|
19 PANGLIMA TENTERA ADAKAN PERJUMPAAN SECARA RAHSIA DI SYDNEY
MELBOURNE, 14 Ogos (Bernama) -- Panglima Angkatan Tentera dari 19
negara, termasuk Malaysia dan Australia, mengadakan perjumpaan secara
rahsia di sebuah hotel di Sydney minggu lepas, demikian didedahkan hari
ini.
Radio ABC hari ini melaporkan perjumpaan itu, diadakan sebelum
mesyuarat pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) di Sydney bulan
depan, dirahsiakan atas alasan keselamatan.
Negara lain yang turut serta ialah Jepun, Amerika Syarikat, Indonesia
dan Thailand.
Panglima Angkatan Tentera Australia, Lt Jen Peter Leahy hari ini
berkata difikirkan adalah lebih baik untuk tidak memberikan publisiti
mengenai perjumpaan itu semasa ia sedang berlangsung.
"Kami sedar banyak perkara dibincangkan di Sydney dan kami tidak mahu
memperbesar-besarkannya," katanya kepada radio ABC.
-- LAGI
Australia-Perjumpaan 2 (Akhir) Melbourne
Lt Jen Leahy berkata beliau dan rakan sejawatan antarabangsa, antara
lain membincangkan cabaran yang dihadapi tentera pada zaman moden ini,
seperti bagaimana membuat persediaan bagi bantuan bencana, misi pengaman,
bantuan keamanan dan operasi menangani keganasan.
Beliau berkata kemungkinan angkatan tentera antara negara-negara akan
bekerjasama lebih erat dalam mendidik anggota mereka.
"Apa yang telah kami persetujui ialah bahawa kami perlu mengkaji kaedah
pendidikan dan bagaimana kami mempersiapkan anggota kami bagi menghadapi
ketidaktentuan persekitaran rumit yang bakal kami lalui.
"Dan saya fikir anda akan menyaksikan lebih banyak kerjasama antara
angkatan tentera negara-negara bagi memastikan anggota tentera kami lebih
memahami daripada segi aspek kebudayaan, bahasa dan berupaya mengharungi
persekitaran yang amat rumit ini," katanya.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Merdeka March Tentera Darat sempena sambutan kemerdekaan
|
|
|
|
|
|
|
BPR tahan cif inspektor, 6 polis narkotik Sentul
BPR tahan cif inspektor, 6 anggota polis narkotik Sentul
KUALA LUMPUR 14 Ogos |
|
|
|
|
|
|
|
[quote]Originally posted by yipun78 at 15-8-2007 08:43 AM
BPR tahan cif inspektor, 6 polis narkotik Sentul
BPR tahan cif inspektor, 6 anggota polis narkotik Sentul
KUALA LUMPUR 14 Ogos |
|
|
|
|
|
|
|
Wataniah: Tengku Abdullah tegur majikan swasta
|
|
|
|
|
|
|
Kuasa tembakan menggegar bumi Asahan
Oleh MD.ZAN SAARI
DERETAN kenderaan berperisai yang dipamerkan.
--------------------------------------------------------------------------------
揟HREE, two, one ....impact,拻 kedengaran suara juruterbang melaporkan keadaan kepada pusat kawalannya.
Serentak dengan itu, beberapa siri letupan kedengaran disusuli bebola api yang menjulang ke udara dari permukaan bumi sebelum dua jet pejuang F/A 18 Hornet Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) terbang pantas meninggalkan kawasan tersebut bagi mengelak serangan balas musuh.
Sejurus kemudian, empat pesawat Hawk angkatan itu membedil sasaran permukaan dengan melepaskan bom jatuh bebas di kawasan tersebut.
Musuh yang cuba melepaskan diri kemudiannya diserang bertalu-talu oleh artileri Tentera Darat Malaysia (TDM).
Letupan demi letupan bersilih ganti menggegarkan bumi, tembakan tanpa henti dilepaskan bagi memastikan pasukan musuh yang kini melarikan diri benar-benar dapat dilumpuhkan.
Dentuman letupan serta bebola api yang menjulang tinggi ke udara itu turut mengejutkan penduduk di sekitar Asahan, Melaka.
Apa yang berlaku sebenarnya ialah sebahagian daripada pertunjukan yang dipamerkan oleh Angkatan Tentera Malaysia (ATM) semasa demonstrasi kuasa tembakan di Lapang Sasar Asahan, Melaka baru-baru ini.
