CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: TJ2

CINTA INI BUKAN UNTUK SESAAT (U)

[Copy link]
Post time 5-4-2013 10:39 PM | Show all posts
nak lagi.. bestla, x sabar nak tau apa yang irina tu nak buat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2013 08:42 AM | Show all posts
tq TT ada entries baru...
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 10:55 AM | Show all posts
Salam TJ2

Harapnya sihat sejahtera....thank you for the entries. Sambungan ada tak agaknya hari nie?
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2013 11:20 AM | Show all posts
suka betul si ameer tu nyakat delia....harap2 dorg jd kawen...sweet plak pasangan ameer delia...ekekekke!
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 11:25 AM | Show all posts
tp saya nak adam dgn delia balik >.<
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 11:28 AM | Show all posts
alahai sweetnyer...macam tu la agakya kalau dalam hati ada chenta...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-4-2013 11:56 AM | Show all posts
Bila nak sambung ni?....
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 11:59 AM | Show all posts
best cte....
xde smbgn ker arini??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-4-2013 04:16 PM | Show all posts
yeah..kemon TJ2...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2013 05:19 PM | Show all posts
sori kwn2...
minggu ni bz skit sbb minggu dpn ada auditor nk dtg...
kalo bkesempatan TJ update okeh
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2013 05:43 PM | Show all posts
TJ2 posted on 9-4-2013 05:19 PM
sori kwn2...
minggu ni bz skit sbb minggu dpn ada auditor nk dtg...
kalo bkesempatan TJ update oke ...

Ok akan sabar menanti
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2013 05:00 PM | Show all posts

Memijak kaki ke ruangan kedai Al Munawwarah ini mengembalikan kenangannya dengan ayah. Mereka berdua pernah berkongsi makanan kegemaran yang sama iaitu ketam telur masin. Memang sedap! Nak masak sendiri, tak reti! Dulu semasa ibu ada, ibu selalu masakkan menu itu buatnya dan ayah. Pasti mereka akan makan nasi berpinggan-pinggan hingga tidak pandang kiri dan kanan.


Masa di Sydney dulu, pernah juga dia cuba untuk masak ketam telur masin. Menjadi walaupun rupa bentuknya agak pelik. Bukanlah pelik sebab ketam bertukar menjadi ayam, Cuma pelik sebab rupa tak sama seperti yang ibu masak. Nampak lain macam sikit. Tapi dari segi rasa ada persamaan dengan masakan ibu. Sedap! Tapi bila tanya pendapat Adam, lelaki itu hanya kata bolehlah. Langsung tak membantu! Hampeh betul!

“Dell...”

Bahunya dicuit. Pantas wajah ayah, ibu dan Adam bertempiaran lari. Yang ada di ruang matanya kini hanya Ameer. Ameer yang sedang memandangnya dengan wajah pelik.

“Kenapa?”

“You tu kenapa? Berkali-kali I panggil tapi you macam khayal je.”

“Sorry…” Delia sengih dan susun sepuluh jari tanda memohon maaf. Mengingati kenangan lalu buatkan dia terleka. “This place just reminding me of my dad! We used to come here twice a month!”

“Mesti makanan kat sini sedap sangat sampai sebulan you datang dua kali, kan? Nasib tak datang hari-hari.”

“Makanan kat sini terbaik, beb!”

Ibu jari diangkat tunjuk isyarat bagus. Di tekaknya memang makanan di restoran ini sedap-sedap belaka. Semua menepati citarasanya. Kadang-kadang sampai boleh terbawa-bawa dalam mimpi! Tak senonoh betul!

“You kalau bab makan, memang semua terbaik!” Tukas Ameer. Perempuan di hadapannya ini memang kuat makan. Tapi, tak juga gemuk-gemuk! Kadar metabolism tinggi atau bela hantu raya?

“Macam ada unsur-unsur tak puas hati je…”

“Memang tak puas hati pun!” Ameer berkata serious. Tiada gaya seperti sedang bergurau. Delia terkelip-kelip. Kenapa pula Ameer tiba-tiba tak puas hati?

