CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: sang_arjuna

AKU, DIA, MY BFF ( TAMAT SUDAHHHHH)

[Copy link]
 Author| Post time 30-6-2013 12:02 PM | Show all posts
asyriqa posted on 28-6-2013 12:52 AM
adoyaiiiii... junaaaaaa.... sesak nafas den nih.... napa benti takat nih... sambung lagi dong ...

bukan jahat tp dah mengantuk
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 30-6-2013 12:03 PM | Show all posts
cmf_conan posted on 28-6-2013 11:15 AM
alamak.. yuyu yg pengsan ke?

yuyu tak ada pun kat situ
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2013 12:16 PM | Show all posts
Bab 39

Nurul mendengus. Geram! Ini teksi yang keempat lalu  tapi tak berhenti. Aku ni dah jadi halimunan ke? Atau rupa aku macam tak mampu nak bayar tambang ? Huk eleh… kita pakai baju kurung sutera rekaan Cosry lah wei! ( walaupun ehsan dari Puan Sri Lily). Kekwat betul pemandu teksi sekarang, mentang mentang lah bila hampir waktu makan tengahari banyak penumpang yang menunggu.

Jam di tangan menunjukkan pukul 12.15. Dari awal lagi Nurul memberitahu yang dia tak dapat cuti untuk menghadiri pernikahan Elly tapi akan datang lewat. Aku dah janji akan sampai pada pukul 12 tengahari.  Kira selamat lah, Redza dan pihak pengantin lelaki tentunya sudah meninggalkan majlis. Tak sanggup aku nak bertembung dengan pasangan pengantin baru yang tentunya akan berposing sakan ambil gambar ala ala romantis, mata bertentang mata, I peluk pinggang you, tangan you di dada I. Cemburu weiiii walaupun Redza kata semuanya lakunan untuk menyedapkan hati ibunya. Hilang selera nak makan beriani gam istimewa dari tukang masak di raja Johor yang Puan Sri tempah.

Sedang dia bermonolog dalam hati , telefon berdering dan nama Izreen tertulis di skrin. Hmm, tentu dia nak bagi  “delayed telecast”   majlis tadi. Layan sajalah.

“ Kak Yuyu! Akak di mana?” Suara Izreen teruja semacam.

“ Tengah tunggu teksi kat depan butik. Susah betul nak dapat teksi hari ini. Perut akak pun dah lapar. Reen dah makan? Best tak kenduri tadi?”

“ Kenduri hapernya? Kak Yuyu tak dengar cerita? It was a disaster! Kak Elly masuk hospital.”

“ Ha? Kenapa? Dia sakit apa? ” Nurul berdebar. Apahal ni? Bertali arus episode cemas berlaku hari ini. Nak kata tak tolak bala, dah habis satu kebun kot si Elly mandi bunga.

“ Tak pasti lah.  Reen rasa baby dia gugur, tapi ada yang coverline kata dia heavy period. Masa di pelamin tiba tiba dia menjerit dan jatuh. Baju putih dia penuh darah.”

Nurul mengetap bibir. Kenapalah kau degil Elly? Aku dah kata jangan makan jamu dan buat perkara merepek macam jumpa bomoh tapi  tak nak dengar. Itulah padahnya bila tak dengar nasihat.

“Elly kat mana sekarang? How is Puan Sri and Tan Sri? Apa jadi selepas Elly jatuh dari pelamin?”

“ Elly kat Prince Court. Kita pun tak tahu apa jadi. Kita semua balik sebab Tan Sri mengamuk. Dia tak bagi sesiapa jumpa Elly. “

“ Kesiannya Elly. Must be so embarrassing.” Tentu malu tahap petala tujuh. Kalau aku di tempat dia, aku cabut ke pulau terpencil di tengah lautan dan terus bermastautin di sana.

“ Kak Yuyu nak tahu, Abang Ja tak sempat lafaz nikah. Doa dan solat hajat dia termakbul. Alhamdulillah! Memang Allah tak nak Kak Elly jadi isteri Abang Ja. You are meant to be his only wife. Bukan main happy lagi Abang sampai semua tetamu dah tahu yang dia di paksa kahwin.”

Spontan bibir Nurul mengukir senyum. Terbayang imej Redza lompat tumbuk angin sambil menjerit "YES!" Tipu lah kalau aku tak lega. Inilah yang di katakan aturan Allah. Kalau jaket Redza tidak dicuri awal pagi tadi  dan Mykadnya tak hilang, tentu dia sampai awal ke rumah Elly dan sempat lafaz ijab kabul. Cuma ada lagi masaalah yang belum selesai. Bagaimana dengan Datin Wan Hamidah?

