CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Nicki_Meow

Lagu Cinta Kita (U) - TAMAT -

  [Copy link]
 Author| Post time 21-5-2012 12:43 PM | Show all posts
Part 2 - Episode 58

Inspektor Zaidi membelek-belek fail kes Nadia Razali. Hatinya tiba-tiba di usik simpati. Sejak dari awal dia mula menerima kes ini, hatinya terdetik sesuatu. Akhirnya dia tahu kenapa.  Dia yakin, Nadia itulah yang pernah menumpang rumah ibu bapanya lama dahulu.

Dia menarik nafas. Fail itu di tutup. Dia bangun lalu meninggalkan pejabatnya untuk pulang ke rumah.


*******************************************************************************
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-5-2012 12:45 PM | Show all posts
Kisah Nadia.... (Part 1)

“Sakitlah...” Ibunya melawan kali ini. Mungkin tahap kesabaran ibunya juga sudah menipis.

“Oi betina! Kau sedar tak kau siapa? Kalau aku tak kahwin dengan kau dulu, sampai sudah kau duduk kat tepi lorong tu”

“Kalau aku tahu nasib aku macam ni, baik aku mati kat tepi lorong tu daripada berkahwin dengan jantan macam kau!”

“Kau nak mati sangat? Ambil ni! Kurang ajar!” Tubuh itu di sepak terajang tanpa belas kasihan.

Dia sudah tidak sanggup lagi. Dia maju ke depan dengan sepotong pisau di tangan. Tanpa berfikir panjang, pisau itu di tikam ke belakang lelaki itu. Terdengar jeritan kuat.

“Aaargghhhh” Lelaki itu masih mampu berdiri. Dia berpusing, mencari sasarannya. Tangannya memegang belakangnya yang berdarah. Walaupun kesakitan, dia bergerak melangkah ke hadapan. Mukanya bengis.

“Bodoh” Lelaki itu memaki lagi.

“Adik.. lari dik.. lari” Terdengar ibunya menjerit tapi dia tidak lari. Pisau di tangan di genggam erat. Bila lelaki itu semakin dekat, dia berlari ke depan, menikam lagi lelaki itu di perut sehingga jatuh. Tikaman tidak berhenti di situ. Dia menikam lagi bertubi-tubi hingga akhirnya, lelaki itu tinggal nyawa-nyawa ikan.

“Kau…anak sial” Di saat sakaratulmaut menjelang, lelaki itu masih lagi mencaci. Dia hanya memandang tanpa perasaan. Lelaki itu patut mati sejak dulu lagi. Lelaki itu menyakiti ibunya, menyakiti dirinya sejak sekian lama. Akhirnya, lelaki itu tidak bernyawa lagi.

“Adik…adik” Ibunya memanggil. Dia tersentak, pisau di tangannya terjatuh. Dia berlari ke arah ibunya yang terduduk bersandar di dinding.

“Emak… ayah dah tak ada mak. Adik dah buang ayah. Padan muka ayah” Ibunya menangis.

“Adik, pergi ambil pisau tu” Dia menurut kata ibunya. Pisau dia ambil lalu di berikan. Dia kemudian duduk di dalam pelukan ibunya yang masih menangis.

“Lepas ni, tak ada siapa nak buat kita kan?” Dia menoleh, lalu dihadiahkan ibunya satu senyuman. Dia gembira, kerana telah berjaya menyelesaikan masalah mereka akhirnya.

“Adik…” Ibunya masih menangis memeluknya.

“Emak.. jangan nangis ye mak. Jangan nangis lagi”

“Adik… kenapa adik buat macam tu?”

“Ayah jahat mak. Selalu pukul adik, selalu pukul mak” Dia juga mula mengongoi, tersesak-esak. Segala kesakitan, kesedihan, kemarahan di luahkan sepenuhnya di pangkuan ibunya.

“Juriah! Juriah!” Terdengar panggilan dari luar. Pintu di ketuk kuat berkali-kali.

“Juriah… bukak pintu ni” Terdengar lagi panggilan.

“Adik…janji dengan mak. Kalau sesiapa tanya, siapa yang buat ayah, cakap mak yang buat” Dia hanya memandang, tidak menyahut.

“Adik.. janji dengan mak” Dia masih bungkam.