“Kenapa tak puas hati?”

“Mau tak puas hati! Dari tadi asyik berdiri kat sini je. Bila nak duduknya? I dah tak sabar nak rasa ketam yang you cakap sedap sangat tu!”

Last edited by TJ2 on 11-4-2013 05:06 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2013 05:06 PM | Show all posts

Delia tertawa halus. Buat suspen je Ameer ni! Tak sangka mamat singa ni pandai gak buat lawak. Ingat tau nak mengaum je!


Tanpa kata Delia melangkah ke sudut kanan kedai makanCina Muslim itu. Dari luar kedai ini nampak seperti tidak menarik. Tampakseperti suram. Namun bila melangkah masuk ke dalam, suasananya terasa sangat berbeza. Ada ketenangan dan kedamaian yang sukar digambarkan di sini walaupunkedai Hj Yusuff Ong ini sentiasa penuh dengan pelanggan-pelanggan.

Mungkin kerana itu kedai ini sentiasa full house. Tambahan pula makanan sedap-sedap dan layanan pun bagus. Servis pula tip top. Memang marvelous! Sebab tu dia dengan ayah suka makan dekat sini.

“Sayang…I nak order udang nestum la. Gambar macam tempting je! Tergoda I.”

Aik! Baru tengok gambar dah tergoda! Kang dah makan terusjatuh cinta! Hahaha

“Orderlah. Lagi pun you yang bayar.” Balas Delia tersengih memandang Ameer yang ada di hadapannya. Lelaki itu kelihatan masih leka membelek menu di tangan. Menarik sangat gamaknya!

“Ramai orang makan kat sini, ek?” Ameer bertanya. Dari tadi dia dapat lihat orang silih berganti masuk dan makan di dalam kedai ini. Ada yang datang berdua, bertiga dan sekeluarga.

“Biasalah. Kedai ni memang tak pernah tak penuh. Kalau bulan puasa lagi teruk. Kena booking awal-awal. Kalau tak, jangan mimpi nak makan dekat sini!”

Delia turut memandang sekeliling sebelum matanya terpaku pada sepasang lelaki dan perempuan yang sedang melangkah masuk ke dalam kedai itu. Ish! Punya banyak kedai kat Shah Alam ni, kat sini juga nak bertembung! Kecil betul dunia ni!

“You…tu Dzariff, kan?” Ujar Delia. Pantas Ameer angkat muka dan pandang ke hadapan. Serentak itu dadanya terasa ketat bila dilihat Dzariff sedang senyum memandang pada Delia.

“Hmm…you ajak dia join kita ke?”

Delia berpaling bila intonasi suara Ameer dirasakan berlainan. Tak lagi happy macam tadi.Sebaliknya kedengaran seperti sedang menahan sesuatu.

“Takdelah. Kebetulan kot dia dating area sini!”

Gila nak ajak Dzariff sekali! Bukan Delia tidak tahu perangai Ameer. Walaupun mereka tidak lagi bergaduh tapi Ameer akan mula menarik muka bila setiap kali nama Dzariff termasuk dalam perbualan mereka. Delia sendiri tidak faham kenapa.

Last edited by TJ2 on 11-4-2013 05:33 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2013 05:07 PM | Show all posts

Entah apa yang dicemburukan pun Delia tidak tahu. Dah nak kahwin kot! Takkan masih tak percaya lagi? Lagi pun sekarang Delia dan Dzariff sendiri sudah jarang berbual. Hubungan mereka sendiri sudah tidak seakrab dulu. Lebih-lebih lagi, Dzariff kini kerap terbang ke Sydney untuk menguruskan cawangan Akram yang sedang bermasalah.


“Hai.”

Belum sempat Delia mahu pun Ameer menyahut teguran itu, gadis di sisi Dzariff sudah pun menjerit keriangan. Delia ternganga sendiri bila gadis itu memeluk Ameer erat.

“Long Ameer! Lamanya tak jumpa!”

“Haah…lama tak jumpa.”

Terkial-kial Ameer melepaskan dirinya dari pelukan Dzara. Mukanya terasa panas bila perasan pelanggan di dalam kedai sedang merenungnya pelik. Segan seh!

