|
Reply 503# nashrudean
g je tgk.. lain org lain ar pndangan kn? |
|
|
|
|
|
|
|
lain org lain pandangannya. tak rugi pun. |
|
|
|
|
|
|
|
yay. good review. tp kira endingnya gembira la kan ending camtu.
yes. lepas tgk film ni, leh lak lagu mila tu terngiang-ngiang kat telinga aku ni. ades.
yes. mmg lukisan tu Tiz yg lukis. yay. |
|
|
|
|
|
|
|
lagu yang mila nyanyi tu mg best
tp lagu tanpa mu tu, sabhi tu wat slack lagu je..
baru nak feel, tetiba suara dia macam pelik.. |
|
|
|
|
|
|
|
10Bintang!!!!!********* |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 502# AyieBoyZ
ehee..tq bg review.
tp aku lagi suka kalau ko type "ak" tu as aku....my 2 cents |
|
|
|
|
|
|
|
tak best......... kecewa...
x tahu nak cakap apa...... |
|
|
|
|
|
|
|
dh tgk smalam...bg aku bek tonton dulu sebelum buat judgement
tp kalau tanya aku, aku prefer tv series, lagi sarat dengan isi..n takde ruang kosong antara satu babak ke babak..
movie pula macam ada bbrp scene yg aku rasa tak sampai maksudnya (bg aku la)..dan ade benda yg aku tend to miss sebab ade je part yg aku rase takde signifikan pun..cth macam part awal Aidil sedih sbb Alia dah mati...at first aku igt cite ni nk develop cite si Aidil n anak-anaknya sbb dia nampak sgt down after Alia mati..tapi tetiba cite pasal si Aidil hilang, timbul cite Nur Amina mengandung lak dan seterusnya...
bagi aku movie ni lambat panas sket..dah masuk separuh masa ke-2 baru aku bley grab the feeling la..But still worth to be watched..filem yg cantik, teknik flashback yg len dari yg len (sumpah memula aku igt si Afida Es tu malaikat maut..sbb asyik muncul pakai jubah hitam je)..gila keji pemikiran aku kan..hahaha...dan of coz ada valuenye tersendiri..
Rating aku 3.5/5 kot.. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply 502# AyieBoyZ
aku setuju semua ulasan ko....mmg tu yg aku nk ckp pun..cuma x terkeluar jek. Citer ni padat, nmpak suma benda nk di ceritakan dlm masa 1.45 tu...sepanjang scene adam sakit, semayang atas kerusi..semua tu btol2 buat air mata aku berjurai2.. Aku bagi 4 dr 5 bintang. Aku nk tgk lg sekali citer ni kalau ada masa...xpun aku tunggu astro first .
Aku sajes kat korang baik korang g tengok... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 512# aak
Aku rasa movie ni takkan kuar kat astro first.. sebabnya terang2 terbitan Grand Brilliance.. n kalau sapa perasan, promo movie ni pon dah highlight hanya di pawagam SAHAJA.... |
|
|
|
|
|
|
|
Aku ni jenis yang tak banyak tengok filem yang kononnya sarat dengan unsur 'keagamaan'
Bagi aku filem ni banyak flaw sebab genre yang dibawaknya.
It's not up to my expectation.
1at of all yang aku perasan, perlu ke nak berdakwah sambil pegang tafsir bagai?
Pehtu perlu ke ustaz tu sampai tak nak kasi ceramah langsung?
Tolonglah tak real langsung
Mana ada ustaz tak nak menyampai ilmu dan berdakwah dengan certain2 orang je melainkan ustaz tu sendiri sesat.
Membuatkan orang lebih percaya dengan stereotaip ustaz pilih orang nak sampai dakwah.
Nur cakap pergi club, buat maksiat salah, tapi die ngan Remi asik2 pegang perut, peluk2, bukan muhrim, totally kontra ok daripada apa yang dia lakonkan.
Aku tak boleh terima itu semua, cause confusion.
Walaupun ending agak menarik, tapi disebabkan benda2 yang aku sebutkan diatas, i've lost interest to futher watch this movie.
Cepatnye carik donor jantung kan?
Adik Tee Hui Yee tu bape lama nak tunggu dapat jantung?
Da dapat jantung pun brapa lama die betul2 boleh pulih?
Tak logik remi da pulih sepenuhnya dalam anak die tak sampai umur setaun.
Nasib baik ada Mia Sara, tiap kali ak nak lelap je, die datang.
