CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: CARI-MRO

Arwah Zara Qairina pernah mengadu diugut Kak M, nak ‘touch’ sampai berdarah

[Copy link]
Post time 14-8-2025 08:37 AM From the mobile phone | Show all posts
mamaneesa replied at 14-8-2025 08:31 AM
pukul sis

Iols dgr ada pengkid sorang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2025 08:43 AM | Show all posts
Kasus yang miris sekali, semoga ada keadilan buat korban
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2025 08:43 AM | Show all posts
fattymah replied at 14-8-2025 08:37 AM
Iols dgr ada pengkid sorang

ye, tp utk term di asrama ni touch tu pukul. term lain yg selalu guna di asrama, escape utk ponteng, fly utk keluar asrama curi2...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2025 08:58 AM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 13-8-2025 08:55 PM
Tapi fitnah tu dah buat some piple behaved like monyet.

Tatau ni kereta sapa. Sebab yang post aca ...

Allahuakbar. kita ni cgu kecik . bkn pentdbir
elaun warden $240 je.. ini ke dapatnya.. diconteng² kereta sebegitu rupa.
jd lah manusia yg bertamaddun
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2025 09:15 AM From the mobile phone | Show all posts
mamaneesa replied at 14-8-2025 08:43 AM
ye, tp utk term di asrama ni touch tu pukul. term lain yg selalu guna di asrama, escape utk ponten ...

Ok tq atas pencerahan..iols dah tak perlu pikir bukan² dah
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2025 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Incanto replied at 13-8-2025 10:36 PM
tapi result post mortem tak di ketahui lagi

Doc forensik kata mungkin ambil masa 2 minggu

Eh,surat kabo msia x de pun ckp 20-30 injury. Sah ke ni. Tiba dah tau mcm keputusan penuh lak
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-8-2025 09:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Kes ni mesti takkan ada yg berpuas hati. Nnti kalau keputusan siasatan keluar pun akan ada mcm² tomahan sbb org bukan nk cari kebenaran tp lebih kepada nak cari kesalahan.  Nnti akan terus ada yg buat assumptions and speculation
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2025 10:09 AM From the mobile phone | Show all posts
mamaneesa replied at 14-8-2025 07:54 AM
x habis2 nak ckp pasal cover up...jsj sendiri yg dh siasat dan bgtau memang kematian sbb jatuh masih ...

Netizen dah sampai tahap fanatik dan terpaling tahu. Diorang nak semuanya ikut naratif diorang. Sebarang info yang diorang rasa tak sesuai atau bercanggah dengan naratif diorang semuanya dipertikaikan dan dibantah. Lama-lama dah jadi muak nak ikut kes ni walaupun sangat simpati dengan arwah adik Zara. Semoga keadilan untuk kes ni namun netizen sepatutnya perlu kawal emosi dan jangan bersikap seperti IQ below par.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2025 10:59 AM | Show all posts
shy79 replied at 12-8-2025 08:30 PM
aku rasa yg paling tak cerdik teori mesin basuh..
yg buat live tu dh la cikgu..
memalukan golongan ...

yee.. sangat lah setuju. cara dia buat live mcm dia ada kat situ.. memalukan sebagai seorang cikgu, bawak fitnah mcm ni. dia la kan yang kena tahan kan?
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2025 11:04 AM | Show all posts
fahima80 replied at 14-8-2025 10:09 AM
Netizen dah sampai tahap fanatik dan terpaling tahu. Diorang nak semuanya ikut naratif diorang. Se ...

kann...ko ambikla team csi fbi dari us tu sekali pun, kalau still kptsn siasatan x ikut mcm naratif yg netizen nak, tetapla akan dituduh dh kena beli, korup, nak cover vvip, bla bla bla...mmg buat org meluat la. cuba la berlapang dada, percaya setiap yg berlaku ada hikmah yg Allah nak tnjk pada semua...jsj x tolak pun kemungkinan dibuli tu, and dorg mmg tgh siasat pasal buli tu...so hormat jela proses siasatan yg tgh dijalankan tu, ckup2 la nak tnjk terpaling tau tu...
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2025 11:56 AM | Show all posts
Edited by Incanto at 14-8-2025 11:58 AM
terma2nkondisi2 replied at 13-8-2025 11:03 PM
wartawan paper tu memantau pergerakan peguam yg mewakili keluarga adik zara.. masa kat hospital itu ...