Selain TUDM yang menghantar pesawat penggempur, TDM menunjukkan hampir kesemua aset tempur miliknya dalam demonstrasi selama setengah hari itu.
Antara yang hadir menyaksikan demonstrasi berkenaan ialah Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Ja抋far Tuanku Abdul Rahman dan Panglima 3 Divisyen, Mejar Jeneral Datuk Ahmad Hasbullah Mohd. Nawawi.
Turut dijemput ialah pegawai-pegawai angkatan tentera negara sahabat seperti Perancis, New Zealand, Fiji, Filipina dan sebagainya.
Demonstrasi itu sebenarnya adalah untuk mendedahkan siswa Maktab Turus Angkatan Tentera Siri 36/2007 dengan pelbagai jenis persenjataan yang dimiliki ATM agar mereka bersedia menggunakannya dalam sebarang situasi.
Ia dimulakan dengan tembakan meriam pertahanan udara 35 milimeter (mm) ke sasaran yang telah ditentukan di Pos Pemerhati Tiga (OP3) di lapang sasar tersebut.
Terdapat sembilan sasaran kesemuanya yang akan dibedil menggunakan aset-aset ATM.
Secara tiba-tiba kemudiannya, 14 kenderaan pengangkut anggota ACV 300 Adnan memecut masuk ke kawasan lapang di hadapan pentas utama OP3.
Setiap kenderaan dilengkapi dengan persenjataan unik masing-masing seperti meriam Bushmaster 25 mm, pelancar grenad, mesingan berkembar dan sebagainya.
Seolah-olah berdepan dengan situasi sebenar, anggota-anggota yang dibawa oleh kenderaan berperisai ini kemudiannya bingkas berlari ke posisi masing-masing sejurus ia berhenti.
Kesemua kenderaan ini kemudiannya melepaskan tembakan menggunakan senjata masing-masing ke sasaran yang ditentukan.
Terdahulu, ATM meletakkan 'kenderaan-kenderaan musuh |
|
|
|
|
|
|
|
Hampir terbunuh letupan bom di Pulapol
Oleh NORHANA SALASHAR BASHARUDDIN
AKSI Abd. Halim Abd. Manan sewaktu menceritakan tentang pengalamannya ketika berkhidmat dengan Pasukan Polis Hutan.
PENGALAMAN ngeri hampir terbunuh dalam satu letupan bom di Pusat Latihan Polis (Pulapol) Jalan Semarak, Kuala Lumpur 32 tahun lalu masih segar dalam ingatan Sarjan Mejar Abd. Halim Abd. Manan.
Sebelum kejadian pukul 6 pagi itu, beliau bersama beratus-ratus rakan yang lain telah diarahkan berkumpul apabila satu letupan kuat mengejutkan mereka.
Seiringan dengan bunyi itu, keadaan yang pada mulanya sunyi sepi menjadi hingar bingar apabila beliau dan rakan-rakan yang lain bertempiaran lari menyelamatkan diri.
Pada mulanya, Abd. Halim, 56, menyangka letupan tersebut datang dari dalam kem mereka kerana ketika itu terdapat sebilangan rakan-rakannya sedang memulangkan bahan-bahan letupan selepas habis operasi.
“Bagaimanapun kami dimaklumkan bahawa letupan tersebut dibaling dari luar pagar kem itu,” katanya mengimbau kembali kejadian yang berlaku ketika bertugas dengan Pasukan Polis Hutan (PPH) pada tahun 1975.
Menurut anak kelahiran Kuala Pilah, Negeri Sembilan ini lagi, kejadian tersebut bukan sahaja mengerikan tetapi juga menyedihkan kerana dua rakannya terbunuh dalam insiden itu.
“Ramai juga rakan-rakan yang cedera parah kerana ketika letupan berlaku kami semua sedang berkumpul.
“Ada yang putus dan patah kaki kerana terkena bom itu bagaimanapun saya amat bersyukur kerana tidak tercedera,” ujarnya ketika ditemui, lima hari sebelum bersara.
Menurut Abd. Halim walaupun tempoh perkhidmatannya dalam polis berakhir, namun kejadian tersebut akan tetap terpahat dalam memorinya.
“Itu kejadian paling ngeri kerana hampir-hampir meragut nyawa saya,” katanya yang pernah bertugas dalam PPH selama 20 tahun.