“Kitorang join Long Ameer je la. Lagi best makan ramai-ramai!”

Tanpa segan silu Dzara terus melabuhkan punggung dikerusi bersebelahan Ameer. Dzariff geleng kepala memandang gelagat adik bongsunya itu. Betul-betul tak reti malu! Padahal umur dah masuk 21 tahun.

“Kita duduk meja lain la, dik. Tak baik kacau Long Ameer. Kan diorang tengah dating tu.”

“Tak nak! Adik nak duduk sini juga.” Dzara berdegil. Dia pandang Ameer di sisi dan senyum. “Adik join Long Ameer ek? Dah lama kita tak makan sama-sama.”

Mahu tak mahu Ameer terpaksa angguk. Ikut hati memang dia tidak kisah pun untuk makan bersama Dzara. Tapi sekarang ini yang menggusarkan hatinya adalah kehadiran Dzariff. Dah tu duduk sebelah Delia pula! Aduhai hati…bersabarlah!

Manakala Delia sejak tadi memandang Ameer, Dzara dan Dzariff silih berganti. Masih tidak mengetahui siapa sebenarnya gadis itu. Jika kekasih Dzariff, masakan tega untuk memeluk Ameer? Malah gadis manis ini membahasakan diri sebagai adik. Adik siapa? Pasti bukan adik Ameer kerana Delia kenal semua adik beradik Ameer. Adakah gadis ini adik Dzariff? Kalau betul…kenapa nampak terlalu berbeza?

“Long…tak nak kenalkan adik dengan awek ke?” Tanya Dzara tiba-tiba. Dia senyum memandang perempuan cantik yang sedang tunak merenungnya.

“Ni Azreen…”

“Ni Dell…”

Last edited by TJ2 on 11-4-2013 05:36 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2013 05:07 PM | Show all posts

Serentak dua lelaki itu bersuara dan kemudian berpandangan. Delia tergamam dan Dzara kelihatan keliru. Mau tak keliru. Sorang kata itu, sorang lagi kata ini!


Delia telan air liur dan berdehem kecil sebelum memulakan kata. Rasanya lebih baik dia kenalkan diri sendiri.
“Delia Azreen.” Susah sangat! Bagi je nama penuh. Mujur dia tak sebut dengan binti sekali. Hihihi

“Ooo…nilah orang yang selalu mama dengan ummi sebut-sebut. Nak panggil apa ek?” Gadis manis ini bertanya lagi. Delia senyum. Ramah betullah dia ni!

“Panggil Del…”

“Adik panggil kak long je la ye.” Belum sempat habis Delia berkata Dzara sudah memintas. Sudahnya Delia hanya tersenyum. “Anyway nama adik, Dzara Lisa. Adik Dzariff.”

Tangan dihulur untuk bersalaman. Delia sambut dengan senang hati. Namun dia masih seperti tidak percaya. Dua beradik ini nampak terlalu berbeza. Seorang macam anak cina, seorang lagi tak!

“Adi kberadik?”

Wajah Dzara dan Dzariff dipandang silih berganti. Langsung tiada biasan yang seiras. Entahlah! Tapi tak mustahil pun kalau adik beradik wajah tak serupa! Bukannya kembar!

“Dia ni anak angkat! Mama jumpa tepi pokok buluh.” Ucap Dzara selamba. Dia seolah mengerti apa yang sedang bermain-main di fikiran Delia. Dah selalu sangat nampak  reaksi yang sama!

Terkedu Delia seketika. Anak angkat? Jumpa tepi pokok buluh? Biar betul! Desis hati Delia.

“Hish adik ni! Merepek tak sudah.” Tegur Dzariff pada adiknya yang sememangnya gemar merapu dan mengarut. Dia berpaling pada Delia yang jelas nampak keliru. “Adik I ni merapu je. Tak payah nak percaya sangat. Dalam sepuluh yang dia kata, satu pun belum tentu ada yang betul tau.”