mcm tak logik pula

peguam keluarga tu kata dia tunggu dlm bilik post mortem dari start sampai habis 8 jam

kalau dia keluar 20- 30 kali , jalan ke bilik menunggu mak zara kemudian balik , maknanya dia tak berada dlm bilik post mortem sepanjang masa

kalau tgk CSI selalu nya kalau mayat kena tusukan pisau atau tembakan , forensik akan kira berapa kali tembakan atau tanda tikaman

kalau terjatuh mcm mana kira berapa kecederaan?

wartawan mana lah yg memandai
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2025 12:12 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by Abahmung at 14-8-2025 12:17 PM

Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ
13 Ogos 2025 06:07pm

Semakan polis mendapati ibu Zara Qairina menandatangani dokumen hospital ‘Akuan Enggan Bedah Siasat Mayat Atas Kemahuan Sendiri’ yang turut disahkan oleh doktor patologi dan pegawai penyiasat terbabit pada peringkat awal.



KUALA LUMPUR - Semakan polis mendapati ibu Allahyarham Zara Qairina Mahathir menandatangani dokumen hospital ‘Akuan Enggan Bedah Siasat Mayat Atas Kemahuan Sendiri’ yang turut disahkan oleh doktor patologi dan pegawai penyiasat terbabit pada peringkat awal.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk M Kumar S Muthuvelu, walaupun ada permohonan keluarga untuk tidak menjalankan bedah siasat, undang-undang memberi kuasa kepada pegawai penyiasat untuk memohon prosedur itu sekiranya terdapat keraguan terhadap punca kematian.

"Selepas perbincangan bersama agensi berkaitan pada 10 Ogos lalu, bedah siasat dijalankan atas permintaan polis, disertai tiga doktor dari Hospital Serdang dan Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu.

“Dapatan bedah siasat kedua adalah selari dengan diagnosis awal, iaitu kecederaan otak teruk akibat kekurangan oksigen dan aliran darah ke otak berpunca daripada jatuh,” katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman di sini pada Rabu.



M Kumar berkata, semua dapatan bedah siasat dijelaskan kepada keluarga mangsa secara telus dan difahami bahawa prosedur ini sepatutnya dilakukan sebaik sahaja kematian berlaku bagi memastikan bukti forensik tidak terjejas.

"Kita sedang meneliti tindakan tegas terhadap pegawai penyiasat dan pegawai penyelia yang gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) termasuk kemungkinan penggantungan tugas, namun masih diperingkat siasatan.


“Setiap kematian yang menimbulkan syak wasangka wajib melalui proses bedah siasat. Pegawai penyiasat perlu menasihati keluarga dan memastikan prosedur itu dijalankan bagi menentukan punca sebenar kematian,” katanya.

Kumar memaklumkan, siasatan kini berjalan dalam dua hala tuju, iaitu permohonan inkues kepada koroner dan siasatan jenayah termasuk elemen buli, selari dengan Seksyen 507(2) Kanun Keseksaan.

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2025 01:08 PM From the mobile phone | Show all posts
Abahmung replied at 14-8-2025 12:12 PM
Ibu Zara Qairina tanda tangan dokumen tidak bedah siasat - Pengarah JSJ
13 Ogos 2025 06:07pm


Dalam kes yang meragukan, polis tak boleh ikut persetujuan waris untuk tak perlu mengadakan bedah siasat.

Bedah siasat diperlukan untuk dua perkara:

1) Mengenalpasti punca kematian

2) Memperolehi bukti forensik pada badan mangsa

Punca kematian dan bukti forensik adalah elemen penting yang perlu dikemukakan di mahkamah.

+ + +

Katakan polis membuta-tuli mengikut arahan waris supaya bedah siasat tidak dilakukan. What if waris itu sendiri yang sebenarnya membunuh mangsa?

Contohnya, waris humban anak daripada tingkat tinggi. Waris kata anak jatuh. Doktor di hospital dan polis buta-buta terima cerita waris. Selamat la penjenayah daripada kena dakwa.

Dalam kes jatuh. Kalau kita tak buat siasatan forensik macam mana kita nak pastikan ... jatuh itu bukannya kerana orang lain?