Paling x bley blah
'Nasib baik sakit sikit, kalau sakit banyak da mati macam ummi da,'
Hahahahahahaha |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
Reply aak
Aku rasa movie ni takkan kuar kat astro first.. sebabnya terang2 terbitan Grand Br ...
juddazura Post at 20-5-2011 10:01
ala...rasenya trick GB je utk tarik org ke panggung.
mcm HMM, KRU kata x de plan nk tyg kt astro 1st...
tapi last2 ade gak... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 509# LiliSam
ok. dh edit. huhu.. sori. |
|
|
|
|
|
|
|
Weekend ni nak bg bini aku nengok, anak2 takper bior aku jaga...wawawawa..pastu abg nak layan wayang plak....kuikui |
|
|
|
|
|
|
|
Reply 517# mat_tempe
elok tgk ngan wife citer2 camni...ni ttg hubungan cinta dan kasih sayang antara suami isteri... |
|
|
|
|
|
|
|
Post Last Edit by cikieda at 20-5-2011 13:36
Ini hubungan profesional
BERULANGKAH fenomena Nur Kasih? Inilah pertanyaan yang bermain di fikiran ramai mengenai nasib filem Nur Kasih The Movie (NKTM) yang mula menemui penonton di seluruh negara semalam.
Sebelum ini, drama bersiri Nur Kasih mencipta sejarah apabila ditonton 19 juta orang.
Pengumuman mengenai drama ini yang dipanjangkan dalam bentuk filem disambut dengan perasaan gembira oleh penggemar setianya kerana agak kecewa dengan penamat drama yang menimbulkan banyak persoalan dan dibiarkan tergantung.
Dorongan ini menyuntik semangat buat pengarahnya, Kabir Bhatia dan isteri, Mira Mustafa bekerja keras menghasilkan NKTM.
Akhirnya, penantian peminat yang tidak sabar melihat kesudahan hubungan Nur Amina lakonan Tiz Zaqyah, Adam (Remy Ishak) dan Aidil (Fizz Fairuz) terlaksana apabila NKTM ditayangkan di 70 pawagam seluruh negara termasuk Singapura dan Brunei.
Kabir dan Mira sudah mengotakan janji menghasilkan filem yang sarat dengan warna-warni kehidupan.
Jika rantaian Nur Kasih berkisarkan tiga watak ini, acuan serupa turut dikekalkan dalam filem terbitan bersama Primeworks Studios, Film Scape Sdn Bhd dan Juita Viden Sdn Bhd kerana inilah yang peminat mahukan.
Gabungan berkenaan yang menimbulkan kesan dramatik terhadap penonton sehingga spontan membuatkan mereka mengalirkan air mata tanpa dipaksa.
Komen diberikan media yang berkesempatan menonton sesi prebiu NKTM ada pro dan kontra.
Di sebalik pujian yang diberikan, ada yang melihat beberapa kelemahan boleh diperbaiki bagi memantapkan lagi filem ini. Namun, semuanya tidak menjadi kudis buat peminat kerana dikhabarkan tayangan di seluruh negara semalam mendapat sambutan hebat.
Malah, awal-awal lagi pencinta Nur Kasih sudah membuat tempahan tiket bagi memastikan menjadi individu terawal menonton NKTM.
Turut berbuat demikian ialah kelompok peminat setia pelakon NKTM yang menubuhkan Kelab Peminat Tiz Zaqyah Razak (TZR FC) dan Kelab Peminat Remy Ishak (RIFC) serta Kelab Peminat Fizz Fairuz yang mengadakan sesi tontonan beramai-ramai awal pagi semalam.
Remy dan Tiz yang hadir ke Balai Berita untuk sesi promosi NKTM mengakui sudah melakukan yang terbaik.
Kini segala keputusan diserahkan kepada peminat bagi menentukannya.
“Alhamdulillah, syukur jika betul NKTM dapat sambutan peminat pada hari pertama.
“Sebenarnya kami ikhlas berlakon apabila Nur Kasih diterbitkan dalam bentuk filem. Kutipannya bukanlah menjadi isu sangat kerana yang penting kami dapat mengubati kerinduan peminat setia drama ini.
“Secara jujur, saya mengakui sangat puas hati dengan skrip cerita ini dan pelbagai aspek di dalamnya.
“Tak dinafikan perasaan saya berdebar-debar sebelum ini menunggu tarikh tayangan. Tambahan pula komen yang diberikan oleh media merangkumi pelbagai jenis.