“Ooo…”

Hanya itu yang mampu terkeluar. Mati-mati dia ingat si Dzara ini serious! Apa pun tak boleh da!

Last edited by TJ2 on 11-4-2013 05:39 PM

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 05:20 PM | Show all posts
best... suka sangat cerita nieh...!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-4-2013 05:24 PM | Show all posts

Makanan yang dipesan sebentar tadi tiba. Penuh meja dengan ketam telur masin, udang nestum, sweet sour dory fish dan sup sayur. Wow! Gila banyak makanan yang Ameer pesan!


“You nak bagi I gemuk ek?”

“Ala…you tu makan banyak mana pun, tetap kurus macam tu juga. Takdenya gemuk.” Jawab Ameer selamba sambil menceduk nasi ke pinggan. “Kalau gemuk pun I tetap sayang.”

Pantas wajah Delia merona merah. Malu bila Ameer berkata begitu di hadapan Dzariff dan Dzara yang dari tadi tersengih tak sudah-sudah.

Sweetnya, Long Ameer ni.”

Dzara letak kepalanya di bahu Ameer. Ameer geleng kepala geram sebelum ketuk kepala Dzara. Mengada-ngada betul budak kecik ni! Manja tak bertempat.

“Long Ameer memang dari dulu lagi sweet!”

“Patutlah masa kecil-kecil dulu seluar dalam Long Ameer selalu kena hurung semut! Sweet sangat rupanya.”

Ketawa meletus tanpa dapat ditahan. Ameer ketap bibir. Mulut Dzara ni memang takde insuran! Aci lepas je! Sekali lagi dia ketuk gadis di sisinya. Dan kali ini lebih kuat dari tadi. Kot-kot serik!

“Sakit la, long!”

“So,lain kali jangan cakap lepas je.”

Delia dan Dzariff hanya sama-sama memandang. Malas mahu masuk campur. Lagi baik makan! Perut pun kenyang!

“Nah…laukfavourite you!”

Terlihat ketam telur masin yang diletak ke pinggannya, Delia terkedu. Dia angkat muka. Dzariff di sisi hanya senyum menyuap makanan.

“Bila I cakap I suka ketam?”

“Dulu…”

Cuma sepatah jawapan lelaki itu namun hati Delia terus libang libu kerana tahu dia tidak pernah bercerita dengan sesiapa pun mengenai isu ini. Ameer sendiri baru tahu. Jadi, mana mungkin Dzariff tahu?

“Dulu bila?”

“5 years back.”

5 tahun dulu? Masa tu dia masih dekat Sydney. Bila masanya dia jumpa Dzariff? Mamat ni belajar dekat sana juga ke dulu?

“Jangan merepek boleh tak? Bila masa I pernah cerita dengan you ni?”

“La…kan I dah cakap tadi. 5 years back.” Dzariff masih senyum.

“5 tahun lepas kita belum kenal la! Cakaplah betul-betul.”

Look into your heart and you’ll find the answer.”

Delia kerut dahi. Apa ke merepek mamat ni? Mana ada aku kenal dia ni 5 tahun dulu! Mimpi di siang hari agaknya? Ah! Lantaklah! Bukan masuk periksa pun! Dengus Delia sebelum kembali menyambung suapan ke mulut.

Dan dia menggeleng panjang bila lihat Ameer dan Dzara masih lagi berperang mulut.Tak habis-habis…

Last edited by TJ2 on 11-4-2013 05:42 PM

Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2013 05:34 PM | Show all posts
TJ2 posted on 11-4-2013 05:24 PM
Makananyang dipesan sebentar tadi tiba. Penuh meja dengan ketam telur masin, udangnestum, sweet sour ...

Serius ke dia Adam.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2013 05:43 PM | Show all posts
ProtonEdar.Ryan posted on 11-4-2013 05:20 PM
best... suka sangat cerita nieh...!!

thanks sbb sudi baca...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2013 05:44 PM | Show all posts
freddianza posted on 11-4-2013 05:34 PM
Serius ke dia Adam.

hihi...
kena tunggu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 04:50 AM GMT+8 , Processed in 0.137178 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list