“Adik! Kalau adik sayang mak, janji dengan mak sekarang. Kalau orang lain tanya siapa buat ayah, cakap emak yang buat!” Dalam kesakitan, Juriah memaksa anaknya berjanji.

“Nadia!”

“Ba..baik mak. Adik janji mak… adik janji”

“Ingat Nadia…cakap emak yang buat”

“Adik ingat mak. Adik janji” Dia masih teresak-esak.

Barulah Juriah berpuas hati bila mendengar kata-kata itu. Kesakitan akibat di belasah masih terasa di tubuh badannya. Bukan kali pertama dia di buat seperti ini, tapi yang pasti, ini kali yang terakhir. Lelaki itu sudah tergeletak tidak bernyawa.

Ketukan dan panggilan di luar rumah masih berterusan. Dengan susah payah, dia bangun. Terasa senak di perutnya akibat di tendang berulang kali. Tertunduk-tunduk dia membuka pintu rumah.

“Juriah… kenapa kecoh-kecoh….Ya Allah” Hampir ternganga dia melihat mayat yang berlumuran darah.

“Kak Mah… tolong saya Kak Mah.. tolong saya…” Juriah merayu. Dia jatuh terduduk.

“Emak…emak” Nadia mengongoi lagi.

“Apa dah jadi ni Juriah?” Salmah bertanya lagi. Satu-satunya jiran Juriah yang mengambil berat tentang mereka anak beranak. Dari tadi dia terdengar jerit pekik di rumah Juriah, lalu dia mengambil keputusan untuk memeriksa.

“Kak Mah.. tolong Kak Mah. Kalau jadi apa-apa pada saya, tolong jaga Nadia”

“Juriah… Ya Allah” Salmah masih tidak percaya dengan apa yang berlaku. Agak ngeri dia melihat keadaan mayat Razali di ruang tamu itu.

“Nadia…” Sebak Salmah memanggil anak kecil itu.

“Emak yang buat cik… emak yang buat” Nadia berkata, masih menangis.

“Kita pergi rumah akak dulu. Jom” Perlahan-lahan dia membantu Juriah yang terduduk kesakitan untuk bangun. Tak sanggup rasanya dia berlama-lama di situ.

“Zaidi, pegang Nadia. Bawak dia balik rumah kita” Zaidi, anaknya yang sulung hanya mengangguk. Dia juga ingin meninggalkan tempat itu segera. Tidak mahu melihat mayat itu lama-lama.

“Nadia, ikut acik ya” Salmah berkata lagi. Anak kecil itu hanya mengangguk.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2012 12:56 PM | Show all posts
oh inspektor zaidi nie ada jiran lama Nadia rupanya
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2012 01:04 PM | Show all posts
ehhehe harus cite meow neh trus mode hantarkan ke bod tiensek sana

jgn maree ye guro saje...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2012 01:05 PM | Show all posts
amboih ana suke beno yee... moh monen di umah sanun.. sian dia..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2012 01:09 PM | Show all posts
amboih ana suke beno yee... moh monen di umah sanun.. sian dia..
Bedah~Senget Post at 21-5-2012 13:05


ana xde moodlah, gen pon x masuk sana hr nie kan
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-5-2012 01:30 PM | Show all posts
ehhehe harus cite meow neh trus mode hantarkan ke bod tiensek sana

jgn maree ye guro saje.. ...
Bedah~Senget Post at 21-5-2012 13:04


Kak Bed...

Cheq jujur nak tanya soklan nih...

Bod tiensek tuh bod hapa?

Huhuhuhu....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2012 01:33 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 21-5-2012 13:35

Part 2 - Episode 59

Kisah Nadia... (Part 2)

Tidak seorang pun memberi perhatian kepada kanak-kanak itu. Sudah berkali-kali dia bertanyakan orang sekeliling. Kenapa ibunya di masukkan ke dalam tanah? Kenapa ibunya di buang begitu saja? Kenapa ibunya di tanam? Tapi tiada siapa yang menjawab. Dia mula menjadi marah dan sedih.

“Emak…emak…” Nadia menangis memanggil ibunya.

“Nadia… sayang” Salmah mengusap perlahan-lahan rambut Nadia. Sesekali mengesat air matanya.