Mungkin ada pergelutan sebelum jatuh. DNA suspek ada pada kuku mangsa. Mungkin rambut suspek ada pada badan mangsa.

Mungkin mangsa diberi dadah atau arak. Kemudian mangsa dihumban. Tapi kita tak buat ujian kimia.

Macam mana pula dengan kes apabila mangsa dijerut dengan tali? Dan tali yang sama digunakan untuk tunjukkan mangsa gantung diri sendiri.

Macam mana pula mangsa dijatuhkan ditempat lain. Atau kepala mangsa dihentak dengan objek tumpul. Tapi mangsa diletakkan di bawah bangunan tinggi untuk menunjukkan mangsa yang terjun sendiri.

+ + +

Even dalam kes buli. Kalau kita buli orang, dan orang itu bunuh diri ... sudah ada akta jenayah di Malaysia untuk mendakwa jenayah seperti ini.

Sebab itu peguam keluarga mangsa mohon polis dan Pejabat Peguam guna akta buli 5072(D) ini. Kalau mangsa bunuh diri, pesalah boleh dijatuhkan hukuman penjara up to 10 years.

Masalahnya, kalau kita nak charge guna akta buli ni ... bukti forensik perlu kuat. Kalau tidak, jadi la macam kes Zayn Rayyan atau CEO Cradle. Walau didakwa di mahkamah sekali pun, akhirnya suspek dibebaskan oleh mahkamah kerana bukti yang lemah.

+ + +

Ini pentingnya untuk:

1) Mayat tidak dimandikan dan ditanam cepat-cepat. Buat dulu bedah siasat dan siasatan forensik pada mayat.

2) Pakaian mayat tidak boleh diserahkan kepada waris. Bukti akan hilang atau tercemar apabila diserahkan kepada waris.

3) Tempat kejadian juga perlu disiasat secepat mungkin sebelum bukti hilang.

Ini perkara yang polis dan hospital tak buat pada peringkat permulaan. Menyebabkan rakyat mengamuk.

Adakah sebab yang mati ni anak orang kampung ... jadi siasatan dibuat secara cincai?

Cucu Mahathir hilang barang kemas, cepat pula bertindak. Anak Rafizi kena serang, langsung minta penjelasan Menteri Dalam Negeri di Parlimen.

Kenapa wujud double standard seperti ini? Rakyat bukan bodoh. Rakyat bukan buta.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2025 01:48 PM From the mobile phone | Show all posts
Orion replied at 13-8-2025 11:06 PM
Aku mmg tak caya bila tgk kt fb konon2  "laporan perubatan" kecederaan arwah yg disebarkan oleh wari ...

Kalau lemas dlm mesin basuh bukan ke patutnya peparu tu ada air bukannya kepala lembik berair.
Mati lemas sbb air dan asap kebakaran ni boleh dilihat pada peparu
Kalau mati dlm air tp takde air dlm peparu bermakna mati dulu baru diletakkan dlm air.
Sama juga kalau mati dlm kebakaran tapi peparu takde kesan asap makna dh mati dulu oleh sbb lain.
Btw tak penah dengar istilah kepala lembik berair
Biasa di sebut kepala bengkak ada lebihan cecair.
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2025 02:37 PM From the mobile phone | Show all posts
zehra2 replied at 14-8-2025 12:58 AM
Allahuakbar. kita ni cgu kecik . bkn pentdbir
elaun warden $240 je.. ini ke dapatnya.. diconteng² ...

Meols paling kesian warden la. Habis kena kecam. Makan gaji buta. Tengok Netflix. Buat apa masa kejadian, tak round asrama ka? Etc. Pastu ketua warden (sebab pelapor awal kejadian ni, nama cikgu lelaki - sah2 ketua warden) la pulak kena tanggung sampai kena pindah sementara @ gantung tugas di JPN. Bende lah. Dah kenapa dia pulak kena bertanggungjawab bila ada pelajar pompuan terjun bangunan tengah malam buta?

