahi. “Aku risau nak mengadap Sultan…”

“Maksud aku…” Qusyairi menyambung kata tatkala menyedari Syakilla dan Arania merenungnya dengan wajah tanda tanya. “Akukan orang asing. Aku takut kalau-kalau…ada yang curiga.”

“Beginilah...” Syakilla pantas memotong kata-kata Qusyairi. Sekilas, wajah Arania dipandang. Dia tahu, betapa Arania mengharapkan kehadiran Qusyairi pada majlis makan malam itu nanti.

“Aku akan memperkenalkan dirimu sebagai saudara jauhku, yang datang dari Keramat. Tiada sesiapa yang akan mempersoalkan kehadiranmu sebagai tetamu.” Syakilla menyambung kata, sekaligus memberi cadangan.

“Boleh ke?” Qusyairi menggaru kepala.

“Asalkan kau tidak celupar membocorkan rahsia…” Balas Syakilla.

“Bagaimana Qusyairi? Adakah kau sudi?” Soal Arania, benar-benar berharap. Qusyairi memandang Arania dan Syakilla bergilir-gilir.

“Err…okaylah.” Walaupun teragak-agak, Qusyairi memberi jawapan. Arania tersenyum manis lalu memandang Syakilla. 'Terima kasih', bibirnya bergerak perlahan tanpa suara. Syakilla senyum dan mengangguk.

“Aku pun nak ikut.” Megatron menyampuk.

“Sudah semestinya kau juga dijemput.” Arania berkata lalu tertawa. Memandang ke arah Qusyairi, Megatron sengih menyeringai.

“Tapi…sebelum kau hadir ke majlis itu...” Syakilla berkata lalu memandang Qusyairi dari atas ke bawah. “Kau perlu menyalin pakaian. Aku tak mahu dikatakan bersaudara dengan orang gila.”

Mahu saja Qusyairi membalas kata-kata sinis dari Syakilla namun membatalkan niatnya dengan segera. "Fine!" Itu saja yang kekuar dari mulutnya.

"Aku akan bawakan satu persalinan untukmu. Kau tunggu di sini. Dan…. pastikan kau bersopan dengan Puteri. Jika tidak…”

“Jika tidak, kau nak buat apa?" Qusyairi pantas memintas kata-kata Syakilla. Sekali lagi, mata Syakilla sengaja direnung. Entah mengapa, dengan gadis ini, Qusyairi terasa berani pula mahu bermain mata. Sungguhpun Syakilla jauh lebih garang dari Arania namun, ada sesuatu yang menarik perhatiannya pada gadis itu.   

Gugup direnung, Syakilla segera berlalu menuju ke pintu kamar. Qusyairi dan Arania dibiarkan berdua bersama-sama Megatron.

Hampir sampai ke pintu kamar, langkahnya terhenti. Seketika, dia berpaling. Kelihatan Arania dan Qusyairi mulai berbual-bual mesra sesama sendiri. Ada satu perasaan berat menerjah hati.

Demi kebahagianmu, Arania...

Syakilla terus keluar dari kamar. Last edited by Nicki_Meow on 10-11-2014 09:27 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:33 AM GMT+8 , Processed in 0.262093 second(s), 28 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list