“Acik… kenapa orang buang mak?” Teresak-esak Nadia bertanya.

“Nadia… emak Nadia dah tak ada. Dah pergi…”

“Emak pergi mana? Kenapa emak tinggalkan Nadia sorang-sorang?”

“Emak Nadia pergi jumpa Tuhan, sayang”

“Jumpa Tuhan? Kalau macam tu, Nadia pun nak ikut emak jumpa Tuhan” Salmah memeluk anak itu erat.

“Nadia tak boleh ikut emak. Tuhan tak panggil lagi”

“Kena tunggu Tuhan panggil baru boleh ya, acik?”

“Iya.. bila Tuhan dah panggil, baru Nadia boleh ikut mak” Nadia terangguk-annguk. Dalam kepalanya cuma berfikir, dia akan menunggu panggilan Tuhan supaya dapat menuruti ibunya nanti. Salmah menarik nafas.

Juriah meninggal dalam tahanan sebelum sempat di bicarakan. Selain kecederaan dalaman yang teruk, mungkin dari segi mentalnya, dia tidak mampu bertahan lagi menanggung derita.

Bacaan talkin sudah habis di baca. Sedikit demi sedikit, mereka yang datang ke kubur Juriah mula meninggalkan tempat itu. Tidak ramai yang datang. Mungkin mereka jijik untuk melaksanakan Fardhu Kifayah kepada seseorang yang di panggil pembunuh.

Ya, gelaran itu sudah lekat pada arwah Juriah. Juriah membunuh suaminya. Juriah menikam Razali sampai mati. Juriah kejam! Juriah Pembunuh! Tapi ramai pula yang tidak mengambil kisah bila Juriah di dera secara mental dan fizikal oleh Razali hampir setiap hari. Malah, tiada siapa yang mahu mengambil tahu bila Nadia, anak mereka juga di dera malah di rogol oleh Razali. Keadaan akan lebih teruk bila Razali di kuasai oleh air kencing syaitan dan najis dadah.

Sudah berkali-kali Salmah menasihati Juriah. Tidak tahu apa yang di fikirkan Juriah sampai sanggup bertahan hingga begitu. Jangan kata membuat laporan polis, hendak meninggalkan rumah pun Juriah tidak mahu. Hidup Juriah anak beranak seperti kais pagi makan pagi, kais petang makan petang. Kadang-kadang, Salmah yang memberi makanan agar kedua beranak itu dapat mengalas perut. Nadia juga tidak pernah bersekolah walaupun sudah berumur sembilan tahun.

“Acik…acik” Nadia memanggil.

“Ya sayang?”

“Kenapa semua orang tinggalkan emak?” Salmah memandang sekeliling. Hanya dia, Nadia,  suaminya dan ketiga-tiga orang anaknya yang masih menunggu di situ.

“Oh..semua pun nak balik rumah”

“Habis tu, emak tinggal sorang-sorang?”

“Tak…sayang… Tuhan ada. Tuhan jaga emak”

“Oh…” Anak kecil itu terangguk-angguk.

“Boleh Nadia tinggal dengan emak kat sini?”

“Tak boleh sayang. Nadia kena balik” Nadia terangguk-angguk lagi.

“Mak.. nanti bila Tuhan panggil, Nadia ikut emak ya?” Nadia berkata sambil memandang kubur arwah Juriah. Salmah memeluk erat anak kecil itu. Air matanya tumpah lagi.

“Jom sayang” Salmah mengajak. Nadia menoleh sekali lagi ke kubur arwah ibunya buat kali terakhir, sebelum menuruti langkah Salmah dan keluarganya untuk pulang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2012 02:13 PM | Show all posts
huhuh.. tersentoh ati iolss

baideiweii bod tiensek tu ialah bod TNSE meow sayam

kalo meow blom tawen jgn masok sana hoke... em em tamo tamo ..
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2012 02:42 PM | Show all posts
sedih la pulak
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2012 12:31 AM | Show all posts
just pass by ~~~~
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2012 01:15 AM | Show all posts
gitu citernya....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2012 09:46 AM | Show all posts
Part 2 - Episode 60

Kisah Nadia (Part 3)

Nadia terhendap-hendap di tepi dinding, melihat Salmah dan suaminya sedang berbual. Tinggal dengan Salmah tidaklah sesenang yang di sangka. Salmah juga mempunyai tiga orang anak, dua lelaki dan seorang perempuan. Tapi, anak-anak Salmah tidak menyukai dirinya. Agak selalu juga dia di ejek-ejek dan di ajak bergaduh. Walaupun Salmah dan ada kalanya Ishak memarahi anak-anak mereka, tapi itu langsung tidak meninggalkan bekas.