“Bagaimanapun setiap orang mempunyai pendapat sendiri dalam perkara ini.
“Walaupun ada perbezaan jalan cerita dengan Nur Kasih di mana Nur Amina digambarkan tetap kukuh sebagai isteri yang taat dan sayangkan suaminya sepenuh hati.
“Cuma jika dalam drama, dia hanya berserah dengan apa yang terjadi, tetapi dalam versi filem, Nur Amina menjadi semakin matang berhadapan cabaran. Konfliknya lebih besar dan dia cuba mencari jawapan terhadap apa yang berlaku,” katanya.
Pelakon berusia 23 tahun ini mengakui begitu teruja apabila drama berkenaan difilemkan.
Namun, perasaan ini berbaur takut kerana bimbang sentuhan Nur Amina hilang dari dalam dirinya. Dalam pada itu, ada yang beranggapan popularitinya semakin pudar kerana gagal mengekalkan gelaran Pelakon TV Wanita Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010 (ABPBH 2010) yang dimenangi pada tahun sebelumnya.
“Dari segi populariti, saya masih ada peminat. Cuma mungkin saya tak bernasib baik kali ini.
“Sebenarnya kekalahan ini diterima dengan hati terbuka kerana saya banyak belajar dari watak Nur Amina bahawa kita tak boleh lawan ketentuan Allah.
“Menerusi Nur Kasih, kemenangan saya dinilai peminat yang nampak pencapaian saya. Ia adalah bonus ketika itu.
“Bagaimanapun, menang atau kalah tiada dalam kamus hidup saya kerana yang penting saya sudah diterima dalam bidang seni. Banyak perkara yang saya belajar dari skrip tulisan Mira yang bukan kosong.
“Terima kasih kepada peminat yang sentiasa beri galakan dan kepercayaan serta terima kasih juga buat bapa saya yang berpesan supaya serius dalam bidang yang diceburi,” katanya yang turut berduet dengan Yasin menyanyikan lagu tema NKTM.
Berbeza dengan Tiz, Remy berjaya mengekalkan kedudukannya sebagai Pelakon TV Lelaki Popular ABPBH 2010, buat kali kedua seperti tahun sebelumnya.
Pelakon berusia 29 tahun ini menganggap NKTM lebih menarik kerana terdapat banyak konflik di dalamnya.
Ia adalah penamat kesudahan cerita Nur Kasih yang tiada sambungannya lagi selepas ini.
“Saya rasa seronok bercampur terharu dengan kejayaan rantaian Nur Kasih dan sambutan hebat peminat. Tak susah untuk saya gilap semula watak Adam kerana karakter ini sudah ada dalam jiwa saya. Cuma dari segi kerja produksi memang berlainan kerana lebih besar. Setiap watak dalam NKTM adalah matang.
“Adam masih berdepan konflik dalam diri dalam mencari erti kehidupan yang sebenar. Elemen emosi yang dikekalkan serta beberapa adegan mencemaskan turut mewujudkan kesan dramatik NKTM.
“Saya sendiri tak sangka ada elemen aksi disuntik dalam NKTM. Saya percaya NKTM hebat dan harap penonton puas apabila menyaksikannya di pawagam.
“Mesej yang ditampilkan cukup padat iaitu kita hanya merancang, tapi Tuhan yang menentukan segala-galanya. Penonton akan dibawa melihat apakah yang terjadi dan pengalaman hidup yang ditempuhi Adam.
“Ceritanya sangat dekat dengan semua orang kerana berlaku dalam kehidupan seharian,” katanya yang begitu teruja dengan sinematografi yang ditampilkan.
Beralih keluar ke dunia realiti, gandingan dua hati ‘pasangan suami isteri’ ini bukan saja disatukan dalam Nur Kasih dan NKTM, sebaliknya hubungan mesra ini dikatakan terbawa-bawa hingga keluar filem.
Bahkan ada gosip yang mengatakan mereka sudah berani berjalan berdua-duaan di khalayak umum.
Namun ada juga yang mengatakan hubungan ini hanya sebahagian gimik promosi NKTM.
“Bagi saya itu hanyalah cakap-cakap orang untuk wujudkan cerita dan warna dalam bidang seni.
“Saya tak boleh terima gosip yang keluar melainkan ada bukti bergambar. Gosip ini bukan keluar dari kami sendiri. Sebenarnya, saya lebih suka bekerja dengan artis wanita termasuk Tiz atas dasar profesional.