Meols syak around pukul 12 tengah malam to 2.30 pagi, something berlaku sebelum Zara dijumpai. Netizens nak warden bertugas keliling asrama ke masa tu? Wei kalau warden dapat tangkap masa gitu ada pelajar buat benda buruk (macam deting tengah malam buta tak takut pontianak), memang betul2 nasib je wei. Ko netizens expect warden bertunggu tangga di asrama 24 jam? Tau semua benda? Sorang warden lawan kelicikan 50 orang pelajar (sebagai contoh)?  
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2025 03:14 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by terma2nkondisi2 at 14-8-2025 08:42 PM
Incanto replied at 14-8-2025 11:56 AM
mcm tak logik pula

peguam keluarga tu kata dia tunggu dlm bilik post mortem dari start sampai habi ...

berkenaan daily express malaysia.. The Daily Express (Malaysia), specifically the website "dailyexpress.com.my", is based in the state of Sabah, Malaysia. It is also the leading English newspaper in Sabah and Labuan. The website was launched in 1997 and the print edition has been circulating since 1963.

peguam keluarga adik zara ada cakap yg dia ada keluar juga daripada bilik bedah tu utk ambil angin camtu.. tapi dia tak cakap pun berapa kali.. dia tak sebut pun 20 30 kali

so yg pasal dakwaan wartawan tu, kita ambil je pendekatan buat masa ni - mungkin ya, mungkin tidak.. tak perlu ambil berat pasal berapa kali keluar masuk bilik bedah atau berapa banyak kecederaan buat masa ni.. yg penting sekarang adalah peguam yg mewakili keluarga adik zara dah keluarkan kenyataan yg dia berpuas hati dgn post-mortem yg dilakukan hari tu

lidah2 rasmi yg layak keluarkan kenyataan rasmi berkenaan kes adik zara sekarang ni adalah pihak polis dan peguam yg mewakili keluarga adik zara.. kita ikuti je perkembangan kes ni menerusi kenyataan2 daripada dua pihak ni; polis dan lawyer famili adik zara

kalau ada kenyataan2 daripada pakcik atau makcik adik zara sekalipun, kita tak boleh ambil gitu je statement2 diorg tu.. sbb keluarga adik zara dah diwakili peguam.. kenyataan2 si peguam baru la boleh diambil sbg kenyataan rasmi keluarga zara

berbalik pasal dakwaan dan andaian wartawan daily express malaysia tu, aku pun ada baca artikel tu hari tu.. tapi bila baca yg itu merupakan andaian yg dibuat wartawan tu, so nampak la yg berita tu pada tahap tu masih belum boleh diterima sbg fakta.. ia masih di tahap andaian.. sbb tu aku tak ambil artikel berita ni utk diletakkan kat tred yg satu lagi tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-8-2025 03:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Edited by stania83 at 14-8-2025 03:43 PM

Deleted
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2025 03:47 PM | Show all posts
dua_chzy replied at 14-8-2025 02:37 PM
Meols paling kesian warden la. Habis kena kecam. Makan gaji buta. Tengok Netflix. Buat apa masa ke ...

too much. for a teacher, your comments are too much.

tp nak expect apa dari org yg ckp fadlina kepam buat kerja .

kata nak hormat siasatan kan? so pipe down. x payah nak bela sangat golongan cikgu tu
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2025 03:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Suchi replied at 14-8-2025 01:48 PM
Kalau lemas dlm mesin basuh bukan ke patutnya peparu tu ada air bukannya kepala lembik berair.
Mat ...

#GempakNews: "Kita mendapati punca kematian adalah konsisten dengan diagnosis awal bahawa punca kematian adalah disebabkan kecederaan otak traumatik yang teruk dengan ensefalopati Hypoxic-ischemic"

BACA SINI: https://gempak.com/berita-terkini/zara-qairina-alami-kecederaan-otak-teruk-101008


encephalopathy hypoxic ishemic ni
iol gugel


Hypoxic-ischemic brain injury most often results from insults such as cardiac arrest, vascular catastrophe, poisoning (such as carbon monoxide intoxication or drug overdose), or head trauma
Reply

Use magic Report

Post time 14-8-2025 04:18 PM From the mobile phone | Show all posts
dua_chzy replied at 13-8-2025 08:55 PM
Tapi fitnah tu dah buat some piple behaved like monyet.

Tatau ni kereta sapa. Sebab yang post aca ...

Justice for Zara.
Tpi dalam tak sedar diaorg pun dah jadi pembuli.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


© 1996-2026 Cari Internet Sdn Bhd (483575-W)|Hosted By IPSERVERONE|Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-2-2026 07:07 PM GMT+8 , Processed in 3.302284 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list