Bagaimanapun kata Abd. Halim, kejadian tersebut langsung tidak melunturkan semangatnya untuk terus menabur bakti dalam pasukan Polis Diraja Malaysia kerana minat yang mendalam.
Menurut anak kepada bekas Imam Masjid Pulapol ini lagi, sepanjang 20 tahun bertugas dengan PPH, beliau sarat dengan pengalaman pahit dan manis kerana ketika itu ancaman komunis amat kuat.
“Saya dan rakan-rakan sentiasa berhadapan dengan ancaman komunis ketika bertugas kerana kebanyakan tempat yang dijaga oleh kami merupakan laluan mereka,” ujarnya.
Bernasib baik
Tambah anak kedua daripada tujuh beradik ini lagi, walaupun sentiasa mendapat ancaman daripada komunis tetapi beliau bernasib baik kerana platunnya tidak pernah diserang.
“Ada satu kejadian tembak-menembak di antara polis dan komunis berlaku di Kampung Lalang, Gerik, Perak di mana seorang terbunuh ketika itu.
“Saya dan rakan-rakan sekumpulan tidak perasan kerana ketika kejadian kami sedang membuat pertukaran batalion,” katanya.
Bagaimanapun menurut beliau, sebaik dimaklumkan mengenai kejadian itu, dia dan rakan-rakannya bergegas ke sana bagi menghantar bantuan dan membuat rondaan.
Menurut bekas Timbalan Ketua Polis Balai, Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi ini, pengalaman selama 20 tahun dalam PPH terlalu banyak untuk diceritakan dan akan dijadikan kenangan serta bahan cerita kepada anak cucunya.
“Kalau nak cerita banyak sangat kenangan terutamanya yang pahit kerana tugas sebagai anggota PPH pada zaman itu sangat mencabar.
“Kami bukan sahaja terpaksa berhadapan dengan ancaman komunis tetapi juga ribuan jerangkap samar,” ujarnya.
Kata Abd. Halim lagi, sepanjang berkhidmat dengan PPH beliau pernah ditugaskan di Kelantan, Perlis, Pahang, Thailand, Sarawak dan Sabah.
“Saya tidak boleh lupa ketika menyertai operasi di Fraser Hill, Pahang kerana ketika itu bekalan minuman yang kami bawa telah habis.
“Waktu itu memang dahaga sangat sehingga memaksa kami membuka tin ikan sardin yang dibawa dan meminum sos yang terdapat di dalamnya,” katanya.
-----------------------
Pakcik wa salah sorang anggota PPH yg jadi mangsa kejadian letupan di padang kawad pulapol ni... nasib baik masih bernyawa lagi sampai hari ni.... |
|
|
|
|
|
|
|
Tentera Darat Adakan Pameran Bagi Tujuan Promosi
KOTA BAHARU, 24 Ogos (Bernama) -- Satu pameran tentera darat yang berkonsepkan promosi diadakan bagi memberi peluang kepada orang ramai untuk mengenal dengan lebih dekat lagi keistimewaan tentera darat sempena dengan Hari Ulang Tahun Ke-50 Rejimen Artileri Diraja di sini, hari ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pendukung Askar Wataniah (JAKPAW) Negeri Kelantan, Kolonel Datuk Mohd Aiseri Alias berkata terdapat banyak peralatan utama yang dipamerkan seperti meriam dan roket yang digunakan oleh tentera pada operasi ketenteraan mereka yang jarang dipertontonkan kepada orang ramai.
"Selain itu, turut dipamerkan semua peralatan serba canggih yang digunakan oleh rejimen artileri diraja bersama-sama dengan rejimen dan kor yang lain untuk mempertahankan negara dari serangan musuh", katanya kepada pemberita selepas merasmikan Pameran Statik Tentera Darat Sempena Hari Ulang Tahun Ke-50 Rejimen Artileri Diraja itu.
Mohd Aiseri yang juga Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan berkata semua peralatan yang dipamerkan mempunyai kelebihan masing-masing dan orang ramai boleh melihat ini semua dengan lebih dekat lagi.
"Di antara contoh yang boleh dilihat ialah roket astros II yang boleh menembak sehingga 89 kilometer, kenderaan seperti trak g-wagon yang digunakan untuk membawa senjata bantuan infantri, kenderaan berperisai dan pelbagai jenis kenderaan tentera yang lain," katanya.