“Tunggulah hingga sampai masanya. Kalau boleh, soal cinta dan peribadi saya lebih suka simpan sendiri. Namun jika ada benda baik saya akan umumkan nanti. Buat apa nak sorok benda sebegini. Sama ada kami bercinta atau tak, semua kena menonton NKTM kerana ia jawapannya sama seperti filem ini iaitu segala yang berlaku adalah kehendak Illahi,” kata Remy penuh bermakna. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
"Selagi abang masih hidup, abang akan sentiasa ada di sisi Nur" - Aidil
Kisah epik percintaan dan kehidupan tiga jiwa Nur Amina, Adam dan Aidil telah menjadi antara fenomena terbesar dunia penyiaran tempatan. Siri drama 'Nur Kasih' menjadi ikutan ramai dan telah mencatatkan sejarah tersendiri apabila 19 juta penonton telah menyaksikan kisah tersebut di kaca tv. Kini, setelah sekian lama menanti, nakhah ini akhirnya di bawa ke layar perak untuk ditamatkan.
Filem 'Nur Kisah' masih lagi mengekalkan watak-watak penting iaitu Nur Amina (Tiz Zaqyah), Adam (Remy Ishak), dan Aidili (Fizz Fairuz) sebagai tunjang utama. Nur Kasih The Movie (NKTM) menceritakan kisah yang berlaku enam tahun selepas episod terakhir drama tersebut, di mana Aidil telah kehilangan isteri Alia (Ayu Raudah) akibat kemalangan. Pasangan tersebut telah dikurniakan sepasang cahaya mata Ilyas (Ilyas Suhaimi) dan Mariam (Mia Sara). Selepas kematian isterinya, Aidil terpaksa menanggung kesepian dirinya seorang diri. Adam dan Nur Amina amat bersimpati dengan apa yang telah berlaku. Biarpun begitu, mereka berdua juga turut menghadapi dugaan-dugaan besar yang menguji kekuatan cinta mereka yang akhirnya menemui satu penamat. Apakah yang terjadi kepada Adam, Nur Amina, dan Aidil? Mampukah cinta agung Adam dan Nur Amina bertahan? Segalanya terjawab dalam filem berdurasi 94 minit ini. Saksikannya di pawagam sekarang!
Nota: Review di bawah mengandungi spoiler. Sekiranya anda ingin menonton filem ini, tonton dahulu, baru baca.
Read more: http://www.tekanplay.com/2011/05/nur-kasih-movie.html#ixzz1Ms6sm2HR |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
nape la xde selitkn sikit pasal sara adik nur yg gegedix kt aidil dulu tu? rasenye best jugak klu ade watak tu even org lain yg pegang watak tu kan? lagi satu aku agak confuse pasal bdk ppuan yg gi kelas agama tu yg kne belasah ngan boifren die tu.. ape prob die? x phm..x phm!! ade sesape leh explain x? |
|
|
|
|
|
|
|
mase shooting cite ni sara (umi nazeera) blaja kt melbourne.. so, watak die dmatikan ar..
ade org kate julia tu nk mngorat adam, sbb ayat nur last part tu 'baik2 abg'.. tp, bg ak julia tu nk explain masalah die ngan syafie naswap tu sbenanye.. syafie tu plak bg ak die xsuke kelas agame melibatkn kwn2 die tu.. ckup ar babak die tumbuk dinding mase naik tangge tu.. tu bg ak ar.. |
|
|
|
|
|
|
|
ak nk bncang ending die ar ngan korang2 yg da tgk.. mari highlightkn tulisan kite kpd putih ye pd yg nk join pbincangan nih..
so, ending die NUR AMINA nyanyuk la? hurm.. sbb ak pelik knape nk kene perkenalkan sume anak2 aidil, 'saye ilyas, saye maryam..' pstu nur pegi kt zain ruffedge n bgtau ni anak die.. nape? diorg tpisah skian lamekah? ok fine, nur nyanyuk, tp kn anak ngan mak msti r jmpe ttiap ari... pastu anak NUR name ape? SAYED? ape ayat last skali tu? arghh.. pastu rmai ckp happy ending. pelik ak. happy mnde, adam mase tue xckp ape2 last skali mati, pastu aidil ckp nk jage nur amina.. apekah? nape msti nk ending aidil ngan nur amina jgk? huhu.. itula soalan2 yg mmbuat ak ttanye2. sape2 bleh explain? |
|
|
|
|
|
|
| |
|