Budak gila!

Emak kau bunuh bapak kau!

Anak pembunuh!

Itu yang sering di ulang-ulang oleh anak-anak Salmah, Zaidi, Zahari dan Anisah. Ikutkan hati, mahu saja Nadia membuka rahsia, memberitahu yang ibunya tidak bersalah. Bukan emak yang buat ayah, tapi dia. Namun setiap kali dia cuba, setiap kali itu juga kata-kata Juriah terngiang-ngiang di telinganya.   

Anak-anak Salmah mengatakan dia budak pelik dan tidak mahu berkawan dengannya. Oleh itu, dia selalu bersendirian, merayau-rayau seluruh kampung. Bila dia penat dan lapar, baru dia pulang ke rumah Salmah.

Dia mengintai lagi, mencuri dengar perbualan Salmah dan Ishak. Anak perempuan Salmah tidak ada, tidur di bilik ibu bapanya. Anisah langsung tidak mahu tidur sebilik dengannya. Anisah kata, dia selalu bercakap seorang diri. Kadang-kadang, bercakap ketika tidur. Anisah takut.

“Kita tak mampu Salmah” Dia memasang telinga.

“Gaji abang cukup-cukup untuk kita anak-beranak aje. Mana abang mampu nak tanggung lagi seorang”

“Tapi bang, takkan kita nak biar Nadia tu macam tu je. Dia mana ada mak bapak lagi…” Salmah seperti meminta simpati.

“Abang faham Mah. Tapi nak buat macam mana? Abang betul-betul tak mampu” Salmah menarik nafas.

“Lagipun….” Ishak tidak meneruskan kata-kata.

“Lagipun apa?” Ishak menarik nafas.

“Nadia tu macam pelik. Ada orang bagitau abang, dia selalu bercakap sorang-sorang”

“Abang percaya cakap orang kampung ni? Entah-entah, saja nak buat cerita” Salmah cuba membela.

“Kalau seorang dua, mungkin abang tak percaya. Tapi kalau dah ramai yang bercakap, mungkin ada betulnya” Salmah menggelengkan kepala.

“Anak-anak pun cakap benda yang sama. Awak tengok Anisah, langsung tak mahu tidur sebilik dengan budak tu. Ada sekali tu, Zaidi cakap, dia nampak Nadia pijak anak kucing sampai mati” Salmah mengeluh.

“Habis, kita nak buat apa?” Ishak terfikir-fikir.

“Kita hantar dia ke rumah anak yatim” Ishak memberi keputusan.

“Tapi bang, Mah tak sampai hati”

“Mah ada cara lain?” Salmah menggeleng, lalu mengeluh lagi.
Nadia yang dari tadi mencuri dengar, segera masuk ke bilik. Dia terasa di sisihkan.

Pak Ishak jahat!   

Dia mula menangis.

“Shhh…jangan nangis” Dia menoleh.

“Emak!” Dia teresak-esak.

“Emak pergi mana? Acik Salmah kata, emak jumpa Tuhan”

“Jangan nangis sayang” Ibunya tak menjawab.

“Emak… adik nak ikut emak. Semua orang tak suka adik” Dia mengadu.

“Adik sabar ya…Jangan nangis. Kalau adik tak nangis, baru boleh ikut emak”

“Betul?”

“Betul” Dia mengesat air matanya dengan belakang tangan. Dia takut kalau dia menangis, ibunya akan pergi.

“Adik tidur dulu ya”

“Adik nak tidur dengan mak” Dia merayu.