“ Macam mana dengan Datin? Mesti dia sedih sebab hajat dia tak tercapai”

“Itulah , kesian Mama. Tapi dia patut sedar apa yang berlaku semua dengan kuasa Allah. Some things are just not meant to be. Lagipun, sudah sampai masa Mama tahu pasal Kak Yuyu dan Abang Ja.”

“ Jangan! Dia tengah stress. Please Reen, jangan cakap apa apa kat Datin sekarang.”

Sebuah teksi berhenti di depannya. Akhirnya! “Reen, akak nak pergi tengok Elly. I think she needs me. Bye , I’ll call you later.”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2013 12:22 PM | Show all posts
Elly mendiami  Suite yang paling besar di Prince Court Medical Center. Tiada siapa di benarkan masuk tanpa kebenaran kerana keluarga mereka inginkan privasi. Semua tetamu yang ingin menziarah di suruh pulang. Tan Sri Effendy dan Puan Sri Lily betul betul tertekan. Mana tidaknya, perancangan rapi mereka hancur lebur. Keluarga tokoh korporat Bumiputera yang di sanjung tiba tiba jadi buah mulut golongan elit. Tentu talian telefon rakan taulan sedang “panas” menyampaikan berita sensasi.

Puan Sri Lily membetulkan selimut yang menutup tubuh anaknya yang terlantar di katil. Elly masih tidur selepas prosedur D&C. Janin yang berusia 3 bulan sudah tiada lagi dan rahimnya di bersihkan. Komplikasi dari pengambilan jamu dan ubat tradisional telah menyebabkan dia turun darah dan rahimnya rosak. Nasib baik kerosakannya tidak memudaratkan, cuma doktor tidak benarkan dia mengandung selama dua tahun. Tidak jadi masaalah, bukannya anak aku ada suami. Lagipun selepas episode yang mengaibkan tadi, bukan mudah nak cari lelaki yang sanggup jadi suaminya.  

Pengawal peribadi bersuara melalui interkom mengatakan Nurul ingin berjumpa Elly. Kalau ikutkan hati, Puan Sri Lily tidak akan benarkan sesiapa berjumpa Elly kerana bimbang emosinya tidak stabil tapi Elly tentunya ingin berjumpa sahabat baiknya.
Nurul melangkah masuk dengan berhati hati bila di lihatnya Elly sedang tidur. Muka Puan Sri Lily yang cemberut membuat dia kecut. Mungkin aku tak sepatutnya datang pada waktu ini. Jambangan bunga hydrangeas biru dan ungu yang sempat di beli dari florist di tingkat bawah di letak di meja sisi.

“ Apa khabar Elly?” tanya Nurul separa berbisik

“ Baru lepas D&C.  Dia tengah mamai lagi. Yuyu dari mana?”

“ Dari butik. Yuyu tengah tunggu teksi nak ke rumah Auntie bila dapat tahu yang Elly ada di sini. ”

“ Cepat betul berita  sampai pada Yuyu. Mesti ramai yang seronok bila benda macam ini jadi kat keluarga Auntie.  Tentu orang cerita macam macam , siap tokok tambah lagi. Masa inilah kita tahu siapa kawan sebenar. Apa yang orang bagi tahu Yuyu?”  

Muka Nurul berubah. Sabar sajalah, tentu Puan Sri tengah tension. “ Er..  orang cakap Elly pengsan masa nak nikah. Itu saja.”

“ Pengsan? Dia orang tak cakap yang Elly gugur? Sekarang semua orang tahu Elly mengandung anak haram! Mana Auntie nak letak muka? Pengantin lelaki dah lari , majlis di batalkan.”

“ Mummy…. Siapa datang? ” Kedengaran suara Elly yang serak.

“ Its me, Yuyu. How are you feeling?” Nurul menarik kerusi sebelah katil Elly. Wajah Elly nampak pucat. Dia mengusap tangan sahabatnya.

“ How do you think I feel? Perut aku sakit kena rodok, aku di malukan depan 500 tetamu, aku jadi bahan ketawa satu KL. Entah entah video aku dah di upload di youtube. Kau ingat aku gembira? ” Sarkastik nada Elly.