Menurutnya, bagi golongan remaja yang berminat untuk menyertai dan ingin mengetahui peluang kerjaya dalam tentera darat boleh berkunjung ke khemah cawangan sumber manusia yang dibuka kepada orang ramai.
Sejajar dengan konsep pameran, pelbagai jenis senjata, pakaian dan peralatan juga boleh dilihat dalam pameran yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini, katanya.
-- BERNAMA
: Insigniaaaaa!!!! khidmat anda diperlukan |
|
|
|
|
|
|
|
Shake-up in police force begins
The Star
August 26, 2007
Shake-up in police force begins
By LOURDES CHARLES
KUALA LUMPUR: A massive transfer and restructuring exercise involving police personnel of all ranks is under way and Miri is believed to be the first to have a shake-up following allegations that senior officers were involved with crime lords and gangster groups.
Questioning has started and statements have been recorded from police officers.
Several senior police officers who have served for many years in Miri and some who had been transferred out recently were questioned by a team of investigators from a special unit set up by the Bukit Aman police headquarters.
Sources told The Star yesterday that 搎uite a number |
|
|
|
|
|
|
|
WASHINGTON: Jabatan Pertahanan Amerika
Syarikat kelmarin bercadang untuk
menjual sekurang-kurangnya 84 bom
kawalan jauh bagi kegunaan jet pejuang
F-15, lapor akhbar Washington Post semalam.
Bom canggih berkenaan yang membolehkan
sasaran tepat, adalah sebahagian pakej
rundingan pertahanan bernilai kira-kira
AS$20 juta (RM68 juta).
Singapura mengemukakan hasratnya untuk
membeli kira-kira 28 peluru berpandu
Unit-10, peluru berpandu jenis 56 GBU-12
serta 126,000 kelopak peluru bulat 20
milimeter.
Republik kecil itu juga mahukan askarnya
mendapat latihan di Amerika, termasuk
membabitkan kemahiran mengendalikan
kelengkapan tentera berkenaan.
Singapura memerlukan senjata api
terbabit untuk menyokong kekuatan jet
pejuang F-15, kata Agensi Kerjasama
Keselamatan Pertahanan Pentagon dalam
satu notis yang diperlukan bagi
undang-undang untuk tujuan penjualan
senjata.
Mengikut notis itu, penjualan bom
canggih itu memberi kelebihan kepada
Singapura yang juga sekutu dan penyokong
kehadiran tentera Amerika di rantau Asia
Pasifik.
Ia memberi kelebihan pertahanan kepada
Singapura selain mengelak kesan buruk
akibat penggunaan bahan letupan jenis
konvensional termasuk berasaskan
graviti, katanya.
Bahan letupan graviti adalah bom yang
tidak dikawal secara jauh. Bom kawalan
laser jenis GBU-10 dan GBU-12 dihasilkan
firma terkemuka Lockheed Martin Corp dan
Raytheon Co.
Singapura juga mampu membangunkan misi
pantas dan siap sedia, termasuk kumpulan
anak kapal serba mahir pesawat F-15
Boeing Co yang membabitkan fasa terbaru
latihan juruterbang di Amerika.
Notis itu bagaimanapun bukan bermakna
perjanjian muktamad sudah dicapai.
Ini disebabkan Kongres masih mempunyai
kuasa untuk menolak cadangan jualan
terbabit biarpun hakikatnya ia jarang
berbuat demikian. Reuters
FAKTA NOMBOR
Pakej rundingan pertahanan AS-Singapura
84 - Bom kawalan jauh
56 - Peluru berpandu jenis GBU-12
28 - Peluru berpandu Unit-10 |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #510 BeachBoys's post
salah post la... should post at " (MERGED) SEMUA MENGENAI SAF, SPF & SCDF" thread....not tis |
|
|
|
|
|
|
azzuri This user has been deleted
|
KD Gempita masih gah
Oleh Khairunnisa Kamarudin
Kapal berusia 30 tahun buktikan sistem persenjataan mampu memusnahkan sasaran dari jarak jauh
TENTERA Laut Diraja Malaysia (TLDM) mencatatkan satu sejarah dalam pertahanan negara baru-baru ini apabila berjaya mengadakan ujian penembakan sistem peluru berpandu anti permukaan Exocet MM38 dari kapal KD Gempita, sekali gus membuktikan keupayaan sistem persenjataan kapal yang berusia hampir 30 tahun itu masih boleh digunakan.
