CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Syd

Anugerah Industri Muzik ke-14 ([email protected])

[Copy link]
Post time 12-4-2007 06:47 PM | Show all posts

Reply #500 Syd's post

ade skandal ngan ah bung ramli ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2007 06:54 PM | Show all posts

Reply #501 jac_diehard_fan's post

gesel pipi selama 1 saat je
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2007 07:34 PM | Show all posts

Reply #502 iscol_klang's post

haha
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2007 07:43 PM | Show all posts
best ka gesel pipi dgn bung ramli tu...bukan tajam2 ka pipi dia...x tercalar ka nanti kulit kalu gesel dgn dia
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2007 07:53 PM | Show all posts
Originally posted by harisbee at 12-4-2007 07:43 PM
best ka gesel pipi dgn bung ramli tu...bukan tajam2 ka pipi dia...x tercalar ka nanti kulit kalu gesel dgn dia



kulit dia tak tajam tapi macam kawah2 gunung berapi yang dah meletup sama juga dengan periuk2 api...


mesti best kot rasa berlubang-lubang  kalau berlaga pipi  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2007 10:20 AM | Show all posts
nantilah penyanyi lelaki pojaaan tuh nanti perform

okeh?

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 13-4-2007 10:21 AM | Show all posts

Reply #502 iscol_klang's post

hehe

without berahi oke?

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2007 11:08 AM | Show all posts

Reply #507 Syd's post

kitorang yg tengok je berahi...
orang yg gesel tak...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-4-2007 11:35 AM | Show all posts
itulah korang
gesel jer berahi
gesel je berahi

Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2007 08:45 PM | Show all posts
pemenang die salalunya x same ngn tekaan sume orang.....
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2007 02:51 AM | Show all posts
KZR janji AIM tidak meleret
Oleh Serimah Mohd Sallehuddin

TAHUN ini adalah tahun ke lapan stesen televisyen ntv7 menjadi penyiar rasmi Anugerah Industri Muzik (AIM14). Jika selama ini ntv7 hanya diberi tanggungjawab menyiarkan program itu secara langsung, tahun ini pula ntv7 turut diberi hak untuk menentukan konsep serta tema anugerah.


Sebagai penyiar rasmi, ntv7 hanya berkuasa dalam hal teknikal dan produksi. Bagaimanapun, tahun ini ntv7 bekerja seiring dengan penganjur untuk keseluruhan penganjuran anugerah berkenaan.

Penerbit Eksekutifnya, Kamarul Zamly Ramli atau KZR berkata, perkara itu diusulkan kepada pihak Akademi dan cadangan mereka mendapat persetujuan.

Sepanjang tujuh tahun bersiaran, orang ramai akan menuding jari ke arah ntv7 jika anugerah berkenaan berlangsung dengan hambar sedangkan, ntv7 hanya menjadi penyiar rasmi. Justeru, tahun ini stesen berkenaan mahu terbabit secara langsung.

揟ahun ini, kita akan memastikan AIM14 tidak meleret. Konsep tahun ini lebih serius tetapi tidaklah membosankan penonton. Selain itu, kelainan yang cuba kita tonjolkan kali ini ialah memasukkan informasi berkaitan dunia seni.

揔ita mahu anugerah itu mempunyai elemen yang bukan sekadar hiburan semata-mata tetapi juga dapat mendidik penonton mengenai dunia seni.

揔ita turut memilih penyanyi Adibah Noor sebagai pengacara jemputan. Kita yakin dia boleh menjalankan tugas sebagai pengacara dengan baik bukan saja boleh tampil secara serius dan komedi. Bagaimanapun, Adibah tidak muncul untuk keseluruhan anugerah hanya untuk beberapa slot saja,
Reply

Use magic Report

Post time 19-4-2007 09:04 PM | Show all posts
yay minggu depan :pompom: cepat btol mase berlalu
Reply

Use magic Report

Post time 24-4-2007 09:12 PM | Show all posts
sabtu ni :clap: tasabonye.. nak tgk jac
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2007 09:35 AM | Show all posts
Di mana prestij AIM?