“  Makan lagi segala jamu dan ubat kampung. Nak jadi cantik, nak pikat suami konon. Sekarang siapa yang susah. Ini bukan kali pertama. Dulu Elly dah masuk hospital sebab makan ubat kurus. Tapi tak serik serik juga.” Omel Puan Sri Lily sambil menjeling ke arah anaknya.

“ Mummy, Redza mana?” tanya Elly. Jantung Nurul berhenti berdegup sejenak. Elly masih mengharap kah? Mana tahu dia buat cerita yang Redza bapa kepada bayi yang gugur? Habislah...

“ Redza dah balik. Tak payah lah sebut nama dia. Mummy pun dah malu nak jumpa Datin Midah. Entah apa dia fikir tentang keluarga kita. Ada anak seorang pun tak reti jaga.“

Mata Elly mula basah. Nurul rasa tersepit. Tak patut Puan Sri cakap begitu pada Elly yang tentunya tengah rapuh. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Rasa simpati melimpah pada Elly. Kenapa lah kawan aku ni selalu tersilap langkah? Ya Allah, kau lindungilah dia dari segala kemudaratan. Dia membetulkan bantal dan menaikkan bahagian atas katil bila Elly ingin bersandar.
Last edited by sang_arjuna on 30-6-2013 01:19 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-6-2013 01:01 PM | Show all posts
“ Mana Uncle?” Nurul menukar topik

“ Dia dengan PA dia tengah sibuk.  Mereka kena beritahu semua tetamu yang wedding reception besok  di batalkan. Kita kena contact wedding planner dan pihak dewan juga. Pening kepala Auntie!”

“ Jemputlah anak yatim untuk makan di dewan, semuanya dah di bayar dan tak dapat refund pun kalau cancel last minute” cadang Nurul.

“ Hmm… bagus juga cadangan Yuyu. Nanti Auntie telefon Uncle suruh dia uruskan. Ha… itu dia Uncle, panjang umur.”

Tan Sri Effendy masuk ke bilik dengan muka masam mencuka dan menghempas tubuh di sofa. Tangan Nurul hulur untuk bersalam tidak di hiraukan.

“ Mana air? Aku  haus!” perintahnya. Puan Sri Lily bergegas mengambil Coke dari peti ais. Tan Sri Effendy meneguk rakus dan kemudian bersendawa sekuat enjin motor kapcai. Geli geleman orang dengar. Poket penuh tapi adab kurang.

“ Daddy dah beli tiket ke New Zealand. Malam besok kita semua bertolak ke sana. Elly kena kerja dengan hotel Daddy di Auckland. Di sana tak ada siapa kenal Elly.”

“ Tapi Elly tak suka New Zealand. Boring lah. I don’t know anyone there” rengek Elly

“ Shut Up! Jangan nak lawan cakap Daddy! Selagi Elly ada di sini, semua orang tak berhenti mengata. Kamu tak reti malu kah? “ tengking Tan Sri Effendy. Nurul terus menikus di sisi katil Elly. Muka Tan Sri Effendy macam belon yang akan meletup bila bila masa. Kalau Elly sihat, tentu dia dah makan penampar bapa nya.

“ Kita semua kena pergi kah? Takkan sampai macam tu. ” Puan Sri Lily bersuara. Wajahnya sugul. Takkan aku kena tinggalkan rumah agam aku dan segala kemewahan yang ada di sini untuk pergi tinggal di negara yang lebih banyak biri biri dari manusia. Walaupun penthouse mereka di Auckland luas tapi shopping scene di sana agak ketinggalan.

“ Keputusan I muktamad. Kita bertiga akan tinggal di sana paling kurang setahun. Apa lagi yang you nak tunggu di sini? You suka dengar orang bercakap pasal skandal Elly? Kawan kawan you tak akan berhenti bercerita pasal perkahwinan anak kita yang tak jadi, tau tak? Ini semua silap you and your best friend Datin Midah. ” Tan Sri Effendy menuding jari telunjuk pada isterinya sebelum keluar. Pintu bilik di hempas sekuat hati. Suasana dalam bilik berubah sepi.

“ Yuyu, jom ikut aku ke New Zealand.  Kau boleh sambung belajar, aku sponsor.  ” Elly bersuara.