“Emak ada kat sini sayang. Adik tidur ya…”

“Emak jangan pergi lagi”

“Tak… mak tak pergi. Tidur”

Dia tersenyum. Matanya di pejamkan lalu akhirnya dia terlena di riba ibunya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2012 09:51 AM | Show all posts
baideiweii bod tiensek tu ialah bod TNSE meow sayam

kalo meo ...
Bedah~Senget Post at 21-5-2012 14:13


Okeh... pahammmm.....
Reply

Use magic Report

Post time 22-5-2012 05:12 PM | Show all posts
Nicki... next......... tak sabo nak tunggu sambungan ni..pe jd kat Lea ngan Kudin...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2012 08:42 PM | Show all posts
Part 2 - Episode 61

Kisah Nadia (Part 4)

Rumah Anak Yatim Sinar Cahaya

Sudah dua bulan dia tinggal di sini. Salmah kata ini rumahnya sekarang. Dia juga sudah mula bersekolah. Agak seronok juga, banyak belajar perkara baru. Belajar membaca, melukis, mengaji. Hidupnya mula terisi dengan banyak perkara. Sedikit demi sedikit, dia mula melupakan kisah pahitnya.

“Awak” Nadia menoleh.

“Awak cakap dengan siapa?” Nadia menoleh ke kiri, sudah hilang. Dia akhirnya mengangkat bahu dan kembali memandang kanak-kanak yang bertanya itu.

“Kenapa awak duduk sorang-sorang?” Nadia tidak menjawab. Mulutnya muncung memandang kanak-kanak lelaki yang menegurnya.

“Awak nak gula-gula?” Sebiji gula-gula putih di hulurkan. Terdapat gambar arnab di pembalut gula-gula itu.

“Nah” Gula-gula di ambil.

“Nama kita Razif” Tanpa di tanya, budak itu memperkenalkan diri.

“Nama kita Nadia”

“Oooooo” Panjang bunyi O dari Razif.

“Awak duduk situ eh?” Razif berkata sambil menunjukkan bangunan asrama kanak-kanak perempuan. Nadia mengangguk.

“Kita duduk sana” Razif menunjukkan pula bangunan asrama lelaki.

“Kenapa awak tinggal kat sini? Emak awak pun dah mati ke?”

“Emak kita tak matilah. Emak pergi jumpa Tuhan"

“Kalau tak mati, kenapa awak duduk sini?”

“Acik Salmah suruh"

“Tipulah”

“Iya. Acik Salmah cakap”

“Acik Salmah tu siapa?” Nadia mengangkat bahu. Tak tahu hendak menerangkan kepada Razif siapa Acik Salmah kepadanya. Razif terangguk-angguk.

“Emak kita dah mati. Sebab itu kita duduk sini” Razif berkata selamba, seperti sudah seringkali di ucapkan.  Nadia diam.

“Awak... kita kawan boleh?” Razif bertanya lagi.

“Boleh” Nadia menjawab.

“Nah” Sebiji lagi gula-gula di hulurkan kepada Nadia.

“Terima kasih” Nadia tersenyum.


*************************************************************************
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-5-2012 08:52 PM | Show all posts
Razif menuju ke arah Nadia yang sedang menunggu di bawah pokok ketapang di tepi padang bola. Memang di situlah mereka selalu berjumpa dan berbual. Tapi selepas hari ini, mungkin agak susah untuk mereka berjumpa lagi. Razif sudah mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran, manakala Nadia pula, masih belum bernasib baik.

“Awak” Razif memanggil. Tapi Nadia hanya mendiamkan diri.

“Awak janganlah sedih” Razif cuba memujuk. Sejak dia memberitahu Nadia yang dia mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran, Nadia seperti tidak mahu bercakap dengannya.

“Awak nak pergi jauh. Tinggalkan kita sorang-sorang” Nadia berkata perlahan.

“Kitakan boleh tulis surat. Takpun, kita boleh email” Razif berkata lagi.

“Email tu apa?”

“Ala… email tu macam tulis surat jugak. Tapi guna komputer, guna internet. Tak payah pakai stem dah”

“Oh…”

“Awak janji takkan lupa kat kita?” Nadia pula bertanya.

“Saya janji awak” Razif berkata lagi. Menatap wajah Nadia dalam-dalam. Mereka sudah kenal lama. Sama-sama membesar di rumah Anak Yatim Sinar Cahaya. Dalam diam, Razif menyukai Nadia. Biarpun orang lain kata Nadia pelik, tapi Razif tidak peduli. Dia tetap suka berkawan dengan gadis itu.