ANUGERAH Industri Muzik Malaysia (AIM) merupakan satu-satunya anugerah yang memberi pengiktirafan kepada para karyawan muzik tempatan tanpa menggunakan undian khidmat pesanan ringkas (SMS) daripada peminat.

Sebaliknya, AIM yang masuk kali ke-14 penganjurannya tahun ini, menggunakan 100 peratus khidmat juri profesional bagi memilih pemenang 20 kategori yang dipertandingkan.

Malah, sejak mula diperkenalkan AIM juga hanya menyediakan hadiah berupa sebuah trofi pewter tanpa ganjaran wang tunai sebagai imbuhan kepada para pemenangnya.

Bagi para karyawan muzik dan pemenang AIM, wang mungkin bukan segala-galanya tetapi pengiktirafan yang diberi menerusi sebuah trofi atas hasil kerja seni mereka itu lebih bermakna.

Mana tidaknya kalau setakat hadiah berupa wang tunai RM5,000 yang disediakan misalnya, jumlah itu tidaklah sebesar mana berbanding pendapatan mereka mencipta lagu, menerbitkan album dan mengadakan persembahan yang tentunya lebih lumayan.

Dengar khabarnya ada penyanyi yang memperoleh bayaran hampir RM30,000 bagi setiap persembahan tidak sampai satu jam.

Itu tidak termasuk komposer yang menerima royalti ratusan ribu ringgit daripada Badan Perlindungan Hak Cipta Karyawan Muzik (MACP) hasil penyiaran karya-karya mereka di tempat-tempat awam bagi tempoh setahun.

Sebab itu, AIM dilihat bukan suatu anugerah yang bertujuan untuk mengumpul wang ringgit, tetapi lebih sebagai sebuah gelanggang untuk mencipta nama dan prestij bagi sesuatu karya seni yang dipertandingkan.

Pada 28 April ini bertempat di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur, AIM sekali lagi akan diadakan.

Namun, selepas lebih sedekad usia AIM, perlu difikirkan di manakah letaknya prestij anugerah itu?

Secara kasarnya AIM mungkin mampu melonjakkan nama si penerima anugerah selain membantu meluaskan lagi pasaran album-album yang dijaja di pasaran.

Sebagai contohnya, artis yang memenangi anugerah Album Terbaik AIM tentunya boleh menarik perhatian lebih ramai pembeli dengan alasan album mereka itu sudahpun diiktiraf pada anugerah yang dianggap sebagai berprestij.

Sayangnya, sejak sedekad kebelakangan ini ramai artis mahupun syarikat rakaman yang mengeluh kerana jualan album tidak laku di pasaran berbanding sedekad sebelumnya.

Masih belum mampu

Jika awal tahun 1990-an, ramai artis yang boleh tersenyum lebar kerana jualan album mereka mampu mencecah sehingga 300,000 unit.

Tetapi kini walau banyak mana sekalipun pengiktirafan yang diperoleh, namun itu masih belum lagi mampu menambah jumlah jualan sesebuah album di pasaran.

Bukan setakat album artis baru, tetapi ramai juga artis yang mempunyai nama besar dalam persada seni suara tempatan menggaru kepala apabila album yang mereka hasilkan dijual tidak sampai pun 5,000 unit.

Fenomena itu tentunya memeningkan kepada tuan punya syarikat rakaman selaku penerbit dan pemodal kerana kos penerbitan sesebuah album biasanya boleh mencecah lebih RM100,000.

Selain sumbangan sesuatu pengiktirafan dapat membantu mempertingkatkan jualan album, ramai juga peminat yang mempersoalkan album atau calon-calon yang dipertandingkan dalam AIM.