No, no, no… suami aku nak letak mana? “ Tak boleh lah. Jauh sangat tu. Siapa nak jaga Tok Nah? Tapi kalau ada rezeki, aku pergi ke sana jenguk kau. ”

“ Kau dah berubah! Kau pentingkan diri sendiri. Dulu kau selalu sokong aku, kau yang selalu lindung aku. Sekarang kau dah lain.  I need you but you are not there for me! Kalau kau ada untuk bagi aku semangat , aku tak akan jumpa Nenda Suri. Aku tak perlu jampi serapah semua tu. This is all your fault Yuyu!” Mata Elly mencerlang, seolah ingin menerkam Nurul.

Astaghfirullah! Aku pula yang kena!  Angin pus pus dia dah datang balik. Nasib baik Elly masih lemah dan ada jarum drip di tangannya, kalau tak tentu aku dah kena ganyang. Dia berundur beberapa tapak. Puan Sri Lily geleng kepala melihat kelakuan anaknya. Bapa dengan anak sama saja, asyik merempan dan meroyan tak tentu pasal. Semua orang di sekeliling jadi mangsa.

“ Bukan macam itu Elly. Aku ada kerja, macam mana aku nak temankan kau sepanjang masa”

“ Alasan saja tu! Sebenarnya kau cemburu sebab aku nak kahwin sedangkan kau tak laku! Sebab itu kau tak nak kawan aku. Kau cemburu sebab lelaki kacak macam Redza nak aku. Betul kan?” Senyum sinis Elly menakutkan.

Nurul mendiamkan diri. Lebih baik jangan di usik sarang tebuan. Biarlah dia nak kata apa pun, aku tadah telinga.

“ Aku benci kau Yuyu!I hate you! Kau bukan lagi kawan aku! Get lost!” Sebiji gelas atas meja sisi katil di baling ke arah Nurul. Nurul sempat mengelak dan kaca bersepai bila terkena dinding. This is it. I’m getting out of here. Cabuttttt!




Last edited by sang_arjuna on 30-6-2013 01:23 PM

Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2013 03:38 PM | Show all posts
phew. selamat redza. and nurul.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 30-6-2013 04:41 PM | Show all posts
huhuhu pasti elly jadi musuh ketat diaorg berdua lepas nie.... nak2 kalu diaorg buka rahsia kawin tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2013 06:07 PM | Show all posts
YAHOOOOO!!! reza akhirnya tak kawin ngan elly...  elly pun dah nak meroyan... sendiri nya prangai mcm bohsia... nak salahkan yuyu pulak... yuyu blah je jgn dilayan pompuan yg dah nak mental nih... baik balik umah layan laki... lagi bestttt... eheheheeee
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-6-2013 06:07 PM | Show all posts
tengkiu junaaa.... tapi tak cukup... nak lagiiiii...
Reply

Use magic Report

Post time 30-6-2013 10:55 PM | Show all posts
akhirnya !!!!
best best ... tak jadi kawen....
yuyu & redza... all the best......
nak entri lagi huhuhu
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 09:51 AM | Show all posts
best.....
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 09:55 AM | Show all posts
cite lom recap.. cepat kaka juna..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 10:03 AM | Show all posts
best..best...tapi kesian jugak dkt elly...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2013 10:06 AM | Show all posts
hish...heram pulak dengan si Elly ni...macam nak "pang" aje
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2013 11:43 AM | Show all posts
we want more please........
Reply

Use magic Report

Post time 2-7-2013 03:41 PM | Show all posts
ingatkan dah ada n3...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-7-2013 04:24 PM | Show all posts
ingatkan dah ada n3...
Reply

Use magic Report

Post time 5-7-2013 02:00 PM | Show all posts
ini pun duk nunggu entry..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-7-2013 05:35 PM | Show all posts
TADAAAAAA..... ni n3 second last
..........................................................................

Bab 40

Apa aku nak buat untuk sarapan? Dah bosan makan roti atau bijirin, berkobar kobar pula semangat nak masak sesuatu yang istimewa. Cuma kebolehan menghadkan pilhan menu. Kalau nak buat nasi lemak, harus aku kelaparan sampai waktu makan tengahari. Nurul menggeledah kabinet hingga dapat apa yang di cari. Tepung, bawang, ikan bilis. Cucur pun jadi lah.

“ Morning babe, masak apa? Awal lagi dah gigih semacam” Redza menenyeh mata yang masih mengantuk.

Nurul berhenti mengacau adunan dan berpaling mengadap suaminya. “ Cuba teka?”

“ Mmm…. Ada tepung, ada bawang… nak buat pai?”