Selain KD Gempita, latihan yang dijalankan dalam persekitaran taktikal, sama seperti peperangan sebenar itu turut membabitkan sembilan kapal lain, dua helikopter Super Lynx, termasuk satu Fennec serta bot CB-90 bagi menguji keberkesanan peluru berpandu itu.
Kapal yang digunakan dalam membantu latihan ini adalah KD Jebat seberat 2,300 tan yang dilengkapi dengan sistem penyerang Seacat (ada ke). Kapal ini bertanggungjawab untuk melakukan tugas seperti menjadi landasan pendaratan helikopter, kapal peninjau dan rondaan bagi memantau keselamatan di sekitar kawasan ujian tembakan.
Dalam menguji keberkesanan latihan ini, satu sasaran permukaan yang diperbuat daripada keluli dan konkrit sepanjang 40 meter serta diletakkan kira-kira 43 kilometer dari kedudukan KD Gempita.
Ujian ini berjaya menunjukkan kehebatan serta kecekapan operator pengendali, KD Gempita dan pasukan pemerintah selain membuktikan sistem yang sudah digunakan sejak 1978 masih aktif dan boleh digunakan dalam sebarang situasi. |
|
|
|
|
|
|
|
Kongsi gelap di Sarawak: Ada pegawai dan anggota polis disiasat
|
|
|
|
|
|
|
Women want to be volunteer cops
2007/08/30
Corporal K.K. Choo (left) and Constable Wong Soon Chie from the mobile patrol vehicle unit giving their new patrol car and telecommunications handset a try. 桸ST picture by Nik Hariff Hassan
KUCHING: When Roshima Abdullah saw the advertisement for police volunteers at the university where she worked, she told friends that it was the answer to how she could spend her spare time.
"I have lots of free time during weekends and this volunteer work is like killing two birds with one stone," the 38-year-old Unimas administrative assistant said yesterday after receiving her letter of offer from Commissioner of Police Datuk Talib Jamal.
She said she wanted to contribute to society, and helping to keep the peace was one way of doing that.
The mother of one, who believes that society should assist the police in combating crime, persuaded 10 of her friends to apply.
"Sadly, seven failed at the first interview and one at the second interview. In the end, I was left alone as the other successful colleague dropped out due to other commitments."
It was fascination with the police uniform that made Dayangku Mulia Awangku Ahmad sign up.
"My father was a policeman, and this sparked my ambition to join the force," she said. That she is already a security guard speaks volumes of her obsession with uniforms.
Dayangku Mulia went for the first interview with 20 friends but only she got through.
Roshima, Dayangku Mulia and 43 other volunteers will start their six-month training course on Nov 1.
It will include marching drills, lessons on law and police procedures and handling of firearms.
Talib said the volunteers would have duties like accepting reports to police, attachments with the mobile patrol vehicle (MPV) unit, traffic and crowd control, and manning road blocks in anti-crime operations.
Talib yesterday opened the city抯 new MPV base in Jalan Tun Zaidi Adruce.
-Nst-
|
|
|
|
|
|
|
|
It was fascination with the police uniform that made Dayangku Mulia Awangku Ahmad sign up.
"My father was a policeman, and this sparked my ambition to join the force," she said. That she is already a security guard speaks volumes of her obsession with uniforms.
Dayangku Mulia went for the first interview with 20 friends but only she got through.
errm... security guard pun boleh jadi sukarelawan polis ke? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #515 kiuros's post
why not...bukan organisasi elit la bro... |
|
|
|
|
|
|
|
The Star Online Nation
Thursday September 6, 2007
Commission includes police proposals in legislation draft
By MAZWIN NIK ANIS
PUTRAJAYA: Police are happy that the Independent Police Complaints and Misconduct Commission (IPCMC) legislation draft contained many proposals put forward by the force to ensure a fair process of legal recourse.
Inspector General of Police Tan Sri Musa Hassan said the police, during one of the many "brainstorming sessions" with the Attorney General's Chambers and other agencies had presented a list of proposals and recommendations to be included in the drafting of the commission.
He said that certain amendments had been made to include the force's recommendations, adding he had seen the completed draft and was pleased with the outcome.