“Awak, kita sayang awak” Perlahan Razif menuturkan kata-kata itu.

“Kita pun sayang awak” Nadia membalas. Matanya mula berkaca.

“Awak jangan sedih ya. Nanti kita tulis surat, kita email” Razif berkata lagi.

“Awak janganlah nangis” Razif mengesat air mata Nadia yang mula menitis.     

“Awak janji tak lupa kita?” Nadia bertanya lagi, mengharapkan Razif benar-benar mengotakan janjinya. Hanya Razif yang suka berkawan dengannya, yang suka berbual dengannya. Hanya Razif sahaja yang tak menganggap dia pelik.

“Kita janji”

Entah mana datang keberaniannya, Razif menggenggam tangan Nadia. Nadia hanya tunduk. Perlahan-lahan dagu Nadia di angkat. Perlahan-lahan juga, bibirnya mendarat di atas bibir Nadia.
******************************************************************************
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2012 09:12 PM | Show all posts
“Emak…” Nadia menangis.

“Ya sayang…”

“Razif tipu adik. Dia kata nak tulis surat, nak email. Tapi dia tak buat pun” Nadia mengadu.

“Adik sabarlah ya…”

“Tapi, adik rindu Razif”

“Adik...adik tak boleh percaya pada lelaki. Semua lelaki dalam dunia ni tak guna. Semua penipu”

“Tapi Razif dah janji”

“Janji lelaki tak boleh pakai” Dia menangis teresak-esak.

“Dengar sini! Lelaki semua penipu. Semua sama macam bapak kau”

“Tapi Razif baik. Dia je yang suka berkawan dengan adik”

“Kau jangan jadi bodohlah! Mana ada lelaki nak kan kau?”

“Tapi….”

“Kau tak ingat apa bapak kau dah buat dulu?”

“Tapi mak..”

“Sekarang, jantan tu pun dah tinggalkan kau. Yang kau bodoh sangat ni kenapa?

“Emak..”

“Emak kau dah matilah!” Dia mengangkat muka.

“Kau siapa? Mana mak aku?” Soalannya hanya di balas dengan ketawa.

“Mak kau dah tak ada. Dah mati! MATI!”

“Aku nak mak aku…”

Tiada jawapan. Hanya ketawa berdekah kedengaran di telinganya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-5-2012 10:31 PM | Show all posts
Post Last Edit by Nicki_Meow at 30-5-2012 08:56

Part 2 - Episode 62

I want to see you

Emalin membaca lagi sms itu, walau tidak di balas. Tiba-tiba hatinya di serang rasa gelisah dan serba salah. Kenapa lelaki itu mahu berjumpa? Untuk menyakitkan hatinya lagi?

Namun, jauh di sudut hati, dia memang mahu berjumpa dengan Faiz. Tapi akal warasnya mengatakan yang itu akan hanya mengundang duka. Emalin mengeluh. Tiba-tiba telefon pejabat di atas mejanya berdering.

“Cik Emalin” Suara Laila, si penyambut tetamu kedengaran.

“Yes?”

“Ada orang nak jumpa dengan Cik Emalin”

“Siapa?” Walaupun dapat mengagak, Emalin masih mahukan kepastian.

“Encik Faiz” Emalin menarik nafas.

“Boleh saya suruh dia masuk?” Laila bersuara lagi.

“Um.. ya. Suruh dia masuk” Akhirnya Emalin memberi keputusan.

“Hi Lin” Beberapa minit kemudian, Faiz sudah muncul di depan pintu bilik pejabatnya.

“Hi” Emalin menjawab, agak resah. Mereka terdiam.

“Boleh I duduk?” Faiz bertanya.

“Err… duduklah” Faiz menghadiahkan senyuman lalu duduk di hadapan Emalin.

“Adalea.. apa khabar?”   

“She’s fine. Getting better. Sekarang ni rehat ajelah kat rumah”

“You stay kat mana sekarang?”

“With my in laws. Lepas Lea dah betul-betul sembuh nanti, baru pindah rumah lain”

“Oh…okay” Mereka terdiam.