“Adehhh…mimpi apa ni? Tiba tiba jadi mat saleh celup. Mat saleh pun tak makan pai pagi pagi. Ecah buat cucur ikan bilis lah”

“ Semalam sikit punya sakan beli barang kat Tesco, takkan buat cucur saja?” sakat Redza.

PAPP! Lengannya bertepung kena tampar. “ Jangan banyak komen. Kalau tak suka, kedai mamak ada” Nurul menyambung kerja.

“ Alolololo… janganlah merajuk. Ecah masak apa pun mesti sedap. Masak air pun sedap, rasa macam air zamzam”

Ada ada saja Redza ni. ” Maharaja Lawak mana lah yang sesat ni!  Dah lah, jangan kacau. Pergi mandi wahai cik abang cayang busyuk!”

Redza memandang jam dari Ikea yang di gantung di dinding dapur. Baru pukul 7.00 pagi. Penat semalam masih bersisa. Lepas waktu kerja mereka bertiga keluar membeli perabut dan perkakas rumah. Pukul 1 pagi barulah dia dan Zahid siap pasang katil, meja tulis dan almari.

“ Abang nak sambung tidur lah. Kita tak ada apa apa plan hari ini kan?”

“ Tak ada. Pergilah tidur. Yed pun tak bangun lagi” Kasihan Redza terpaksa bertungkus lumus dengan Zahid semalam. Aku nak tolong tapi dua hero tak bagi. Best juga sekali sekala di manja dan di layan macam permaisuri.

Sambil menggoreng cucur, Nurul bancuh Necafe Gold kegemarannya.  Syukurlah hari ini aku cuti,  boleh lah bersantai. Tok Nah akan sampai hari ini bersama anak Mak Aji , jiran sebelah di kampung. Harap harap Tok Nah  tinggal lama di sini, dapatlah makan masakan dari air tangannya. Kalau harapkan aku,  makan air tangan mamak atau mek tomyam atau brader burger sajalah. Setiap hari sampai rumah bila matahari sudah terbenam. Lepas solat Maghrib, keletihan dan malas melanda. Hailaa! Masaalah juga kalau Redza pindah sini. Takkan nak ajak makan di kedai setiap hari. Nanti dia pun “ cari makan di luar”. Nauzubillah!

Sepinggan cucur ikan bilis, sos cili dan teko berisi kopi di letak di meja makan. Nurul membuka pintu gelongsor supaya dapat menikmati bayu pagi. Kedudukan kawasan perumahan ini di susur bukit dan udara begitu nyaman awal pagi begini. Dia keluar ke laman untuk menyapu daun daun luruh, kalau tak mesti kena bebel dengan Tok Nah “ Juara Laman Paling Bersih  Kampung Sg Besar” nanti.  Jiran sebelah kanan yang sedang membasuh kereta bertegur sapa dengannya. Eric Chen namanya, bekerja di bahagian IT sebuah bank ,mempunyai seorang anak dan isteri nya sedang mengandung anak kedua. Di sebelah kiri pula tinggal tiga orang guru muda, Hana, Nik Nawal dan Syafinaz. Bila Zahid mendapat tahu mereka masih single and available, terus dia mengambil alih tugas menyiram bunga, menyapu porch dan membuang sampah tanpa di suruh. Gatal! Nurul senyum sendiri.

Hatinya makin tenang setelah Elly dan keluarga terbang ke New Zealand semalam. Alhamdulillah! Ugutan dan permainan  kotor  Tan Sri Effendy sudah tidak menjadi duri dalam daging. Tak sangka begitu “brengsek” hartawan yang di pandang tinggi oleh masyarakat. Sambil menyapu, matanya tertancap pada kereta Mercedes putih yang di pandu perlahan menyusur deretan rumah. Hatinya di jentik rasa kurang selesa dan dia terus masuk ke dalam. Baik aku makan cucur sebelum sejuk. Sebiji cucur yang di celup sos cili masuk ke mulut. Belum sempat dia mencapai lagi sebiji, loceng  pintu pagar di tekan. Mercedes putih sudah terpakir di depan pagar. Hampir tercekik bila dia nampak figura yang amat di kenali. Alamak!
Reply

Use magic Report

Post time 6-7-2013 06:12 PM | Show all posts
Siapakah itu.....jeng jeng jeng..... !!!
Speku mak Redza..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 07:47 PM GMT+8 , Processed in 0.251952 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list