Ini kerana, ada di antara album atau karya yang dipertandingkan agak asing di mata para peminat.

Pernah berlaku apabila ada pemenang AIM yang tidak dikenali ramai, malah albumnya juga tidak laku dan lagu-lagunya juga tidak pernah menerobos telinga para pendengar.

Pihak AIM mungkin merasakan para juri profesional yang dilantik lebih arif menilai pemenangnya berbanding masyarakat umum untuk menyatakan anugerah itu begitu berprestij.

Tetapi AIM nampaknya lupa ataupun mungkin buat-buat lupa untuk mendedahkan siapakah barisan juri profesional yang mereka lantik bagi mengadili setiap karya atau calon yang dipertandingkan.

Selagi juri-jurinya terus menjadi teka-teki, banyak pihak yang akan menaruh pelbagai syak wasangka dan membuat tuduhan melulu.

Kita tentunya tidak seronok jika ada pihak yang menuduh kononnya AIM dijadikan medan oleh syarikat rakaman untuk berlumba-lumba mengetengahkan album-album terbitan masing-masing.

Perkara itu mungkin masuk akal kerana ahli-ahli jawatankuasa AIM kebanyakannya terdiri daripada wakil-wakil syarikat rakaman tempatan dan antarabangsa yang pada masa sama tentunya mendapat ruang untuk melobi produk masing-masing.

AIM sepatutnya menjemput juri-juri daripada luar negara misalnya dari Indonesia, Singapura dan Brunei selain melantik pensyarah-pensyarah muzik dari institusi pengajian tinggi tempatan mengadili karya-karya yang dipertandingkan.

Selain itu, apa yang lebih penting AIM sepatutnya bukan sahaja mampu mengangkat prestij sesebuah karya seni tetapi juga boleh dijadikan panduan buat para peminat bagi memilih dan menghayati sesuatu karya yang benar-benar berkualiti serta dekat dengan halwa telinga mereka.

Jika peranan dan sumbangan AIM itu tidak dihalusi, dikhuatiri para peminat muzik mungkin akan hilang kepercayaan selain keliru dengan peranan anugerah itu yang sepatutnya menggambarkan situasi sebenar yang berlaku dalam industri muzik tempatan.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2007 10:16 AM | Show all posts
dah juri professional yg lebih arif tu lah hasilnya kebanyakan yg diiktiraf olehnya tak berpotensi langsung...jaualan album malap...tapi tak ape jaualan album tak laku dah juri kata ada kualiti terima ajelah...kan kalau banyak cakap pula kita peminat ni bukannya profesional dlm bidang muzik.. apa lah sangat peminat yg buta seni..
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2007 04:51 PM | Show all posts
persembahan penutup AIM14:
Search & Wings (Double Trouble)

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-4-2007 06:29 PM | Show all posts

AIM kali ni pasti byk kejutan
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2007 07:04 PM | Show all posts

Reply #515 Hayah's post

album kalau laku pon tak semestinya berkualiti kan? pastu aku rasa barisan juri2 tak perlu lah didedahkan, biar tu jadik perkara dalaman PAIM @ RIM, kang kalau didedahkan, mesti ramai artis2 muda yg terhegeh2 nak menang kasi rasuah kat juri2 tu.
Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2007 08:37 PM | Show all posts
segmen ct, noryn aziz, aishah & jac adalah segmen TRIBUTE UNTUK SEHA, sempena mengingati jasa2 beliau sebagai pencetus idea AIM & pengacara pertama AIM..

aku harap ada la lagu seloka cinta remaja...
maknanya mereka berempat ni nyanyi lagu orang lain nampaknya

[ Last edited by  iscol_klang at 25-4-2007 08:39 PM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-4-2007 08:39 PM | Show all posts

Reply #519 iscol_klang's post

la yeke..tabestnya..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-2-2025 10:01 PM GMT+8 , Processed in 0.092894 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list