"As far as the police are concerned, we do not reject the setting up of the commission. We believe that in order to improve things, there must be a certain body to monitor and also to oversee complaints made by the public.
"There is also a need to ensure fair procedure of investigations and hearing so that no one, including my men, will be victimised," he told reporters after a meeting with the Anti-Corruption Agency and Road Transport Department senior officials Thursday.
Musa however did not reveal the recommendations the police had made for the IPCMC, and expressed confidence the setting up of the commission would not meet resistance from his men.
He said it would be up to the Government to decide when the commission would take "form and shape".
Minister in the Prime Minister's Department Datuk Seri Nazri Aziz told the Dewan Rakyat on Wednesday that the draft for IPCMC had been completed and distributed to a number of agencies for feedback.
Nazri also said that once this task had been completed, the draft law would be presented to the Cabinet for approval.
In 2005, the Royal Commission to Enhance the Operation and Management of the Royal Malaysian Police came up with 125 recommendations, including the setting up of the IPCMC. |
|
|
|
|
|
|
|
10 September, 2007 12:01 PM
Anggota PGA Catat Masa Terpantas Daki Dan Turun Bukit Lagi
KANGAR, 10 Sept (Bernama) -- Seorang anggota Pasukan Gerak Am (PGA) Kulim, Mohd Hafiz Abdul Rahman, 26, mencatat masa terpantas pada cabaran Cenderawasih iaitu mendaki dan menuruni Bukit Lagi di sini malam tadi.
Mohd Hafiz yang berasal dari Kuantan Pahang membuat 50 pusingan pendakian dan menuruni Bukit Lagi dalam masa 11 jam 35 saat untuk meninggalkan pencabar terdekatnya, Mohd Nasir Sidi, 42, yang mencatat masa 11 jam, tujuh minit dan 58 saat.
Mohd Hafiz menamatkan pusingan ke-50 kira-kira pukul 9.30 malam, iaitu tiga jam lebih awal daripada masa sasaran.
Selepas melengkapi 50 pusingan pendakian dan menuruni Bukit Lagi itu, Mohd Hafiz melakukan tiga pusingan tambahan manakala Mohd Nasir yang juga anggota PGA Kulim membuat satu pusingan lagi.
Daripada 89 peserta yang menyertai cabaran itu hanya empat yang berjaya melengkapi 50 pusingan pendakian dan menuruni bukit itu mengikut tempoh yang dibenarkan iaitu perlu menamatkannya pendakian yang bermula pada pukul 8.36 pagi itu sebelum pukul 2.36 minit pagi.
Dua lagi yang berjaya ialah anggota polis, Yayha Bidin, 48, dari Kangar yang mencatat masa 16 jam 10 minit dan aktivis kecergasan Mohd Fairuz Abdul Razak, 22, yang mencatat masa 16 jam 27 minit.
Nama keempat-empat mereka dicatatkan dalam Malaysia Book of Records sebagai pendaki terpantas Bukit Lagi.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Pesawat Alloutte TUDM Mendarat Cemas Semasa Latihan
12 September, 2007 20:51 PM
ALOR STAR, 12 Sept (Bernama) -- Sebuah pesawat Alloutte 3 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) melakukan pendaratan cemas semasa dalam misi penerbangan latihan asas di kawasan sawah berdekatan Kampung China, Pokok Sena, kira-kira 40 kilometer dari sini, petang ini.
Pegawai Perhubungan Awam TUDM, Mejar Zulkiflee Abdul Latiff berkata juruterbang pesawat itu, pelatih Lt T. Kugadass berjaya mendaratkan helikopter yang dipandunya dengan selamat kira-kira 4.30 petang tanpa mengalami sebarang kecederaan atau menjejaskan pesawat.
"Pesawat Alloutte 3 itu digunakan untuk latihan asas. Juruterbang helikopter mengalami masalah kecil dari aspek teknikal dan terpaksa mendarat di kawasan sawah yang telah dituai," katanya dalam kenyataan media yang difaks di sini.
Menurut Mejar Zulkiflee pasukan bantuan dari Kolej Tentera Udara (KTU) yang berpangkalan di Kepala Batas dekat Alor Star sampai di tempat pendaratan sejurus selepas helikopter itu mendarat untuk membantu.
Katanya pesawat itu terbang kembali dan selamat mendarat di KTU pukul 5.42 petang.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
| |
|