Emalin menarik nafas. Dalam diam, dia terasa menyesal dengan perbuatannya yang boleh di kategorikan sebagai pendek akal. Dua kali dia cuba membunuh diri, hanya semata-mata mahu menarik perhatian Faiz kepadanya. Tapi, antara cubaan membunuh diri dan cuba di bunuh, sudah pastinya cuba di bunuh kedengaran lebih ngeri. Dan saat ini, Emalin rasa bersyukur yang nyawanya masih panjang.  

“Lin…”

“Yes?”

“How are you?” Faiz bertanya lagi.

“I’m fine Faiz, thanks for asking” Emalin menjawab, agak tersentuh dengan pertanyaan Faiz.

“You datang jumpa I, kenapa?” Emalin pula bertanya.

“I nak minta maaf”

“Sebab?”  

“I… tak patut marah you, maki hamun you, cakap bukan-bukan pada you dulu” Emalin diam, tidak menjawab.

“And...I’m sorry for hurting your feelings, for making your life a mess…for not loving you the way you want it to be” Emalin menarik nafas.

“Lin…I want you to promise something… and I really mean it”

“What?” Emalin mengerutkan kening.

“Promise me that you will be strong. Promise me that you will move on and promise me that you tak akan buat benda-benda bodoh lagi”

“Faiz… I…”

“Ingat pada family you, pada papa, pada mama. And the most important….”

“Ingat pada Tuhan, Lin” Emalin menarik nafas lagi, matanya mula berkaca.

“I will try Faiz, but life won’t be the same without you” Faiz hanya tersenyum hambar mendengar jawapan Emalin.

“Lin, you cantik, educated and you have a successful career. I’m sure there will be somebody for you, somebody much, much better than I am”

“Entahlah…”

“You tak boleh terus hidup macam ni. Cubalah buka hati you untuk orang lain" Emalin masih mendiamkan diri. Dia menarik nafas beberapa kali, cuba menahan tangisan.

“Faiz…boleh tak I nak tanya you satu soalan?”

“Tanyalah”

“Kalau Adalea tak muncul dalam hidup you, adakah you akan kahwin dengan I?” Faiz menarik nafas.

“Allah yang tentukan semua tu”

“But… will you?” Kening Faiz berkerut.

“Kalau I tak jumpa Adalea, mungkin I akan pilih you”

“Maknanya, you memang pernah cintakan I?” Faiz senyum.

“I harap, satu hari nanti, you akan jumpa seseorang yang betul-betul sayangkan you. Seseorang yang akan cintakan you sepenuh hati” Emalin diam.

“Well, I rasa I dah luahkan apa yang I nak beritahu you. Sekali lagi, I minta maaf”

“Faiz…”

“Ya”

“I pun nak minta maaf. Pada you, pada Adalea. She's lucky to have you"

"No Lin. I'm lucky to have her" Emalin tersenyum hambar.

“Lin, tolong bagi ni pada mama you” Faiz menghulurkan satu sampul surat kepada Emalin.

“Apa ni?” Emalin bertanya tapi Faiz hanya tersenyum lagi, tidak menjawab soalan.

“Please take a good care of your self, alright?” Faiz berkata seraya bangun dari kerusi. Emalin senyum lalu mengangguk.

“I balik dulu. Send my regards to aunty and uncle"

"Send my regards to Adalea" Faiz mengangguk dan tersenyum

"Assalamualaikum”

“Waalaikummusalam” Faiz mula berjalan keluar.

Apabila Faiz hilang dari pandangan, Emalin membuka sampul surat yang telah di hulurkan oleh Faiz.

Duit? Kening Emalin berkerut lagi.

Terdapat sekeping lagi sampul surat kecil berwarna biru, di mana namanya tertulis di atasnya. Sampul surat itu di buka, terdapat nota kecil bertulisan tangan.

Emalin,

Andainya hati ini dapat ku bahagi, nescaya separuh itu adalah milikmu
Tapi aku tak mampu
Maafkan aku


Emalin memejamkan mata. Air matanya jatuh perlahan-lahan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-5-2012 09:29 AM | Show all posts
Salam...

Tinggal lagi tiga episode. Kalau sempat... cheq habiskan hari ni.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

29-12-2024 04:41 AM GMT+8 , Processed in 0.062073 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list